Bab 17 - Fuad, Ryna, Dylan

Romance Series 80659

Sham memandu kenderaan menuju ke sebuah gudang lama. Dylan sudah tidak sabar bertemu dengan Fuad. Terimbau kenangan mereka bertiga sewaktu masih kecil. Fuad ialah orang yang selalu membuli dan mengejeknya. Nasib sahaja ada isterinya dulu yang suka melindungi.

Namun, memikirkan hal ini, dia jadi marah dengan Irsha. Suka membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan baik dan buruknya. Patutlah apabila ditanya, seakan Irsha menyembunyikan sesuatu. Hatinya tidak pernah salah. "Abang kesal, Irsha.. " gumam Dylan dalam hatinya.

Fuad melihat Irsha yang berusaha melepaskan dirinya daripada ikatan yang kuat. Fuad hanya ketawa menyaksikan kepayahan Irsha.

"Ryna... Ryna.. kan saya dah cakap, tali tu ketat.. Nak juga paksa. Tengok, dah berdarah tangan tu.. Hahahhaha" kata Fuad. Irsha hanya merintih. Kedengaran kereta Pajero Hitam memasuki gudang lama itu.

"Ahh... tu budak gemuk dah sampai. Kau ikut aku. Dan, jangan buat perkara bodoh kalau kau nak anak kau selamat" kata Fuad, terus memaksa Irsha berdiri. Dia mengunci leher Irsha.

Dylan turun dari kereta menyaksikan keadaan isterinya yang teruk. Rambutnya kusut masai. Dia sudah mulai marah.

"Bodoh kau, Fuad" jerit lantang Dylan terus mengacu pistol kepada Fuad. Fuad hanya ketawa.

"Kau try lah tembak aku, budak gemuk. Kau tembak.. aku tembak siapa je yang ada dekat situ, termasuk anak kau. Kau ingat aku tak berani?" soal Fuad. Dylan masih mengacukan pistol ke arah Fuad.

Kembar sudah berada di belakang Ria. Ryna ingin menangis, dia tidak dapat tahan menyaksikan semua ini. Niel berbisik, "please don't cry, Ryna. Kalau Adik sayang Abang Niel, jangan nangis. Papa nak selamatkan Mama tu" kata Niel menepuk bahu adiknya yang menahan air mata. Mindanya yang masih kecil belum mampu menerima apa sebenarnya yang terjadi.

Dylan ketawa, "kau takkan berani Fuad, tembak isteri aku, sebab kau sayang dia. Betul kan?" soal Dylan, cuba untuk melengahkan masa. Dia meminta bantuan Sham untuk menyerang Fuad dari arah belakang.

"Kau ingat aku tak berani ke, aku bagi kau contoh. Kita mula dengan orang pertama yang bagi amaran dekat aku" kata Fuad terus menembak lutut milik Iqbal. Terbaring Iqbal mengerang kesakitan. Terkejut Dylan dengan perbuatan Fuad.

"Fuad!!!" jerit Dylan. Dia tidak tahan. Iqbal sudah mengerang kesakitan, menahan sakit ditembak, sambil dia sakit, dia terbaring di lantai konkrit dan menangis, dia gagal melindungi Puan Irsha dan kembar.

Ria terkesima begitu juga Sham di belakang gudang. Mereka ingatkan selama ini mereka tiada musuh, namun sentiasa ada bahaya yang menanti. Ryna sudah mulai menangis tidak bersuara. Pertama kali dia mendengar bunyi tembakan dan melihat darah yang mengalir di lantai konkrit. Niel sudah memeluk adiknya, manakala Ria memeluk kembar.

Irsha sudah mulai menangis, sedikit menyesal dia mengikuti kata hatinya. Sekarang, Iqbal sudah terbaring di lantai konkrit. Dia takut perkara enam tahun lalu terjadi lagi.

"Sekarang, kau pilih... isteri kau ke atau nak kau? Budak gemuk?" soal Fuad. Dylan terdiam. Dia perlahan menurunkan pistolnya. Pertama kali, Dylan dilihat tertekan. Fuad sudah mulai mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher milik Irsha.

Dylan sudah mulai mengamuk.. " Kau sentuh Irsha, kau mati Fuad. " amaran Dylan. Fuad hanya ketawa.

"Aku bagi kau pilihan... Anak kau atau isteri kau?" soal Fuad. Dylan terpaksa melakukan ini. Dia terpaksa. Inilah jalan terakhirnya.

"Maafkan Abang, sayang" Dylan terus melepaskan tembakan. Ria, Iqbal, kembar, dan Sham yang berada di belakang gudang terkejut dengan tindakan drastik Dylan.

"Papa... Mama" teriak histeria Ryna dan Niel. Ria hanya memeluk kembar tersebut dengan kuat. Iqbal sudah menangis, begitu juga Sham yang terkejut dengan tindakan Dato Dylan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience