Series
80659
Irsha menghubungi ibunya. Walaupun berstatus ibu angkat, namun ya.. masih sahaja Irsha akan menanyakan beberapa perkara.
"Irsha sihat?" soal Mamanya. Tiba-tiba air mata Irsha bergenang, dia terlalu tertekan dengan situasi sekarang. Dia tahu, dia bersalah.. sangat bersalah atas tindakan melulunya. Kedengaran esakan halus terbit di bibir Irsha.
"Mama tahu Irsha ada masalah, tapi.. satu mama nak pesan, kalau ia berpunca dari Irsha, selesaikannya. Tapi, kalau ia bukan berpunca dari Irsha pun, bincang. Bukan kah suami isteri harus memahami antara satu sama lain, berbincang antara satu sama lain. Kerana, rumah tangga ini ada kerana dua orang yang saling mencintai memahami, dan melengkapi. Boleh tu Irsha?" kata mamanya. Irsha mengelap air mata yang jatuh di pipi.
Ya, dia rindukan suaminya.
******
Irsha masak hari ini. Selepas dia mendapat suntikan semangat, dia harus mengambil kembali hati suaminya. Ya, benar. Salahnya semuanya berlaku. Suaminya ada menanyakan dahulu tapi dia mengambil keputusan merahsiakan. Salahnya. Betul.
Ryna dan Niel membantu ibunya menyediakan makanan. Walaupun mereka suami isteri mempunyai masalah, namun mereka professional. Tidak sesekali mereka menunjukkan kepada anak-anak bahawa mereka ada masalah.
Sedang Irsha menunggu suaminya. Muncul Sham menemui Irsha.
"Puan, maaf... Errr, Dato pesan dengan saya. Dato tak balik hari ni, Dato siapkan untuk tender esok. Maaf Puan." kata Sham, namun hatinya sedih melihat Puan Irsha sudah menyiapkan makanan dan melihat anak-anak menunggu Papanya.
Irsha menarik nafas. "Bukan salah Abang, Abang tak tahu pun kau masak Irsha" kata Irsha menguatkan perasaannya. Dia sanggup tidak bersedia untuk esok demi mengembalikan kedamaian rumah tangganya.
"Puan, maaf.. saya minta diri dulu. Dato suruh ambil pakaian dia. Mungkin, dia tidur dekat office. Maaf Puan" kata Sham, meninggalkan Puan dan anak-anaknya. Sham tidak sanggup melihat air muka Irsha yang sedih.
"Err.. Papa sibuk ke Mama?" soal Ryna. Niel hanya memandang ke arah Mamanya.
"Ya sayang.. Papa sibuk. Kita makan ye dulu" kata Irsha. Niel hanya mengenggam tangan ibunya memberikan kekuatan kepada ibunya.
"Kalau Mama rindu Papa, peluklah kami. Kami kan anak Papa juga" kata Niel. Terkedu Irsha mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya. Seakan memahami perasaannya. Irsha hanya tersenyum.
****
Sham turun setelah mengambil pakaian Dato. Dia sedikit sedih dengan apa yang terjadi kepada majikannya. Selalunya mereka lah pasangan yang paling romantik.
"Sham... nah, bagi dekat Abang ye. Cakap dengan Abang, Irsha minta maaf" kata Irsha menyerahkan bekal makanan kepada Sham untuk suaminya makan.
"Baik Puan. Jumpa esok Puan. Good luck Puan" kata Sham.
"Saya tak berminat Sham dengan tender tu, saya lebih berminat macam mana nak baiki hubungan kami" kata Irsha.
******
"Dato, ni pakaian dan ni ada bekal dari Puan, Puan masak tadi. Puan ingatkan Dato balik " kata Sham.
Dylan hanya diam merenung komputernya.
"Saya letak dekat sini ye Dato. Kalau perlukan apa-apa, saya berada di bilik sebelah" kata Sham meninggalkan Dylan.
Setelah Sham pergi, Dylan menghampiri bekal makanan isterinya, menipu kalau dia tidak merindui masakan isterinya. Yang dimakan sejak dulu.
Dylan duduk dan mula menikmati bekal makanan isterinya, terasa kasih sayang isterinya mengalir di bekal makanan ini.
Sham di sebalik pintu hanya tersengih melihat Dylan.
"Kesian Dato.. rindu sangat lah tu. Aisyhh, semoga aku dengan Ria tak macam nilah. Dan, semoga Dato dan Puan baik-baik sahaja" kata Sham.
*****
Irsha bersedia dengan Ria di sisinya. Manakala Dylan bersedia dengan Sham di sisinya. Dylan hanya merenung isterinya secara curi-curi. Dia rindukan isterinya. Sangat. Selepas dia makan bekal buatan isterinya semalam, tidurnya bermimpi sang isteri yang muram dalam mimpinya.
Irsha tidak memandang suaminya. Namun, dia perasan pandangan suaminya kepada dia. Dia cuba tidak ambil kisah dengan semua ini.
"Pertama kali ye, Dato... Bertanding dengan syarikat isteri? Nak bagi menang ke tak? Kalau tak menang, tidur luar lah jawabnya.." gurau Dato berkenaan.
Irsha dan Dylan hanya tersenyum pahit.
"Puan Irsha, mana satu lelaki lagi? Yang selalu ada dengan Puan?" kata pembantu Dato berkenaan.
"Err.. dia belum sembuh. " kata Ria, merangkap pembantu Irsha.
"Baik, sebelun kita memulakan pembentangan, ada apa-apa nak soal terlebih dahulu?" soal Dato berkenaan.
Irsha sudah mengangkat tangannya.
"Ye Puan Iryna Irsha. Kenapa?" soal Dato berkenaan.
Irsha berdiri lalu bersuara tegas.
"Saya, Iryna Irsha.. Dengan ini, tidak mengambil bahagian dalam pembincangan tender dan membenarkan pihak sana menang. Terima kasih" kata Irsha.
Keempat-empat mereka terkejut.
"Kenapa Puan Iryna Irsha?" soal Dato berkenaan.
"Saya tak nak projek ni, sebab saya ada misi yang lagi penting dari projek ini" terus Irsha memandang suaminya yang ketika itu merenungnya tajam.
"Dato.. please give us a little time" kata Dylan mendekati Irsha lantas menarik tangan Irsha keluar dari pejabat berkenaan.
******
Dylan hanya mengenggam bahu Irsha. Sedikit sentuhan ibarat mengalirkan rasa rindu kepada isterinya.
"Kenapa Irsha buat macam tu?" kata Dylan.
Irsha perasan genggaman di bahunya begitu kejap.
"Sebab .. Irsha nak uruskan rumah tangga Irsha, Irsha nak suami Irsha balik. Irsha tahu Irsha silap. Irsha cuba buat yang terbaik untuk rumah tangga kita. Irsha berkali-kali minta maaf dengan Abang." kata Irsha ingin menangis.
Dylan hanya tersenyum melihat isterinya yang mendung mukanya ingin menangis bila-bila masa sahaja.
Dylan mengambil telefon di koceknya dan menghubungi Dato berkenaan. Irsha pelik dengan kelakuan suaminya.
"Hello Dato, setiausaha kami akan uruskan semua. Ya, saya dan Irsha ada benda nak buat. Baik Dato." kata Dylan.
Sejurus dia mematikan panggilan. Irsha sudah diangkat oleh Dylan di bahunya dan terjerit Irsha akibat perlakuan suaminya.
"Abang nak bawa Irsha pergi mana?" soal Irsha di bahu suaminya.
Dylan hanya diam.
Share this novel