Huzair Qorni memeluk Daiyan dengan penuh simpati sedangkan matanya tetap memandang Ereena dengan tatapan menggoda. Dia tahu wanita itu rasa lega dengan tindakannya. Biarlah tanpa rela mengaku Daiyan sebagai anaknya, Huzair Qorni merasa bahagia bila melihat Ereena begitu dengan wajah teruja.
Zalika memandang Huzair Qorni sambil tersenyum. "Papa sudah tetapkan tarikh yang sesuai untuk penikahan kita. Papa dah beritahu abang ke?"
Huzair Qorni terus berlalu tanpa menghiraukan Zalika. Hatinya sakit. Meluat pula dia melihat perempuan itu tersenyum. Dia semakin benci dengan Zalika yang membincangkan hal itu di depan Ereena tadi. Hatinya betul-betul sakit. Tadi... hatinya sedikit lembut melayan kehendak Ereena tapi sekarang seperti membahang di dalam bila teringat bodohnya Zalika. Dia cepat-cepat keluar dari situ agar marahnya tidak- pecah. Dia tak boleh menunjuk sikap barannya di depan Ereena. Dia tidak boleh nampak buruk di depan Ereena, dia takut perempuan itu menjauhkan diri darinya.
" Kau tunggu apa lagi, pergi sana. Sementara Daiyan ni tidur biar aku tunggu dia. Kau panggil aja bibik masuk ke sini. Kau tak perlu datang sini lagi" Zalika cepat-cepat menghalau Ereena pergi dari situ. Meluat betul bila perempuan itu muncul lagi lebih-lebih lagi bila Huzair Qorni juga ada di situ. Dia tahu Huzair Qorni tidak selesa bila dia bincangkan hal penikahannya tadi . Sengaja dia buat begitu supaya Ereena tidak menyimpan perasaan pada Huzair Qorni. Sebenarnya dia tahu layanan Huzair Qorni pada Ereena lain benar dengan dirinya. Dia cemburu.
"Baiklah ...Cik ...Saya tak akan datang sini lagi kecuali Daiyan terbiar macam semalam. Kalau Cik Muda tak sempat jaga dia , tolong beritahu saya, saya akan sentiasa ada untuk dia. Dia dah macam anak saya sendiri. Suka duka dia saya tahu. Apa yang dia nak atau perlukan saya tahu. Tolonglah ...Cik ..jangan bantutkan pembesaran dia. Kita boleh bersama-sama bantu dia membesar dengan baik. Bila Cik kahwin dengan En. Huzair Qorni nanti dia akan ada keluarga sempurna. Saya turut rasa bahagia, Tahniah Cik Puan"
" Heh!! kau tak perlu ajar aku lah ..Aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu la anak aku. Pergi sana. Kau tu Mulukut saja...ada pun tak guna sangat , buat menyemak saja."
Kata-kata Zalika membuatkan hati Ereena betul-betul pedih. Dia bukan mahu menyibuk hal mereka, tetapi kasihnya pada Daiyan menggunung tinggi. Dia tahu Daiyan sakit sebab rindukan dia. Dari kecil dia sentiasa ada untuk Daiyan. Sakit demam Daiyan dia yang uruskan . Mahu tidak demam anak itu bila dia tiada di sisi. Dia tahu semua tu tetapi dia tidak mampu mengembirakan anak itu bila dia memang tak di perlukan lagi.
Huzair Qorni sudah pun minta pihak hospital membuat ujian DNA dibuat keatas Daiyan. Dia mahu pastikan anak itu betul-betul anaknya atau bukan. Kata hatinya masih memberat menyatakan yang Daiyan itu bukan anaknya . Kalau terbukti benar itu bukan anaknya dia tahu apa yang akan dia buat pada Zalika nanti.
Ereena dengan perasaan sedih keluar dengan langkah longlai menuju ke kafe. Di situ dia merembes semua air mata dukanya. Habis segala air hinggusnya keluar. Nasib baik dia duduk ditempat yang sedikit tersorok. Tidak ramai yang perasan yang wanita itu sedang menangis.
Huzair Qorni nampak Ereena melangkah laju ke arah kafe tetapi waktu itu dia menerima panggilan telefon dari Cik Qadeeja untuk memperingatkan dia tentang perjumpaannya dengan En. Fuad dari Peda Jaya Sdn Berhad berkaitan projek terbarunya. Matanya sempat mengikut langkah Ereena yang bersembunyi di sudut yang tersorok di sebalik dinding kafe itu.
"Boss..jangan lupa, Cik Dara sedang mencari Boss dua tiga hari ni. Tak tahu dah alasan apa yang saya nak bagi lagi. Katanya ada cerita terbaru lagi dari Zalika."
" Cakap je aku sibuk. Tak perlu cari aku, aku akan hubungi dia bila perlu. Beritahu Elham , sebaik saja masuk kerja jumpa aku".
"Baik Boss". Sebaik sahaja mematikan talian , Huzair Qorni melangkah ke arah Ereena yang sedang pecah tangis itu.
"Hey...kenapa muka merah-merah ni, eh nangis? kenapa?" Terus sahaja Huzair Qorni menegur dan duduk di kerusi bertentangan dengan Ereena tanpa di pelawa. Terkejut Ereena dengan suara itu. Hik! Hik! pecah lagi tangis Ereena bila di tegur. Baru sahaja tangisnya yang dibendung tadi pecah lagi .
" Kenapa Tuan datang sini? Hik..hik... Tuan tak faham lah masalah saya. Jangan pandang saya, malu lah" Terus terang sahaja Ereena tentang malunya pada Huzair Qorni yang melihatnya begitu
"Tahu malu pula...yang datang menangis di sini tak malu. Semua orang yang lalu sini pandang awak tahu?
"Biarlah...saya selesa kat sini. tuan tak perlu ambik tahu. Nanti tuan yang malu. Tuan akan di tuduh buat saya menangis. Cepat pergi dari sini ". Ereena tidak suka lelaki itu terusan berada di situ melihatnya menangis. Ya dia terasa sangat malu.
"Eh ...aku punya suka la nak pergi ke tidak. Aku nak minum kat sini. Tempat lain penuh orang"
"Tu kat sana ada satu tempat kosong , sebelah perempuan tu...dia tak nangis. Pergilah ke sana." Ereena minta Huzair Qorni duduk di sana. Lelaki ini sangat degil.
"Aku duduk sini sebab aku nak tengok kau menangis. Mana tahu kau perlukan bahu aku untuk bersandar? Aku akan pergi kalau kau tak menangis lagi."
"Tuan! Minta maaf. Kenapa tuan cakap macam tu? Bahu tuan tak sesuai dengan saya yang hina dina ini. Tuan berilah bahu tuan itu untuk Cik Zalika yang akan menjadi suri hati tuan. Tuan dengan dia sangat sesuai. Dia cantik sangat "
" Memang dia sangat cantik tetapi awak lagi cantik dari dia"
" Tuan!!! tak perlu la cakap macam tu" Wajah Ereena berubah warna. Tidak di sangka ayat yang sama dengan Daiyan. Ereena masih tidak percaya yang dia lebih cantik dari Zalika. Di banding dengan kulit Zalika sahaja dia sudah kalah apatah lagi dengan wajah. Aduh ..namanya lelaki pandai mengayat begitulah. ... Bukan dia tidak biasa, ramai sahaja yang mahu mendekatinya tetapi bila diberitahu yang dia janda semua menghilang. Dia senang begitu....
"Err tuan!..terima Kasih kerana mengaku papa kepada Daiyan. Saya sangat menghargainya. Saya minta maaf kerana tuan terpaksa, saya tahu tuan terpaksa. Tak tahu saya nak cakap apa kepada tuan, pengakuan tuan tadi membuatkan saya kagum dengan tuan. Terima Kasih sekali lagi. Tuan dah mengisi kekosongan hati Daiyan . Dia mahukan papa dan tahniah kerana tuan akhirnya akan berkahwin dengan Cik Zalika."
"Sebenarnya ....aku tahu Daiyan tu bukan anak aku. Aku rasa Zalika dah mengandung semasa dia perangkap aku. Kau percaya aku atau dia?"
" Saya minta maaf tuan, Saya tak mahu terlibat dengan kes tu tuan. Itu antara tuan dengan dia Saya tak boleh ambil tahu perkara aib begitu. Saya pun malu mendengarnya. Tuan tak malu kah bercerita dengan saya?.
" Huh.. kenapa nak malu? Aku bukan telanjang pun. Aku bukan pun menangis kat sini. Kau yang patut malu, menangis di tempat banyak orang. Ingatkan nak dengar cerita aku, buang masa saja. Aku pergi dulu lah." Huzair Qorni terus berlalu. Lambat-lambat dia pergi dari situ dengan harapan Ereena yang memanggilnya semula. Sebenarnya dia sedang merajuk. Ereena malas mahu melayan karenah Huzair Qorni. Dia tidak mahu tahu tentang kisah silam lelaki itu. Untuk apa lelaki itu ceritakan pada dia sedangkan dia bukan siapa-siapa dengan lelaki itu. Merak tetap bersama Merak dan gagak perlu bersama gagak. Ereena tahu kedudukkannya.
Huzair Qorni pulang ke rumah papa dan mamanya.....terasa juga dengan Ereena tadi tetapi sakit hati dengan Zalika lebih terasa. Ada ke patut cerita perkara yang memalukan tu tu depan Ereena. Nak kahwin pun bagitau depan perempuan tu. Ish...habis peluangnya nak tunjuk hero depan Ereena.
"Huz! mama baru nak call, papa minta Huz balik sini. Katanya nak bincang tentang perkahwinan Huz. ...
"Papa mana mama?
" Dalam biliknya. Jangan buat hal pulak Huz. Dengar baik- baik apa yang papa nak cakap tu.
"Assalamualaikum papa!
" Waalaikumussalam.... hemmm.....dah tahu tarikh kahwin?
" Siapa yang nak kahwin ? Papa ke nak kahwin dengan perempuan tu?
" Jaga mulut Huz...dia tu anak papa. Jangan sebarang cakap!"
"Habis tu Huz? anak angkat ke?
" Huz mesti kahwin dengan dia . Tolong papa. Dia dah lama menderita kerana perbuatan Huz ."
" Kenapa papa nak salahkan Huz lagi ? Dia yang masuk bilik Huz malam tu. Papa kena tanya bibik . Lagi pun Huz tak kan mengaku anak dia tu sebagai anak Huz selagi tiada bukti.
" Bibik dah cerita semuanya Huz. Papa tahu bagaimana Zalika tu. Papa yang jaga dia... Dia bukannya budak liar. Dia sentiasa ada di rumah macamana dia boleh mengandung anak orang lain pula?"
"Mana papa tahu? Bukan papa ada selalu dengan dia. Papa biarkan dia dengan Bibik saja kan? Ada orang cakap dia selalu ke kelab la papa ....papa masih percaya dengan dia?
" Kau ada bukti? Tunjukkan pada papa baru papa percaya. Apapun tarikh penikahan kamu papa dah tetapkan minggu depan. Jangan cuba ubah ataupun lari dari semua ni. Huz perlu bertanggungjawab"
"Papa! Jangan macam ni papa. Huz dah buat ujian DNA untuk budak tu. Kita tunggu keputusannya. Kalau betul dia anak Huz, Huz janji akan bertanggungjawab . Kalau bukan ...Huz tak akan kahwin dengan Zalika . Itu keputusan Huz papa."
" Bila keputusan itu Huz?"
" Dalam dua hari ni papa. Papa jangan risau Huz akan kota apa yang Huz kata papa. " Sedikit pun dia tidak risau , kerana dia cukup yakin Zalika sudah bersama orang lain sebelum bersamanya. Anak itu bukan anaknya.
" Baik kita tengok nanti. Kalau benar apa yang Huz cakap , Papa akan ikut kemahuan Huz tetapi kalau bukan Huz akan terus berkahwin dengan Zalika secepat mungkin.
" Eh...dah nak balik ke Huz. Jom makan dulu. Mama masak special hari ini. Huz ajak papa makan sekali ya..". Mamanya sudah siap masak di bantu bibik. Huzair Qorni tidak rapat dengan Bibik Bainah . Sejak kejadian tu dia tak pernah bertegur sapa dengan Bibik Bainah, dia perasan bibik Bainah selalu mengelak bertemu dengannya. Dia bertekad dalam hati akan dapatkan maklumat dari bibik itu nanti . Dia tahu bibik Bainah dan Zalika ni macam ada sesuatu sangat.
" Huzair setuju ke tarikh yang papa cadangkan tu?
" Huz tak nak kata setuju . Huz perlu dapatkan laporan DNA budak tu baru Huz buat keputusan
"
" Budak tu..budak tu....kalau betul dia anak Huz macamana? Bertanggungjawablah sikit.
" Ya..lah...Huz tak nak bincang perkara ni selagi laporan tu tidak sampai di tangan Huz."
Huzair Qorni kembali ke pejabat selepas makan tengahari di rumah mamanya. Tidak sabar dia nak dapatkan laporan DNA itu. Dia mahu buktikan dia tidak bersalah dalam hal ni. Sehari lagi dia akan dapatkan laporan itu. Harap-harap laporan itu memihak kepadanya.
.......Sambung.......
Share this novel