Series
80659
"I miss you, mama" kata Niel dan Ryna. Irsha memeluk kembarnya. Syukurlah mereka selamat.
"I miss you too my baby" kata Irsha. Memeluk kembarnya. Niel dan Ryna agak berhati-hati kerana takut akan menyakiti mamanya yang mengalami kecederaan dj bahu kiri.
Ria dan Iqbal tersenyum girang. Walau pun ketika itu, Iqbal berada di kerusi roda akibat lututnya ditembak oleh Fuad. Irsha melihat ke arah Iqbal dan Ria.
"Iqbal. I am so sorry" kata Irsha, menangis. Iqbal mengelengkan kepalanya. "Saya pun nak minta maaf Puan, gagal lindungi Puan" kata Iqbal.
"Ria.. Abang mana? Fuad macam mana?" soal Irsha, dia tidak menyedari selepas kejadian dia ditembak oleh suami sendiri. Dia sedikit sakit hati. Kenapa suaminya menembak dia, bukannya Fuad.
"Tuan uruskan Fuad, Puan. Saya dengar lepas ni dia dimasukkan ke hospital untuk rawat sakit dia. Dan, Sham bagitahu saya tadi.. Tuan dah tanggung perubatan ibu Fuad" terang Ria. Irsha menarik nafas lega.
"Syukurlah.. semua dah selamat" kata Irsha sambil mengusap kepala kedua-dua anaknya. Tiba-tiba pintu dirempuh dari luar.
Kelihatan Dylan memasuki bilik Irsha dengan diikuti oleh Sham di belakang. Irsha hanya diam melihat renungan Dylan. Dia tahu, renungan itu membawa maksud "habislah kau, Irsha.."
"Errr.. Jom, kita keluar. Dato dengan Puan mesti ada nak bincang. Jom kembar, ikut Uncle. Kita main playground" ajak Sham. Dia faham persis perasaan Dylan sekarang. Rindu pun ada, marah pun ada, dan sakit hati.
Iqbal ditolak oleh Ria manakala kembar dipimpin oleh Sham. Mereka meninggalkan kedua insan itu.
"Ria... aku takut Puan dengan Dato gaduh besar" kata Iqbal. Ria hanya tersenyum, "sedangkan lidah lagikan tergigit, nikan pula suami isteri. Yang penting di sini, Puan kena minta maaf sebab kalau Puan tak rahsiakan benda ini. Mungkin Puan selamat" kata Ria.
*******
"Sakit?" soal Dylan sambil mengusap bahu kiri Irsha. Irsha hanya mematungkan dirinya. Dia tahu renungan ini. Renungan marah Dylan namun masih ditahan.
"Tapi tak sesakit apa yang Abang rasa, meja kaca dekat pejabat Abang tumbuk pecah, hati abang sakit sebab isteri rahsiakan perkara ini dari abang, ingat dia seorang je yang boleh selesaikan sendiri. Dan, nak tunjuk pandai. Suruh Sham, Ria, dan Iqbal rahsiakan perkara ini. Don't you think once Puan Iryna Irsha, you have husband and twins.. kalau lah Irsha mati, macam mana?" soal Dylan sedikit tinggi suaranya.
Irsha hanya menggengam selimutnya. Dia tahu salahnya...
"I am so sorry Abang" kata Irsha, perlahan sahaja suaranya.
"Abang tak tahu macam mana nak maafkan Irsha. Abang tak tahu. Biarlah Abang reda dulu, dan sementara tunggu Abang reda. Why not you reflect your mistake especially your stupid move on put your lives first" kata Dylan meninggalkan Irsha.
Irsha menangis. Salahnya Dylan marah begini. Selama hampir enam tahun dia berkhawin dengan Dylan. Kali pertama dia melihat Dylan yang marah dengannya. Salahnya sendiri.
Dylan di luar hanya menarik nafas dan memujuk hatinya agar bersabar namun dia sedikit sakit hati dengan tindakan Irsha yang membelakangkannya sebagai seorang suami.
Bukan dia tidak bersyukur, Irsha sudah sedar namun dia masih sakit hati dengan perbuatan Irsha.
Share this novel