Ereena terkial-kial bangun bila terasa silau matanya walaupun masih pejam. Panas matahari terasa lain, tidak seperti hari-hari biasa. Pelik....kerana berada di tempat yang lain dari kebiasaan. Tubuhnya terasa sangat berat , di gagahi juga untuk duduk bila terasa suasana bilik tidurnya juga lain . Sejuk aircond membuat tubuhnya sedikit merengkuk lalu di angkat kepala mahu melihat dimana kedudukan aircond itu. Matanya yang baru separuh terbuka terus membulat sempurna bila nampak sesuatu terpampang di depan mata. Dia terpaku sebentar. Air matanya tiba-tiba mengalir tanpa sedar.Tak pasti air mata suka ataupun duka.
Gambar perkahwinannya bersama Huzair Qorni terpampang di dinding sebesar alam..tu dia...tidak pernah dia bayangkan dirinya dalam gambar itu ..cantik juga. Jelas terlihat wajahnya nampak begitu gembira, tidak tahu pulak bila masanya dia tersenyum semanis sebegitu. Sedangkan waktu itu dia hanya kahwin paksa. Huzair Qorni pula tenang mengucup dahinya. Sungguh...dia langsung tidak sedar bila gambar itu di rakam. Bergetar juga jiwanya saat melihat satu lagi gambar, seraut wajah Huzair Qorni yang tersenyum manis di sebelahnya. Tapi...bila teringatkan Huzair Qorni telah meninggalkannya pada malam kejadian itu, dia rasa sangat kecewa hingga timbul perasaan benci pada lelaki itu.
"Aku di mana ni? " matanya tertumpu pada figura yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik air.
" Kau dah sedar Ereena...aku risau kalau kau tak bangun dah. Lama betul kau tidur . Banyak Kali juga aku check nadi kau...aku betul-betul takut kalau kau betul-betul pergi...hu...hu..." Zety terus saja di peluk sahabatnya itu.
" Aku kat mana ni Zety? Kita di mana? Lain benar tempat ni?"
"Aku pun tak tahu , aku rasa ni rumah Huzair Qorni. Kau lihat tu gambar kahwin kau...jeles aku tau. Tak kan orang lain yang nak letakkan gambar tu ....mestilah dia"
"Rumah dia? Kita kat Malaysia kah?
"Ya...Huzair Qorni yang minta kau di letakkan di sini. Dia dah tangguhkan pengajian kau . Mungkin kau tak dibenarkan pergi semula ke sana"
"Yang ni aku tak suka !! Dia suka buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan aku . Hi....benci akuuuu......" Ereena menarik rambutnya sendiri seperti menarik rambut Huzair Qorni. Last-last dia sendiri yang sakit, cepat- cepat di lepaskan rambutnya itu sambil merengus pada dirinya sendiri .
" Kau jangan benci dia dulu ..Aku rasa keputusan yang dia buat ni tepat dan tepat untuk kau. Terlalu bahaya kau di sana. Aku rasa banyak orang dengki dengan hubungan kau orang berdua."
"Termasuk kau kan?"
" Tak baik kau cakap aku macam tu? Tak terfikir pun aku nak dengki-dengki dengan kau. Aku nak kau bahagia Ereena. Aku rasa bersalah pula bila tak dapat jaga kau betul-betul."
" Mana lelaki tu? Aku tak suka la dia buat aku macam ni, suka-suka hat dia saja. Aku ada cita-cita aku sendiri la...."
"Dia masih di sana. Ada kerja tertangguh katanya. Dia minta kita balik dulu. Aku rasa dia dalam perjalanan balik sini."
"Aku nak keluar dari sini...aku tak nak jumpa dia lagi. Dia betul-betul huru-harakan hidup aku. Aku tak boleh tunggu lagi".
" Kau tak baik tau ..dia masih lagi suami kau. Cuba kau tenangkan diri dulu...bincang baik-baik dengan dia. Lagipun... kau orang kan sama-sama cinta?"
"Sama-sama cinta? Kalau cinta dia tak buat aku macam ni lah. Benciii....." Ereena seperti hilang kawalan , dia mencapai gelas di tepi katil lalu mebaling ke dinding . Berkecai .
"Kau ni dah kenapa? Bukan ke kau cakap hari tu yang kau perlukan dia? Kau perlu sabar sikit dan yakin diri kau sendiri ,Ereena. Jangan mudah putus asa. Kalau kau reject dia, berderet dok tunggu dia tau ..termasuklah aku ". Sengaja Zety senaraikan diri sendiri nak tunjuk betapa ramainya perempuan yang gilakan Huzair Qorni.
"Aku....aku ....malu pada dia, Zety. Cuba kau tengok video ni....murahnya aku. Kadang-kadang aku rasa sejak Daiyan tiada, hidup aku tak rasa happy. Dulu....Daiyan selalu tenangkan aku kalau aku sedih. Aku bahagia sangat masa tu . Aku rindu Daiyan ....hu .hu .."
"Dah ..dah...dia buat dah....Daiyan dah tenang di sana Ereena,tak perlu kau ingat lagi masa lalu tu. Sekarang ni kau perlu cari bahagia yang ada depan mata kau. Kau fokus pada Huzair Qorni, untung-untung kau dapat anak sebiji macam Daiyan". Tersenyum Zety melihat wajah Ereena yang memerah....malu lah tu.
"Tapi ....dia dengan Winda tu buat aku tak yakin dengan diri sendiri. Aku tak tahu kenapa dia senyap je lepas dia pergi tinggalkan aku?"
" Tak...tak...dia selalu tanya aku tentang kau...bukan dia saja yang tak dapat hubungi kau. Aku pun sama ....aku call kau pun tak dapat. Huzair Qorni memang risau masa tu...sebab tu dia terus hantar aku ke sana. Dah ..jangan fikir negatif sangat, kau kena positifkan fikiran kau tu. Banyak sudah yang Huzair Qorni buat untuk kau Ereena, kau tak sedar ke betapa pentingnya kau dalam hidup dia?"
"Akbu tak rasa pun dihargai ...atau apa. Cumanya aku rasa dikhianati. Kau cuba tengok gambar ni" Ditunjukkan gambar yang diterimanya, Huzair Qorni yang tak berbaju dengan Winda dalam selimut .
"Siapa yang hantar gambar ni pada kau?
" Entah....nombor yang tak di kenali. Aku cuba cari juga dalam senarai nombor yang pernah sampai kat aku. Memang tak ada siapa yang aku kenal. Entah -entah bertelanjang bulat mereka berdua tu. Kau boleh tahan ke macam tu?"
" Itu hanya sekadar gambar. Kau tengok perempuan tu sengeh semacam ja...sedangkan Huzair Qorni pejam mata. Kau tak rasa kelakar ke? Aku rasa kau patut tunggu penjelasan Huzair Qorni dulu. Baru kau buat keputusan."
"Ye lah...aku ikut kata kau. Tapi ..Kalau aku tak dapat terima juga alasan yang dia bagi, kau jangan kata apa-apa. Kau diam aja, aku tahu apa yang aku buat.
....................
"Assalamualaikum bos....tugas yang bos minta saya buat tu dah selesai. Tunggu hari kejadian sahaja. Bos dah sampai ke belum ni ?"
" Baru sampai , I tengah lunch dengan Megat...debar pula rasa nak tunggu momen itu. You agak-agak dia boleh terima tak? " Huzair Qorni sangat teruja nak buat kejutan untuk Ereena. Dia berpakat dengan Cik Qadeeja untuk membuat majlis harijadi Ereena di Hotel Ocean dan majlis persandingan dengan Ereena. Dia sedar hari tu dia dan Ereena nikah koboi sahaja. Dia harap Ereena memaaf dan menerimanya sebagai suami sungguhan.
Megat Elham memandu sedikit laju. Majikannya seperti sudah tidak sabar mahu berjumpa isteri tersayang. Naik menyampah pula bila Huzair Qorni asyik hilang fokus sambil tersenyum. Angau la tu....
"Bos...tak rasa ke Ereena tak setuju bos bawa dia balik sini?
"Kenapa pula?"
" Bos tak ingat ke video yang sampai kat dia tu....video bos dengan Winda tu....," Tak sanggup lagi Megat Elham nak meneruskan kata-kata itu. Kalau dia di tempat Ereena , sudah pasti dia sudah pergi jauh, tak ada masa nak tunggu lagi.
Huzair Qorni menahan debar tiba-tiba. Sebelum ni dia tak pernah fikir pun tentang perasaan Ereena. Kecewa sudah pasti. Dalam hati berdoa supaya Ereena jangan pergi.
......Sambung......
Share this novel