Bab 32 Hilang

Romance Series 31400

Winda menghantar langkah Huzair Qorni dengan wajah yang masih mencuka. Jemarinya digenggam erat tanda ada dendam yang membara di hati. "Kau akan menyesal Huzair Qorni ".

Sudah seminggu Winda memisahkan hubungan di talian suami isteri itu dengan mengodam telefon keduanya tanpa siapa pun menyedarinya. Dengan bertindak begitu dia fikir boleh dekatkan dirinya dengan Huzair Qorni rupanya tekaannya salah, Huzair Qorni tetap mahu bersama isterinya. Huzair Qorni tidak pernah kisah atau memandangnya langsung. Dia silap kerana terlalu percayakan kata-kata papa , papa cakap Huzair Qorni ada perasaan padanya.

Datuk Hambali ada perancangannya sendiri. Dia mahu Winda jatuh cinta pada Huzair Qorni. Dia yakin benar Huzair Qorni tak kan menolak jika dia jodohkan anak manjanya itu. Malangnya peluang yang diberi pada Huzair Qorni untuk menerima satu-satu puterinya itu hanya sia-sia.

Memang ramai lelaki berebut mahukan Winda tetapi hati Datuk Hambali hanya terpaut pada Huzair Qorni, satu-satu lelaki yang sangat diharapkan menjadi calon menantunya. Lagi pula dia tahu benar Winda pun memang sukakan Huzair Qorni. Sungguh ...Datuk Hambali tidak menyangka Huzair Qorni benar-benar menolak tuah. Tindakannya sedikit lambat bila dia menerima khabar yang Huzair Qorni sudah pun bernikah dengan Ereena. Sakit juga hatinya ...dia fikir Huzair Qorni tak kan menolak puterinya itu. Apa yang di kejar pada Ereena pun dia tidak tahu ...tiada ada yang istimewa pun wanita yatim piatu itu. Dia seolah-olah memberi harapan palsu pada Puterinya yang satu itu.

" Segera bertindak pada perempuan itu , biar Huzair Qorni menerima Winda walaupun secara terpaksa " Arahan jelas dari mulut Datuk Hambali membuatkan Winda mengulum senyum. Dia tahu papanya tidak pernah mengecewakannya.

Huzair Qorni menerima panggilan dari Zety memberitahu kehilangan Ereena . Pengawal peribadi yang di upah rupanya berkomplot dengan Winda dan Datuk Hambali. Zety menyalahkan dirinya kerana tidak mampu menjaga Ereena dengan baik, baru semalam dia bertugas, Ereena sudah hilang. Dia rasa bersalah pada Huzair Qorni bila Ereena tidak pulang-pulang sejak semalam.

Huzair Qorni sudah tidak senang duduk. Datuk Marzuki dan Datin Rose menjadi hairan dengan tingkah Huzair Qorni.
" Kenapa Huzair? Sejak mama beritahu Zalika nak kahwin gelisah benar kamu. Menyesal ke menolak dia dulu? You jangan cari pasal Huzair...malu mama. Mana mama dan papa nak letak muka kalau Huzair nak ambik dia balik"

" Mama ni...tak kan lah Huzair nak buat macam tu. Bukan dia yang Huz fikir, ada orang lain lebih penting la mama".

" Orang lain mana lagi Huz ? Anak Datuk Sri Hambali tu dah lama tunggu Huz, jangan cakap nak tolak pula. Mama dah beri green light dah pada Datuk Sri, Lama -lama bujang tu tak bagus Huz. Mama dah lama tak cakap perkara ni dengan Huz. Mama harap sangat Huz tak tolak kali ini. Kita buat betul-betul ya ?

" Minta maaf mama, Huz tak suka Winda tu...over manja sangat tambah pula nak terikat macam tu tak mahu lah Huz. Dia terlalu berbeza dengan jiwa Huz, I'm sorry Mama...Huz dah jumpa pilihan hati Huz...nanti Huz kenalkan pada mama dan papa "

" Biar betul Huz, berapa Kali dah Huz cakap macam tu, kali ni mama tak kan percaya kalau dia tiada depan mata mama. Huz mesti bawa dia jumpa mama, kalau lambat mama terima aja cadangan Datuk Hambali tu dengan anak dia."

" Baiklah mama...biar Huz berterus terang dengan mama. Sebenarnya Huz dah Nikah dah dengan dia mama.... Sekarang ni Huz dah ada isteri. Mama tak perlu nak kenen-kenen lagi dengan sesiapa pun."


" Apa? dah nikah? Lagi mama tak percaya ....tapi dengan siapa? Dengan Zulaikha ke Huz..? ." Datin Rose tidak keruan, antara percaya dengan tidak. Antara suka atau sedih. Tapi melihat kegelisahan Huzair Qorni , Datin Rose dapat menghidu sesuatu yang tidak baik telah berlaku.

" Kenapa Huz nampak tak senang duduk dari tadi? Gelisah sangat, buat mama turut gelisah ni? Cuba beritahu mama, apa yang terjadi sebenarnya"

"Huz dah Nikah dengan Ereena mama...sekarang ni musuh Huz dah culik dia. Zety beritahu dia tak balik-balik sejak semalam Masalahnya Huz tak tahu siapa punya kerja..."

"Huz...Huz....kenapa sembunyi dari mama huh? Kan dah jadi macam ni? Papa!!...Papa dengar tak apa yang anak awak cakap ni ...dah nikah dah ni!???

"Kenapa tak buat elok2 Huz, mama dan papa tiada halangan pun siapa yang Huz pilih. Cumanya Huz tak perlu sembunyi-sembunyi macam ni" Datuk Marzuki sudah mula bersuara bila sudah hadam berita yang dia dengar tadi.

" Huz sebenarnya paksa dia kahwin dengan Huz. Tapi dia tak menolak pun"

" Paksa? Ish...kenapa buat macam tu? Ni sekarang ni apa dah jadi? Huz nampak tak tentu arah saja. Huz cemburukan Zalika ke? " Datin Rose masih tidak percaya tentang niat Huzair Qorni terhadap Zalika.

" Zalika ...Zalika....Huz dah berhenti berfikir tentang dia la mama. Sekarang ni Ereena saja dalam fikiran Huz...dia dalam bahaya ni, dia kena culik"

"Astaqfirullahalazimmmm.....tak report polis ke Huz?"

"Dah mama....masalahnya dia ada di UK sana....tak tahu mereka bawa dia ke mana? Tunggu berita dari sana la ni....sebab tu Huz tak berapa selesa sangat sekarang ni. Kalau ikutkan hati mahu saja Huz terbang ke sana sekarang ni...masalahnya meeting dengan Datuk Mokhtar esok pagi...."

" Mana lebih penting Huz? Meeting dengan Datuk Mokhtar atau cari Ereena?

"Huz tunggu Megat Elham ni, dah nak bertolak ke airport dah malam ni. Huz nak batalkan aja meeting yang sangat penting tu, kalau papa nak ganti boleh jerr ."

"Ish...bertuah punya anak, bikin orang pening fikirkan masalah dia saja. Dah batalkan meetingnya, dok pening apa lagi. Pergi ajalah , tak perlu ganti-ganti. Papa pun nak jumpa klien esok pagi. "

"Mama nak ikut ke sana, boleh ke papa? tak sabar pula mama nak jumpa Ereena"

" Tak perlu pergi lagi lah mama...Ereena tu hilang..bahaya la sebab tak tahu lagi siapa punya kerja....takut mama pula nanti yang jadi tawanan mereka"

" Tak perlu tergesa sangat Datin Rose oi...Bila keadaan reda baru kita bertolak ke sana." Terdiam mama bila papa bersuara.

" Ya... betul tu ma. Apa-apa berita Huz akan beritahu. Huz pergi dulu mama, papa. Tu Elham dah sampai. Huz pergi dulu mama , papa".

.......

Jantung Ereena berdegup kencang bila tiba-tiba sahaja tubuhnya ditarik ke dalam kereta. Matanya di ikat dan dia tidak tahu siapa yang menculiknya dan akan di bawa kemana. Patut sejak akhir -akhir ini sentiasa saja langkahnya di ekori. Sejak Huzair Qorni tinggalkannya tanpa berita dia sudah tidak hiraukan dirinya lagi. Nasihat Zety tidak pernah dia ikut. Dia sebenarnya geram dengan Huzair Qorni kerana tidak menghubunginya langsung.

Kereta terus di pecut tanpa henti. Terasa lenguh kakinya kerana tidak bergerak langsung. Ereena sudah lenguh , rasanya perjalanan ini mengambil masa yang sangat lama. Dia tidak tahu dia di mana dia berada sekarang ni.

Akhirnya mereka sampai di suatu tempat setelah tiga jam berlalu. Ereena masih tidak tahu di mana dia berada. Dia di tolak masuk dengan Kadar ke dalam sebuah rumah.
"Auch....sakit la...kenapa tolak-tolak ni? Ereena berdecit rasa sakit kerana kakinya tersadung sesuatu objek keras sebaik di tolak masuk ke sebuah bilik oleh dua lelaki asing yang tidak dikenalinya. Entah faham atau tidak apa yang diucapkan Ereena tidak peduli.

" Are you Ereena ? " Ereena mengangguk sambil menggosok mata sebaik sahaja ikatan matanya yang terbuka.

" Look, someone sent this video to you" Ereena merampas Telefon dan merenung lama video yang di pertonton kan itu. Hatinya sakit.

"Astaqfirullah ....kenapa sampai macam ni? Ereena terkejut melihat Huzair Qorni sedang berduaan dengan Winda dalam sebuah bilik. Dia tidak mahu melihat adengan seterusnya yang bakal merobek sekeping hatinya yang memang sedang terluka. Dia benci Huzair Qorni.

.......sambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience