Bab 17 Ibu kejam

Romance Series 31400

Tanah merah di kuburan di gengam. "Maafkan papa Daiyan. Papa sangat kejam walaupun papa tahu Daiyan anak papa. Papa tahu Daiyan tidak tahu pun kewujudan papa. Papa selalu perhatikan Daiyan dari jauh tetapi papa pengecut untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab . Maafkan papa Daiyan ....papa berdosa pada Daiyan dan mama sehingga mama menjadi pembunuh anak sendiri". Dia mengangkat kaki selepas berteleku di situ hampir setengah jam. Tadi ..dia menunggu orang-orang terdekat Daiyan melangkah meninggalkan kuburan itu. Ternyata orang terakhir ialah Ereena. Dia tahu Ereena mampu menjaga anaknya dengan baik. Dari itu dia selalu menggoda Ereena untuk menjadi isteri tetapi sentiasa di tolak . Ereena langsung seperti tidak punya hati. Tidak langsung melayan semua lelaki yang memikatnya . Dia tidak suka Zalika , walaupun cantik tetapi hatinya tidak suci. Dia tahu Zalika cintakan Huzair Qorni, untuk menebus kesalahannya dia akan cuba untuk membawa Zalika ke pangkal jalan.

...........

Ereena tinggalkan tanah perkuburan dengan berat hati . Itupun setelah dipujuk Huzair Qorni dan Datin Saroja. Sudah bengkak matanya menanggisi pemergian anak kesayangannya itu. Masih ingat di ingatan , tangan montok anak itu selalu merayap dipipinya sebelum tidur....hu ..hu ....teresak kembali Ereena bila teringat dia tidak layan kemahuan anak itu ketika Kali akhir mereka bertemu....".
" Mommy kahwin lah dengan papa sebab Daiyan nak tinggal terus dengan Mommy. Daiyan tak nak berpisah dengan Mommy lagi. Kalau Mommy tak nak Daiyan nak merajuklah....nak pergi jauhhhhh .......Bye ..bye...Mommy." Ereena menekup kedua-dua belah telinganya bila terngiang suara-suara Daiyan di telinganya .....Menyesal? Ya .. Kalaulah dia tahu begini akhir cerita Daiyan, sumpah dia akan kahwin saja dengan Huzair Qorni walaupun tanpa cinta.

Huzair Qorni sangat marahkan Zalika yang tidak pulang menziarahi jenazah Daiyan. Dia bertekad untuk membawa Zalika ke pengadilan jika Zalika tidak pulang saat itu, jika ada kasihnya pada Daiyan mesti dia pulang tetapi tidak, tenyata Zalika betul-betul menguji kesabarannya. Dia boleh saja bertolak ansur dan menganggap kejadian itu satu kemalangan . Tetapi... Apa yang Zalika buat mengambarkan dia memang seorang ibu yang kejam dan tidak bertanggungjawab. Dia langsung tidak datang. Huzair Qorni terus membuat laporan polis untuk menangkap pembunuh Daiyan .

Datin Rose bersama suami menaiki satu kereta. Datin Saroja Dan Datuk Hidzir juga satu kereta yang lain. Huzair Qorni membawa Ereena dan Bibik Suchi pulang ke rumah Zalika kerana malam nanti mereka akan buat tahlil untuk arwah. Semua orang akan berhimpun di rumah Zalika .

"Tuan, boleh tak singgah sekejap dekat kedai aiskerim sana. Saya nak makan aiskerim lah" Huzair Qorni terus sahaja berhenti sebaik sahaja lalu di kawasan itu. Sengaja Ereena memberi alasan, sebenarnya dia teringatkan Daiyan. Dia teringin nak pergi ke kedai kesukaan Daiyan. Bibik Suchi menemani Ereena masuk ke kedai aiskerim itu. " Bik....Saya rasa seperti Daiyan masih ada di sini, suka sangat dia bila di ajak datang kat sini. Macam ternampak saja dia berlari-lari masuk ke sini " Ereena dengan tersenyum ceria menceritakan pada Bibik tentang keseronokan Daiyan bila datang ke sini.

"Hai sis, mana adik comel Daiyan? dia tak ikut ke? kenapa tak bawa dia ke sini?". Pelayan kedai Aiskrim menegur Ereena dengan wajah sedikit kecewa bila tidak nampak Daiyan di situ. Apa lagi pecah lagi kolam air mata Ereena yang tadi sudah dibendung. Hairan gadis pelayan itu bila Ereena tiba-tiba menangis lagi .

" Kenapa sis? Maaf sis, saya Salah cakap ke? Saya minta maaf ....err saya tak tahu apa-apa..sori ya..." Dengan sopan dia meminta maaf.

" Ngak... emm....sebenarnya kita baru kehilangannya...anaknya Daiyan sudah pergi....dia dah meninggal semalam"

" Innalillahiwainnailaihirojiun.....maafkan saya. Saya benar-benar tak tahu . Sebab apa ya? terkejut gadis sambil tangannya menyeka air mata.

" Dia jatuh di tangga ....maafkan saya . Saya terpaksa pergi dulu ya. Ayuh ..Cik Ereena kita pulang yuk. Jangan di turutkan kata hati . Kita pulang dan Cik perlu rehat. "

Huzair Qorni dari tadi memandang dari jauh wanita idamannya itu. Dia sangat simpati pada Ereena selepas kehilangan Daiyan. Dia tahu Ereena teringatkan Daiyan , dia juga teringatkan Daiyan. Di kedai itulah kali pertama dia berkenalan dengan Daiyan. Dia kagum pada anak itu dengan lantang membela Ereena ketika itu. Dia mengaku , dia sudah jatuh cinta dengan Ereena bila Kali pertama berjumpa. Daiyan pula satu-satunya anak yang membuatnya jatuh Kasih. Ya lah ....sebelum ini dia memang tidak suka kanak-kanak. Kepetahan Daiyan dan celotehnya yang comel membuatkan Huzair Qorni berubah tingkah.

Huzair Qorni mahu terus mendekati Ereena. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Ereena masih memandangnnya dengan pandangan kosong. Tidak punya hatikah perempuan itu. Huzair Qorni membuntuti langkah mereka menuju ke kereta.

Zalika terhendap-hendap mahu masuk ke dalam rumahnya selepas kematian Daiyan. Sunyi.....Bibik Chinta pun tidak ada, mungkin mereka masih lagi menguruskan persemadian Daiyan. Dia memang ada rasa bersalah pada Daiyan tetapi dia keraskan hatinya tidak mahu menziarah tempat Daiyan di semadikan itu. Entah ...dia tiada rasa, dia perlukan Daiyan hanya untuk memerangkap Huzair Qorni. Daiyan tidak penting lagi sekarang ni ,yang penting dia mahu mengambil barang dalam rumah dan pergi. Takut juga mahu berlama-lama di situ , dia tidak mahu dituduh menjadi penyebab kematian Daiyan. Silap haribulan mungkin akan di tangkap bila-bila masa sahaja.


Ketika mahu keluar dari bilik, hujung telinganya menangkap bunyi kereta di halaman rumah. Dia sedikit terkejut kerana sangkanya mereka masih di tanah perkuburan. Dia mahu sembunyikan diri dalam bilik tetapi keretanya terparkir di luar. Dia buntu sangat, Lalu dia terus berlari keluar ke kereta sambil mengheret beg besarnya .

"Zalika? Kau ke mana saja sayang. Daiyan dah meninggal. Kamu tahu tak?" Datin Rose memanggil Zalika dengan lembut. Sebenarnya dia juga terkejut melihat Zalika di situ. Zalika sedikit pun tidak memandangnya, dia terus saja menuju ke pintu keluar.

"Zalika!! Papanya , Datuk Hidzir hampir hilang sabar dengan kebiadaban Zalika. "Tidak ada adab sungguh . Anak mati pun tak ada perasaan ." Datuk Hidzir menarik Zalika supaya berhenti dan dengar apa yang hendak dikatakannya.

" Hey...budak ni. Kamu nak ke mana? Kita nak buat majlis tahlil malam ni , tak rasa langsung kehilangan Daiyan ke? Anak kamu kot" Sebak suara Datin Rose dengan tingkah Zalika. Malu benar dia pada Datin Saroja yang juga sedang memerhati tingkah Zalika.

" Daiyan dah ada di syurga la mama. Kenapa nak buat tahlil lagi. Tak perlu la nak sedih-sedih . Ika nak pergi jauh dari sini. Ika dah tak ada siapa-siapa dah. Abang Huzair pun dah tak nak Ika lagi. Mama dan papa pun dah lama buang Ika kan? Kenapa nak susah-susah .

" Astaqfirullah...budak ni . Kenapa cakap macam tu. Mama papa sayangkan Ika. Mama Saroja juga. Kenapa Ika buat kami macam ni?

"Ika buat apa? Semua orang buang Ika. Apa lagi yang Ika ada? Tak seorang pun ambil tahu perasaan Ika...tak ada..langsung tak ada!"

" Apa sebenarnya yang Ika mahu dari kami. Rasanya sudah habis baik kami beri pada Ika. Pelajaran dan kehidupan yan mewah semua sudah Ika dapat . Apalagi yang Ika mahu? Kenapa jadi kejam sangat? Daiyan jatuh tangga pun Ika buat tak tahu saja. Sekarang ni Daiyan dah tak ada, Ika tak rasa apa-apa ke ?

" Ika rasa bahagia dia dah pergi, masuk syurga pula tu. Ika dah cuba pertahankan dia semasa dalam kandungan walaupun perasaan Ika terluka dengan penolakan abang Huzair. Ika ingat bila dia lahir , abang Huzair akan terima Ika tetapi tak. Abang Huzair tak suka Ika, itu yang buat Ika jadi macam ni. Ika benci Daiyan."

" Hey...dia anak kau lah...kenapa benci dia pula? Ibu Kejam, sebab tu aku tak suka kau". Huzair Qorni yang sejak tadi sampai bersama Ereena sempat mendengar setiap kata-kata Zalika. Hatinya terlalu geram dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut itu.

"Cik Zalika!!, Anda di tahan untuk membantu siasatan kematian Daiyan Eusof bin Abdullah. Sila ikut kami ke balai." Semua orang terdiam. Semua terkejut dengan kedatangan dua orang anggota polis itu. Masing-masing tidak tahu mahu simpati atau sebaliknya.

" Abang kejammmmm.....tunggu lah balasan Ika pada semua orang yang ada di sini termasuk kau Ereena!!!" Tersentak Ereena bila namanya disebut tiba-tiba. Hatinya yang sedang bersedih itu menjadi suka tiba-tiba bila Zalika di tahan polis. " Padan muka, itu untuk apa yang kau buat pada Daiyan. Aku tak akan maafkan kau , Zalika".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience