Bab 11- Kehilangan

Romance Series 80659

"Err.. Kak, mana bos kita?" Soal Fuad, sudah dua hari dia tidak nampak Irsha. Fuad juga turut ke pra sekolah dan dilihat pra sekolah itu pagarnya tertutup.

"Owh... Ne, Bos kita cuti kalau tak silap. Yelah, kan projek mega kita dah siap. Tu yang Bos nak bercuti" kata Kak Yati.

Fua menganggukkan kepalanya. " Lepas je dia balik, aku akan mulakan rancangan aku" kata Fuad.
*********

Mereka sedang bersantai di hotel yang dibeli oleh syarikat Dylan. Patutlah suaminya mengajak semua mereka ke sini. Untuk melihat hotel yang dibelinya.

"Cantik Abang. Pandai Abang pilih tempat ye, sesuai berada di tengah-tengah kedudukannya" puji Irsha.

Dylan sudah tersenyum. Mereka memerhati Iqbal, Ria, dan Sham yang sedang melayani kembar mereka.

"Mama, Papa.. penat lah" kata kembar mereka menuju ke arah Irsha dan Dylan.

"Alah.. kesian nye..." Kata Irsha, mengelap peluh yang merenik di dahi kembar mereka.

"Hemm.. hemmm" kata Sham. Mereka sedikit pelik dengab perlakuan Sham.

"Sham. Awak okay?" Kata Ria, sedikit risau. Tiba-tiba Sham melututkan kakinya sebelah dan mengeluarkan sekotak merah baldu dan membukanya di hadapab Ria.

"Ria, will you marry me?" Lamar Sham. Ria menganggukkan kepalanya. Lama dia menantikan saat ini. Dia sedikit menangis.

Irsha, Dylan dan Iqbal sudah terkejut namun senang dengan lamaran Sham.

"Oh my... Congrats you guys" jerit Irsha memeluk Ria. Manakala Iqbal dan Dylan menepuk bahu Sham.

"Tahniah Sham. You're the man" kata Dylan. Iqbal sudah tersenyum.

"Okay, lepas ni Iqbal lagi tau" kata Irsha. Iqbal tersenyum. Mana mungkin dia berkahwin. Dia akan selalunya dengan kembar itu.

"Mama Papa, apa Uncle Sham buat tu?" Soal Ryna yang pelik menyaksikan mereka menangis dan gembira.

"Tak lama lagi, Aunty Ria dengan Uncle Sham akan kahwin. Yayy!! " Gembira Irsha.

"Yay..... Ryna puna nanti nak kahwin lah. Abang Niel pun kahwin ye nanti" kata Ryna.

Mereka sudah ketawa.

"So, bila majlisnya?" Soal Dylan.

"Saya minta izin Dato.. cuti seminggu. Boleh kan?" Kata Sham.

"Boleh. Dah, tak payah fikir daa. Anggap dah selesai semua. Biar aku tanggung. Okay?" Soal Dylan.

"Tapi Dato..." Belum sempat Sham berkata, dia dipotong oleh Dylan.

"Kau dah macam adik aku Sham. Biar je aku yang tanggung. Ini arahan" kata Dylan.

Sham sudah sedikit menangis. Dia memeluk Dylan. Walaupun Dylan majikannya namun di dalam hatinya Sham menganggap Dylan lah abang nya.

"Thanks bro" kata Sham. Dylan menepuk bahu Sham.

"Most welcome, bro and congrats" kata Dylan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience