Series
80659
"Siapa perempuan ni?" soal Katrian melihat gambar yang dilekatkan di cermin oleh Fuad. Lama Katrina berfikir dan terus dia mendapatkan jawapan.
"Owh... i dah faham. Nilah budak yang korang suruh aku copy paste kan. Hurm, not bad. Patutlah Haniff pun syok dekat dia." komen Katrina. Fuad sudah mengelengkan kepalanya.
"Kita ada masa satu minggu je nak ubah kau jadi macam dia. So, cepat kita bekerja, cepatlah kita bertindak" kata Fuad. Katrina hanya tersenyum sinis.
"You kawan baik kan dengan budak ni. Kenapa you khianati dia. Ke sebab you kecewa cinta you tak berbalas?" soal Katrina, dia tahu mengenai cerita Fuad dan Haniff sama-sama menyukai gadis ini daripada mulut orang gaji yang berada di sini.
Fuad mendekati Katrina dan menggenggam rambutnya, "kau takda hak nak persoalkan aku khianat siapa. Kau buat kerja kau" kata Fuad melepaskan cengkaman tangannya. Katrina hanya ketawa.
"Uish marah... memang budak ni ada tempat special ke dalam hati korang. Bila aku dekat Haniff pun dia cakap benda yang sama. Dengan kau pun sama... Siapalah Irsha ni, kenapa nak sangat dengan dia. I tak faham. Dah, cepatlah..." kata Katrina.
Fuad menarik nafas dan menghembuskannya. Marahnya harus dikawal.
***
"Maksud Tuan, Tuan nak buka kerja kosong? Jadi PA Tuan lagi tu. Puan Irsha tak marah ke?" soal Ria, pelik dia secara tiba-tiba Dato Dylan mengiklankan jawatan kosong di syarikatnya.
"Taklah. Dah tanya Irsha pun. Irsha okay je.. Dah, Ria pergi iklankan ye.. Terima kasih" kata Dylan sambil tersenyum.
"Baik Tuan" kata Ria.
Sementara Irsha di pejabatnya sedang meneliti laporan kewangan syarikat. Masih kukuh namun masih terngiang-ngiang di fikirannya mengenai cadangan Haniff. Menjatuhkan suaminya.
"Puan... kenapa?" soal Sham. Dia melihat muka Irsha yang mempunyai masalah. Irsha menarik nafas dan berkata, "kalaulah Abang betul-betul jatuh.. dan syarikat yang dia usahakan tak boleh diusahakan lagi, macam mana?" soal Irsha.
Dia risau. Syarikat Dylan merupakan syarikat turun-temurun. Jika jatuh, bukankah Dylan akan merasa sedikit terkesan.
Namun, Sham hanya tersenyum.. "Puan nak risaukan Dato? Dato yang saya kenal bukannya jenis terus masuk perangkap Puan. Saya kenal Dato dah lama. Memang Dato akan jadikan diri Dato mangsa terlebih dahulu. Supaya bila pihak musuh dah tahu dia menang, dia akan leka dan di situlah Dato akan bertindak" kata Sham.
"Irsha cuma risau, Sham.." luah hati Irsha. Lusa Haniff akan berjumpa dengannya. Berbincang mengenai rancangan untuk menjatuhkan suaminya.
"Puan tak perlu risau. Puan cuma perlu risaukan diri Puan sahaja daripada buaya darat tak guna tu. Lusa kita dah nak meeting dengan dia" kata Sham.
Irsha hanya diam. "Sham... selepas semua ni habis, awak ambil alih ye syarikat ni. Awak, Ria, dan Iqbal. I know you can do it. Saya cuma nak masa untuk suami dan anak-anak" luah Irsha.
Sememangnya itulah cita-citanya dari dulu. Bukannya menjadi lady bos di syarikat milik warisnya. Sham hanya diam. Dirasakan besar tanggungjawab ini.
"Tolong terima ye Sham. Saya cuma nak masa dengan anak-anak dan suami saya. Sebab walaupun sekaya mana dan sehebat mana kita. Isteri sentiasa berada di sisi suami dan anak-anak" kata Irsha.
Sham terdiam seribu bahasa. Alangkah beruntung Dato mempunyai seorang isteri yang sentiasa merendah diri.
"Insha Allah..." kata Sham.
***
Haniff terkesima dengan penampilan Katrina, persis Irsha. Rambutnya, gayanya, tutur katanya. Haniff tersenyum, "bagus kerja kau Fuad. Sebiji Irsha. Sekarang, kau esok sediakan semuanya dan pergi syarikat Dylan untuk ditemu duga. Faham?" soal Haniff.
Katrina dan Fuad menganggukkan kepalanya. Haniff sudah tersenyum, "akhirnya aku akan menang... " gumam hati Haniff.
Fuad sudah mulai risau, dia takut Katrina yang akan berada di syarikat Dylan esok. Dia tidak sanggup melihat Irsha bersedih jikalau Katrina memulakan rancangan untuk menggoda Dylan.
berjaya ke tak ?
Share this novel