"Bila nak bawa bakal menantu jumpa Mama, Huzair? Banyak sudah perempuan yang Huzair bawa, tak seorang pun Huzair bawa jumpa mama. Tak ada yang berkenan nak buat isteri ke?" Datin Rose risau melihat cara hidup anak bujangnya . Bawa perempuan ke hulur ke hilir tanpa ikatan. Sengaja dia bertanya agar anaknya itu sedar yang umurnya sudah sesuai untuk berumahtangga.
"Huzair! Mama tanya ni dia buat tak endah saja. Kalau tak ada yang berkenan cakaplah, boleh mama tolong kenalkan anak kawan mama si Sheila ataupun anak angkatnya Ereena. Cantik kedua-dua budak tu. Tapi mama lebih suka Ereena tu . Cukup pakej Ereena tu. Huzair nak mama kenalkan yang mana dulu?
" Belum terbuka hatilah mama. Anak kawan mama ke...anak angkat angkat kawan mama ke....Huz tak nak la mama belum sampai jodoh lagi kot. Huz ni belum pun sampai umur tiga puluh, mama dah bising. Papa kahwin dengan mama dulu pun umur tiga puluh lima kan? Jauh lagi tu ma kalau dibandingkan umur Huz."
"Kamu jangan nak bandingkan kamu dengan papa. Papa tak pernah bawa perempuan ke Hulu ke hilir macam kamu. Kami diperkenalkan, bertunang dan terus saja kahwin. Mama dan Papa bercinta selepas kahwin. Bahagia saja sampai sekarang. Cumanya kami tiada rezeki dengan anak yang ramai. Cuma Huzair dan adik saja pengarang jantung mama."
" Selagi Zalika tak balik , Huz tak akan kahwin mama. Sampai sekarang mama tak beritahu dia pergi mana? Dia adik Huz la ma. Dah Lima tahun la mama. Huzair rindu dia" Sengaja dia mencari alasan. Sebenarnya dia rasa bersalah kerana merosakkan Zalika. Rosak? Benarkah dia yang merosakkan Zalika. Hairan bercampur pelik juga bagaimana Zalika boleh ada di biliknya malam itu. Memang dia tahu Zalika telah rosak waktu tu. Dia sangat pasti tentang itu. Zalika seperti sudah biasa buat begitu. Atau pun dia yang rosakkan dirinya sendiri ....Tidak terlintas untuk bertanya atau minta Zalika berterus- terang sahaja pada hari itu. Yang pastinya dia takut dan rasa perlu segera pergi setelah kejadian itu. Dia malu dan pergi tinggalkan Zalika yang meraung dan merintih memintanya jangan pergi.
" Kita sama-sama rindu dia. Nanti kita cari dia ya. Mama pun tak tahu dia ke mana" Sengaja Datin Rose menyembunyikan Zalika dari pengetahuan Huzair Qorni mahupun orang lain. Cuma dia dan suaminya sahaja yang tahu. Juga pembantu rumah yang mendengar kemarahan suaminya malam itu. Zalika telah dihantar jauh ke Negara Seberang sana. Selepas Zalika melahirkan seorang anak laki-laki Datin Rose sendiri meminta bantuan Datin Saroja untuk menjaga Zalika kerana Datin Saroja mengurus tiga buah rumah asuhan budi di sana.
" Huz harap mama berhenti nak kenenkan Huz dengan mana-mana perempuan. Huz kawan dengan ramai perempuan pun, Huz jaga batas la mama. Semuanya sebab Huz tak nak hampakan harapan mereka. Kami setakat keluar makan atau bersiar-siar saja, tidak lebih dari itu mama. Mama kena percayakan Huz ma."
"Ya lah...Ya lah ..yang penting Huz kena jaga batas. Mama percayakan anak mama yang sorang ni. Jangan hilangkan kepercayaan mama pada Huz. Mama berharap sangat jangan rosakkan anak orang ya". Mendengar kata- kata mama, Huzair menelan liur bila mama berkata begitu. Kata-kata seseorang Lima tahun lalu bergiang semula ditelinga. " Sampai hati abang buat Ika macam ni. Kasihan mama dan papa kerana dapat anak macam abang.... hik...hik...." Huzair hampir tidak percaya apa yang dia dah buat. Dia sayang Zalika seperti adik kandung, tetapi malam itu entah kenapa tanpa sedar dia telah melakukan itu. Dia memang tidak ingat apa-apapun, bila dia sedar , Zalika sedang menangis di sisinya tanpa seurat benang pun . Hairan sungguh ...kenapa Zalika datang ke biliknya malam itu. Soalan itu masih bermain di fikirannya dan sampai hari ini dia masih tiada jawapan.
Huzair Qorni tidak bersedia untuk bertanggungjawab pada masa itu mungkin fikirannya belum matang . Sebenarnya malam itu, dia baru sampai ke Malaysia . Cadangnya mahu buat kejutan pada Mama dan Papa tetapi mereka ke Perak pula pada malam itu. Kejutannya memang tidak menjadi tetapi di dikejutkan pula dengan keberadaan Zalika di biliknya. Selepas kejadian itu dia keluar dari rumah dan bermalam di rumah Iqbal dan terus pulang ke UK pada hari berikutnya . Dia terpaksa pergi untuk lari dari terjebak dari masalah yang tiba-tiba itu. Dia rasa seperti diperangkap tetapi tidak mungkin Zalika yang masih mentah boleh bertindak sejauh itu . Dia Cuba buang tanggapan itu, mungkin dia yang bersalah.
Huzair Qorni akhirnya sedar kesilapannya pada Zalika. Dia kembali mahu memberitahu segala kejadian pada malam itu kepada mama dan papanya...tetapi masa itu Zalika sudah tidak ada dirumah itu. Ghaib tanpa sedikit jejak pun. Bila di tanya mama dan papa juga tidak tahu kemana Zalika pergi. Dia pun diamkan saja ...lagipun Zalika dah pergi dengan kisah mereka. Dia mungkin terselamat kali ini. Pernah juga dia mencari tahu sendiri tetapi hasilnya memang tidak memihak kepadanya.
Dia meneruskan hidupnya macam biasa walaupun kadang kala dia rasa tidak tenteram bila mengingat masa lalunya bersama Zalika. Kalaulah dia berjumpa Zalika, dia akan bertanggungjawab walaupun tanpa cinta. Dia cuba butakan matanya untuk melihat perempuan lain dan tutup pintu hatinya dan akan di buka untuk Zalika sahaja
..............
Sedang menyemak kertas kerja di pejabatnya , Huzair Qorni teringat seorang perempuan yang dia jumpa petang semalam. Tadi pagi bila mama minta menantu, fikirannya melayang ke perempuan itu. Nak kata cantik biasa-biasa aja
tetapi auranya mendebarkan dadanya. Jantungnya jadi cepat bila dekat dengan perempuan itu. Seorang Huzair Qorni tak pernah gentar dengan orang , tambah lagi jika dia itu seorang perempuan. Perempuan yang dia jumpa ni lain dari yang lain. Perempuan itu membuatkan dia tidak tidur malam. Ada memakai tangkal ke apa perempuan itu, rasa macam terkena sihir pula. Yang dia pasti perempuan ni isteri orang perempuan itu sudah ada anak. Huzair Qorni menepuk-nepuk pipinya kerana asyik teringatkan perempuan itu.
Imbas kembali.
"Maaf Encik....anak saya dah kotorkan baju Encik. Nah ...ambil tisu ni , lap aiskerim tu sendiri. Nanti saya lapkan susah pula jadinya."
"Amboi...anak dia yang kotorkan pandai pula minta aku lap sendiri...Aku tak kira. Kau mesti ganti semula baju aku yang anak kau kotorkan. Aku ada meeting la kejap lagi. Haish!!...menyusahkanlah....
"Orang kaya memang macam ni kan? Berlagak...baju nak ber kot kot bagai....meeting tak pakai kot tu tak boleh ke? Lagipun cuaca kat sini panas la...nak berlapis-lapis bagai....tak boleh fikir ke?
" Eh ...banyak songeh pula.....sekarang ni aku nak kau minta maaf dengan aku sebab baju aku anak kau dah kau kotorkan. Tak rasa bersalah ke?
" Err...minta maaf Encik. Sorii...ampun.....saya minta maaf Encik...saya boleh balik basuh baju tu tapi saya tak nak ganti baju mahal tu...." Ereena terus membuka baju lelaki yang sudah kelu lidahnya lalu melangkah pergi dari situ Huzair Qorni yang terkejut dengan tindakan perempuan itu masih terkulat-kulat di situ.
.....Imbas kembali tamat....
" Khadeeja ...masuk kejap."
" Baik Encik Qorni..."
Cik Qadeeja masuk ke bilik dengan membawa buku nota pesanan untuk mencatat pesanan bosnya itu.
" Ya bos...ada apa ya?
" Macam ni...awak boleh cari tak bomoh atau siapa-siapa yang boleh buang saka?
" Hah...buat apa bos ? Buang Saka? Seram bulu roma saya bos..siapa yang ada Saka ? Cuba cerita."
"Ni hah....err ...serba Salah pula nak cakap. I rasa dah terkena sihir la dengan sorang perempuan ni. Tak tahulah asyik ingat dia saja setiap masa"
"Lah....itu bukan saka la bos....Itu sakan namanya. Bos dah jatuh cinta ke?
" Saya rasa tak la...bukan cantik sangat pun dia tu, biasa-biasa ja...I rasa dia isteri orang sebab dia bawa anak. Tak tahu pula macam mana boleh ingat sangat ni sampai bergetar dada."
" Biar betul bos... isteri orang.. musykil sangat ni. Bos ada gambar dia tak? Boleh saya siasat."
" Tak ada ....."
"Ala...bos ni. Kenapa tak ambil gambar?
"Eh ! Kejap bos...saya baru teringat Cik Dara nak jumpa bos hari tu. Bos pesan hari tu nak minta elakkan dari jumpa dia kan? Sebab tu Saya tak beritahu bos tentang tu . Tapi..Kali ni macam penting sangat la boss"
" Hah...penting ? I mana ada urusan apa-apa dengan dia pun. Kenapa dengan dia?
" Dia cakap dia ada maklumat tentang seorang perempuan namanya Zalika, ada kena mengena ke dengan perempuan yang bos tak boleh lupa tu?
"Zalika? Kenapa awak tak cakap awal-awal lagi. Hubungi Dara dan minta jumpa saya .!" Sudah lama Huzair Qorni tidak menyebut nama adik angkatnya itu. Sebelum ni dia rasa mahu saja bertanggungjawab tentang malam tu tetapi....dia sudah berubah fikiran dan akan siasat apa yang terjadi malam tu.
"Baik , bos"
"Bos ! Siapa Zalika tu bos? Tak pernah dengar pun bos sebut kat saya. "
" Dia adik I, you pergi call cepat Dara tu. "
" Baik boss". Che Qadeeja segera tinggalkan bosnya itu dan menghubungi Dara.
" Hello...Assalamualaikum Cik Dara. Bos nak jumpa Cik Dara . Boleh datang sekarang.?
" Huh....kau dah beritahu dia ke? pandai pula nak cepat- jumpa aku. Hari ni tak boleh ... esok boleh pukul sebelas pagi aku free. Dia nak datang sini ke nak aku pergi sana?" Sombong pula Cik Dara tu macam dia orang penting sangat.
" Yalah...Cik Dara datang sini saja la...nanti saya beritahu bos ok?."
"Mmmmm....." Dara tersenyum. Mesti masuk perangkap Kali ni. Sombong sangat. Dia belum kenal siapa Dara...
.......Sambung......
Share this novel