Series
80659
(Imbas Kembali)
Pagi
Selepas Fuad meracuni fikiran Katrina, dia terus menghubungi Dylan untuk memastikan mereka bersiap sedia pada hari ini.
"Hello Dylan. Rancangan mereka hari ni ialah pastikan Irsha nampak kau dan Katrina sedang berbuat tak baik depan mereka. Dan, ya.. rancangan ni akan berjalan jika Irsha akan datang ke pejabat kau. Nak tak nak, kau kena suruh juga Irsha datang ke pejabat kau hari ni, kalau kau nak semuanya selesai" kata Fuad, dia menghubungi Dylan di dalam kereta. Agar tidak didengari oleh Haniff dan Katrina.
"Baik Fuad. Tu kau jangan risau. Anyway, terima kasih Fuad. Kalau tak ada kau di pihak mereka, kami pun tak akan tahu rancangan mereka dari awal" kata Dylan.
Fuad hanya tersenyum, "anggaplah aku sedang membalas jasa korang berdua. Selepas ni, aku nak habiskan masa dengan mak aku je. Memandangkan dia ada enam bulan je. Ni, mak aku kirim salam dekat korang dua. Tolong sampaikan pada Irsha maaf aku, dengan semuanya termasuklah Iqbal. Entah bila lagi aku akan jumpa korang" kata Fuad.
Dylan juga turut tersenyum, "aku dah lama maafkan kau Fuad. Terima kasih sekali lagi.." kata Dylan. Fuad menarik nafasnya, "tolong jaga Irsha ye Dylan. Kau tahukan akan sentiasa cintakan isteri kau walaupun aku tahu yang isteri kau tetap akan pilih kau. Dari dulu sampai sekarang. Jaga dia, Dylan.." pesan Fuad. Dylan hanya mengiakan kata-kata Fuad.
Selesai sahaja panggilan telefon berkenaan, dia menghubungi ibunya yang kini berada di rumah yang telah dibelikan oleh Irsha dan Dylan kepadanya. Dan, inilah sebab dia tidak boleh mengkhianati Irsha dan Dylan. Banyak jasa mereka terhadap dirinya.
"Ye mak. Fuad nak balik dah ni, nak luangkan masa dengan mak. Mak nak masak apa hari ni? Fuad belikan.. okay mak" kata Fuad mematikan panggilan. Dia memandang lama rumah agam di hadapannya.
"Semoga kau punya rancangan tak menjadi. Haniff dan Katrina" kata Fuad, terus dia meluncurkan keretanya. Telefon bimbitnya dia buang. Selepas ni, dia tidak mahu lagi dihubungi. Masanya sekarang bersama ibunya.
***
(Sekarang)
Haniff menghantar pesanan ringkas kepada Katrina untuk meminta dia bersedia, begitu juga dengan Fuad agar mereka bersedia dengan rancangan yang sudah mereka atur pagi ini.
Namun, dia pelik kenapa Katrina dan Fuad tidak membalas pesanannya. Dia sangat pelik. Irsha yang perasan air muka Haniff berubah secara mendadak cuba bertanya, "Abang Haniff kenapa muka masam je, gaduh dengan awek ke?" tanya Irsha, cuba berlakon seakan tiada apa yang berlaku pada hari ini.
Haniff ketawa, "awek Abang kan cuma Irsha. Hehehhe.. Dah, jom keluar.. Abang tak sabar nak jumpa kawan Abang.." kata Haniff.
***
(Setengah jam sebelum)
Di pejabat Dylan.
Katrina sudah mula membuka satu butang baju kemejanya. Dia akan memastikan Dylan miliknya dan bukannya orang lain, termasuk Irsha. Dia memanjangkan kakinya ke bilik Dylan.
"Awak nak ke mana tu, Katrina?" soal Ria. Katrina memandang Ria dengan pandangan menyampah.
"You siapa nak persoalkan I, jangan sibuk hal I, boleh tak? I ni PA Dato, you tu setakat dengan bahagian HR. Jangan nak sibuk hal I" kata Katrina. Ria terus bertepuk tangan di hadapan muka Katrina.
"Baru dua minggu jadi PA, dah naik kepala ke? Memang dekat syarikat ni, I cuma dekat bahagian HR. Tapi, kalau luar dari syarikat ni. I merangkap orang penting dalam hidup Dato dan Puan. Kenapa? You dah bermimpi nak upgrade status menjadi Datin ke? Tengok you, sangat tak layak. Jadi, jangan mimpi nak gantikan tempat Puan Iryna Irsha" kata Ria, sinis.
"You ni.. Jangan nak kurang ajar" ujar Katrina dan ingin menampar muka Ria, namun tangannya ditahan oleh seseorang.
"Kau sentuh isteri aku, aku akan pastikan tangan kau patah." kata Sham. Katrina meronta ingin melepaskan tangannya dari genggaman Sham, namun Sham menggengam erat tangan Katrina.
"Sayang nak buat apa dengan perempuan yang kuat perasan ni..?" soal Sham. Ria sudah tersenyum sinis, "kita gagalkan rancangan mereka. Mari ikut kami, wahai Cik Puan Datin Katrina.." kata Ria sambil mengambil tangan Katrina daripada genggaman Sham dan menangkap kedua belah tangan Katrina sehingga dia tidak boleh bergerak. Dia dibawa oleh Sham dan Ria.
***
(Sekarang)
Irsha menekan lif ke tingkat atas. Dia melihat Haniff yang seakan muram dan masam. Pelik dia.
Sesampai sahaja mereka di bilik Dylan. Haniff berharap agar Katrina bertindak namun terkejut bukannya dia melihat Katrina bersama Dylan.
Namun, di bilik tu.. Adanya Datuk Hamid, Iqbal dan Dylan. Seakan menantikan mereka. Mana Katrina? Kenapa Iqbal berada di sini? Kenapa bukan Dylan digoda oleh Katrina?
Peluh cemas merecik di dahi Haniff. Apa yang berlaku sebenarnya sekarang.
"Silakan duduk, Haniff.. kita ada banyak benda nak bincang sekarang" ajak Dylan sambil tersenyum.
Killa habiskan dulu novel ni boleh ? Baru kita beralih ke novel seterusnya... lebih kurang ada 20 bab lagi ni. Boleh ?
Share this novel