"Oppp!!! Maafkan saya tuan"Ereena cepat-cepat bangun. Di capai selimut lalu di lontarkan kepada Huzair Qorni , malu benar dia melihat keadaan itu. Walaupun bukan dia yang bersalah, kata maaf terpaksa dia mohon untuk elakkan rasa canggung. Tidak tahu apa perlu di buat kerana dia juga sedang bertuala. Nasib baik tualanya tidak terlucut , Oh tidak!!...terus dibuangkan apa yang di bayangkan itu. Ereena bangun lalu mengambil semula pakaian pengantin yang di pakai tadi lalu masuk ke bilik air. Dia memakai semula pakaiannya kerana memang tiada baju lain untuknya.
Huzair Qorni masih terkebil-kebil tidak percaya dengan apa yang terjadi dengannya. Malu . .semestinya. Dia pun rasa hilang kawalan tadi, tidak tahu kenapa dia biarkan tubuhnya terdedah begitu di hadapan Ereena. Baru sekarang rasa malunya datang ..kalau boleh mahu dia lenyapkan dirinya dari pandangan mata Ereena dengan serta merta. Dengan segera dia mengikat semula tualanya yang terlepas tadi sambil menunggu Ereena keluar dari bilik mandi. " Sabar Huzair...sabar ...tidak lari gunung di kejar.
Sebaik Ereena keluar dari bilik mandi , Huzair Qorni pula masuk ke bilik mandi. Dia melepaskan keluhan di depan cermin dan ternyata mukanya masih lagi merah. Tebal benar mukanya menahan malu. " Be strong Huzair...katanya dalam hati.
Pancuran air yang menjirus kepalanya melegakan keadaan. Jiwa yang berkocak tadi kembali normal . Wangian sabun mandi membuatkan jiwanya sangat tenang Baru dia teringat yang dia telah minta Cik Qadeeja menyediakan beberapa helai pakaian untuk Ereena sebelum mereka masuk ke bilik itu. Kasihan benar melihat Ereena menyarung semula pakaian pengantinnya....seharusnya tidak selesa.
"Beg tu beg awak, saya lupa nak bagitahu tadi, tukar baju tu ...busuk la...". Sambil menunjuk beg merah hitam yang berada di bawah rak kayu sangkut. Dengan selamba dia melepaskan tuala dan menyarung boxer di hadapan Ereena. Baru tadi malunya hilang sekarang dia buat hal lagi....Ereena hanya mampu pejamkan sebentar matanya yang terdedah itu.
" Saya tak nak tukar baju ni, biarlah ...nak tidur saja kan. Malas la nak tukar, baju ni ok lagi."
" Jangan degil...diri sendiri mana tahu, ada bau lagi ke tak walaupun baru saja mandi. Tak kan you nak pakai tidur dengan baju busuk tu ....."
" Ish...." Terus saja Ereena mengambil baju tidur dari beg yang di sediakan Cik Khadeeja ....dan masuk semula ke bilik mandi untuk menukar baju. Sambil berjalan dia menarik sedikit bajunya di bahagian ketiak lalu diciumnya ...." Tak bau apa-apa pun..wangi jerr ...kepoci betul la lelaki tu.... "
Pakaian yang Cik Qadeeja sediakan sangat selesa. Baju tidur kain satin krim longgar memang warna kesukaannya....tapi, baju itu tak cukup kain untuk menutup kakinya...sekadar separas lutut.
"Ah ...terima aja lah seadanya daripada terdedah bahagian atas ..huh...apa pula nasib kau selepas ini Ereena". Merungut Ereena sendiri sambil melepaskan rambutnya yang separas bahu itu. Dengan debar dia melangkah keluar dari bilik air. Sunyi....lega hatinya bila kelibat Huzair Qorni sudah tidak ada di situ.
Ereena terpandang beg tangannya di birai katil. Mungkin Huzair Qorni yang meletakkan di situ supaya dia nampak. Bibirnya mengukir senyum. Boleh dia hubungi Zety nanti....mesti Zety risau dengan kehilangannya yang tiba-tiba. Tahu pula Huzair Qorni pulangkan barangnya. Ada sekeping kertas terselit di atas beg itu. Ereena mencapai nota itu lalu membacanya.
" Terima Kasih kerana terima abang menjadi suami. Malam ni abang tak balik, makanan akan sampai sekejap lagi, jangan lupa makan pula. Semoga tidur awak nyenyak malam ni tanpa gangguan " Tersenyum Ereena membaca pesanan yang di tinggalkan. Bahasa diri yang digunakan Huzair Qorni yang membuat dia senyumannya makin melebar. Senyumnya itu juga kerana Huzair Qorni memahami ketidak selesaannya. Perlahan-lahan dia mula menerima tindakan Huzair Qorni.
Huzair Qorni tersenyum sendiri mengingatkan kejadian dalam bilik bersama Ereena tadi. Sebenarnya mahu saja dia berlama-lama dengan Ereena malam ini tetapi bila memikirkan si isteri tidak selesa dia rela memberi ruang dan masa untuk Ereena....ya..tidak lari gunung di kejar.
" Hai...tersenyum apa?.mahu pula tinggal isteri di malam pertama, rugi betul. Buang tuah betul lah bos ...orang lain mesti dok peluk bini dah waktu-waktu macam ni...tak menyesal ke?" Megat Ilham meluah
kesalan di hati. Geram sebenarnya tindakan Huzair Qorni keluar bilik di malam pertama. Punya la beriya mahu kahwin , last sekali tinggal isteri keseorangan.
" Kau apa tahu...aku cuma nak dia rasa selesa....kan dia terpaksa kahwin dengan aku....relek la...aku nak dia terima aku dengan ikhlas hati. Lagipun aku bukan terdesak sangat macam kau...."
" Herk!!! Apa pula saya pulak bos?" Bagai mahu tercekik liur sendiri ...Megat Ilham terima aja ... " apa-apa aja lah bos....entah-entah fobia dengan apa yang Puan Zalika buat pada boss dulu tak??"
" Merepek apa...stop it Megat Ilham!! The past is the past. Jangan mulakan.....aku tak suka ingat perempuan tu"
" Tuan tak boleh tinggalkan dia macam tu saja...mana tahu dia jenis yang takut gelap? Atau ....dia ambil kesempatan melarikan diri dari tuan. Tuan dah paksa dia kahwin kemudian tinggalkan pula...."
" Hantar aku balik ke sana ke sakarang " Cuak juga takut Ereena melarikan diri...terukir senyum di hati Megat Ilham. "Tahu takut...."
Huzair Qorni masih di luar rumah tatkala Megat Ilham meninggalkannya di situ. Dia tahu Ereena mungkin sudah pun masuk semula ke bilik selepas makan malam. Huzair Qorni masih berfikir perlukah dia masuk ke bilik itu? Apa pula tanggapan Ereena nanti...cakap tak serupa bikin.
Huzair Qorni masih lagi berkira-kira mahu masuk ke bilik atau tidak. Adakah dia akan mengganggu Ereena pada waktu sebegini? Mungkin juga Ereena sedang di buai mimpi. Perlahan kakinya bergerak menuju ke pintu bilik, dalam hati mengharapkan Ereena tidak mengunci pintu .
Tombol pintu dipulas perlahan , takut juga jika bunyi itu mengejutkan Ereena yang sedang Lena. Memang betul...Ereena tidak mengunci pintu, lampu pun masih belum padam. Huzair Qorni melangkah perlahan masuk menghampiri katil...jantungnya berdebar bila tiada pun Ereena di situ. Dia sangat berharap Ereena tidak melarikan diri, tidak pula terfikir pula kemungkinan itu, namanya pun kahwin paksa....tuhan tolonglah doanya dalam hati. Kata-kata Megat Ilham bermain di fikiranya.
"Klak" ... bunyi selak kunci pintu bilik mandi terbuka mengejutkan lamunannya. Ereena membulatkan matanya bila terpandang figura bekas suaminya yang membantu di situ.
"Ouh ...kenapa? Takut saya lari? Tuan balik semula untuk pastikan saya tak lari dari sini?
" I...em...ya. I takut kalau-kalau you lari dari. Tapi you tak lari sebab you dah suka dekat I kan?
" Ouh...pe....lease.....bukan sebab itu la Tuan. Saya ada sebab tak lari tu walaupun ada niat nak buat macam tu"
" Ada niat ? Oh...you tak lari sebab you dah terima I kan? Terima kasih sebab terima abang. Sekurang-kurangnya abang ada isteri yang setia."
" Setia? Tuan tahu ke apa erti setia? kita bukan saling mencintai.. kalau saling mencintai
memanglah berbaloi kalau saya setia. Masalahnya saya dipaksa untuk menjalinkan hubungan ini. Berbaloi ke saya untuk setia dengan tuan?
" Jangan cakap sebarangan Ereena... I cintakan you Ereena ......cuma you yang menahan hati you untuk menerima I. Kenapa? Tidak cukup ikhlas ke I ni di mata you?
" Tuan tu kurang sabar, saya cuma minta waktu untuk berfikir...sebab itu saya minta tuan tunggu hingga saya tamat belajar ....bukan lama pun....tiba-tiba sahaja jadi macam ni...tuan buat saya kecewa.
" You marah I Ereena" Huzair Qorni cuba meraih tangan Ereena tetapi di tepis, di lembutkan suaranya lagi untuk memujuk, you kena terima I dah jadi suami you...."
" Saya terima takdir saya tuan, jodoh kita adalah ketentuannya...kita tidak boleh menghalang . Saya tahu saya berdosa jika terusan begini....so ...saya mohon tuan lepaskan saya cara baik.
"Tidak!!! Jangan sesekali you sebut tentang itu Ereena, I tak suka. Susah payah I nak dapatkan you...senang-senang you minta di lepaskan.......huh! jangan harap.
" Apa tujuan sebenar tuan kahwin dengan saya? Saya tak punya apa-apa pun. Dulu tuan beri alasan Daiyan....sekarang ni Daiyan dah tak ada tuan. Maafkan saya... Cik Zalika kan dah keluar penjara...
" Hah...apa kena mengenakan dengan dia pula. I dah bebaskan dia, Cuba you beri peluang pada I untuk buktikan I betul-betul ikhlas berkahwin dengan you.
" Pening la...saya pun keliru dengan apa yang saya lalui....sekarang ni niat saya nak habiskan pelajaran saya .... Untuk malam ni saya belum bersedia menjadi isteri sebenar tuan, maafkan saya" Malas bertekak dan memendam perasaan marahnya .. Ereena berterus terang sahaja. Biar Huzair Qorni faham maksudnya takut-takut juga kalau Huzair Qorni menuntut hak.. kalau tidak dia tidak tergesa-gesa untuk balik malam ni.
Tertelan salivanya melihat baju tidur krim yang di kenakan oleh Ereena. Kena benar dengan warna kulitnya. Cantik benar. Matanya tertancap lenggang lengguk Ereena menuju ke katil ....tetapi mendengar ketegasan Ereena tadi terbantut pergerakkannya mahu mengikut isterinya ke katil.
" Errr...boleh I tidur dengan you malam ni....I janji tak akan buat apa-apa, just sleep"
Bulat mata Ereena memandang tubuh di depannya itu...ada juga rasa simpati, takut juga berdosa kerana tidak melayan suami dengan baik. Baru di beri amaran masih berani meminta.
" Ya lah....tidur sini...diletaknya bantal peluk di tengah. Jangan lebih lebih tau. ...Saya dah mengantuk. Esok saya ada kelas, macamana? Macamana saya nak pergi kelas?
" Tidurlah...jangan risau ..esok I hantar dengan syarat panggil I "abang" jangan panggil "tuan" lagi.
" Baik...abang!!" Ereena menarik selimut menutup semua tubuhnya. Malu...
"
Share this novel
next episode