"Uhuk! Uhuk! Pedih hidung Ereena kerana tersedak air putih yang baru nak di telannya. Zety yang berada di sisi menggosok -gosok belakangnya perlahan-lahan.
" Hai...siapa yang sebut kau ni? Merah -merah habis hidung dan mata , aduh sakitnya aku pun terasa tau. Gelojoh sangat kau ni ."
" Uhuk! Ehem! Hem!....tragis juga ni. Nasib baik tak pecah hidung aku. Kalau tidak habislah kemegahanku.," Ereena menggosok hidung mancungnya yang terasa perih itu .
" Apa cerita anak comel kau tu? Boleh jumpa dia?" Zety simpati pada Ereena yang selalu teringatkan Daiyan. Hanya Zety yang tahu kisah hidup Ereena. Bermula dari kecelakaan kedua orang tuanya hinggalah perpisahan dengan Daiyan semua Ereena cerita pada Zety. Sekarang ni Zetylah tempat dia mengadu kisah suka duka hidupnya. Dia sebenarnya tidak suka ceritanya di kongsi dengan orang lain tetapi dengan Zety ni jadi lain. Dia percayakan Zety, Zety memang pendengar yang setia dan nasihatnya memang boleh pakai kata orang. Ereena sangat selesa dengan Zety. Dia rasa masalahnya mesti berkurang setiap Kali dia meluahkan semua kisahnya pada kepada Zety .
"Lama juga aku tak jumpa dia. Tapi bibik selalu juga hantar gambar dan bercerita tentang dia. Kadang-kadang dia curi-curi telefon aku bila Daiyan rindukan aku. Nasib baik bibik tu setia dengan aku. Aku tak tahulah kalau bibik Suchi tak ada mungkin aku dan Daiyan terpisah jauh.
" Betul ke Huzair Qorni tu bapanya Daiyan? Kalau betul kau kena goda saja bapak si Daiyan tu? Kalau berjaya boleh la kau jadi ibu tiri dia"
" Kau gila! Keluarga tu dengan aku macam langit dengan bumi . Tak perlu cermin diri pun dah nampak kekurangan aku. Sebenarnya dulu aku pernah terfikir macam tu sebab terlalu taksub nak jadikan Daiyan tu jadi anak sebenar aku . Tapi ....bila aku fikirkan semula aku buang jauh-jauh hasrat gila itu"
" Ish kau ni ...gila apa pula..kau patut buat macam aku kata tu, Zalika tu, bukan perempuan baik. Aku tengok pun aku tahu. Tak sesuai lah dengan Huzair Qorni tu "
" Kau ni pun ....aku dah cermin lama dah rupa aku ni, bukan saingan Cik Muda Zalika tu. Lagipun Huzair Qorni tu bukan baik sangat pun."
" Kau tau mana dia tak baik? Aku tak nampak pun dia jahat tapi ..kalau Zalika tu iya la...dia bukan baik sangat. Aku meluat betul bila kau panggil Zalika tu Cik Muda, rasa nak muntah pun ada. Dia bukan anak raja sampai kena panggil macam tu. Dia pun macam kau la...anak yatim piatu. Rupa bukan ukuran , dia memang cantik tapi bonus ada pada kau, kau baik sangat la Ereena. Dah banyak lelaki yang kau dah lepaskan...kau suka title janda tu kan?"
" Biarlah....aku boleh tahu keikhlasan mereka tu, kalau betul-betul nak...janda pun mereka boleh terima. Ni tak...dengar janda saja dah lari lintang pukang"
" Ada ja yang nak kan kau walaupun kau kata janda. Tapi kau yang tak nak kan? Tu..Cikgu Hafiz tu sikit punya hensem kau tolak"
" Yang tu? Mak dia yang meroyan bila aku cakap aku ada anak. Kau rasa bahagia ke macam tu...memang tak la...lagipun hati aku ni belum terbuka la nak kahwin.. Biarlah aku pegang status janda tu selamanya. "
" Hish...kau ni. Janda ...janda...Ni janda bukan sebarang janda tau...ni janda muda masih dara lagi. Bodoh betul lah mereka tu semua yang lepaskan kau."
" Lebih baik macam tu ...senang aku nak jauhkan diri dari mereka. Kalau tidak tak larat aku nak tepis...ha..ha... jomlah dah lewat ni , nanti bos marah"
"Tapi kan....untung kan jadi Zalika tu kan? Dia pun tak ada mak ayah macam kita, tapi mak dan ayah angkat dia sampai dua keluarga , kaya-kaya pula tu boleh belajar sampai luar Negara, nak kahwin pula dengan orang kaya...mewah lah dia nanti."
"Biarlah....rezeki tu Allah yang aturkan. Dapat sampai dua orang mak ayah angkat hebat-hebat. Kita ni siapa. Hanya Mulukut di tepi gantang. Ada pun orang tak pandang. Jom...jom....nanti bising pula bos tu, selalu nak cari pasal dengan kita"
Sebaik melangkah keluar dari restoran itu, seorang Lelaki berbadan tegap mendekati mereka. Nampak gaya seperti sudah .lama dia menunggu mereka keluar dari situ.
"Cik Ereena ...maaf Cik. En Huzair Qorni menunggu Cik dalam kereta. Dia minta Cik Ereena ke sana." Elham...PA ke dua Huzair Qorni yang kembali bekerja selepas bercuti panjang menjalankan kerja pertamanya hari ini iaitu memujuk Ereena untuk bertemu dengan bosnya.
" Minta Maaf ..saya nak masuk office semula. Ni kawan saya tak ada teman , saya tak boleh biarkan dia balik office sorang-sorang ..dia amnesia. Jom jalan Zety" Ereena menarik Zety supaya terus berjalan.
" Cik Ereena...please. Tuan sedang menunggu. Tolong mudahkan kerja saya Cik. Hari ni Cik tolong saya, nanti esok-esok pula mana tahu saya tolong Cik pula."
"Ehm...tak faham bahasa ke? Kawan saya ni tak tahu jalan pulang....saya kena bawa dia balik office dengan Selamat."
"Cik boleh ja bawa kawan Cik bersama asalkan Cik Masuk dalam kereta. Daiyan pun ada dalam kereta tu Cik"
" Hah! Biar betul. Kenapa kau tak cakap awal awal tadi? Penat ja kawan saya ni jadi amnesia. Kau nak ikut tak Zety? Kalau tak nak kau balik dulu, aku pergi sekejap ja jumpa dia "
" Amboi....kau dah amnesia kan Aku tadi , bila dengar Daiyan kau suruh balik sendiri ya. ..tak guna!!.. Apa aku nak cakap dengan bos nanti?"
" Kau cakap ja aku ke toilet lama. Sakit perut...aku pergi dulu."
Ereena berlari-lari anak menuju ke kereta yang di katakan itu. Ya...memang Daiyan di situ.
" Mommy...lamanya tak jumpa Mommy. Mommy wangi dan cantik macam selalu. Daiyan rindu Mommy" Daiyan memeluk Ereena kuat. Huzair Qorni hanya memandang dua beranak itu melepaskan rindu.
"Anak Mommy ni yang masam....mesti tak mandi kan?
" Mommy ni.....Daiyan dah mandi la....ni ha.. masih ada bedak kat sini..Tak kan busuk lagi .."
" Ya ...Ya....... Mommy cakap gurau-gurau ja....mmm wangi anak mommy ni... sayang sikit." Rindu sungguh-sungguh Ereena pada tubuh montel ini.
" Hari ni papa nak bawa Mommy jumpa mama, Atuk, nenek , nekek dan pak su. Sekejap lagi kita pergi, Mommy nak ikut?
" Eh! tak. Mommy nak masuk kerja semula. Mommy...".
" Masuk dalam...ada perkara yang aku nak bincang" Huzair Qorni dengan tegas minta Ereena masuk. Takut pulak mendengar suara serak itu, Takut sekali.
" Saya nak masuk kerja Encik Huzair Qorni, saya minta maaf. Ni saya guna masa saya ke toilet untuk datang sini. Saya pergi dulu ya....."
"Aku dah bagitau boss kau. Kau kerja separuh hari saja hari ini. Aku ada perkara nak beritahu kau. Cepat masuk"
"Ok ..ok.." Ereena cepat cepat masuk dalam kereta bila nampak Elham mahu mendekatinya. Kalau tidak masuk mungkin dia di paksa masuk secara kasar , dia tiada pilihan.
Kereta bergerak perlahan menuju ke rumah Zalika . Ereena cuak. "Kenapa bawa saya ke sini , saya nak kerja la..?"
"Aku nak tawarkan kerja yang lebih baik pada kau. Nanti kau tahu kerja apa yang sesuai untuk kau."
"Cakaplah sekarang, saya tak selesalah disini lama-lama. Cik Muda Zalika bencikan saya."
" Masuk dulu. Kita bincang dengan mama dan papa aku. Jangan risau, Zalika tak kan berani buat apa-apa pada kau."
Ereena memegang tangan Daiyan sambil melangkah masuk masuk dalam debar. Perkara apa yang mahu dibincangkan dia pun masih kabur. Pentingkah dirinya ini sampai dijemput untuk berbincang? Sebelum ini Zalika pernah menyebutnya sebagai Mulukut tetapi dia tidak ambil hati kerana dia sangat sedar diri.
Ereena di sambut mesra oleh Datin Rose Dan Datuk Hidzir. Dia menyalami Datin Rose dan di jemput duduk. Zalika juga ada di situ tetapi memandangnya dengan muka yang masam mencuka. Nak hulurkan tangan untuk bersalam pun jadi takut . Dia terus duduk dengan debaran , mahu tahu juga apa ceritanya hingga dia di jemput di sini. Daiyan pula dijemput bibik untuk masuk ke biliknya. Datin Rose memulakan bicara selepas Daiyan pergi bersama Bibik.
"Macam ni Ereena, aunty nak kahwinkan Huzair Qorni dengan Zalika. Tapi Huzair ni letak syarat pulak nak Ereena yang kena jaga Daiyan selepas mereka kahwin. Kalau tak dia tak akan kahwin. Ereena setuju tak kalau aunty tawarkan Ereena menjadi penjaga Daiyan?
Air liur di telan kelat. "Itu kah ceritanya. Kenapa aku pula jadi taruhan? Aku tak ada mengena dengan mereka , aku ni kan Mulukut.... Mulukut ni kan selalu tak di pandang orang? Kenapa hari ini Mulukut perlu buat keputusan pulak ? Ereena bercakap dalam hati .
"Errrr....saya tak berapa faham sangat tentang ini. Apa kena mengena saya dalam cerita ni. Saya pun bukan siapa siapa di sini , bukannya orang penting pun. Kenapa mesti ada Saya sebagai syarat dalam Hal ini. Saya tak nak terlibat .Saya minta maaf "
" Kau tu penting bagi Daiyan, aku tak nak dia sakit lagi sebab rindukan kau. Dia yang cakap dia perlukan kau. Dia pun setuju kau tinggal di sini dengan kami." Huzair Qorni mencelah.
"Tak boleh macam tu. Saya tak akan setuju kalau nak tinggal di sini. Saya sudah ada pekerjaan . Baru dua bulan saya bekerja di tempat tu. Tak kan dah nak berhenti pula. Mahu kena bayar Saman nanti , tak nak lah saya."
" Aku akan bayar gantirugi semua kalau kau setuju untuk jadi pengasuh Daiyan. Apa lagi alasan kau "
" Maaf saya tak nak. Tolong offer kepada orang lain yang memerlukan pekerjaan. Saya tak minat."
" Baiklah...kalau macam tu kau tak boleh lagi berjumpa Daiyan . Aku akan bawa dia pergi jauh dari sini "
" Tak...tak....tak boleh ....tuan tak boleh buat begitu. Daiyan perlu jumpa saya selalu. Aunty! Tak kan macam tu.Tolonglah...jangan bawa Daiyan pergi.
" Biarlah dia tak setuju, biar Daiyan tak boleh jumpa dia lagi . Pentingkan diri." Zalika yang tadi bisu sekarang sudah pun bersuara. Geram pula melihat Ereena tidak setuju dengan syarat Huzair Qorni tu. Jadi masalah la dia nak kahwin nanti .
"Saya tahu saya ni bukan siapa siapa , tapi tolong selami perasaan saya. Saya sayang Daiyan , saya jaga dia dari tapak kaki sebesar dua jari. Saya tak pernah pun abaikan dia. Sebenarnya saya suka jadi pengasuh dia, tapi dalam keadaan macam ni saya tersepit. Saya tak faham kenapa harus jadi syarat Kahwin Encik Huzair Qorni dengan Cik Zalika pulak. Saya boleh ja jaga dia kalau Datuk dan Datin setuju dengan syarat saya tak tinggal di sini. Biar Daiyan sahaja tinggal dengan saya . Kalau tak saya tak akan terima tawaran ini?
" Jadi kau terima lah....bagus juga jaga Daiyan di rumah kau . Tak perlu bawa dia bila kami berbulan madu ." Zalika tersenyum bangga bila Ereena dah bersetuju , lagi mudah dia berkahwin nanti.
" Zalika!! Jangan cakap macam tu. Daiyan tu anak kau. Suka pula bila Daiyan tak bersama kamu. Malu sikit....Macam Ereena pula ibu sebenar dia. Jangan pentingkan diri! " Mama cepat sahaja mencelah . Geram pula mendengar Ereena lepas tangan tentang Daiyan.
"Apapun....besok malam kau orang kena nikah. Papa dah aturkan majlis nikah tu dengan tok kadi . Tak perlu tangguhkan lagi jika Ereena dah setuju jadi pengasuh Daiyan. Datuk Hidzir dah buat keputusan. Lagipun sah dah yang dia anak kamu kan ? Jangan berdalih lagi.
" Ya lah Papa. Huz tahu.". Di lirik matanya melihat reaksi Ereena. Dia geram kerana tiada reaksi apa-apa pada wajah itu. "Perempuan tiada perasaan, tak kan tak ada langsung sukanya dia pada aku" Hatinya berbicara sendiri.
"Esok kau tak perlu pergi kerja. Kau akan berhenti serta merta. Aku akan bertanggungjawab semua termasuk membayar denda". memang itu rancangan Huzair Qorni untuk mendekatkan diri dengan Ereena biarpun terpaksa letak syarat yang menjadi tanda tanya semua. Bagi Zalika dia tahu tujuan Huzair Qorni buat begitu, hanya kerana dia tidak mahu berpisah dengan Ereena walaupun lepas berkahwin. Zalika tidak terkesan dengan syarat yang Huzair Qorni letakkan kerana dia tahu sikap Ereena yang bagaimana. Ereena tidak sekali menganggu rumahtangga orang.
........Sambung ....
Share this novel