Bab 3 - Tired and Spirit

Romance Series 80659

Ketika itu, Irsha sudah berada di dalan kereta. Dia diambil oleh Dylan selepas waktu kerja.

"Kalaulah Irsha cuma gadis biasa, dan bukannya cucu jutawan alangkah bagusnya" kata Irsha sedikit penat dengan urusan kerja.

Dylan sudah tersenyum melihat Irsha. "Come here, are you feeling stressed with all of this?" Pujuk Dylan kepada isterinya. Dia faham, sememangnya penat menguruskan hal kerja dan rumah tangga. Dan, Dylan harus menjadi suami yang sentiasa ada untuk isterinya.

Irsha menganggukkan kepalanya. Namun, dia bersyukur dibantu oleh Ria dan Iqbal hari ini.

"So, pekerja Irsha semua okay?" Soal Dylan. Irsha hanya senyum sahaja. Walaupun penat, namun dia gembira.

"Anak kita okay?" Soal Irsha.

"Okay je. Baru habis kelas mengaji petang" kata Dylan, dia dimaklumkan oleh orang gaji di rumahnya.

"Abang.. boleh tak kalau syarikat ini Irsha nak bagi Ria dan Sham kalau mereka dah kahwin nanti. Irsha cuma nak jadi seorang isteri dan ibu. Tak nak jadi boss. Boleh? Lagipun, Irsha percayakan mereka" kata Irsha.

Dylan sudah sedikit pelik.

"Kenapa Irsha nak bagi mereka syarikat Irsha?" Soal Dylan.

"Abang... Irsha rasa tak sesuai lah kerja macam ni" terang Irsha.

"Baru satu hari kerja. Abang yakin, Irsha boleh buat.. Tapi, Irsha cuba dulu dalam tiga bulan ni. Kalau memang Irsha tak boleh, Abang ikut je plan Irsha" kata Dylan.
********

"Mama..." Teriak Ryna dan Niel yang pendiam namun dalam hatinya suka melihat ibu bapa mereka.

"Anak mama.. buat apa tadi dekat school?" Soal Irsha, walaupun sepenat apa pun dia. Dia harus mendengar sendiri dari mulut anaknya bercerita mengenai pengalaman persekolahan mereka.

"Ryna dapat kawan.. Nama dia Nisha. Tapi, Abang Niel tak dapat kawan.. sebab , dia tak nak main dengan budak lelaki. Dia asyik nak jaga Ryna je" bebel Ryna.

Dylan sudah tersenyum mendengar kata-kata Ryna.

"Mungkin sebab Abang Niel nak jaga Ryna kut." Kata Dylan.

Ryna sudah menarik muncung panjang, "sekali-sekala Abang Niel kenalah ada kawan. Mana boleh jaga Ryna je.." kata Ryna.

Niel sudah sedikit sedih dan Irsha perasan muka anak lelakinya itu, jarang bercakap namun anak itu memang bersikap melindungi adik perempuannya.

"Niel, mari sini dekat mama. Abang pergilah mandi dulu. Irsha nak cakap sikit dengan Ryna dan Niel" kata Irsha.

Dylqn menganggukkan kepalanya. Lantas mencium dahi kedua anaknya itu dan meninggalkan mereka. Mungkin, ada sesuatu yang Irsha ingin sampaikan kepada anaknya itu.

"Abang Niel sayang dengan Ryna. Tulah sebab Abang Niel asyik dekat dengan Ryna. Kan, mama dah pesan dengan Abang Niel untuk jaga Ryna dekat sekolah" kata Irsha.

Muka Ryna sedikit rasa bersalah lalu memeluk abangnya.

"Ryna minta maaf Abang Niel..." Kata Ryna. Muka Niel yang tadinya muram terus ceria.
********

"Kadangkala risau juga Irsha dengan anak teruna kita tu Abang" kata Irsha di dalam bilik tidur. Mereka sudah bersedia untuk tidur.

"Abang tak sabar nak tengok Niel tu membesar sayang.. He can be protective brother, and will be a protective husband, if he have a wife" kata Dylan.

Irsha sudah tersenyum.

"Ryna tu... Mungkin, dia akan dapat bakal suami yang pendiam kut. Sebab, tengoklah mulut dia. Riuh kalau dia bercakap" kata Irsha.

Dylan sudah tersenyum. Dia tidak sabar anaknya membesar. Sebelum tidur, sempat dia melayangkan ciuman kepada sang isteri.

Betapa dia gembira, mempunyai isteri dan anak-anak yang baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience