Bab 16 - She Only I Have

Romance Series 80659

Irsha bangun selepas dia dipengsankan oleh Fuad. Dia melihat di hadapan Fuad yang sedang senyum kepadanya. Namun, senyuman bukan seperti selalu. Senyuman seperti orang gila. Orang yang sakit. Mereka kini berada di sebuah gudang lama.

"Seronok tidur Ryna?" soal Fuad. Irsha diikat di kerusi. Dia cuba melepaskan diri. Irsha mulai merintih.

"What do you want Fuad? Apa kau nak sebenarnya?" soal Irsha. Dia tidak faham kenapa dia diculik. Jikalau Fuad ingin duit. Dia boleh memberinya agar keselamatan keluarganya terjamin.

"Aku cuma nak kau Ryna. Dari dulu lagi. Kalau lah aku kahwin dengan kau. Mungkin aku dah kaya sekarang.. aku tak sengsara. Kau tahu tak, aku ada ibu yang sakit di hospital. Bapa aku tinggalkan aku dengan mak aku yang sedang sakit Ryna. Aku tertekan Ryna. Macam mana aku nak dapatkan duit sebanyak itu." Fuad tiba-tiba menangis. Irsha diam. Ya, Irsha faham perasaan itu.

"I can help you, Fuad. I promise" kata Irsha. Fuad terus tergelak besar.

"Aku bukan cuma nak kan duit kau Ryna, aku nak kau juga. Kau sepatutnya khawin dengan aku. Bukannya budak gemuk tu. Dari dulu, kau menangkan dia Ryna. Kau langsung tak pandang aku. Sebab apa? Sebab aku tak kaya macam budak gemuk tu.. ahhh?" jerkah Fuad sambil memegang dagu Irsha. Irsha sedikit takut. Fuad tidak begini dulu. Dia kenapa sebenarnya? Tiba-tiba Fuad bercakap seorang diri seakan halusinasi.

Adakah dia gila? Sebenarnya?
*********

"Whatever it is, pastikan kembar tu kau lindungi Ria. Jangan bagi satu peluru pun kena mereka. " kata Dylan. Mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan perancangan.

"She only i have.. Irsha kena selamat. Biarpun hari ini akan ada pertumpahan darah. Biar darah aku je yang mengalir. Bukan Irsha atau kembar" kata Dylan. Sham dan Iqbal terdiam. Memang jika mengenai Irsha, majikan mereka sanggup buat apa sahaja.

Kerja Iqbal memastikan Puan Irsha selamat dan kerja Sham memastikan Dato Dylan selamat. Masing- masing ada tugas sendiri.

Iqbal rasa bersalah. Dia sangat rasa bersalah. "Dato, maafkan saya" kata Iqbal. Dylan hanya memandang Iqbal.

"Aku tak nak dengar maaf kau Iqbal. Aku cuma kau nak lindungi Irsha. Sebab, Fuad yang aku baru tahu tadi, dia ada penyakit. Aku cuma takut dia apa-apakan Irsha" kata Dylan.

Dylan mencapai pistol dan letakkan di belakang badannya. Dia mendekati kembar.

"Niel... lindungi adik ya.. Sebab, hari ini akan jadi sesuatu. Papa nak kamu kuatkan semangat. Jadi macam Papa. Kita akan pergi selamatkan Mama ye sayang" pesan Dylan kepada anak lelakinya.

Dan, Niel tahu. Adiknya adalah keutamaannya. Ryna dilihat tidur di pangkuan Ria. Dia merindukan Mamanya. Itulah sebab Ryna menangis di tadika pagi tadi. Seakan tahu, perkara ini akan terjadi.

"Niel akan lindungi Ryna, Papa" kata Niel. Dylan sudah tersenyum sambil mengusap kepala anaknya. Dia tahu Niel seperti perangainya yang akan melindungi orang yang dia sayang.

"Baik.. Stick to the plan. Don't fail this plan. Remember.. keutamaan kita ialah Irsha. " arah Dylan dan keluar dari rumah agam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience