Series
80659
Fuad hanya berada di balik tirai besi. Kadang kala dia menangis, kadang kala dia ketawa. Namun, dia kesal. Dia terlalu ikutkan perasaannya. Dia mulai bercakap seorang diri.
"Fuad. Ada orang nak jumpa awak. Mari ikut saya" kata Pegawai Penjara berkenaan. Fuad hanya mengikuti apa yang diarahkan.
*****
Dylan menunggu di balik kaca. Dia ingin membuat perhitungan. Kelihatan Fuad digari tangannya. "Apa kahbar Fuad?" soal Dylan. Ya, dia sedia maklum bahawa Fuad sakit.
"Bukan aku yang bunuh Ryna" tiba-tiba Fuad menangis. Dylan hanya diam.
"Ya. kau tak bunuh dia. Aku tahu.. " kata Dylan. Fuad kembali bertenang.
"Kenapa kau kacau isteri aku Fuad, kau masih sukakan dia kan?" soal Dylan. Fuad menganggukkan kepalanya.
"Boleh tolong aku tak, jaga mak aku. Mak aku sakit. Aku tak tahu nak cari mana duit yang banyak untuk perbelanjaan mak aku. Mak aku dah lama koma.. " kata Fuad, kembali menangis. Dylan bersimpati atas kejadian yang menimpa Fuad.
Inilah sebab Fuad inginkan isterinya, kerana Fuad terdesak inginkan duit.
"Baik Fuad. Kau jangan risau. Tapi, boleh tak kau janji dengan aku?" soal Dylan. Fuad menanti apa yang ingin disampaikan oleh Dylan.
"Aku akan tarik balik kesalahan kau dan anggap kes selesai. Tapi, janji dengan aku Fuad. Tolong ubat "sakit" kau" kata Dylan. Fuad diam merenung Dylan dan terus ketawa kuat.
Dylan tahu, ini bukan Fuad. Sakitnya yang mengawal Fuad.
******
Selesai perjumpaannya dengan Fuad, Dylan terus menuju ke hospital yang menempatkan pesakit seperti Fuad. Dan, mereka sedia maklum mengenai pesakit ini. Pesakit ini akan dirawat sehingga dia sembuh.
Dengan syarat, selepas sembuh Fuad tidak lagi dibenarkan mendekati keluarganya dan secara automatik kerjanya di syarikat Irsha ditamatkan secara serta-merta.
Dylan hanya menarik nafas lega setelah semuanya diselesaikan termasuk dengan kos pembedahan ibu Fuad yang akan ditanggung Dylan.
"Dato... kita ke hospital ke sekarang?" soal Sham. Dylan menganggukkan kepalanya. Dia rindukan Irsha yang masih lagi tidur sejak kelmarin.
Telefon di koceknya berbunyi. Dylan mengangkat panggilan berkenaan,
"Saya.. Dato Dayen Dylan. Apa?!! Baik, saya ke sana sekarang.." kata Dylan.
"Sham. Faster, hospital now!" kata Dylan setelah mendapat panggilan bahawa isterinya sudah sedar.
Dan, dia tidak sabar bertemu isterinya walaupun dia tahu.. perbincangannya kali ini dengan Irsha akan tegang, setegang kejadian yang baharu sahaja berlaku.
Share this novel