"Huzair Qorni!!.you tahu kan apa yang jadi pada Sufi ? Mahu lepas tangan macam tu saja ke ? Dasar buaya.... You jangan ingat I tak tahu you sedang rapat dengan seseorang...jangan sampai I musnahkan dia" Sofia sudah tidak tahan dengan lelaki di hadapannya ini...macam siot...
" Kenapa diam? You ingat dengan minta maaf sahaja boleh selesaikan semua masalah ke? You silap Huzair Qorni. Jangan harap you akan hidup senang bila tinggalkan kakak I macam tu saja"
Terasa mahu saja dia menerkam lelaki itu dan menarik rambutnya yang tersikat rapi itu bagi menyatakan perasaan marahnya. Diamnya lelaki itu membuatkan amarahnya semakin menjadi-jadi.
Huzair Qorni masih bersahaja. Tidak ada riak bersalah pun. Memang dia tidak bersalah pun , Sufi yang eksiden sendirian, tidak ada kena mengena langsung dengan dia. Tiba-tiba sahaja dia di persalahkan. Tidak adil. Memanglah dia sangat bersimpati atas kejadian yang menimpa Sufi tetapi kesalahan yang diletakkan padanya membuatkan dia benci dengan keluarga itu.
" You balik dan dengar sendiri dari mulut Sufi , lepas tu baru you boleh cakap apa pun dekat I ...Shu..shu....pergi sana, I tak layan orang meroyan yang tak tentu pasal . .."
" You!! Shut up!! Kakak I tak boleh bercakap la...."
" Kasihan....tunggu sampai dia boleh bercakap dulu....I had to go..Sorry." Huzair Qorni terus sahaja beredar.
Sofia menggenggam kedua belah tangannya geram. Hatinya masih belum puas ,dia akan bertindak kerana lelaki itu tidak langsung bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa kakaknya itu. Dia geram ....dan wajah Ereena muncul di fikirannya. " Kau akan menyesal Huzair Qorni.
Huzair Qorni pergi tanpa perasaan bersalah. Baginya Sufi membuang masa bila jatuh cinta padanya kerana dia tidak pernah ada rasa itu pada sesiapa pun kecuali Ereeena.
Huzair Qorni mencari-cari kelibat Ereena sebaik sahaja masuk dalam keretanya. Bayang pun tak nampak apatah lagi batang hidung mancung wanita yang selalu dirinduinya itu. "Aduh!!! kau selalu buat aku marah Ereena. Jangan biar aku hilang sabar ni ...kalau aku tak mampu nak bertahan lunyai kau aku kerjakan...."perempuan ini selalu mencabar jiwa lelakiku..."
Ereena sejak tadi menunggu bas untuk pulang ke rumah menjadi cemas....menunggu bas baru Lima minit terasa seperti Lima puluh minit....jantungnya berdebar-debar dan bimbang jika Huzair Qorni tiba-tiba ada depan mata. Lelaki ini kadang-kadang macam semut...tahu sahaja di mana ada gula.
"Fuh....datang juga kau bas" Bersyukur Ereena kerana Huzair Qorni tak sempat mencarinya. Mungkin Sofia yang melambatkan keadaan. Ereena terus melangkah masuk ke perut bas dengan perasaan lega. Dia melepaskan nafas yang tersekat dari tadi.
Namun malang betul nasibnya. Perasaan lega itu hanya sementara. Sebaik keluar sahaja dari perut bas, matanya sudah terpandang pada lelaki yang dihindari itu . Huzair Qorni sedang memandang tajam ke arahnya . " Aduh!!! jumpa juga kau ya.....Tidak biasa di tolak , Huzair Qorni sudah pun membuka pintu kereta untuknya.
" Tuan...kenapa datang. Janji macamana ni? Tuan dah mungkir janji , dengan ini janji saya dengan tuan terbatal serta merta." Dengan pantas dan yakin sekali Ereena membuat keputusan menarik balik perjanjian paksanya dengan Huzair lima bulan lepas. Lega sebenarnya kerana ada alasan untuk tidak terikat dengan janji bodoh itu lagi.
"Hey...siapa yang langgar janji. Cuba tengok apa yang you dah buat." Huzair Qorni menunjuk gambar Ereena sedang minum dengan seorang lelaki. Melonggo Ereena kerana tidak sangka benda sekecil itu membuatkan Huzair Qorni berada di sini, sungguh tidak percaya. Keterlaluan sungguh lelaki ini.
" Mana tuan ambil gambar ini...minum ja pun, tak kan sebab ini tuan datang...kan dah janji tuan tak kan ganggu saya lagi..."
"Siapa lelaki tu? kan I dah cakap jangan dekat dengan sebarang lelaki, I dah pesan kan? Sekarang ni siapa yang mungkir janji?"
" Itu bukan mungkir janji, saya bukan ada hubungan istimewa dengan dia pun. Rakan sekelas kan? Tak kan sampai tak boleh nak bercakap langsung...gila...
"Gila? Siapa gila? You cakap I gila? You akan menyesal Ereena. I dah cakap dengan you elok-elok kan ? I akan ganggu you kalau you dekat dengan mana-mana lelaki...I kota apa yang I kata...you jangan macam-macam Ereena , selagi kita tak kahwin I akan jadi macam ni .."
"Tuan!! saya dah penat la...saya tak suka bila tuan buat saya macam ni. Saya tak nak terlalu di kongkong la....belum kahwin dah macam ni. Saya rasa jodoh tuan bukan dengan saya. Tuan cari la perempuan lain .....Sofia tu...dia cantik sangat dan amat sesuai dengan tuan. Dia cemburu dengan saya. "Siapa Sofia dengan tuan?
" Ereena...jangan panggil I tuan boleh ? I tak suka ."
" Saya Tanya tuan , siapa Sofia tu?
" Jangan panggil I tuan!! Kalau tak I biarkan you terus tertanya-tanya tentang dia."
"Eh..tak nak jawab sudahlah....Saya pun tak nak ambil tahu hal tuan. Cumanya saya hairan sebab dia dah kenal tuan tapi tuan sengaja buat tak kenal mesti ada sesuatu antara tuan dengan dia. Kalau tak nak cerita saya ok je"
" You jangan ubah topik Ereena!! I tak nak you rapat dengan dia sebab dia tak ada kena mengena dengan I"
" Ish...pening betul , dah tak ada kena mengena kenapa tak boleh rapat pula dengan dia? Pelik-pelik perangai tuan ni. Tuan ada sembunyikan sesuatu dari saya?
" You memang tak faham bahasa ... Sofia tu bahaya , dia ugut I untuk apa-apakan you...hati-hati dengan dia dan jangan terlalu rapat dengan dia boleh tak? Huzair Qorni dapat agak yang Sofia tahu tentang hubungannya dengan Ereena. Seseorang yang dimaksudkan oleh Sofia itu pasti Ereena, dia yakin itu.
"Tuan...cuba tuan berterus-terang dengan saya tentang hubungan tuan dengan dia supaya saya faham, barulah ada kesefahaman. Pasangan yang berterus-terang adalah pasangan yang secocok, betul tak tuan? Saya suka hubungan yang macam tu.." Ereena cuba melembutkan suara. Dia cuba menguji ego lelaki itu terhadapnya.
Sejuk hati Huzair Qorni bila Ereena berkata begitu. Terasa juga ada hubungan istimewa dengan wanita itu. Dia ikhlas mencintai Ereena, dia mahu Ereena bahagia dengannya. Dia tidak mahu Ereena rasa terpaksa menerimanya. Dia berharap suatu hari Ereena akan menerima dia seadanya.
"Sofia ni ada kakak bernama Sufi. Sofia marah bila I tak nak bertanggungjawab terhadap kemalangan yang menimpa kakaknya. Kemalangan tu berlaku semasa I berada di Sumatera. I buka satu anak Syarikat kat Sana dan Sufi bekerja di situ. Dia pernah ajak I kahwin tapi I tolak. Dia cuba nak bunuh diri dan I dah pun selamatkan dia . Tiba-tiba I dengar dia eksiden semasa I balik ke Malaysia, meninggal....sama tarikh dengan Daiyan meninggal. I tak faham kenapa keluarga Sufi salahkan I pula"
" Kenapa la tuan tak balik tengok keadaan Sufi tu....tu yang Salah, sebab tu mereka berdendam dengan tuan."
"I tak sanggup tinggalkan you Ereena. Masa tu I kesiankan you . Meratap dan menanggis untuk Daiyan . Masa tu masalah I dengan Zalika pun belum selesai lagi.....Dan mereka tahu I dah kahwin dengan Zalika , tu pun mereka jadikan salah satu sebab Sufi eksiden, tak faham betul la...."
" Itu maknanya hubungan tuan dengan Sufi bukan biasa-biasa. Mesti tuan dah beri harapan kepada dia....jika tidak mana mungkin dia terkejar-kejar tuan sampai macam tu sekali. Bukan hensem sangat pun...."
"Apa? Macam dengar ja apa you cakap tadi. Ulang!!" Geram benar Huzair Qorni dengan perempuan ini ...aku punyalah beriya berdandan tadi dia cakap tak hensem, kurang asam betul la perempuan ni?
"Saya cakap tuan tak hensem pun....macamana Sufi boleh suka? Saya pun tolak banyak Kali ..tuan masih mahu menunggu. Sedar tak tuan sudah kena reject!!!" Celupar benar mulut Ereena hari ini. Geram pula dia pada Huzair Qorni yang suka memaksa. Harap -harap Huzair Qorni tak menunggu dia lagi kali ini. Putus!!! itu yang dia nak dengar.
"Sungguh biadap kau bercakap Ereena. Kau belum tahu dengan siapa kau berdepan sekarang ni. Aku sudah hilang sabar melayan karenah kau. Aku terpaksa berjanji untuk senangkan hati kau. Macam ni balasan yang kau beri pada aku. Aku akan buat kau menyesal Ereena... Kau akan kahwin dengan aku hari ini juga" Sudah hilang kesabaran Huzair Qorni dengan Ereena. Rasanya dia tidak akan dapat menawan hati Ereena kecuali memaksa. Dia menggenggam pergelangan tangan Ereena dan menarik Ereena masuk ke dalam kereta semula.
Huzair Qorni terus memecut keretanya laju tanpa berkata apa-apa. Sungguh pedih kata-kata Ereena tadi hingga ke tulang hitam. Hilang kesabarannya bila hati lelakinya di cabar. Sungguh dia tidak sangka Ereena akan berkata begitu padanya.
Ereena merasa kecut perut bila kereta itu terus bergerak hingga tidak dapat berkata apa-apa. Marah betul Huzair Qorni padanya. Muka pun dah jadi rupa singa. Dia sudah rasa takut sebenarnya...tak di sangka kata-katanya tadi menjadikan Huzair Qorni seperti singa jadian.
"Kahwin? Menggigil sedikit tubuh Ereena bila teringat kata-kata Huzair Qorni sebentar tadi. Dia kena kahwin paksa ke? " Sebelum ni dia tidak pernah melihat Huzair Qorni sekasar ini. Dia ingat kata-katanya akan membuat Huzair Qorni patah hati dan melepaskannya pergi tetapi tidak Kali ini ...dia akan terus terikat.
Kereta berhenti di sebuah Penthouse. Dia di tarik masuk ke dalam dengan kasar. Ada lima orang lelaki dan tiga perempuan termasuk Cik Qadeeja.
" kau suka ke tidak suka ke...kita akan menikah hari ini Ereena. I dah tak boleh bersabar dengan kedegilan you lagi. Bila I balik Malaysia nanti, you akan ikut sekali"
" No ...saya tak nak. Saya minta maaf tuan. Lepas ni saya tak kan buat lagi tuan. Please.....saya tak nak kahwin lagi tuan...tolonglah....jangan buat saya macam ni tuan...."
" Sudah terlambat Ereena. Aku dah bagi kau banyak masa tetapi kau dah abaikannya. Kelly ....bawa dia masuk dalam. Buat apa yang patut ."
" Jangan tuan, jangan biar saya anggap tuan jahat. Sofia beritahu tuan bukan orang yang baik-baik. Tapi saya tak percaya. Saya tahu tuan orang yang baik. Tolonglah lepaskan saya"
" Macam aku cakap tadi....sudah terlambat ...terpulang pada kau nak kata aku jahat ke, baik ke, yang pasti kita akan menikah hari ini ." Huzair Qorni memberi Isyarat kepada Kelly supaya membawa masuk Ereena ke bilik. Ereena di minta membersihkan diri. Dia cuba membantah tetapi Kelly memang tegas ,dia terpaksa menurut .
Selepas mandi ...Ereena di bawa ke sebuah bilik untuk di rias. Ereena di minta menukar pakaian.. Takut pula dengan Kelly ni ....nak kata perempuan....kasar betul, nak kata jantan tak macam jantan sangat. Ereena di minta menyalin pakaian yang di sediakan tanpa alasan. Wajahnya di rias ala kadar dan minta keluar dengan cepat.
Semua orang sudah menunggu di ruang luar yang luas. Ada seorang yang berserban bersama dengan lima lelaki tadi. Ereena mencari kelibat Huzair Qorni. Tiada. Betul ke dia akan di nikahkan? Macam tak percaya apa yang Huzair Qorni buat padanya. Airmatanya mengalir tiba-tiba.
......Sambung......
.
Share this novel