Ralit merenung ombak yang memukul pantai Huzair Qorni tidak sedar dirinya sedang diperhatikan. Seorang wanita itu diam-diam merakam momen itu dan menghantar kepada seseorang yang sedang menunggu laporannya.
Selesai tugasnya wanita itu perlahan-lahan berjalan menghampiri Huzair Qorni. Terangkat sedikit bahu Huzair Qorni apabila di sentuh, terkejut sebenarnya. Huzair Qorni cepat-cepat berpaling. Eh! You...apa you buat kat sini?" Dalam hati Huzair Qorni menyumpah perempuan itu. Sampai di sini dia ikut aku. Sial betul.
" I know every thing about you Huzair and I know someone special here....." Dara dengan gaya menggoda cuba mendekatkan dirinya dengan Huzair Qorni sehingga tangan Huzair Qorni disentuhnya.
"Stop there!!! Jangan cuba mencabul I, Kesabaran I ada batasnya Dara. Jangan sampai I gunakan kekerasan pada you. I tahu siapa yang hantar you Dara, jangan cabar Kesabaran I. Go!! Huzair Qorni melepaskan amarahnya. Dia tahu siapa yang menghantar Dara. Megat Elham sudah menyampaikan info berkaitan Dara dengan Winda yang bersetongkol tetapi dia sangka sampai ke sini dia ikuti.
Huzair Qorni membetulkan duduknya semula sebaik sahaja Dara pergi. Nasib baik Ereena dan Zety belum turun. Kalau mereka nampak dia dengan Dara tadi tentu mereka menganggap yang bukan-bukan . Gelenyar semacam je Dara tu. Nak ambil kesempatan duduk dekat-dekat dengan dia. Bahaya betul.
Hari ini hari ke dua mereka di negera asing ini . Rasa ceria hari ini kerana Ereena bersetuju keluar makan tengahari dengan syarat Zety turut serta. Selepas mendaftar masuk dan mendapat tempat tinggal untuk Ereena , Huzair Qorni memilih tinggal di hotel sepanjang berada di sini. Zety pula tinggal sementara dengan Ereena. Nasib baik Ereena dapat bilik sewa dengan pelajar Malaysia.
Sebenarnya Ereena dan Zety sudah nampak Huzair Qorni dengan seorang perempuan tadi, mereka sengaja lambat-lambat bertemu dengan Huzair Qorni sehinggalah perempuan itu pergi . Ereena tahu Huzair Qorni memang ramai peminat. Tidak kira di mana, ada sahaja orang yang meminatinya terutama sekali perempuan. Tidak ketinggalan , Pramugari atas kapal terbang pun ambil kesempatan memotretkan kenangan. Ereena sedar diri, dia bukan saingan perempuan-perempuan itu.
Mereka di hantar oleh Darric, sahabat Huzair Qorni ke sebuah restoran yang terkenal makanan Malaysia di kawasan itu. Tukdin Restaurant amat terkenal di kawasan ini. Jangan tak percaya ianya kepunyaan rakyat Malaysia dan sering dikunjungi raja dan pemaisuri kita. Kagum dengan menu yang ada di situ bagaikan terasa berada di Malaysia. Ais kacang dan nasi lemak pun ada. Tu tidak kira lagi nasi ayam dan juga laksa . Mereka yang bertekak melayu pasti puas menikmati makanan di sini.
" Tuan Huzair bila nak balik Malaysia? " Ereena bertanya bagi pihak Zety. Penuh telinganya mendengar Zety bertanya tentang itu sejak semalam. Risau Zety dengan kerjanya cuti yang lama , boleh jadi di buang kerja. Zety yang tak habis-hibis minta dia tanyakan Huzair Qorni bila mereka nak balik.
" Kenapa? I belum jumpa habis lagi kawan -kawan I. You nak join ke ?
" Eh ..Tak nak lah saya. Esok saya dah start kelas. Kasihan Zaty ni. Tak ada siapa yang nak temankan dia. Lagipun cuti dia kan dah nak habis. ". Ereena cuba peringatkan Huzair Qorni tentang Zety. Esok sudah hari ke tiga. Belum ada tanda-tanda Huzair Qorni nak balik Malaysia. Kalau tak balik esok, habislah cuti Zety. Nanti dia dibuang kerja pula.
" Tak apa esok aku pos dia balik sana "
" Err ..tuan. Tak kan sampai nak pos orang. Balik sorang-sorang ke tuan? Kalau saya hilang macamana? Saya tak pernah jalan seorang tuan". Polos Zety mengutarakan kebimbangan..
Sebenarnya Ereena juga tak suka Huzair lama-lama kat sini. Setiap hari nak berjumpa . Naik rimas juga bila Zety berhari-hari membebel tentang Huzair Qorni yang tidak ingat nak balik. Memang Zety memikirkan fail kerja yang pasti berlambak di meja kerjanya.
" Aku post ja ..tak perlu takut sebab dia orang bungkus dulu. Mesti sampai tepat waktu dan sampai ikut alamat yang dtulis tu. " Gerun pula mendengar ucapan Huzair Qorni , macam kes pembunuhan pulak, hantar mayat berbungkus...ee...seram.
" Tuan ingat kawan saya tu barang ka , main pos pos pula . Orang cakap betul-betul , dia main-main." Geram Ereena dengan sikap acuh tak acuh Huzair Qorni itu.
". Aku dah pun tempah tiket untuk kau esok pagi. Get ready .. kau balik dulu . Kerja aku belum selesai kat sini. Kebetulan ada klien nak jumpa aku lusa. Aku tak boleh balik lagi sekarang ni"
" Hah!! Saya balik sorang ke? Kalau di culik macamana tuan? " Sebenarnya Zety suka ditemani Huzair Qorni, sekurang-kurangnya jadi perhatian wartawan sekejap, tumpang glamour .
" Tak ada siapa nak culik kau lah....bukan kaya pun"
" Hish....muluttt....." Meluat sungguh Ereena dengan kata-kata Huzair Qorni itu. Tersentuh juga hatinya bila Huzair Qorni menyebut tentang darjat, manakan tidak ...dia juga bukan kaya pun. Dia sedar diri .
"Esok...8.00 pagi siap cepat ...aku hantar ke airport. Lepas tu kau urus sendiri untuk balik ke Malaysia, dah tua pun tak pandai urus diri sendiri"
" Kejam la tuan Huzair kalau macam tu....saya takut la.. Dah la awal benar. Kalau malam ok la sikit. Tak sempat nak berlama-lama dengan Ereena. Dia kan ada kelas pagi tu. Mahunya penerbangan delay. ..melangut saya sorang-sorang kat situ."
" Nasib kau lah, kalut nak balik cepat sangat kan? Aku hantar kau awal la....."
" Ya..lah...ya lah....malam ni tak tidur lah Kita ...kita borak-borak sampai pagi....
" Mana boleh....esok kau kan dah mula kuliah kan? Kita rehat awal. Nanti nanti kalau ada sponser lagi aku datang la..." Sambil menjeling Huzair Qorni di sebelah Zety sambil menayangkan giginya yang putih bersih itu.
" Huh ...cari sponser lain. Kalau dengan aku.. tak boleh balik cepat-cepat"
" Maksudnya ada peluang nak datang lagi ke sini lah kan?"
" Bergantung dengan layanan kawan kau dekat aku. Kalau bagus setiap bulan aku hantar kau ke sini. Nak ke? "
" Boleh..boleh...errr....tapi layanan macam mana tu tuan?" Ereena mencubit kecil tepi paha Zety.
"Aduh!! sakit la...aku tanya ja...kalau kau rindu aku , buat lah baik-baik dengan dia" Zety separuh membisik, yang pasti telinga Huzair Qorni menangkap ayat itu. Tersenyum dia.
" Dah lah cepat makan. Balik rehat, esok dah nak balik, jangan lupa aku kat sini. Hujung bulan ni pastikan kau datang sini tau"
" Ouh ...itu bergantung pada kau ...baik layangan kau baik lah pulangannya. Kau jangan sombong-sombong lagi dengan dia...ingat tu"
Zety bercakap seperti berbisik supaya Huzair Qorni tidak mendengar pesanannya .
" Sedapkan makanan kat sini...tapi tak rasa pulak ada dekat luar negara. Dah la esok nak balik dah. Tuan Huzair ....bawa kami jalan-jalan tengok lampu boleh Tak? Tak seronok pula dah nak balik, kalau aku tak kerja kan best , boleh teman kau kat sini."
" Loh....tadi sibuk minta aku tanyakan bila nak balik, sekarang ni terbaik pula....Esok kau letih macamana? Nak tengok lampu pulak..dah lewat malam dah ni tahu tak?...." Tak faham Ereena dengan sikap Zaty...apa sebenarnya dalam fikiran Zety ni....nak berlama-lama dengan tuan Huzair ke?
Huzair Qorni tahu, Zaty mahu dia pulang bersama dengan dia. Takut yang disebutkan cuma alasan. Dia tahu Zety dah beberapa Kali ambil kesempatan merenungnya. Dia pun tak nak Zety berlama-lama kat sini kerana masanya berdua dengan Ereena sering terganggu. Malam ni dia akan membawa dua-dua wanita melihat suasana malam di kota London.
..................
Huzair Qorni melabuhkan tubuhnya di atas katil Hotel Lima bintang itu. Sambil memandang lampu neon berkelipan di setiap genap bagunan pencakar langit kota London itu, fikirannya melayang ke suasana petang tadi. Dia terasa seperti mimpi bila Ereena setuju keluar makan dengannya. Walaupun ditemani Zety, dia rasa sangat bahagia sekali. Dia sedikit hairan kenapa Ereena tidak langsung ada tanda teruja bila bertemu dengannya. Tidak terpikatkah Ereena dengannya? Sedangkan perempuan perempuan di luar sana ramai yang sedang cuba mendekati dirinya. Tidak punya hati seorang Ereena ni? Apa lagi yang perlu dia buat supaya hati seorang Ereena bergetar teruja dan menerima cintanya dengan hati yang terbuka.
Di sudut lain....Seorang Ereena mati-mati menahan dirinya dari mendekati seorang lelaki. Tidak kira Tengku Hadri atau Huzair Qorni, dia tahu kedua-dua lelaki itu mahu merebut hatinya. Dia terpaksa buat tidak faham dan tidak tahu apa-apa....dia rasa hatinya seperti batu, tidak langsung ada perasaan selesa di dekati. Mungkin....kisah hidup Zalika mengajarnya untuk tidak mengejar laki-laki sehinggalah jodoh itu sampai. Sungguh ...Ereena tidak percaya kecantikan yang Zalika punya digunakan untuk menggoda laki-laki di luar sana. Sedangkan laki -laki yang dicintainya langsung melarikan diri.
Ereena sangat menjaga batas dalam pergaulan. Sebelum ini dia hidup sebagai janda anak satu, bermacam peel lelaki dia temui. Sungguh dia tidak terfikir langsung akan temui lelaki yang memiliki cinta sejati. Huzair Qorni memang cukup pakej dari segi luaran tetapi sifat dalamannya...emm...tak ada yang Ereena suka. Kebaikan yang diberi semua mahukan balasan. Macam yang dia buat sekarang ni...konon-konon nak mengambil berat , tetapi Ereena tahu tujuan Huzair Qorni yang sebenar...ya untuk memikatnya. Dia benci....dengan lelaki seperti ini. Lelaki yang sentiasa mendesak wanita.
Bagi Huzair Qorni pula, apa yang dia buat adalah atas rasa tanggungjawab untuk orang yang dicintai. Dia akan melakukan apa sahaja untuk Ereena. Dia tak akan undur diri dan akan terus memikat Ereena kerana dia tahu Ereena belum jadi kepunyaan siapa-siapa. Dia yakin itu kerana tiada siapa yang boleh mencairkan hati batu seorang Ereena Sofiya. Huzair Qorni akan gandakan usaha untuk memikat Ereena. Dia akan cuba mencairkan sekeping hati batu Ereena sehinggalah wanita itu menyambut cintanya setulus hati.
......Sambung....
Share this novel