Ustaz Maarof memandang atas bawah tubuh Huzair Qorni. Dia tahu aura lelaki ini egonya tinggi.... "Siapa nama?"
"Huzair Qorni ...." Bergetar juga suara lelakinya. Timbul sedikit rasa gerun mendengar suara Ustaz ni. Bukan calang-calang ni. Huzair Qorni sudah jumpa dengan ramai orang yang hebat tetapi perasan ini tak pernah wujud. Lain benar. Boleh percaya ke orang yang Cik Qadeeja cari ni. Melihat Megat Elham yang sedang menutup mulut rasa mahu saja dia sekeh kepala Megat Elham sejak tadi . Mesti Megat Elham nampak mukanya sedang memucat.
" Sakit apa?"
" Tak sakit ...Cuma fikiran bercelaru sikit"
" Cuba cerita?
Berdehem sekali lagi, Huzair Qorni cuba betulkan suara dari anak tekaknya. Sambil menelan liur dia cuba menjelaskan masalah yang dihadapinya.
" Saya rasa tersuka dengan seorang perempuan ni, Nak kata cantik ..biasa-biasa saja . Tapi dia buat saya tak tidur malam. Cuma nak minta jasa Ustaz untuk tengok-tengokkan, ada tak tercalit ubat guna-guna atau ada mana-mana saka sedang menumpang. Lain sangat rasanya."
" Emm....Saya tak boleh nak buat macam yang Encik nak. Saya bukan ahli nujum. Saya cuma boleh bantu Encik hilangkan rasa suka itu jika Encik tidak selesa. Cuba Encik beritahu mahu ke tidak? Ya lah....kadang-kadang rasa itu adalah saat paling manis dalam hidup kita. Kenapa? Perempuan tu isteri orang ke?
" Tak! Tak! perempuan tu masih single. Saya macam tak suka dia , tapi bila saya pandang dia memang tak boleh lupa. Dia sentiasa ada di fikiran saya walaupun ke mana saya pergi. Bila saya teringat jantung saya selalu berdegup kuat. Saya dah pun ajak dia kahwin, tapi dia tak nak. Itu yang membuatkan jiwa saya tertekan dan sakit hati". Mendengar penjelasan bosnya itu Megat Elham menahan tawa. Tak cantik konon....dah jatuh cinta tak nak ngaku. Biar pak ustaz tu yang ajar bosnya yang ego itu. Dia ketawa dalam hati. Tak pernah jatuh cinta cakap kena calit minyak pula.
"Encik.....sebenarnya sakit Encik ni serius tau...bukan lawak-lawak. Encik mandi tapi rasa tak basah kan? Tidur pula ..pejam tapi tak Lena kan?" Makan pun rasa tak kenyang , betul tak? Ustaz Maaruf mengaru-garu janggutnya sambil tersenyum menunggu jawapan Huzair Qorni.
" Ha...betullah tu. Sebijik macam ustaz cakap. Errr..saya terkena buatan orang ke ustaz? Terdengar jawapan dari Huzair Qorni, sekali lagi Megat Elham mengeluh, bendul juga bosnya ni. Huzair Qorni memandang Megat Elham tajam dengan muka merah . Megat Elham menahan tawa, geli pula hatinya dengan bosnya yang sorang ini. Rupanya tak pernah jatuh cinta. Baru tau langit tinggi atau rendah.
Ustaz Maaruf tersenyum dan berkata lagi.
" Encik ni dah gila bayang dan bertepuk sebelah tangan. Kalau perempuan tu tak mahu , baik Encik cari saja perempuan lain. Banyak lagi perempuan yang nak kan Encik tambah pula Encik ada kedudukan dan orangnya berwajah kayangan lagi. Kalau perempuan yang Encik maksudkan dah guna-guna kan Encik mestilah dia setuju nak kahwin dengan Encik. Kalau dia tak mahu tu maksudnya ....Encik dah bertepuk sebelah tangan. Siapa perempuan tu ek? Tolak tuah betul "
" Gila bayang??? Ye ke? Macam tu ke ? Saya bukan suka dia pun. Dulu dia tu pembantu rumah saya ja. Dia yang jaga anak saya. Selepas anak saya meninggal dia dah tak nak bekerja dengan saya lagi. Ustaz boleh tak usahakan sesuatu? Saya nak dia setuju terima lamaran saya. Boleh tak ustaz?
"Macam ni Encik....Sebenarnya Encik dah jatuh cinta pada perempuan tu. Kalau Encik dah berkenan , Cubalah pikat dia. Buat sesuatu yang dia suka, jangan memaksa. Saya tahu Encik akan tahu sendiri apa yang perlu Encik buat tu. Belajar untuk mengenalinya dan cuba berkawan dengan dia. Insyaallah...mudah-mudahan ada jodoh dia dengan Encik. Kalau Encik nak saya buat Encik lupakan dia pun saya boleh. Encik nak ka?
" Err...tak...bukan maksud saya. Saya pun tak percaya saya terjatuh suka pada dia. Saya tak nak lupakan dia dan saya nak dia ingat saya sampai bila-bila"
" Pulak....Macam mana dia nak ingat Encik kalau ajak kahwin pun tak mahu. Macam ni lah, Encik dekatkan diri pada Allah dan minta petunjuk Insyaallah...terbuka hatinya nanti. Jodoh kita Allah yang tentukan, mohon pada Allah. Insyaallah semuanya akan baik-baik saja" Ustaz Maaruf membawa Huzair Qorni berbalik pada hakikat sebenar , jodoh dan pertemuan adalah ketetapan Allah . Tersentuh sedikit hatinya yang lama membatu... Huzair Qorni sedar bahawa dia telah lama berada jauh dari Allah. Dia seolah-olah lupa berdoa untuk kebahagian dirinya sendiri.
........
Megat Elham menjeling ke arah Huzair Qorni yang membisu di sebelahnya. Dia memandu dengan kelajuan sederhana dengan begitu berhati-hati. Apa yang difikirkan oleh bosnya pun dia tidak tahu. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara, dia mula berdehem. Tiada respon dari Huzair Qorni. Mungkin bicara dengan Ustaz Maaruf tadi membuatkan Huzair Qorni menjadi pekak dan bisu.
" Ehem....Bos! Cik Ereena tu tak cantik ke? Dengar tadi bos cakap biasa-biasa saja. Saya tengok macam terlebih cantik la...tak sesuai pun dengan bos . Kenapa dia tak kahwin sampai sekarang ek?
" Yang kau sibuk tu kenapa? Sebenarnya dia tunggu aku la tu...sengaja ja buat jual mahal. Macam diri tu laku sangat. Masa dia jaga Daiyan dulu mana ada orang pandang dia pun" Dengan yakin Huzair Qorni memperlekehkan Ereena membuatkan Megat Elham sedikit tersentak. Bos ni memang tak pandai menilai, dia kali pertama melihat Ereena pun dah tergoda, macamana Huzair Qorni tidak mengaku jatuh cinta. Ego sungguh.
" Bos ingat tak...pertama Kali jumpa Cik Ereena? Bukan bos kata ada saka ikut balik ka? Rasa jatuh cinta kan?? Apa lagi saya ni.. saya suka tengok dia dengan sifat lemah lembutnya, baik dan cantik sangat. Sempurnalah dia tu. Saya dah terpikat berkali-kali"
" Itu taste engkau...berkali-kali terpikat. Kalau aku ? Glup!! Menelan liur juga Huzair Qorni bila terlepas cakap. Cepat-cepat dia betul kan keadaan. " Jangan terpikatlah sangat lepas ni, aku tak izinkan. Jaga diri kau. Kalau aku tahu kau cuba pandang-pandang dia, nahas kau". Megat Ilham tersenyum lalu dalam merungut dalam hati " tau pun takut . Tu aku baru gertak ja...gelabah juga Tuan Huzair Qorni kita ni , turun pun ego kau, tuan"
" Apa kata kita rancang strategi memikat Cik Ereena? Dia dah nak pergi UK tu....kalau tak Salah esok malam kan ? lambat nanti terlepaslah bos"
" Pandai sangat ke dia tu? Mudah pula dapat Sambung belajarkan? Macamana dia nak biaya pelajaran dia tu hah? Kerja pun tak ada." Huzair Qorni gelisah.
" Cik Ereena tu pandai bos, sebab tu dia mudah dapat kerja. Dia ada baget la tu, dia mesti dah rancang semuanya. Atau...ada orang yang sponsor dia, mana kita tahu. Anak Datin Saroja tu pun pernah pikat dia bos, bukan calang-calang tu..."
Hati Huzair Qorni sakit bila terdengarkan kata-kata Megat Elham . Dia perlu memikirkan sesuatu yang menghalang pemergian Ereena. Ya...dia akan pastikan Ereena tidak akan terbang malam esok.
,.............
Ereena menziarahi pusara Daiyan. Masih merah tanahnya. " Mommy terpaksa pergi sayang. Nanti Mommy balik Mommy akan datang lagi. Teringat kata-kata Daiyan " kenapa Mommy mesti pergi jauh nak belajar? Daiyan belajar juga tetapi dekat aje. Mommy memang sengaja nak tinggalkan Daiyan kan?"
"Mommy bukan nak tinggalkan Daiyan sayang...Mommy ingat bila Daiyan tinggal dengan mama, Daiyan akan gembira dan bahagia tapi Mommy salah....yang terjadi sebaliknya pula. Maafkan Mommy sayang...tunggu Mommy di sana ya.!". Berjujuran air mata Ereena sepanjang berada di pusara Daiyan.......terbayang-bayang wajah sedih Daiyan ketika mereka pertama Kali tinggal berasingan. Kalaulah dia tahu Daiyan menderita, tidak mahu dia tinggalkan anak itu bersama mamanya. Semuanya sudah terlambat, Ereena terpaksa menerima apa yang telah terjadi . Dengan berat hati dia melangkah perlahan meninggalkan pusara anaknya itu.
Ketika mahu menghidupkan enjin keretanya, Sebuah motosikal kuasa tinggi memarkir betul-betul di sebelah keretanya. Ereena melirik sekali melihat pemilik motosikal itu.
" Macam pernah jumpa ....ouh! anak Datin Suraya rupanya. Apa dia buat di sini. Tak kan nak ziarah pusara Daiyan pula.....tak da kaitan pun" Ereena bermonolog sendiri. Mungkin ada pusara sahabat handai dia kot....Emmm....biarlah. Jangan dia perasan aku sudah. Ereena terus menghidupkan enjin kereta membuatkan lelaki itu tersentak. Dia mungkin tidak tahu ada manusia dalam kereta ni."
"Hey... .hey ...Ada Cik Ereena di sini? Tunggu sekejap. Tengku Hadry menghalang laluan kereta Ereena yang sedang bergerak. Ereena menekan break mengejut. Tergamam Ereena dengan tingkah lelaki itu.
"Fuh!! nasib baik tak langgar you, haish...bodoh betul lah...you ni dah kenapa? Dah lama hidup ke?
" Ha...ya...ya ..rasa lama dah hidup. Rasa nak mati pulak bila you tak terima I "
" Jangan macam-macam...Ada apa ni? Nak cakap apa? I nak balik cepat ni" Sakit hati Ereena kerana Tengku Hadry tidak endah kata-katanya.
" Huh...garangnya Mommy ni. Tunggu la kejap" Tengku Hadry memandang wajah Ereena lama. Ada sesuatu yang dia nak sampaikan. Dia tak dapat menyimpan rahsia ini terlalu lama. Dia mahu Ereena tahu supaya dapat mengurangkan rasa bersalahnya pada Daiyan.
"La...cepatlah. Dok berangan apa lagi ? I tak ada masa dah ni. I nak balik!. Tolong tepi sikit"
"I nak beritahu you sesuatu...tentang Daiyan...errr...no...tentang bapa Daiyan"
" Huzair Qorni? You nak cakap tentang Huzair Qorni? Sorry...I tak minat" Ereena segera menukar gear untuk bergerak pergi..
" I ada maklumat tentang bapa sebenar Daiyan". Kata-kata Tengku Hadri mengejutkan Ereena. Dia memerhati wajah Tengku Hadri. Boleh percaya ke lelaki ini. Adakah Tengku Hadri benar-benar tahu tentang perkara itu?
"Really??? Apa yang you tahu tentang itu? Cuba beritahu sekarang!!
" Ho..ho....mana boleh beritahu di sini. Daiyan ada. So...kita jumpa kat tempat lain. I akan hantar location. Setuju?
" Ok. Setuju. Tetapi I tak boleh lama. Malam ni I akan bertolak ke UK. Jangan buang masa, kalau you tipu, siap !! Ereena segera berlalu. Apa lagi yang dia boleh buat? Mahu sangat dia tahu tentang bapa biologinya Daiyan. Dia dah behenti mencari maklumat tentang bapa boilogi Daiyan sejak kematian Daiyan. " Siapalah bapa sebenar kau sayang?"
......Sambung......
Share this novel