Series
80659
Seminggu yang lalu, Irsha agak sibuk menguruskan perkhawinan Haniff dan Katrina. Dan, sekarang mereka berbulan madu di Paris. Atas saranan Dylan.
Majlis perkhawinan Haniff dan Katrina berlangsung dalam keadaan meriah. Memang menepati tema prince dan princess. Atas budi bicara Dylan juga, Dato Mustapha dibenarkan menghadiri perkhawinan anaknya namun sekijap sahaja serta dikawal ketat oleh polis. Irsha gembira kerana Dylan dapat menghadirkan Dato Mustapha ke majlis perkhawinan Haniff dan Katrina.
***
"Masih berbisa lagi tangan Irsha gubah bunga ye?" Soal Dylan. Irsha sudah tersenyum. "Mestilah, kalau Ryna dah besar sikit, saya nak ajar dia pula.. " kata Irsha.
Dylan mendekati isterinya dan memeluknya dari belakang, "terima kasih kerana menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak saya. Dan, terima kasih juga kerana sanggup tinggalkan semua untuk keluarga" kata Dylan.
Irsha sudah tersenyum, "sama-sama Abang..." Kata Irsha. Dylan mengucup pipi isterinya.
"Abang... Betul ke kalau Niel dah besar, Abang nak suruh Niel masuk universiti dekat Abang belajar dulu?" Soal Irsha.
"Ya sayang. Lagipun, dia yang akan mewarisi harta peninggalan keluarga kami... Kenapa sayang?" Soal Dylan.
"Mesti Ryna sedih, kalau dia dapat tahu tu.. kan, mereka tu mana pernanh berenggang.. risau saya Abang" kata Irsha.
"Lama lagi nak fikir tu sayang.. Irsha, dresscode tonight will be black" bisik Dylan. Irsha sudah tersenyum.
***
Ria mengemaskan meja setelah habis mereka bersarapan, namun tidak semena-mena, dia tercium aroma yang tidak menyenangkan. Dia berlari ke tandas yang berdekatan.
Irsha yang baru sahaja turun terdengar terus berlari ke arah Ria.. sambil menepuk lembut belakang Ria.
"Ria.. okay ke ni? Kenapa?" Soal Irsha. "Tak tahulah Puan, saya muntah tadi. Maaf Puan.. " kata Ria. "Awak tak sihat ne, pucat saya nampak awak. Tak pe, mari kita ke hospital. Joe..." Laung Irsha.
***
Semua menunggu di luar bilik, termasuk kembar. Mereka sangat risau apabila aunty kesayangan mereka masuk hospital.
Manakala Sham terduduk di bangku, dia sangat risau apabila dimaklumkan bahawa Ria tidak sihat.
"Abang.. Irsha rasa Ria..." Bisik Irsha di telinga Dylan dan mereka berdua tersenyum.
"Mana waris Puan Ria..? " Soal Doktor. Sham sudah berdiri, "ya.. saya.." kata Sham.
Setelah memeberitahu perkara tersebut kepada Sham, senyumnya terukir. "Dato, Puan... Ria mengandung" kata Sham. Ingin menangis.
"Alhamdulillah... " Serentak Dylan dan Irsha. Manakala kembar sudah tertanya-tanya..
"Maksud apa Aunty Ria pregnant?" Soal Ryna. Dylan sudah tersenyum, "maksudnya nanti Ryna dan Niel jadi big brother dan big sister.. sebab dalam perut Aunty Ria ada baby" kata Irsha.
Mereka semua gembira.
***
Irsha dan Dylan merenung anak kembar mereka bermain di taman permainan. Gembiranya sekali kembar tersebut.
"Abang... I love you, always" bisik Irsha. Dylan mencapai tangan si isteri dan mengucup tangan lembut isterinya.
"Irsha tetap akan jadi isteri abang, ibu kepada anak Abang dan semoga kebahagian milik kita sayang..." Kata Dylan.
Share this novel