Bab 20 Terlambat

Romance Series 31400

" You bapa dia?? No...no .....why?" I tak percaya. I langsung tak percaya. You sengajakan? Nak tarik perhatian I kan...hu .hu....." Menangis terkejut Ereena bila mendengar pengakuan Tengku Hadri . Memang dia tidak percaya, selama ini Daiyan hidup tanpa bapa . Kalau betul Tengku Hadri bapa Daiyan, Ereena benci lelaki yang tak bertanggungjawab tu .

"Apa bukti you bapa dia? Tell me!!" Ereena mahukan kepastian yang selama ini dia nantikan.

"Sebenarnya I dah pun curi-curi buat DNA test untuk dia semasa dia warded hari tu. Memang DNA kami sepadan. Dia memang anak I . Tapi.... Zalika tak nak terima I kerana dia cintakan Huzair Qorni ".

" Kenapa you diam selama ni ...you tak rasa ke dia perlukan papanya. Dia hidup tertipu selama ni sampai dia mati. You tak berasa bersalah ke? Hik..hik..." Ereena menyeka air matanya yang laju mengalir. Sedih sangat dia sebab Daiyan pergi dalam keadaan yang sebegitu. Tertipu....

" That why I bagitahu you benda ni. I hidup dengan rasa bersalah pada dia. I Cuba mendapatkan Zalika , I cuba nak baiki hubungan I dengan dia, tapi dia pilih kahwin dengan Huzair Qorni pula. I sangat kecewa. I lupakan Daiyan . Bila I Cuba nak berbaik dengan dia, I dengar berita dia dah pergi..... I memang nak jumpa you. I nak beritahu perkara sebenar. Sekurang-kurangnya mengurangkan rasa bersalah I pada dia sebab you orang yang paling dekat dengan dia.

" Dah terlambat Tuan Tengku Hadri....tak guna dah you beritahu I. Dulu...memang I cari bapa biologi dia. I pernah terfikir untuk berkahwin dengan bapa dia supaya I boleh hidup dengan dia sampai I mati. Tetapi apa yang jadi...dia pergi dulu...hu..hu .hu ....." Ereena tak dapat lagi membendung kesedihannya. Dia terus menangis membuangkan rasa terkilannya pada Daiyan. Dia juga rasa bersalah kerana minta Huzair Qorni mengaku sebagai bapa Daiyan. Daiyan pergi dengan kenangan itu. Tengku Hadri menunduk.....rasa bersalah pada semua orang termasuk kedua papa dan mamanya. Perlahan air matanya menitik. Terkejut dengan pengakuan Ereena yang berniat mahu berkahwin dengan bapa biologi Daiyan. Kalau lah dia tahu.....sudah lama dia mengaku dihadapan Ereena.

" Sekarang you dah tahu siapa bapa biologi Daiyan. Masihkah you mahu berkahwin dengan dia?

" Macam I katakan tadi , dah terlambat dah Tengku Hadri....Daiyan dah pergi bersama separuh kebahagian I... I cuba nak bahagiakan dia dengan sebuah keluarga bahagia tetapi gagal. Daiyan dah tak ada Tengku Hadri"

" I minta maaf atas segalanya. I masih nak kan you Ereena. Sudikah you terima I ?

" Untuk apa Tengku Hadri? Dah tak ada maknanya . Dah terlambat."

" I akan biaya pembelajaran you nanti. I tak kisah jika you terima I atau tidak , I akan biaya pembelajaran you. Sekurang-kurangnya rasa bersalah I pada Daiyan berkurang"

" Huh! semua ni tak ada kena mengena pun dengan I la ...sepatutnya bukan I yang you cari...you perlu berusaha memujuk Zalika kerana you bersalah pada dia. Sedar tak you dah rosakkan dia hingga dia menjadi seorang yang pedendam. You perlu minta maaf pada dia dan seluruh keluarga dia."

" Ereena...I cintakan you. Tak kan you tak tahu langsung tentang ni?"

" Huh.... cinta apa ? You ingat I tak tahu ke yang you dah banyak rosakkan wanita kan? Entah-entah ramai dah anak you yang tak kenal bapanya. Sudah-sudahlah Tengku Hadri."

" Ereena!! You mana tahu hati I. Sejak I jumpa you I tak pernah lagi bersama perempuan lain. Dulu semasa I kenal Zalika, I cuma berkawan sahaja dengan dia. Perkara yang terjadi tu pun ...kami tak sedar. Kami masing-masing masih muda. Zalika yang letakkan benda tu dalam minuman kami. Kami cuma ingin mencuba, rupanya peristiwa itu membawa kesan hari ini.

" Zalika mungkin keluar penjara hujung tahun ni. Huzair Qorni dah batalkan tuduhan membunuh ke atas dia. Baikilah diri you dan Cuba pujuk Zalika terima you. Dia perlukan pembimbing. Jangan abaikan dia Tengku Hadri....saya perlu gerak dulu. Terima Kasih sebab berterus- terang dengan I. I hargai sangat. Terima Kasih sekali lagi." Ereena terus melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Tengku Hadri hanya mampu tersenyum memerhati wanita pujaannya itu dengan seribu kekesalan.

............

"Bos...tu kereta Ereena kan? ha.. tuh.. dia baru nak masuk dalam kereta tu"

"Dia buat apa kat sini? Beli barang ke? Tak nampak beli barang pun....dia makan kat sini ke? Dia jumpa orang ke? Dia...

" Bos!! Cukup-cukuplah bos...Nampak sangat angau tu. Sikit-sikit dah la....macam nak gila ja..."

" Tutup mulut kau Megat. Aku teruja sangat tengok dia. Lepas jumpa ustaz tu bukan kurang ingatan aku kat dia, tapi makin kuat pula" Mata Huzair Qorni tidak lepas memandang Ereena dari jauh. Nampak bayang pun jadilah, dia betul-betul gila.

" Dah bos pun tak minta Ustaz tu tolong buangkan ingatan pada Ereena.....kalau bos minta , Ustaz tu mesti boleh buat bos lupakan Ereena tu "

" Aku bukan nak minta lupakan dia...aku nak minta dia buat supaya Ereena tak boleh lupakan aku tetapi Ustaz tu tak nak buat macam tu. Katanya aniaya orang. Ereena tu aniaya aku tu tak apa pula . Betul la macam ustaz tu cakap, Ereena ni betul-betul tolak tuah"

" Bos ni perasan sangat lah. Rasanya bos tak cukup hensem la untuk dia ataupun mungkin dia dah ada boyfriend kot....susah la macam tu. Sebab tu dia susah sangat nak terima bos". Kata-kata Megat Ilham sedikit menjentik hatinya. Boleh jadi Ereena ni dah ada boyfriend. Dia tak pernah pun ambil tahu.

" Diamlah kau....haish...aku knok kepala kau baru tau. Tak membantu langsung. Lepas ni kau siasat dia ....awasi pergerakkan dia. Cari kawan-kawan dia . Jika ada boyfriend , kau siasat latarbelakang lelaki itu"

" Tak dan apa-apa dah berbau cemburu . Nak awasi macamana bos, dia kan nak terbang dah malam ni. Dah terlambat kot bos nak siasat-siasat bagai. Apa kata kita buat dia batalkan penerbangan dia?

" Kau ada idea ke?

" mmmm......tak tahu"

"Tu ....kereta dia dah jalan dah tu.ikut dia Megat.

" Baik bos!"

Ereena tidak sedar keretanya di ekori. Dia memandu seperti biasa untuk pulang ke rumah. Sebuah motosikal tiba-tiba melanggar sisi keretanya.

" Kedegum!!!....Allah hu Akbar! Ereena menjerit ketakutan. Anxietynya datang. Gigilan yang melampau membuatkan dia hampir muntah. Lelaki itu sengaja melanggar keretanya. Dia tahu dari tadi lagi motosikal itu mengikutnya. Lagipun tidak apa yang jadi dengan motosikal itu. Mungkin hanya mahu menakutkannya tetapi dia tidak tahu siapa yang memusuhinya. Lorong itu memang sunyi dan jarang manusia lalu. Ereena menarik nafas dalam-dalam supaya penafasannya teratur semula tetapi ketakutannya yang melampau membuatkan nafasnya semput. Dia tidak dapat bernafas dengan baik. Tercungap-cungap.

" Minum air ni Ereena. Kawal penafasan awak tu. Awak Selamat. Tidak apa-apa yang berlaku pun. Pejam mata dan fikir yang baik-baik . Tenangkan fikiran". Huzair Qorni tiba-tiba bertindak sebagai penyelamat. Bukan ada pengalaman pun nak tenangkan orang yang terkejut macam Ereena tu. Yang penting dia rasa itu yang dia perlu buat. Sekurang-kurangnya dia berjaya membuatkan gigilan tubuh Ereena berkurang.

" Terima Kasih Tuan Huzair Qorni kerana stabilkan saya. Saya takut sebenarnya. Saya teringatkan peristiwa lama. Maafkan saya kerana susahkan Encik". Malu sebenarnya memandang wajah Huzair Qorni. Selama ni dia tidak pernah cakap yang baik -baik dengan lelaki itu. Dia benci lelaki itu kerana dia ingat lelaki itu yang rosakkan Zalika hingga lahirnya Daiyan. Dia hanya tahu cerita sebenar melalui pengakuan Tengku Hadri .

"Kasih mu di terima Ereena!!. Sudi ke awak terima saya dalam hidup awak Ereena? ". Ereena membatu. Tidak tahu nak cakap apa lagi. Dia memang tidak ada hati dengan lelaki itu. Dia hanya Mulukut tidak sama dengan isi padi. Bukan masa yang sesuai untuk memikirkan hal itu. Masih jauh perjalanan hidupnya. Sejak Daiyan tiada, dia seperti hilang arah. Cuma satu cara dia baiki hidupnya. Dia perlu lupakan kesedihannya. Sambung belajar....ya...dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri.

" Awak boleh tak tinggal saja kereta awak kat sini. Saya akan uruskannya nanti. Sekarang ni biar saya hantar awak balik. Awak masih tak tenang lagi ni. Awak berehatlah ya."

Ereena mengikut sahaja cadangan Huzair Qorni. Lagipun badannya terasa lemah sangat . Dia perlu berehat sebab malam nanti dia akan terbang jauh.

Megat Elham membantu Ereena mengunci keretanya sebelum mengambil sesuatu dari Laci kereta itu.

Huzair Qorni tersenyum. Dia akan buat apa saja supaya Ereena tidak jadi terbang malam ni . Megat Ilham sudah memberi isyarat tangan bermakna misi mereka telah berjaya.

.....Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience