Series
80659
Irsha ketika itu baru sahaja ke tandas. Dia keluar, agak terkejut dia apabila Ad menunggunya di luar.
"Owh Ad.. buat apa di sini?" Kata Irsha, ramah.
"Takde Bos. Sebenarnya, bos... saya nak tanya sesuatu dengan bos, boleh?" Soal Fuad, dengan senyuman.
Irsha sedikit seram dengan senyuman pekerjanya ini. Sedikit ramah berbanding pekerja yang lain. Dulu, dia pernah terlihat Ad yang menunggunya di parkir kereta. Namun, dia cuba tidak terlalu menghukum, mungkin kebetulan.
"Bos.. saya..." Belum sempat Fuad menghabiskan kata-katanya. Iqbal datang mendekat.
"Puan. Wakil syarikat dah tunggu Puan. Mari" kata Iqbal. Fuad sedikit tidak puas hati, ada sahaja yang menganggunya.
"Okay. Maaf ye Ad, saya pergi dulu. Kerja baik-baik ye" kata Irsha. Selepas Irsha meninggalkan mereka. Iqbal merenung Fuad tajam. Dia tahu lelaki ini sering merenung majikannya dan menunggu majikannya di parkir.
"Tolong jaga perangai kalau awak nak kerja lama dekat sini, Encik Ad. Dan, tolong hormat Puan sebagai isteri orang, kalau saya bagitahu suami Puan, saya yakin yang awak akan menyesal dengan sikap awak sekarang. Jadi, sila hormat Puan kalau nak selamat" tegur Iqbal meninggalkan Fuad.
Fuad menumbuk dinding, "ingat.. aku heran sangat ke dengan budak gemuk tu.. aku tak kira. Irsha tetap aku punya" jerit hati Fuad. Penyakit itu sudah menguasai dirinya seratu peratus. Dia akan bertindak tanpa akal waras. Dan, penyakit itu yang akan menggerakkannya.
*****
Fuad keluar sebentar dan terus pergi ke arah pra-sekolah private. Kelihatan, kembarnya diambil oleh seorang pemandu.
" Hahahhaha.. aku dah ada plan. Kita mula dengan kembar itu. Baru boleh aku perangkap Irsha" kata Fuad.
*******
"Puan.. hati-hati sikit dengan pekerja Puan ni. " Kata Iqbal dalam kereta.
Irsha faham siapa yang dimaksudkan Iqbal.
"Entahlah Iqbal. Terlalu ramah sangat Ad ni. Saya pun naik takut juga kadang-kadang. Saya beberapa kali terserempak dia dekat parkir kereta. Nasib ada awak" kata Irsha.
"Nak saya bagitahu dekat Dato Dylan ke?" Soal Iqbal.
"Tak perlu Iqbal. Bukan apa, setakat ni. Dia takda buat apa-apa lagi. Mungkin, kebetulan je kot. Tak payah tau. Benda ni hanya kita dua je yang tahu. Abang tak perlu tahu. " Kata Irsha.
Ria di dalam kereta hanya mendengar. Sebenarnya, dia juga tahu yang Ad selalu ulang-alik di luar bilik Irsha. Ada yang tidak kena dengan pekerja majikannya yang satu ini.
"Puan... Kenapa tak bagi Tuan tahu?" Soal Ria.
"Ria.. you know my husband right? He will be protective when it comes to me. So, keep it slow down. Dia belum buat apa-apa lagi.. Asalkan korang tengokkan je Ad tu ye" kata Irsha.
Dia tidak mahu suaminya tahu perkara ini.
*******
Dylan melihat Irsha. Lama...
"Kenapa Abang tengok saya?" Soal Irsha ketika mereka habis makan malam bersama.
"Entah. Kenapa Abang rasa yang Irsha sembunyikan sesuatu dari Abang ye?" Soal Dylan.
Irsha sedikit terkejut. Namun, dia yakin Ria dan Iqbal tidak akan membocorkan rahsia.
"Takde lah. Perasaan Abang je tu" kata Irsha.
"Mungkin... " Kata Dylan.
Dia mendekati isterinya dan memeluk isterinya dari arah belakang.
"Dresscode tonight will be black." Bisik Dylan.
Irsha sudah tersenyum....
Share this novel