"Mommy....mommy" ..si kecil Daiyan berlari mendapatkan mommynya yang menunggu depan pintu taska. " Rupa mommy tak sama pun dengan anak dia pun... Mungkin ikut papa dia kot atau mungkin anak angkat ." Terdengar di hujung hujung telinga Ereena bisik membisik antara guru-guru Daiyan yang memandang hairan dua beranak itu. Memang selalu menjadi tanda tanya sesiapa saja yang melihat mereka, Ibu dan anak tidak seiras langsung.
Ereena melangkah buat tak endah sahaja kepada mata yang memandang mereka. Bukan hari ini saja , hari sebelum sebelum tu pun mereka begitu. Sejak dia menghantar Daiyan hampir tiga bulan disitu, itulah yang dihadapnya setiap hari. Biarlah. "Mentang-mentanglah kulit aku tak cantik macam anak aku, kau orang ngata aku yerr ? Kalau Ibu dia yang betul datang sini rasanya terlopong sebulan kot mulut kau orang ataupun terus saja koma " Ereena merungut dalam hati. Apapun dia rasa sangat bertuah menjadi mommy Daiyan walaupun hanya sementara. Sedikit pun dia tidak terasa hati dan langsung tidak berhajat nak terangkan asal usul anak itu. Biar mereka terus berteka- teki.
Perjanjian untuk menjaga Daiyan memang hanya sementara tetapi tempoh itu bersambung-sambung hingga Daiyan sudah mencapai usia lima tahun . Tempoh lima tahun itu mungkin tidak terkesan sangat untuk orang dewasa tetapi tidak bagi kanak-kanak yang sedang membesar seperti Daiyan. Dalam tempoh lima tahun itu Daiyan sudah belajar banyak benda dari terlentang, meniarap, duduk, mengesot, merangkap, berjalan, berlari...ah....terlalu banyak. Dari tidak mengenali siapa-siapa hinggalah mengenali rakan-rakan dan orang sekelilingnya. Untungnya anak itu sangat bijak dan dapat menyesuaikan dirinya dalam apa keadaan sekalipun. Fikirannya sangat matang tidak selari dengan usianya.
Bagaimana Daiyan boleh berada di sisi Ereena sepanjang Lima tahun ini? Semuanya bermula semasa Ereena menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia hanya suka-suka membantu Tok Ma mengasuh Daiyan yang masih merah waktu itu. Mamanya Daiyan mahu sambung belajar. Mama Daiyan melahirkan Daiyan ketika berusia 17 tahun. Seorang pelajar yang sangat bijak dan berjaya beroleh keputusan cemerlang ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia dijaga oleh Datin Saroja sewaktu melahirkan Daiyan. Anak itu di serahkan kepada Tok Ma iaitu nenek Ereena untuk dijaga. Waktu itu mama Daiyan tidak pernah pun menyentuh anaknya itu. Maklumlah ibu muda , belum ada perasaan keibuan mungkin. Bapa Daiyan? Tidak tahu....itu jawapan bagi semua persoalan.
" Mommy....Mommy....Daiyan nak aiskrim boleh? Terhenti seketika ingatannya tentang cerita Daiyan masa kecil .
" Boleh sayang...tapi satu saja tau " Melihat anak itu mengangguk, Ereena terus memberhentikan keretanya berhampiran penjaja aiskrim di taman permainan. Cuaca panas terik sungguh hari ini. Tekaknya juga terasa mahukan benda sama yang di sebut anak itu. Dia pun memesan dua batang aiskrim koneto kegemaran Daiyan.
" Mommy cakap satu je, kenapa mommy beli dua?" Comel sahaja melihat anak kecil itu mengangkat jari menunjuk bilangan dua dengan jari montelnya itu. Comel sangat .
" Satu ni mommy punya , Daiyan satu dan mommy satu" dengan senyuman Ereena mencubit hidung mancung anak itu. Sungguh dia sayang anak itu. Pernah dia terfikir untuk cuba menyusukan Daiyan sendiri kerana anak itu tidak pernah merasa susu ibu. Dia telah cuba secara sembunyi tetapi Segala Ikhtiar untuk menghasilkan susu badan untuk Daiyan gagal. Makan ubat sudah, mengurut sudah dan dia sudah jumpa pakar , tetap juga tidak menjadi. Akhirnya dia akur , biarlah Daiyan membesar di hadapan mata walaupun tanpa hubungan apa-apa kecuali satu perkara, kahwini bapanya Daiyan, sekurang-kurangnya menjadi ibu tiri Daiyan , barulah hubungan ini kekal selama-lamanya. Itu angan-angan kosong Ereena sahaja, kerana kejadian Daiyan juga menjadi tandatanya. Siapa bapanya? Sah atau tidak bapanya itu Ereena tidak pernah ambil tahu .
" Hai si comel? Mana Ibu dia? " Penjual aiskrim ni pun sama juga, mesti nak tengok ibunya Daiyan. Sakit juga hati Ereena sebenarnya. Dia sedar diri, jauh benar rupanya dengan Daiyan , rupa Daiyan sebiji seperti ibunya dengan alis mata melentik, hidung mancung terpacak dan kulit yang putih mulus . Rupa bapanya? Tak tahulah juga jawapannya.
Sayalah Ibu dia, kenapa? Ada masalah ke ?Ereena tidak teragak-agak menjawab. Dia sudah arif dengan soalan itu.
" Hah? Ya ke? Comel sangatlah anak awak ni. Awak pun masih muda , saya ingat dia adik awak. Jaga baik- baik. Takut diculik . Mahal ni ...tersangat comelnya" Semakin takut pula Ereena bila di pesan begitu, cepat-cepat dia bawa Daiyan pergi dari situ. Ereena tahu bukan itu yang penjual aiskrim tu maksudkan. Dia juga seperti yang lain, ingin tahu tentang hubungannya dengan Daiyan. Orang lain pun boleh mengagak Daiyan bukan anaknya .
Pada mulanya dia tidaklah terniat langsung untuk ada anak asuhan tetapi bila melihat rupa Daiyan subhanallah....terasa naluri seorang Ibu wujud dalam dirinya buat Daiyan walaupun dia masih muda ketika itu. Lagipun desakan hidupnya antara pencetus kepada persetujuan perjanjian ini. Dia akhirnya menjadi penjaga Daiyan dan membuang angan untuk menyambung pelajaran Walaupun keputusan peperiksaannya agak cemerlang juga.
Ereena mengajak Daiyan duduk di sebuah kerusi apabila melihat aiskrim itu sudah mencair. Sambil mengelap mulut comot Daiyan, Ereena cuba menguji Daiyan. "Daiyan...sayang Mommy tak?
" Sayang sangat-sangat. I love you mommy". Daiyan tersenyum sambil merapatkan bibirnya ke pipi Ireena
" Daiyan sayang....Kotor pipi Mommy ni..sengaja usik mommy Ek? Nakal ya....nanti kejap". Sengaja Erenna mencubit pipi gebu itu. Merah sedikit pipinya. Mengekek Daiyan kenakan mommynya.
" Nanti kalau mommy pergi, Daiyan sedih tak? Nanti kan... Daiyan kena tinggal dengan mama...mesti Daiyan tak ingat Mommy lagi"
" Hu..hu...Tak nakkkk!! Daiyan tak nakkk!!! Kenapa Mommy nak pergi. Daiyan sayang Mommy....Tak nak ikut mama'
" Okey sayang....Mommy ada lagi kat sini. Jangan risau...mommy tak kan tinggalkan Daiyan." Sedih juga mahu berpisah dengan anak ini. Ereena akan merindu anak ini jika mamanya tamat belajar. Dia juga mungkin tidak dapat melihat anak ini membesar depan matanya.
" Hai, adik Manis. Bawa adik jalan-jalan ke? Mahu pergi mana? Boleh abang tolong," Tidak selesa Ereena bila diganggu oleh warga asing . Kalau di layan makin menjadi-jadi pula. Ereena buat tidak tahu sahaja. Lebih kepada takut sebenarnya." Daiyan!!! Jom balik. " Gementar pula suara Ereena berhadapan dengan lelaki-lelaki asing itu seperti mahu mendekatinya . Mungkin Cuba menggoda wanita tempatan untuk dapat keistimewaan hidup di negara ini. Jalan mudah untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia. Ereena selalu cemas bila di ganggu. Takut juga mereka culik Daiyan sebab anak itu sering mendapatkan perhatian.. Dalam keadaan begini hatinya selalu berbisik ... bila la agaknya ada superhero yang nak selamatkan atau melindungi mereka berdua. Sekurang-kurangnya kluang man pun ok juga la ... Ereena tersenyum " Perlu ke mencari daddy untuk Daiyan, tetapi siapalah yang sudi menemani aku ini hu..hu....Tapi mama Daiyan dah nak habis belajar....Ish....tak perlu lah kot cari daddy untuk Daiyan.
Sebenarnya Ereena tidak mahu memikirkan masa depannya. Dia redha apa yang ditakdirkan untuknya. Walaupun masih dara tapi sudah dianggap janda adalah biasa baginya. Dia rela digelar apapun asalkan dapat bersama Daiyan dia tidak peduli.
Sampai di rumah , Daiyan sudah tertidur pulas . Perlahan- lahan dia mengangkat anak itu masuk ke bilik. Diletakkan anak itu diatas katil dengan lembut. Diperhatikan wajah Daiyan. Tidak pernah puas dia menatapnya. Terbit rasa kasihan pada Daiyan . Anak yang tidak dapat kasih sayang dari Ibu sebenar dan juga lahir tanpa bapa disisi. " Siapalah bapa kamu sayang?"
Perlahan Ereena merebahkan dirinya yang sedikit penat di sebelah anak kesayangannya itu. Teringat dia pada hari pertama dia menjaga Daiyan. Tok ma yang mengajarnya menjaga bayi. Sedang dia menyalin lampin pakai buang Daiyan..."pretttt....hmmm terpercik bahan buangan si kecil terus mencorak di bajunya yang putih. Tergelak Tok Ma terhenjut- henjut. Kata Tok ma mereka berdua serasi sangat.
Tok Ma dah tiga tahun pergi. Tok Ma satu-satunya keluarga yang Ereena ada. Dia seperti kehilangan segalanya, nasib baik dia masih kuat kerana dia sedar masih ada Daiyan disampingnya. Daiyan kekuatannya. Daiyan masih memerlukan dia ketika itu. Selepas Tok Ma pergi, Datin minta dia menjaga Daiyan kerana Daiyan rapat sangat dengan Ereena.
Datin Saroja ada seorang anak lelaki yang sering mencuri pandang pada Ereena. Jenisnya Ereena tidak suka orang memandang begitu. Dia tidak mudah terpikat mana-mana lelaki kerana dia sedar diri akan dirinya yang serba kekurangan. Tengku Hadry anak tunggal Datin Saroja tinggal di Singapura , sesekali pulang ke sini melawat ibunya. Masih bujang dan sudah mempunyai syarikat perniagaannya sendiri. Dia suka melihat Ereena yang melayan Daiyan dengan penuh sifat keibuan. Dia mahu mencari isteri seperti Ereena.
Datin Saroja memang sukakan Ereena dari dulu. Terpikat benar dia dengan tingkah laku Ereena. Sesuai dengan wajahnya yang seperti anak kacukan korea itu , Ereena sangat cantik dan manis di matanya . Datin Saroja terpikat dengan kelembutan Ereena berbanding Zalika yang agak kasar .
......Sambung........
Share this novel