Bab 27 Nikah terus

Romance Series 31400

"Aku terima nikahnya Ereena Zahra binti Ahmad Bahrin dengan mas kahwinnya dua dinar kerana Allah taala..." Lancar Akad yang di lafazkan oleh Huzair Qorni tanpa gugup. Ereena hilang kata-kata. Kejadian berlaku terlalu cepat , terasa bagai mimipi. Ereena sendiri tidak percaya pada dirinya sendiri...terus terima dan tiada penolakan langsung. Gatal betul.

Tahu pula Huzair Qorni nama penuhnya. Nampak gaya Huzair Qorni sudah lama mengenali dirinya . Tidak sempat untuk memilih suami yang bagaimana, jodohnya cepat pula sampai. Dia terima takdirnya walaupun tanpa rasa cinta. Huzair Qorni telah menghukumnya atas kelancangan mulutnya mengutuk lelaki itu .

Ternyata amat jelas lelaki itu memang telah bersedia , lihat saja tok kadinya sudah tersedia dengan serta merta . Sebenarnya tanpa pengetahuan Ereena, Huzair Qorni telah lama merancang, hanya tunggu waktu yang sesuai sahaja untuk menjadikan perempuan itu isterinya. Kelancangan mulut Ereena menjadi alasan untuk dia bertindak, tidak betah menunggu lama kerana wanita itu asyik bermain tarik tali dengannya . Huzair Qorni juga takut jika fikiran Ereena diracuni oleh Sofia ataupun ada lelaki lain yang cuba mendekati Ereena. Dia tidak rela itu terjadi.

Ereena hanya mampu bertahan , jika tidak air matanya mungkin tidak akan berhenti mengalir. Bukan kerana gembira tetapi takut tersalah pilih suami. Oppp!!! dia bukan memilih jodoh ini Allah yang pilih untuknya. Dalam diam dia redha. Biarpun tidak ada rasa cinta setidaknya dia agak selesa dengan lelaki itu. Dia cuma rasa tidak layak disamping lelaki level kayangan itu. Dia masih menyimpan perasaan takut untuk terus berangan-angan sekarang ini . Dia akan follow the flow...orang kata.

Selepas majlis itu Ereena di bawa masuk ke bilik yang cantik di rias sesuai dengan bilik pengantin baru. Kelopak bunga Ros merah bertabur di atas katil dengan bau yang sungguh mendamaikan. Ereena sangat suka suasana romantis begini. Ereena terpesona . Air mata tiba-tiba mengalir. Dia bukan tidak menghargai tetapi terkejut di rai sebegini. Sungguh....dia tidak pernah mengambarkan bilik yang begitu kena dengan jiwanya. Huzair Qorni benar-benar membuat hati wanitanya tersentuh. Dia menghargai lelaki itu.

Ereena mengelap air mata yang mengalir di pipi pauh di layangnya. Di sapu... sapu ...dan sapu lagi hingga kering. Dia kembali ke dunia nyata dan cuba menolak dengan apa yang baru terjadi. Ereena kembali resah, mungkin Huzair Qorni hanya mahu menyeksa jiwanya . Mahu melihat akalnya yang tidak seberapa ini. Mungkin juga Huzair Qorni akan membiarkan dia menderita sendiri kerana terlalu berani menolak cinta lelaki itu.

"Krekkk....pintu bilik terbuka. Ereena yang sedang mencabut pin di tudungnya sedikit terkejut...terus terbangun dari birai katil, cepat-cepat dia mencapai tuala dan terus melangkah bilik air, itu tindakan yang terfikir untuk mengelak dari bertentang mata dengan Huzair Qorni, dia rasa sangat malu pada lelaki yang baru bergelar suaminya itu.

" Eh..nak ke mana tu? Ada minta izin suami awak ke?

" Errr...nak ke bilik air je tuan, tak kan Kena minta izin? Darurat ni ...

" Ke sini!!! I tahu you cuba nak lari dari I kan? kenapa ? Berdosa tau tak pandang muka suami bila suami sedang bercakap.

" Itulah pasal....ikat saya macam ni lepas tu ugut dengan dosa pula ya..Baguslah....saya minta tunggu tiga tahun ja pun dah tak boleh tunggu. Kenapa buat saya macam ni? Kejam !!

" You yang pilih jalan ni kan Ereena? I dah beri amaran pada you, tapi you masih degil. Biar hati I puas dan you tak sempat nak cari orang lebih hensem dari I". Huzair Qorni memang menunggu masa untuk mengajar perempuan yang mengutuknya itu.

" Ah...tengok !! perasan hensem pulak tu. Saya bukan nak cari yang hensem la.., saya nak cari yang dapat membimbing saya sampai syurga. Tuan boleh tak buat macam tu supaya impian saya tercapai."

" Ouh! ada impian rupanya. Ingatkan tak ada perasaan langsung pada lelaki. I yang depan mata ni pun boleh buat impian you tercapai la ..." Dengan yakin Huzair Qorni membela diri . Ereena menunduk. Sudah terlambat dia mahu membuat pilihan. Huzair Qorni sudah pun menjadi suaminya. Dia akur.

"Ereena.... I mahu buat yang terbaik untuk you. Jika you terima I dengan hati yang terbuka I akan buat apa saja untuk you... Ereena. I janji...."

"Tak payah berjanji tuan, saya takut tuan tak dapat tunaikannya nanti. Saya pun tak mahu mengharapkan apa-apa pun tuan...saya sudah pun terikat walaupun tanpa rela. Saya terima takdir saya macam ni....tuan yang pilih saya, dan saya pun tahu tuan boleh buang saya bila-bila masa pun. Saya ni bukan siapa-siapa tuan , saya tak layak sebenarnya untuk lelaki kaya macam tuan...."

" Ereena !! apa yang you cakap ni...I tak pernah pun niat tak baik dengan you. Kan I dah janji...I akan jaga you. Dari dulu I minta nak tanggung pengajian you. I ambil berat tentang you sebab I sayangkan you Ereena. Dah lama...I tahu you dah tak ada siapa-siapa untuk mengadu susah senang diri you. I mahu jadi tempat bersandar untuk you....Tapi....you tak pandang semua yang I buat untuk you."

" Saya sedar diri siapa diri saya ini.. Saya tak tahu kenapa tuan mengutip saya sebagai isteri. Saya takut nak masuk dalan keluarga tuan. Saya takut datuk dan datin tak dapat terima saya sebagai isteri tuan"

"Apa yang you merepek ni, mama dan papa akan terima you la, jangan risau. Mereka kan dah kenal you sangat lama. Penjaga kepada Daiyan ,cucu mereka. Buat sementara ni, kita sembunyikan dulu penikahan kita. I nak buat surprise untuk mama dan papa.

" Memang mereka dah kenal saya , tetapi mereka kenal sebagai pengasuh sahaja , mereka mungkin mahu yang terbaik untuk tuan, satu-satunya pewaris pada mereka. Cuba tuan lihat Zalika....wanita itu pilihan mereka sebelum ni kan?"

" Jangan sebut tentang perempuan itu. Hati I jadi sakit. Macam-macam cara dia buat untuk dapatkan I, you see it? You tak rasa nak buat macam tu ke? I rela."

" Huh!!... macamana saya nak buat macam tu? Saya tak ada rasa untuk memiliki tuan. Saya tak mahu la fikir tentang Hal tu."

" You sedar tak yang you sudah pun jadi isteri I , tak perlu susah payah nak dapatkan I lagi. I dah pun jadi milik you dan you dah pun jadi milik I. Sekarang ni I nak tuntut hak I!!". Kenyataan yang baru di suarakan oleh Huzair Qorni tadi membuatkan bulu tengkuk Ereena meriding. Baru sedar apa yang akan di hadapinya bila sudah
menjadi isteri. Cepat-cepat dia berlari ke bilik air dengan jantung berdegup kencang. Takuttt....

Ereena memandang wajahnya di cermin. Pucat. Dia memang takut saat ini, bukan takut hantu tetapi takut membayangkan peristiwa yang akan berlaku bila keluar dari bilik air nanti . Aduh!!!.tak bawa baju pula, dengan bertuala macam ni semakin gementar Ereena melangkah keluar, takut juga kalau-kalau di terkam Huzair Qorni bila dia keluar dalam keadaan begitu.

Sengehan nakal Huzair Qorni yang menyerigai tadi membuatkan hatinya kecut . Dengan langkah perlahan dia berjalan jinjat menuju ke wardrobe . Melihat sedikit dengar ekor mata Ereena nampak Huzair Qorni hanya bertuala tanpa baju sedang berbaring di atas katil dengan mata terpejam. Risau pula jika Huzair Qorni membuka mata dan menuntut haknya , Harus bagaimanakah dia mahu menyelamatkan dirinya. Dia belum cukup bersedia.

Huzair Qorni sebenarnya sengaja memejamkan mata bila terdengar pintu bilik air di buka. Sebenarnya dia kasihan pada Ereena yang kelihatan sangat takut ketika terkocoh-kocoh berlari ke bilik air tadi. Di tahan tawanya yang hampir pecah itu sehingga wajah memerah . Lucu benar hatinya melihat Ereena yang begitu polos.

Huzair Qorni bersyukur kerana dapat mengahwini Ereena walaupun caranya agak kejam. Dia bernasib baik kerana rancangan yang di atur berjaya. Ereena tidak membantah keras bila di paksa menikah. Huzair Qorni puas, sekarang ni dia hanya perlu memenangi hati Ereena sahaja. Dia yakin suatu hari Ereena akan hargai pengorbanannya nanti .Dia hanya mahu rasa bahagia selepas ini.

Ereena membuka perlahan wardrobe bilik itu , takut pula bunyi pintu membuatkan Huzair Qorni terkejut. Sebaik pintu dibuka... " Allah...mak!! terus terbuka luas matanya dengan mulut yang automatik ternganga. Di dalamnya cuma ada tiga helai lingerin seksi dengan tiga warna...merah, hitam dan nude. Ereena sedia tahu, warna-warna itu sungguh bersifat seksual. ....tergeleng kepalanya sendiri bila membayang apa yang Huzair Qorni mahukan.

" Ehem...." Suara berdehem Huzair Qorni sekali lagi mengejutkan Ereena. Perlahan-lahan dia masuk dalam wardrobe itu kononnya mahu menghilangkan diri dari pandangan Huzair Qorni. Matanya di pejam rapat. Takut. Melihat keadaan itu, Huzair Qorni bingkas bangun lalu menutup pintu wardrobe dengan niat mahu mengunci Ereena dari luar.

" Oit che Kak!!....you nak mati kejung dalam tu ke? Nak I kunci ?" Selamba sahaja Huzair Qorni menutup pintu almari itu Ereena tergesa- gesa keluar dengan muka yang memerah kerana malu dengan tindakannya tadi.

."Err....kenapa baju ni aje yang ada tuan? Saya nak pakai apa?" tiba-tiba soalan yang bermain di fikirannya terlontar melalui mulut becoknya itu.

"Untuk malam ni you tak perlu pakai apa-apa. " Jawapan selamba Huzair Qorni dibalas dengan cubitan bisa jari halus Ereena.
"Aduh..sakitttt la...sebab you dah sentuh I dulu ..you kena bertanggungjawab" Sebaik habis Huzair Qorni cakap sahaja Ereena merasa dirinya terapung di udara tiba-tiba rupanya dia sudah berada dalam gendongan Huzair Qorni seperti bayi...

" Lepaskan saya."..Ereena meronta minta dilepaskan. Tidak disangka Huzair Qorni dengan berani menyentuhnya begitu. Rontaannya yang sedikit berani itu bukan melepaskan dia dari gendongan Huzair Qorni tapi tuala yang membalut tubuh Huzair Qorni yang terlepas dari tuannya. Ereena ternganga terkejut tetapi Huzair Qorni dengan selamba membiarkannya.

" To....tolong ...."Ereena tergamam dan terus pejamkan mata. Tidak sanggup dia melihat sesuatu yang belum pernah dibayangkan sebelum ini.

......Sambung....

Share this novel

Mia Zara
2024-04-01 18:24:45 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience