Bab 13 - Kehilangan Dan Perancangan

Romance Series 80659

Majlis diadakan secara gilang-gemilang selepas sahaja mereka balik dari Australia. Dan, Irsha serta Dylan merupakan orang yang paling gembira dengan semua ini.

"Alhamdulillah, Abang.. Khawin dah mereka" kata Irsha, gembira dia melihat Ria dan Sham berkahwin.

Ketika mereka bersanding di pelaminan. Ria sempat mencuit suaminya. "Bie. Tu orang nya, yang Ria cerita tu" kata Ria. Sham melihat ke arah lelaki tersebut.

Betul. Pandangannya hanya dihalakan kepada Irsha yang pada waktu itu, mereka tidak menyedarinya.

"Damn, he's so creepy. Kenapa tak bagitahu Dato Ria?" Bentak Sham.

"Sebab dia belum buat apa-apa lagi..." Kata Ria.

"Lepas ni, kita kena berbincang. Ajak Iqbal sekali... Kalau ye, Ria tak nak bagitahu Dato. Nanti Bie cuba selidik pasal lelaki ni" kata Sham.

"Amboi... Pengantin . Borak sakan nampak" tegur Irsha. Ria dan Sham terdiam dan tersenyum. Cuba menyembunyikan apa yang mereka bincangkan.

Fuad sedang melihat Irsha dengan potongan baju kebayanya. Dia sesekali melihat tangan suaminya yang merayap di pinggang Irsha.

"Dah lah kaya, seksi.." gumam hati Fuad. Sedikit marah dia melihat pasangan ini gembira. Dan apabila anak mereka mendekati mereka, dia sudah tersenyum.

"Anak mereka.. anak mereka... Aku kena culik dulu" gumam hati Fuad. Emosinya kembali tidak stabil. Dia cepat-cepat meninggalkan majlis itu.

Iqbal mendekati Sham dan Ria.

"Congrats.. ni korang nak bercuti dekat mana?" Soal Iqbal.

"Iqbal. Aku tak sanggup nak tinggalkan Dato dengan Puan kalau ada yang menghalang" kata Sham.

Iqbal terus memandang Ria. Adakah Ria sudah membocorkan rahsia atau...

"Ye. Ria dah bagitahu. Tapi, jangan risau.. aku tak akan bocorkan rahsia. Bagi aku masa untuk selidik latar belakang mamat tu" kata Sham.

Iqbal menganggukkan kepalanya.

"Keep an eye for Puan. Okay Iqbal" kata Sham. Memang Sham sedikit risau. Begitu juga Ria dan Iqbal. Sebelum terjadi apa-apa.. lebih baik mereka bersedia.
**********
Setelah majlis perkahwinan Ria dan Sham selesai, Irsha mencari mereka bertiga termasuk Iqbal.

"Mana Ria, Sham, dan Iqbal Abang? Irsha tak nampak pun mereka" kata Irsha mencari mereka. Tapi, nasib baik juga dia bercuti hari ini. Esok baru dia akan masuk bekerja.

"Mereka keluar tadi Irsha. Anak-anak mana?" Soal Dylan. Irsha senyum.

"Dekat atas. Prepare nak ke sekolah lah tu" kata Irsha sambil duduk di sebelah suaminya.

"Okay lah tu. Now, this time, only you and me" senyum Dylan.
********

"Aku dah selidik latar belakang lelaki ni Iqbal. Dan... Puan Irsha dengan lelaki ini satu sekolah dulu." Kata Sham, serius mukanya.

Sambil Ria menggenggam tangan Sham. "Dia Fuad. Ada seorang mak yang terlantar sakit di hospital dan bapanya lari entah ke mana." kata Sham, sedikit risau.

Iqbal diam. "So, what our next move?" Soal Iqbal.

"Kita cuma pastikan yang Puan selamat. Pastikan kau sentiasa ada dengan Puan." kata Sham.

Iqbal menganggukkan kepalanya. Ya, memang selama Irsha akan menjadi tanggungjawab mereka.
******

"Apa kata esok kita pergi playground, nak Mama Papa?" Soal Ryna. Irsha sudah merah mukanya menahan malu, begitu juga Dylan.

Baru sahaja mereka ingin bermesra, mereka diganggu oleh kembar yang tiba-tiba turun dari aras atas. Tergendala segala perlakuan mereka.

"Mama Papa, dengar tak? Ryna dengan Niel nak pergi playground esok. Sebab, esok kelas muzik cuti." Kata Ryna.

"Boleh sayang..." Kata Irsha. Ryna sudah menjerit kesukaan.

"Yayyy... Abang Niel kita boleh pergi playground" girang Ryna.

"Kijap... Kenapa muka mama merah ni? Mama demam?" Soal Ryna.

Dylan sudah berdehem. Irsha pula melihat suaminya lantas terketawa.

"Eh.. takde lah sayang.." kata Irsha.

"Dah. Meh, Papa hantar Niel dengan Ryna tidur. Jom" ajak Dylan.

Sejurus mereka meninggalkan Irsha. Irsha masih terketawa dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Nasib baik belum berlaku apa-apa.

Kelihatan Dylan tersenyum menuruni tangga.

"I think we should go to our room. Right sweetheart?" Sengih Dylan. Dan, Irsha menganggukkan kepalanya.
*******

Gambar anak Irsha dan Dylan terlekat di dinding bilik Fuad.

"Aku tak boleh tunggu lama. Aku nak kau Irsha. Tapi, aku kena culik anak kau dulu" bisik Fuad yang sudah menyediakan rancangan untuk keluarga Dylan dan Irsha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience