Semua pandangan tertumpu pada lelaki yang baru melangkah masuk ke ruang lobi hotel dimana pelancaran produk terbaru HQ Holding di adakan selama dua hari tiga malam. Dengan gaya maskulin dia menapak megah dengan aura yang sangat mempersona. Mata hazel galak dengan hidung terletak elok memukau banyak pandangan .
Lelaki itu terus mengatur langkah menuju ke ruang berucap untuk memberi sepatah dua kata tentang produk terbaru syarikatnya . Lensa kamera berkilau sana sini untuk merakam setiap ragam anak muda yang sedang melonjak naik namanya sebaris dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya .
Huzair Qorni peneraju Syarikat HQ Holding adalah satu-satunya usahawan berjaya paling muda dalam deretan usahawan-usahawan yang ada di sini. Baru mencecah usia dua puluh lapan tahun. Walaupun baru lima tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan sudah dapat berdiri sebaris dengan orang lama yang berjaya. Megah namanya hingga persada antarabangsa.
Di suatu sudut.. ternampak seorang wanita sedang memerhati setiap langkah anak muda itu . Dia itulah Dara, menyimpan banyak rahsia lelaki-lelaki terhormat dan juga seorang wanita penggoda.
Dara memerhati lelaki itu tanpa berkedip seolah membaca suara hati lelaki itu. Dalam hati melonjak suka bila lelaki itu sesekali memerhati dirinya . Dia tahu pandangan lelaki yang kesunyian itu. Dia rasa dapat membaca apa yang tersirat di benak lelaki itu.
Selesai berucap Huzair Qorni kembali duduk ditempat yang dikhaskan untuknya. Bersama dengan beberapa tetamu vvip , dia menandatangi perjanjian usahasama untuk memperkembangkan lagi sayap perniagaannya.
Selesai semuanya urusan Huzair Qorni bersama PAnya Cik Qadeeja terus bergegas ke pejabatnya kerana ada syarikat lain pula mahu menjalinkan hubungan dengan Syarikatnya. Dara yang memerhati sejak tadi cuba mendekati lelaki itu. Dia mengekori Huzair Qorni hingga ke pejabatnya. Tanpa ada temujanji dia terus masuk untuk bertemu dengan Huzair Qorni tetapi di halang oleh pembantu peribadinya, Cik Qadeeja.
" Hello ...kenapa terdesak sangat ni. Ada temujanji?" Cik Qadeeja memandang Dara atas bawah. "Bukan citarasa boss ni. Kaberet's betul. Macam saka, tiba-tiba ikut boss balik. " Kata Cik Qadeeja dalam hati.
" I nak jumpa your boss. Ada urusan penting" dengan nada berlagak Dara minta untuk masuk berjumpa dengan Huzair Qorni.
" Maaf Puan., bos ada tetamu sekarang ni .Boleh saya tahu Puan ni siapa dan ada urusan apa ya ?"
" Excuse me, I'm still Cik okey....Call me Cik Dara"
"Pruff... hampir tersembur air kosong yang baru masuk ke mulut Cik Qadeeja. Sakit pula hidungnya bila Cuba menahan air itu keluar.
Dara lagi ke?" Cik Qadeeja terus bertanya dalam hati. Macam tak ja....
" Maaf Cik Dara. Boss tak benarkan sesiapa pun jumpa dia tanpa janji temu terlebih dahulu."
"Oh..ok ...set masa untuk saya jumpa dia"
" Sekarang tak boleh Cik Dara. Bos ada meeting. Semua orang hebat ada kat dalam tu Puan ...err sorry... Cik Dara. Kalau besok boleh la Cik Dara jumpa...mmm ...jam sebelas pagi. Jangan lambat sebab jam Sebelas suku boss dah nak keluar semula. Jadual Tuan Huzair Qorni memang padat Puan err Cik Dara.
" Hey...Hello....Tak kan hanya Lima belas minit? Macamana saya nak sembang perkara yang sangat penting. Beritahu boss awak...jangan perasaan sangat . Rahsia dia ada dalam poket saya okey!!
" Yess... Boss hanya ada 15 minit untuk esok Cik Dara. Terpulanglah pada Cik Dara nak buat temujanji atau tidak....kalau tak nak saya batalkan saja sebab Lima belas minit ni amat bermakna untuk boss saya ". Cik Qadeeja sudah dapat meneka apa yang Dara mahukan. Sengaja dia beri masa yang singkat begitu, dia tahu bossnya itu tentunya tidak selesa dengan perempuan seperti kaberet itu .
" Okey...Besok saya datang jam 11 , jangan tak ada pula." Dara terus berlalu dengan rasa hampa.
Sudah 5 tahun Cik Qadeeja bekerja dengan bossnya itu. Sejak dia diselamatkan oleh Huzair Qorni dia sentiasa menjaga kebajikan bossnya itu. Huzair Qorni membebaskannya dari cengkaman bapa ayam. Sungguh mengerikan hidupnya ketika itu. Dia ditebus oleh Huzair Qorni dan menjadi orang suruhannya Dia berjanji akan berbakti pada lelaki itu sepanjang hidupnya dan hari ini dia telah laksanakan Selama 5 tahun.
Huzair Qorni berjabat tangan dengan Datuk Hambali sebagai tanda penghargaan kerana berminat menjalinkan usahasama dalam produk syarikat HQ Jaya . Hari ini sahaja sudah tiga syarikat besar berminat untuk melabur.
Datuk Hambali ditemani anak perempuan tunggalnya sangat mengagumi Huzair Qorni dalam menerajuni perniagaannya. Dia bertekad mahu menjodohkan anaknya itu jika ada peluang untuk mendekati Huzair Qorni. Sudah dua tahun dia mengikuti perkembangan anak muda itu dalam memperluaskan empayar perniagaannya. Sungguh lumayan sekali anak muda itu beroleh keuntungan setanding dengan pengusaha hebat yang lain. Sungguh bertuah sesiapa yang dapat memiliki hati anak muda itu. Dia memasang angan bila melihat anak perempuan begitu teruja bila nama Huzair Qorni di sebut-sebut.
Selepas selesai menandatangi perjanjian usahasama itu, mereka dijemput makan tengahari di restoran Jula Juli yang selalu ditempah khas untuk tetamu kehormat yang datang ke Syarikat mereka.
" Encik Huzair sudah ada ke peneman untuk hadiri makan malam gala merdeka nanti? Kalau belum saya boleh temankan". Tiba- tiba Winda bersuara ketika masing-masing sedang enak menikmati hidagan.
Huzair Qorni yang baru menyuap makanan di mulut tersentak lalu dikerling ke arah Cik Qadeeja minta penjelasan. " Err....sebenarnya dah ada Cik Winda tetapi belum dapat persetujuan empunya diri." Cik Qadeeja sengaja adakan cerita. Sebenarnya Huzair Qorni akan pergi dengan dirinya ke mana-mana jemputan. Pendek Kata Huzair Qorni tidak akan mengajak sebarang orang sebagai penemannya. Hanya Cik Qadeeja yang beruntung dapat menemani lelaki itu setiap kali ada event di mana-mana. Cik Qadeeja tidak pernah mengambil kesempatan ke atas bosnya itu kerana menghargai bantuan dan keselesaan yang diberikan kepadanya termasuklah tempat tinggal.
Huzair Qorni juga tidak pernah mengambil kesempatan dengan Qadeeja tetapi sentiasa menjaga keselamatan dan kehormatan wanita itu. Cik Qadeeja dianggap sebagai saudaranya lebih tepat seperti kakaknya sendiri. Dia terlalu menghormati wanita yang lebih tua Lima tahun daripadanya itu. Mereka memang menjaga pergaulan dan saling hormati menghormati. Pernah juga Huzair Qorni Cuba menjodohkan Cik Qadeeja dengan kawan-kawannya tetapi ditolak kerana Cik Qadeeja mahu berbakti Dan membalas jasa Huzair Qorni kepada terlebih dahulu .
.............
Esoknya......
Dara dengan lengang-lenggoknya santainya sampai ke HQ Holding Lima minit sebelum pukul sebelas pagi.
" Assalamualaikum Puan, boleh saya bantu? " Cik Qadeeja menyapa Dara dengan berpura-pura lupa pertemuan mereka semalam .
"Ouh... Excuse me! saya ada buat temujanji semalam untuk jumpa Huzair Qorni."
" Maaf ...Tuan Huzair Qarni belum sampai. Rasanya dia terus jumpa klien dari rumah. Maafkan saya Puan. Boleh saya tahu urusan Puan dengan dia?
.
" Huh...aku banyak urusan lain. Buang masa betul. Hey! Cakap pada boss kau....aku ada maklumat tentang Siti Zalika. Kalau dia nak tahu minta dia hubungi aku. Ini kad aku. Pastikan maklumat ini sampai, jika tidak kau terimalah kemarahan boss kau tu nanti." Dengan rasa geram Dara melemparkan kadnya pada Cik Qadeeja. Tidak ada masa nak menunggu lelaki yang rasa hebat itu.
Dara tarus melangkah pergi. Terpaku sebentar Cik Qadeeja dengan maklumat yang Dara sampaikan. Pentingkah? Siapa Siti Zalika tu?
Cik Qadeeja cepat-cepat simpan kad itu , harap- harap dia tak lupa memberitahu bosnya tentang itu . Ada sesuatu yang dia tidak tahu tentang bossnya itu.
........Sambung........
Share this novel