Bab 23- Kembali Bersama

Romance Series 80659

"Aunty, Uncle.. Papa dengan Mama mana?" soal Ryna. Niel juga hairan kenapa mereka hari ini akan dijaga oleh kedua pak cik dan mak cik mereka.

"Mereka ada hal sikit, Lusa baru mereka balik. Niel dengan Ryna okay kan?" soal Ria.

"Okay je.. Hehehe" kata Ryna.
*******

Dylan memerhati raut wajah Irsha yang tidur di sebelahnya. Bahu milik Irsha yang terdedah diusap lembut oleh Dylan. Dan sesekali Dylan mencium bekas luka tembakan yang dahulu.

"Maafkan Abang terpaksa cederakan Irsha." kata Dylan.
******
(imbas kembali)

"Abang nak bawa Irsha pergi mana?" soal Irsha apabila sudah didukung di bahu Dylan. Dylan hanya diam.

Dia dengan berhati-hati memasukkan Irsha di dalam kereta. Sempat dia memasang tali pinggang dan terus mencium pipi isterinya.

"Duduk diam-diam ye sayang" kata Dylan. Irsha hanya mencebik. Kereta bergerak menuju ke suatu tempat.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Irsha, kali ini suaranya dilembutkan. Dylan hanya mencapai tangan Irsha, menggengam dan menciumnya sesekali.

"Kita pergi jumpa orang dulu. Boleh kan?" soal Dylan. Irsha hanya menganggukkan kepalanya.

Mereka tiba di sebuah hospital, kelihatan mereka seakan memasuki hospital khas untuk warga emas. Irsha hanya mengikuti langkah Dylan. Sehingga mereka sampai di sebuah bilik.

"Itu... Ibu Fuad. Alhamdulillah, ibu Fuad dah bangun dari koma. Cuma, harapan untuk hidup lama itu sangat tipis. Sebab kanser tu dah merebak. Berkemungkinan ada dalam 5-6 bulan. Itu yang Doktor cakap dengan Abang. Apapun, kita doakan ye, sayang..." kata Dylan.

Irsha yang ketika terkejut terus mengalirkan air mata dan menangis di dada Dylan. Dylan mengusap rambut milik Irsha.

"Terima kasih Abang..." kata Irsha. Dylan hanya tersenyum.

"Takda apa sangat nak berterima kasih Irsha. Tanggungjawab kita. Kita bantu mana yang patut." kata Dylan. Irsha tersenyum.

"Err... Fuad mana?" soal Irsha. Dia rasa bersalah bertanyakan mengenai Fuad sebenarnya. Namun, ya. Dia perlu tahu mengenai keberadaan Fuad.

"Fuad? Jom" ajak Dylan menggengam tangan Irsha.

Sesampainya mereka di sebuah lagi hospital, kali ini hospital yang menempatkan orang yang tidak waras. Dan, Irsha terkejut melihat Fuad.

"Fuad, abang terpaksa hantar sini. Untuk ubati penyakit dia. Tekanan dia hebat sangat Irsha, mak dia waktu tu koma, ayah dia tak tahu dekat mana. Berkemungkinan, dia akan sembuh cuma, kalau dia sembuh sekalipun Abang tak benarkan dia dekati Irsha lagi." kata Dylan.

Irsha terus memandang suaminya. "Abang, terima kasih.." kata Irsha, ikhlas.

"Sama-sama sayang.." kata Dylan.

"Irsha tak tahu macam mana nak balas kebaikan Abang. Bagi pihak Fuad, Irsha ucapkan berbanyak-banyak terima kasih" kata Irsha.

Dylan sudah tersengih. Seakan ada rancangan yang sudah di atur di balik senyumannya.

Dylan mencapai telefonnya di kocek dan menghubungi Sham. "Sham, tolong tengokkan kembar ye. Lusa baru kami balik" kata Dylan. Irsha sudah tersenyum, dia tahu apa rancangan Dylan.
******
(Kini)

"Abang dah bangun?" soal Irsha, lembut.

"Lama dah, suka tengok Irsha tidur. " kata Dylan, lembut.

Irsha memeluk suaminya. Dylan mengusap luka tembakan itu.

"Abang nak minta maaf Irsha, tembak Irsha. Mesti sakit kan?" soal Dylan. Irsha hanya tersengih.

"Tapi, tak sesakit hati Irsha. Kenapa Abang tembak Irsha?" soal Irsha. Mati senyuman Dylan apabila Irsha menyoalkan mengenai itu.

"Abang takda pilihan sayang. Kalau Abang tembak Fuad, Abang orang yang paling kejam. Terpaksa Abang tembak Irsha. Maafkan Abang sayang" kata Dylan.

Irsha hanya tersengih.

"Kita sama-sama lah minta maaf ye.. Jangan abaikan Irsha lagi tau" kata Irsha.

Dylan hanya tersenyum riang.
********

"Puan Iryna Irsha... dan Dato Dayen Dylan" kata seorang lelaki merenung gambar kedua-dua insan tersebut.

Inipun selepas Iqbal memberitahu hal yang sebenar. Kerana Iqbal pernah bekerja dengan Dato Mustapha.

"What should i address you, Iryna Irsha. Cousin or what?" kata lelaki tersebut memandang gambar Iryna Irsha.

"Tak sabar nak jumpa kau, Iryna Irsha.." kata lelaki itu masih memegang gambar Dylan dan Irsha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience