Bab 33 Lenyap

Romance Series 31400

Huzair Qorni sedang menatal telefon bimbitnya dengan perasaan bercampur aduk. Satu pesanan ringkas dari Winda betul-betul menekan perasaannya. Rasa marah pun ada kerana tiket Malaysia Airline ke United Kingdom adalah jam 9:30 malam. Dia dah batalkan pertemuannya dengan Datuk Mokhtar petang tadi tetapi kenapa pula Winda pandai-pandai aturkan semula pertemuan dengan Datuk Mokhtar tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

" Datuk Mokhtar tunggu di lobi Hotel Derex, nak selesaikan kes malam ni juga. Hadir 8:00 malam. Agent" Itu bunyi pesanan yang di hantar Winda kepada Huzair Qorni.

Sambil berdecit di minta juga Megat Elham menghantarnya ke hotel yang di maksudkan.

Huzair Qorni minta Megat Elham menunggunya di dalam kereta kerana niatnya mahu berjumpa dengan Datuk Mokhtar sebentar sahaja.

Sampai di lobi, tiada sesiapa pun di situ. Kelibat Winda ataupun Datuk Mokhtar pun tiada di situ. Huzair Qorni rasa marah dan terus mengatur langkah mahu beredar dari situ. "Tuan Huzair...Datuk Mokhtar ada klien di bilik 10 , dia jemput tuan minum dahulu di cafe hotel sebelah sana. Sekejap lagi dia datang. Silakan tuan".

Huzair Qorni bergerak ke cafe untuk minum. Resah di buatnya. Jam ditangannya direnung setiap minit. Masih ada empat puluh Lima minit untuk bergerak ke lapangan terbang. Dia mengharap semuanya berjalan lancar.

Tiba-tiba kepalanya terasa berat selepas mencicip kopi yang masih ada setengah cawan lagi. Sebelum ini tidak pernah pula dia alah pada kopi. Semua jenis kopi dia suka. Tapi kali ini sakit kepalanya menjadi-jadi pula. Nombor Megat Elham baru di dail sebelum rasa kantuk menyerangnya membuatkan dia sudah tidak sedar apa-apa.

Megat Elham terus bergerak ke atas bila panggilan dari tuannya tidak bersahut. Rasa cemasnya membuatkan dia terus bertindak kerana dia rasa ada sesuatu terjadi pada majikannya. Sebaik sahaja masuk ke hotel tiada pun kelibat Huzair Qorni di situ. Dia terus mencari , sempat dia bertanya pelayan hotel tetapi tiada seorang pun nampak kelibat Huzair Qorni di situ.

Lama juga dia mencari , hampir buntu , ia terus mendail nombor Huzair Qorni, untung -untung deringan Telefon Huzair sampai ke telinganya tapi hampa. Hanya bunyi bip kedengaran bermakna panggilan itu tidak bersambung.

Hampir berputus asa, tiba-tiba Megat Elham teringatkan aplikasi life location yang di share oleh Huzair Qorni. Nasibnya baik bila lokasi Huzair Qorni dapat di kesan dengan mudah.

" Bos...bangun...bos...kenapa ni? mana baju?

Matanya yang masih terasa berat cuba dipaksa buka bila terdengar suara yang memanggil di hujung telinga. Sambil memicit kepalanya yang masih berdenyut di gagahnya untuk bangun. "berapa lama dah aku macam ni ? Tak guna betul. Apa yang aku minum tadi tak tahu lah...cepat sangat...kerja siapa hah? Sial !" Huzair Qorni mengambil pakaiannya yang masih di lantai. Dia memakainya sambil bebel mulutnya tidak langsung berhenti.

" Mana tahu bos! tiba-tiba call tak terjawab. Belum jawab dah putus. Apa yang dah jadi? "

"Hah..helok benar...aku Tanya kau, kau Tanya aku balik?

" Tengok cara ni bos macam telah diperkosa" Ambik kau bos, tanya sangat apa jadi. Megat Elham geram bila di marahi begitu.

" Hotak kau...aku masih berseluar ni...bukan bogel..jangan fikir macam-macam." Huzair Qorni pun pening memikirkan perkara apa yang telah berlaku hanya sekelip mata.

" Tapi ada unsur 18 xx ni boss...seksi semacam je tanpa baju. Kenapa separuh je....jangan-jangan dah ada orang pakai you bos? "Kata-kata Megat Elham di balas dengan tumbukan padu di bahu hingga mengaduh lelaki itu.

"Cepat bergerak, kita dah terlambat ke airport ...terus gerak. Aku belum ada masa nak siasat apa yang dah jadi. Aku akan minta Haraz siasat apa yang sebenarnya terjadi pada aku tadi ...betul-betul sial". Megat Elham mengeleng kepala, belum pernah dia mendengar Huzair Qorni menggunakan bahasa makian begitu, terlalu geram gamaknya. Mesti dia sudah syak siapa punya angkara.

Mereka terlepas penerbangan untuk malam itu. Sebenarnya boleh sampai tepat masa tetapi sebab kesesakan jalan raya membuatkan mereka terlewat sampai. Megat Elham tahu , Huzair Qorni sangat kecewa, mungkin terlalu bimbang memikirkan Ereena. Tidak sepatah kata pun yang keluar dari mulut bosnya itu semasa mereka berpatah balik untuk menginap di hotel sementara menunggu penerbangan esok pagi.

Bip....bunyi pesanan ringkas masuk. "Ini puncanya , tak guna betul perempuan ni..nasib baik aku tak pernah suka pada dia, memang buruk perangai betul" Bertubi makian keluar dari mulut Huzair Qorni terhadap wanita yang tersenyum memeluknya di dalam gambar itu.

"Tuan Huzair... Ini maklumat yang saya dapat....dan gambar ni dah di hantar ke nombor 017xxxxxxx. " Cepat betul Haraz jalankan kerjanya....tak sampai 1 jam pun sudah dapat maklumat yang di tunggu -tunggu.

" Aku dah agak, memang spesis ni nak hancurkan aku. Megat...kau cancel semua urusan aku dengan Datuk Hambali. Apa nak jadi pun jadilah..."

"Boleh ke bos? Nanti dia Saman kita , jenuh turun naik mahkamah bos...'

"Ah..lantaklah ...aku benci betul la perempuan tu...ambil kesempatan ...apa yang dia buat kat aku pun tak tahu, geli pula aku tengok gambar-gambar tu, teruk dari Zalika pulak...menyampah betul..."

" Biasa la tu bos, kemaruk cinta. Bos pun tak layan , kesian dia bos"

"Ah...lantaklah kau lah...yang penting esok aku perlu jumpa Ereena" tersenyum dengan mata yang terpejam sambil momen indah bersama Ereena pada malam itu berlegar di minda. Terlupa sekejap Ereena yang masih tidak ditemui.

........

Ereena membuka mata perlahan. Lenguh tubuhnya terasa "Dimana aku?". Terkebil- kebil dia memandang siling cuba menghadam apa yang telah berlaku. Bagaimana dia sampai di sini? Semuanya di luar kesedarannya.
Dia melihat keadaan tubuhnya....masih berpakaian lengkap. Di raba celah kelangkangnya masih ada penties dan tidak ada rasa nyilu di situ...dia bersyukur sangat kerana yakin dirinya tidak apa-apa.


Seingat dia matanya menjadi terlalu berat untuk di buka selepas minum segelas air . Dia tidak ingat apa-apa langsung selepas itu. Sedar-sedar dia telah berada di atas katil ini keseorangan.

Ereena jadi takut kerana dia tidak tahu keberadaannya. Melihat keadaan persekitaran agak sunyi nampaknya tempat ni agak terpencil sedikit dari bandar.

Cuba membuka pintu tetapi ternyata pintu itu terkunci. " Saya lapar..tolong buka pintu ni. Kenapa buat saya macam ni?" Dia tidak tipu , sememangnya dia lapar. Perutnya berbunyi ketika di bilik kuliah lagi. Hari dah pun malam, selepas kejadian dia di culik, perut siapa yang tahan...Ereena cuba mengetuk lagi, tapi tiada siapa pun yang menyahut.Sunyi.

Ereena nampak pintu bilik satu lagi. Dia terus menuju ke situ. "Huh...pintu bilik air la pula". Dia mendapat akal bila nampak ada satu tingkap yang terbuka di situ.

Ereena menghampiri tingkap yang terbuka itu. Tersenyum lebar bila bukaan tingkap betul-betul muat untuk keluarkan tubuhnya dari situ. Walaupun di luar sana gelap sangat , Ereena beranikan diri untuk panjat dan bebaskan diri dengan segera.

Bersusah payah Ereena panjat tingkat itu untuk meloloskan diri melalui tingkap yang terbuka itu. "Bodoh juga penculik ni.. kunci pintu tetapi tak kunci tingkap..."Merungut Ereena dalam hati" sambil melangkah keluar dengan rasa syukur tiba-tiba ....baru dia teringat dia hanya sehelai sepinggang, dengan berkaki ayam lagi bagaimana dia mahu pergi jauh. Lagipun dia tidak tahu dia di mana? Yang nyata bukan dekat tempat dia belajar ataupun berada di bumi Malaysia...iklim seperti khatulistiwa tapi suasananya lain benar, terasa seperti terasing seperti di sebuah pulau pula. "Bermimpikah dia ? tidak pula dia rasa naik kapal atau bot laju membelah laut hingga sampai ke sini.

Pekat malam membuatkan Ereena rasa takut untuk terus berjalan. Dia masih berdiri kaku ditepi tingkap yang dia panjat tadi sambil memeluk tubuhnya yang dingin. Matanya tertumpu pada sebuah kereta sedang menuju ke arah rumah itu. Dia terus bersembunyi di sebalik pokok yang berada di situ.

Tubuhnya mula menggigil , dia tidak dapat gambarkan apa yang bakal terjadi sebentar lagi. Dia cuba berlagak tenang walaupun takut hingga hampir terkucil.

"Ereena!! ada suara perempuan memanggilnya dari dalam. Dia amati suara itu , dia rasa dia kenal benar dengan suara itu....

" Dia dah hilang....mungkin keluar melalui tingkap itu Cikko......
"Ish...memang bodoh la kau orang ni...tak jaga betul-betul. Apa aku nak cakap dengan Cik Winda ni? Ahgh!! Cepat cari dia mungkin dia tidak dapat ke mana -mana kerana dia hanya sehelai sepinggang!!

........Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience