Aku balik dulu...jangan lupa buat baik-baik dengan tuan Huzair. Nanti aku boleh datang lagi melawat kau...". Sempat juga Zety berpesan kepada Ereena semasa memeluk Ereena erat. Dia sayangkan Ereena. Kalau dia jadi Ereena dia tak akan melepaskan Huzair Qorni begitu sahaja. Dah la hensem...banyak duit pula tu. Kalaulah Huzair Qorni terpikat padanya sudah pasti dia akan menerima dengan hati yang terbuka. Padan dengan muka Cik Ereena sebab sombong sangat dengan lelaki itu.
Pagi itu Huzair Qorni tidak menjemput Zety untuk menghantarnya ke airport. Kalaulah Ereena yang nak balik pasti dia yang akan hantar sendiri. Dia cuma tinggal pesan kepada pemandunya untuk menjemput Zety dan menghantar terus ke airport. Ereena pula tidak dapat menemani Zety kerana dia ada kelas pada awal pagi . Zety terpaksa balik seorang diri kerana Huzair Qorni mungkir janji untuk pulang bersamanya. Memuncung la Zety kerana kecewa. Tambah lagi sakit hatinya itu bila Huzair Qorni tidak menghantarnya ke airport.
Sebaik sahaja Zety beredar meninggalkan Ereena , Huzair Qorni memarkirkan keretanya di hadapan rumah Ereena dan menunggu wanita itu turun untuk ke kelas. Huzair Qorni tidak langsung berminat untuk menghantar Zety ke airport sedangkan dia telah mempergunakan Zety untuk rapat dengan Ereena. Huzair Qorni memang pentingkan diri sendiri .
Huzair Qorni nampak Ereena mahu melangkah ke stesen bas untuk ke kelas. Dia cepat-cepat menghentikan keretanya di hadapan Ereena lalu membuka pintu sebelah penumpang dan minta Ereena masuk ke dalam. Degil pula perempuan itu bila tidak mahu masuk ke dalam keretanya. Jual mahal betul. Malu juga bila ada mata-mata yang memandang...Mat Salleh pula tu, mahu saja dia mengheret wanita itu supaya patuh pada arahannya. Nasib baik Ereena masuk juga ke dalam keretanya....kalau tidak dia terpaksa berkasar .
" Tuan Huzair ..saya baru nak belajar berdikari, nak cuba naik bas dari sini. Jangan la buat macam ni saya tak suka la..lepas ni tuan kan nak balik Malaysia dah...nanti saya tak pandai nak cari bas sendiri." sakit hati Ereena bila tahu dia di ekori. Patutlah tak dapat hantar Zety ke airport rupanya nak tunggu dia kat sini.
" Tolonglah Tuan Huzair, saya tak selesa lah bila tuan ganggu saya kat sini. Apa yang tuan nak sebenarnya ni ? Cuba berterus- terang dengan saya .". tegas Ereena menyoal kerana dia perlu mendapat jawapan
" Aku nak kau, Ereena. Tolonglah faham. Aku nak kau terima aku sebagai bakal suami kau. Aku dah lama cintakan kau Ereena. Kenapa kau buat-buat tak faham? Aku dah habis sabar la.... kau ingat aku sengaja datang sini ke? Kau tak tahu ek? Ni aku nak bagitahu...aku tak nak kau rapat dengan mana-mana lelaki kat sini. Kalau aku tahu siap kau aku kerjakan. Kalau nak tahu aku kerjakan kau macamana, cuba la cabar aku...kau akan tahu. Cepat masuk!!!" Bengis juga Huzair Qorni di mata Ereena. Kadang-kadang terkecut juga perutnya bila Huzair Qorni tinggi suara. Ini belum jadi suami....aduh!!! Ereena terus sahaja masuk ke dalam kereta dengan wajah yang mencuka. Mulutnya di tutup rapat. sepatah kata pun dia tak keluarkan.
" Balik ni tunggu aku kat sini. Jangan pandai-pandai balik sendiri. Kalau kau engkar...kau tahu apa aku nak buat kan? Ereena masih membisu. Terus di buka pintu kereta itu untuk keluar dengan segera, meluat melihat wajah lelaki yang suka mengatur jadual hidupnya itu. Semakin menjadi- jadi pula lelaki ini. Tidak boleh jadi...dia mesti buat sesuatu supaya lelaki ini menjauhinya.
Huzair Qorni memerhati langkah Ereena masuk ke tempat belajarnya. Dia tahu Ereena tidak suka dia buat begitu tetapi dia geram Ereena tidak langsung terpikat padanya, kalau perempuan lain dah lama cair melihat persona kelakiannya. Dia sendiri hairan kenapa dia jatuh cinta pada perempuan seperti Ereena itu? Hanya hatinya sahaja yang tahu....perempuan itu satu dalam sejuta.
"Ereena... I want you" Hati kecilnya merintih. Keterlaluan sangat dia mengharapkan Ereena untuk menerima cintanya. Dia belum rasa di tolak begini. Sakitnya bagai tertusuk sembilu yang berbisa. Selalunya terdengar kecewa hanya dalam lagu sahaja tetapi kali ini betul- betul dia merasainya... kecewa , derita dan merana semuanya ada . Kadang-kadang mahu saja dia memaksa dan membuat onar supaya Ereena menerimanya dengan paksaan. Boleh sahaja dia buat seperti apa yang Zalika lakukan padanya dulu tetapi....dia tidak tergamak melakukan itu. Dia sudah meraisainya ...ya.. dia pernah menjadi mangsa Zulaikha. Kerana sayangnya pada Ereena dia tidak tergamak melakukan itu. Dia tidak mahu Ereena membencinya sepertimana dia benci kepada Zalika sekarang ini.
Rupanya begini rasa sakitnya bila cinta di tolak, derita sangat . Huzair Qorni kembali mengingat dan mengira-mengira sudah banyak cinta yang ditolaknya. Bagaimana mereka rasa agaknya......oh tuhan. Berkali- kali dia meraup wajahnya....Tetapi ....banyak juga wanita - wanita yang di tolak itu mudah sahaja menerima orang lain dalam hidup mereka. " Mungkin cinta mereka itu palsu. Ereenaaa.... cinta aku bukan cinta palsu sayang..... tolonglah...."
Selesai kuliah Ereena tidak terus pulang. Dia terus ke perpustakaan dengan Sarah, kenalan yang baru dikenalinya seorang warga Singapura. Cantik dan sangat ayu . Nasibnya baik kerana Sarah yang menyapanya dulu. Sarah memang ramah dan kawan-kawannya ramai. Hari ini Ereena terpilih untuk menemaninya ke perpustakaan. Ereena rasa sangat dihargai kerana itu .
Hampir empat puluh Lima minit Huzair Qorni menunggu Ereena keluar tapi bayangnya pun belum nampak . Dia menapak keluar dari kereta dan bertanya tentang Ereena. Seorang Huzair Qorni tidak pernah keseorangan. Ada saja yang menegurnya. Ke mana sahaja dia pergi akan menjadi perhatian . Minah Mat Salleh kat sini pun ikut tergugat dengan aura Huzair Qorni. Pencarian Ereena menjadi mudah. Dia terus ke perpustakaan..
Sakit juga hatinya dengan kedegilan Ereena. Rasanya mahu saja dia mengheret perempuan itu bila berjumpa nanti. Sudah di pesan tunggu di sini bila balik nanti , degil sungguh.. mungkin dia sengaja tidak munculkan diri. Dia sembunyi dalam perpustakaan ini. Melihat sahaja kelibat Ereena, Huzair Qorni terus sahaja menghampiri Ereena yang sedang memilih buku di celah rak-rak buku.
"Errr....tuan... Boleh masuk ke sini ke? Ada apa masuk sini?"
" Kau jangan buat tak tahu....dah sejam aku kat luar sana tunggu kau....kau boleh releks saja cari buku kat sini? Balik sekarang. Kalau lambat aku jerit dan kau akan malu"
" Eh! kenapa nak jerit pula....patutnya saya yang jerit. Kalau tuan jerit sahihlah saya malu....macam sajat...ha..ha...Tuan yang ganggu saya.! Tengok tangan tu ...jangan sentuh saya tuan!.
" Jangan banyak cakap Ereena, aku boleh buat kau dibuang dari tempat ini , balik Malaysia lah kau. Kalau kau nak aku buat betul-betul cuba la ...". Huzair Qorni menarik tangan Ereena yang berada dalam gengamannya, apa alasan pun dia tidak peduli yang penting Ereena mesti pulang dengannya.
" Excuse me....what's going on? Sarah memandang tepat ke wajah Huzair Qorni. Wait....Oh..god!! Is that you Huz? Terkejut Sarah dengan kemunculan lelaki itu. Dia yakin itulah lelaki yang menolak cinta kakaknya dulu.
Tiada kata yang keluar dari bibir Huzair Qorni. Pucat sikit wajahnya dek terkejut dengan teguran Sarah . Ereena memerhati wajah itu dengan seribu tanda tanya. Adakah mereka saling mengenali? Timbul sedikit curiga di benaknya...kenapa Huzair Qorni kelu di hadapan Sarah berbanding dengan dirinya.
" Sorry....we had to go" Huzair Qorni terus menarik tangan Ereena untuk bergerak pergi dari situ.
"Huzair Qorni !! ..I know ..it's you " Kuat lontaran suara Sarah tanpa di sedari membuatkan ramai mata tertumpu padanya. Huzair Qorni terus berlalu tanpa menoleh lagi.
" Tuan!!. Tuan kenal dia kan? Dia sebut betul kan nama tuan. Kenapa tuan terus pergi? Tuan takut ke? Ada buat salah??"
"Kau duduk diam-diam.!!.Urusan kita belum lagi selesai. Kau memang degil kan? Aku cakap aku akan ambil kau kan? sikit pun tak kisah apa yang aku cakap. Aku tunggu macam tunggul kayu kat sini. kalau ya pun mesej la cakap nak pergi ke mana-mana. Kau memang buat macam aku tak wujud kan? " Huzair Qorni membebel tanpa henti meluahkan rasa kecewanya pada sikap Ereena. Tentang Sarah tadi, dia biarkan sahaja berlalu pergi walaupun berkali-kali Ereena bertanya tentang itu.
Ereena diam membisu. Dia tahu itu salahnya kerana tidak tunggu Huzair Qorni. Dia memang sengaja ikut Sarah ke perpustakaan kerana tidak selesa didekati lelaki itu. Dia pun tidak tahu apa perasaannya pada Huzair Qorni. Kadang-kadang dia cuma rasa simpati sahaja pada Huzair Qorni. Sayang??? Memang dia tak pernah rasa sayang pada mana-mana lelaki. Cinta? Langsung tidak ada. Cumanya dulu dia berharap akan berkahwin dengan papanya Daiyan....itupun tanpa rasa cinta. Normalkah dirinya begitu?
" Pakai tali pinggang tu...nanti aku tolong pakaikan jadi cerita lain pula. Lain Kali beritahu aku kalau nak ke mana- mana sementara aku ada kat sini. Lepas ni tak tahu la ....aku nak balik Malaysia esok....kau tak akan tengok muka aku lagi tapi kau kena ingat ...kau mesti mesej aku setiap hari beritahu kau buat apa dan ada kat mana....faham!!"
" Ish...Tuan ni ....saya ni bukan siapa-siapa dengan tuan. Saya bukan isteri, saya bukan tunang, saya bukan kekasih dan jauh sekali bukan juga adik tuan. Kenapa sampai kena beritahu aktiviti Saya setiap hari. Saya langsung tak faham dengan tuan ni...tolonglah....jangan ganggu hidup saya boleh tak?
" Aku bukan ganggu hidup kau tapi kau yang ganggu hidup aku Ereena!!! Tinggi nada suara Huzair Qorni . Dia pun tidak tahu bagaimana lagi harus dia lakukan supaya Ereena faham perasaannya . Cinta memang tidak boleh dipaksa tapi boleh di pupuk. Ereena langsung tidak memberi peluang kepada dirinya sendiri untuk bercinta dan di cintai.....
"Ai...saya pula yang ganggu hidup tuan? tak ada kerja saya nak ganggu hidup orang terutama sekali tuan. Macam ni la tuan .....saya dah serabut fikirkan masalah tuan ni .. saya cuma boleh merayu dan memohon pada tuan supaya tidak ganggu saya sepanjang saya belajar di sini. Saya kan dah janji akan simpan tuan di hati saya hingga saya tamat belajar. Kalau tuan nak kahwin dengan saya selepas ni pun saya setuju dengan syarat selepas saya tamat belajar dulu." Sudah puas Ereena fikirkan tentang Huzair Qorni. ..memang terganggu jadualnya....biarlah di terpaksa berjanji begitu....tiga tahun adalah jangka waktu yang agak lama, mungkin Huzair Qorni berubah hati nanti.
"Kahwin? Ha..itu yang aku nak dengar. Aku setuju dengan syarat kau kalau kau janji tak kan ada orang ketiga antara kita dan kau akan laporkan setiap pergerakan kau pada aku sepanjang tempoh itu. Setuju?? ". Mahu berkata apa lagi tentulah gembira seorang Huzair Qorni. Ereena bercakap pasal kahwin..
" Aku akan tunggu kau tamat belajar..kalau kau mungkir janji ..aku tak kan biarkan kau bahagia Ereena. Pegang janji kau tu"
"Baiklah tuan, saya akan pegang pada janji saya"
Akhirnya beban yang memberat di kepalanya menjadi ringan. Ereena sudah menarik nafas lega kerana Huzair Qorni tak akan mengganggunya lagi ". Biarlah....janji pun janji lah....kalau ada jodoh kahwin lah aku dengan Huzair Qorni tu. Tiga tahun ....macam-macam boleh jadi....harap-harap Huzair Qorni kejar wanita lain pula. Orang kaya memang macam tu bukannya setia sangat pun. Apa lah yang ada pada aku yang dia nak sangat tu? ..Nanti jumpa perempuan cantik yang lain dikejarnya juga macam sekarang ni.... hum....aku akan di lupakan juga nanti, lebih baik aku pilih untuk tidak jatuh cinta pada dia....
......Sambung......
Share this novel