Huzair Qorni masih menunggu jawapan maaf dari Ereena. Dia takut juga kalau-kalau Ereena masih tidak memaafkannya. Dengar cara Ereena bercakap tadi, macam dah ok. Tunggu saja lah....
"Abang....Saya minta maaf kerana masih tak tunaikan kewajipan sebagai isteri sesungguhnya. Saya cuma takut kecewa. hubungan abang dengan Winda macamana? Saya tak mahu abang masih berbelah bahagi untuk memilih antara saya dia. Saya tak nak di madu" Itu rintihan Ereena.
" Sayang ...tak pernah terfikir pun di hati abang untuk kahwin dengan Winda tu. Dari dulu abang dah reject dia, abang tak pernah beri harapan pun pada dia. Sejak abang jumpa sayang...abang rasa macam ada saka dok ikut abang. Saka sayang la tu sampai abang terpaksa minta ubat.
" Tu dia...kejam sangat tuduhan tu. Saka pula. Kenapa perlu minta ubat?"
" Ya lah....makan abang selalu tak kenyang. Makan pun rasa macam tak makan ja. Tiba-tiba habis sepinggan. Mandi pun tak basah tau....semuanya teringat wajah sayang. Abang ingat abang kena guna-guna...last sekali Ustaz tu cakap abang dah gila bayang ...ha..ha...."
"Lucu la abang ni ...sampai macam tu , mesti abang tak percaya yang abang dah jatuh suka kat sayang kan....mesti sayang nampak buruk di mata abang masa tu kan...?
" Sebenarnya.....abang dah jatuh cinta dengan sayang sejak Kali pertama kita jumpa kat kedai aiskerim tu. Masa tu abang ingat sayang isteri orang...sebab tu mulut abang tolak sayang tapi hati abang dah tersuka pada sayang. ...sampai abang cakap sayang dah guna-gunakan abang ".
" Tu dia....suka kat isteri orang. Bahaya sangat tu...."
"Masa tu nama sayang pun abang tak tahu...abang simpan nama sayang sebagai "mommy". sebab abang dengar Daiyan panggil sayang Mommy "
"Daiyan...ouh kasihan anak mommy...rindunya pada dia" Tiba - tiba suara Ereena berubah sebak. Air mata sudah bergenang di kelopak mata.
"Maafkan abang sayang .....sayang ingat dia ya ...sedekahkan Al Fatihah pada dia....sayang. Ingat ....dia dah ada di syurga "
" Ya ...sayang dah redha. Cumanya Sayang sedikit terkilan bila dia tak sempat nak jumpa bapa biologi dia."
"Siapa bapa biologi dia tu? Sayang tahu?" Ereena terdiam. Perlu ke dia beritahu suaminya itu. Selepas berfikir-fikir biarlah Huzair Qorni tahu siapa bapanya Daiyan, Huzair Qorni perlu tahu semua cerita tentang Daiyan.
" Sayang tahu selepas Daiyan dah pergi. Sedihnya waktu itu , lelaki itu sudah lama tahu tentang itu tetapi dia tetap tidak mahu kenalkan dirinya yang sebenar pada Daiyan....sayang sedih Daiyan pergi sebelum tahu perkara itu....hu...hu..."
" Sayang....sayang....jangan sedih. Beritahu abang siapa lelaki itu sayang. Lelaki itu yang rosakkan Zalika terlebih dahulu dan yang tertuduhnya abang ..."
"Kalau Sayang beritahu, abang nak marahkan lelaki tu ke?"
" Eh! tak...tak....abang cuma nak tahu saja.. Lelaki tu menjadi tanda tanya semua orang termasuk mama dan papa. Papa hilang sabar dengan Zalika hingga dia di hantar ke Seberang sana. Nasib baik ibu Tengku Hadry menjaganya dengan baik.
" Sebenarnya.....Daiyan tu cucu sebenar mereka"
" Hah!? maksudnya...Tengku Hadry?? Oh ..my...Allahu akhbar ...." Huzair Qorni meraup wajahnya..sungguh dia terkejut bila Ereena mengangguk mengiyakan andaiannya itu . Tak sangka betul Tengku Hadry yang rosakkan Zalika dan lepas tangan begitu saja"
" Abang baru jumpa dia semalam. Dia tanya Sayang"
"Hah...abang jumpa Tengku Hadry?? Dia ada di sini? Kenapa Tanya Sayang pula? "
"Sebenarnya Zalika yang nak jumpa sayang sangat-sangat. Dia tenat"
" Zalika tenat? Kenapa abang?"
" Kanser rahim tahap 4, Sayang nak jumpa dia?" Takut-takut Huzair Qorni bertanya.
" Sayang. ..nak jumpa dia tak?" Huzair Qorni ulang pertanyaan bila Ereena diam sahaja. Ereena tidak percaya yang Zalika mahu berjumpa dengannya. Berbagai perkara bertandang di fikirannya. Antara percaya dengan tidak kisah Zalika ni, takut juga kalau kalau cerita palsu. Sebelum ni Zalika betul-betul benci padanya.
"Err....saya takut . Dia tahu tak yang kita dah kahwin?
" Rasanya tak tahu sebab Tengku Hadry pun tak tahu. Dia juga bertanyakan sayang. Ada sesuatu ke Tengku Hadry ni , musykil juga."
"Tak ada apa- apa lah....tapikan abang , boleh tak sayang tak nak pergi ....
" Kenapa? Ada yang mengganggu ke?
"Sayang tak nak jumpa Zalika , sayang teringatkan Daiyan yang terabai....dia ..pembunuh Daiyan...hu..hu... " Tak dapat dia lagi menahan air mata yang bertakung di kelopak mata ..pecah juga akhirnya. Tersedu -sedan juga dibuatnya dek rasa sedih dan terkilan mengenangkan nasib Daiyan.
"Sayang ...dia tenat sekarang. Tengku Hadry cakap doktor kata masanya mungkin dah tak lama. Dia nak sangat berjumpa dengan Sayang. Kita pergi ya...."
"Abang tak faham ke? Dia dah bunuh Daiyan....dia tak nak susukan Daiyan semasa Daiyan lahir...dia biarkan Daiyan tak kenal bapa biologinya dan dia hina sayang ...". air mata yang bertali arus itu terus mengalir laju dituruti dengan air hingusan membuat dia nampak betul-betul kecewa. Kecewa yang disimpan terlalu lama .....
" Ok...ok....kalau macam tu Sayang rehat dulu. Abang saja yang pergi ." Huzair Qorni pun tidak berapa suka Ereena ikut serta kerana cemburu dengan Tengku Hadry.
"Abang pun tak perlu la pergi , entah apa lagi yang perempuan tu akan buat ."
"Sayang.....mama dan papa abang dah ada di sana sayang . Abang terpaksa pergi..." Huzair Qorni memang berniat untuk pergi berjumpa Zalika. Apa benar Zalika itu sakit? atau masih mahu menggodanya sekali lagi. Jika benar sakit tidak mengapa, yang penting hatinya puas bila dengan mata sendiri.
" Mmmm....pergilah...." Ereena terus masuk ke bilik . Menggigil tubuhnya menahan kecewa, ah! cemburu sebenarnya. Mahu saja dia meraung supaya jangan pergi. Terasa gelaran mulukut melekat terus padanya. Dia baru sedar diri yang dia bukan siapa-siapa..... dia takut kehilangan suaminya itu. Tak tahu seluas mana ruang untuknya di dalam hati Huzair Qorni .
......Sambung.......
Share this novel