Bab 8 - Niel yang Berhati-hati

Romance Series 80659

Sedang Niel dan Ryna menunggu Uncle Joe mereka. Ada seorang lelaki mendekati mereka berdua.

"Comelnya adik ni. Tunggu siapa ni, sayang?" Tanya lelaki tersebut kepada Ryna. Niel yang ketika itu menarik tangan Ryna terus mengajak adiknya berlari menuju ke dalam pra sekolah kembali.
********

"Kata Niel, ada lelaki tadi pergi tegur mereka. Tu yang Niel bawa Ryna masuk dalam pra sekolah ni balik" kata cikgu mereka.

"Cuba Niel cerita dengan Uncle, apa yang terjadi tadi?" Soal Joe, apabila Niel dan Ryna menunggu dia di dalam pra sekolah dan bukannya di stesen bas.

"Ada uncle tu tadi, dia pergi cakap dengan Ryna. Niel tengok lelaki tu macam jahat" kata Niel. Dan Joe tahu budak-budak dia boleh tahu orang itu jahat atau baik.

"Okaylah.. Macam ni, mulai sekarang. Niel dengan Ryna tunggu dekat dalam pra sekolah ye. Jangan keluar selagi Uncle belum sampai. Okay?" Kata Joe.

Niel dan Ryna sudah menganggukkan kepalanya.

"Uncle nak minta maaf juga sebab selalu lambat, terus Uncle suruh pula kamu berdua tunggu Uncle dekat luar. Maafkan Uncle ye" kata Joe, menyedari kesilapannya.

Berharap yang dia akan tepat masa mengambil Niel dan Ryna dari pra-sekolah.
*******

"Aisyhhh.. hampir je budak tu aku angkut tadi. Abang dia pengacau betul. Kalau macam ni, dua - dua aku culik." Kata Fuad ketika itu, rancangannya gagal kerana mereka berlari masuk ke dalam pra-sekolah.
******

"Saya minta maaf Dato.. Puan, salah saya" kata Joe menerangkan apa yang berlaku hari ini.

"Tak pe Joe. Mungkin, biasalah kalau orang tengok budak comel, mesti nak tegur kan? Mungkin Niel yang terlalu takut kut" kata Irsha.

Dylan bersetuju dengan isterinya.

"Ya Joe. Takda yang nak dirisaukan pun. Masalah kecil je tu. Dah, mulai sekarang.. suruh je mereka tunggu dekat dalam pra-sekolah sehingga kamu sampai sana" kata Dylan.

Niel dan Ryna ketika itu seperti biasa, membaca buku di mini perpustakaan.

"Abang Niel takut ke kalau Ryna kena culik?" Soal Ryna.

Niel menganggukkan kepalanya.

"Yelah... Lain kali kita kena tengok sekeliling ye. Mana tahu ada orang jahat nak culik kita." Kata Niel.

"Aahhh.. jom kita belajar tumbuk-tumbuk nak. Kita bagitahu Papa dengan Mama" kata Ryna. Niel menganggukkan kepalanya, bersetuju apa yang dikatakan oleh abangnya.
*********

"Mama, Papa..." Kata Ryna sambil dipimpin tangan oleh Niel turun ke bawah, ingin menyuarakan pandangan mereka.

"Apa sayang?" Soal Irsha.

"Boleh tak kalah kami nak belajar tumbuk-tumbuk?" Soal Ryna. Irsha terus memandang Dylan.

"Abang... Macam mana? Irsha rasa boleh juga tu" kata Irsha minta pandangan daripada suaminya.

"Okay.. kalau macam tu, nanti Papa suruh Uncle Sham carikan guru untuk Ryna dengan Niel ye" kata Dylan.

Ryna dan Niel tidak sabar untuk mempelajari ilmu baharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience