Bab 30 Terpaksa terima

Romance Series 31400

Terpisat-pisat Ereena terjaga sambil memicit kepalanya yang masih sakit. Terkejut....mimpi yang mengerikan sepertinya benar-benar terjadi. Ereena memandang jam di dinding menunjukkan baru pukul tiga pagi. Dia memejamkan semula matanya bila terasa tubuhnya sangat letih. Hampir terlena semula tiba-tiba dia teringatkan kejadian petang tadi . Dia bingkas bangun sambil melihat tubuhnya yang telanjang dibaluti selimut. Dia meraup wajah, baru tersedar dia bukannya bermimpi. Kejadian itu benar-benar terjadi. Dia teringatkan seseorang membisikkan kata sayang...Ereena memekup telinga...siapa? siapa yang melakukan itu padanya. Huzair Qorni kah? atau seseorang yang mengambil kesempatan ke atas dirinya. Jauh di sudut hati dia amat mengharapkan lelaki itu adalah Huzair Qorni kerana lelaki itu satu-satunya yang halal baginya.

Ereena memerhati sekeliling....sunyi. Dia berharap Huzair Qorni ada di situ. Dia takut dengan apa yang berlaku. Dia mahu bertemu Huzair Qorni dan bertanya apa yang terjadi. Dia juga mahu pastikan lelaki itu benar-benar Huzair Qorni, jika bukan bermakna dia telah melakukan zina. Ereena buntu...air matanya bertakung dan empangan itu pecah lagi...

Nombor Huzair Qorni didail untuk sekian kalinya. Tutttt....Hanya bunyi itu yang di terima. Berkali-kali dia mencuba tetapi masih tidak ada jawapan. Ereena mulai resah. Tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang ini.

"Abang....saya perlukan awak!! tolonglah balik ......saya akan layan awak seperti sepatutnya. Bukan macam begini. Saya tahu saya berdosa dengan abang...."

Dia tiba-tiba teringatkan Zety. Sudah lama Zety tidak menghubunginya. Begitu juga dengan dirinya. Mereka seperti terputus hubungan. Ereena rimas bila Zety selalu bertanya tentang Huzair Qorni melebihi keadaan dirinya. Ereena sedih. Dia sudah tiada siapa-siapa lagi untuk mengadu. Dulu...dia rasa dia boleh berdikari . Dia rasa dia boleh hidup sendiri sehingga tawaran Huzair Qorni dia abaikan tetapi sekarang....lelaki ini yang dia perlukan. Lelaki yang halal untuknya . Lelaki yang diamanahkan untuk menjaganya. Dia perlukan lelaki itu sekarang. Tetapi ...ke manakah Huzair Qorni menghilang? Sejak kejadian itu dia belum lagi dapat menghubungi Huzair Qorni.

Ereena segera mendail nombor Zety kerana wanita sahaja itu yang dia boleh harapkan.

"Hello...Zety... aku..." belum habis ayat Ereena , Zety terus memintas.

" Hey ada lagi kau ek? Aku ingat dah hilang dari muka bumi ni. Pukul tiga pagi kau cari aku? Kenapa ? ada masalah ke? Mentang-mentang lah Huzair Qorni ambil berat pasal kau....kau boleh lupakan aku ek?"

"Zety...please...jangan membebel boleh tak? Aku perlukan kau sekarang ni. Aku tak boleh la hidup macam ni. Kau boleh datang sini tak?

"Hey ...kau ingat tempat kau tu boleh langkah macam tu saja ke? Dulu tak apa lah Huzair Qorni yang sponser aku ke sana. Hari ni susah la...dengan nak apply cuti lagi....Fuh!!.kau kenapa Ereena, lain benar suara kau. Kau tak ok ke kat sana? Huzair Qorni mana?

"Aku call dia tak dapat , aku tak tahu nak ngadu pada siapa lagi ...aku tak ada siapa- siapa kat sini....aku dengan Huzair Qorni sebenarnya dah.....''
" Hey .. kau biar betul...jangan buat benda yang tak baik Ereena. Aku tahu kau macamana, kau tak buat kan benda terkutuk tu kan? Kau cakap dengan aku...Huzair Qorni tu paksa kau kan?

"Zety! Kau bertenang dulu boleh tak? Aku akan cerita satu-satu bila kau dah bertenang nanti. Kau nak aku cerita tak? Tarik nafas kau dulu dan hembussss....dengar baik-baik cerita aku ni....."

" Ok..ok...aku ok. Cepat la cerita, aku sedang mendengar sekarang ni...."

Semua yang terjadi , Ereena luahkan pada Zety ,dia sudah buntu tidak tahu apa yang dia perlu buat lagi .

..........

" Boss....Datuk Hambali ada di Singapura , macamana dia boleh minta bos balik sini? Ada sesuatu yang saya tak tahu ke?" Megat Elham rasa curiga. Kenapa tiba-tiba Huzair Qorni di minta pulang.

"Dia nak aku luluskan proposal tentang projek Puncak Hilir sana"

" Kenapa dia tak ada kat sini pun ?"

" Dia wakil anak dia lah tu ...biarlah. Malam ni dia mungkin balik sini. Jangan risau lah."

"Ereena macamana boss? Tak kan bos tinggalkan dia macam tu ja." Megat Elham sebenarnya geram dengan Huzair Qorni. Dulu bukan main punya angau bila tak dapat Ereena, bila dah dapat kahwin tinggal macam tu saja. Betul-betul dia tidak faham dengan bosnya itu.

"Aku dah minta orang awasi pergerakan Sofia tu. Aku tunggu masa ja nak jumpa dia. Aku tak nak libatkan polis. Pergerakan dia agak terbatas sikit. Aku tak benarkan dia jumpa Ereena lagi.

" Bos tak fikir ke apa yang Ereena fikir bila bos tinggalkan dia macam tu saja"

"Aku tahu....tapi aku takut dia marah dan terus membenci aku lepas apa aku buat kat dia. Tapi....bukan Salah aku kan? Aku cuma selamatkan dia ja ...". Merah wajah Huzair bila teringatkan kejadian tu. Bukan salah dia pun bila Ereena yang merengek-rengek.

" Aku akan ke sana lagi minggu depan . Urusan aku dengan sofia belum selesai"

" Bos ...tu Cik Dara sedang menuju ke sini. Cari bos agaknya" Mata mereka tertumpu wanita yang sedang melenggang-lengguk yang sengaja di buat-buat itu. Sesekali tengok macam mak nyah pun ada. Hairan sungguh , di mana pun dia sentiasa mengekori mereka.

"Pedulikan dia " Huzair Qorni cepat-cepat menghabiskan cicipan kopi terakhirnya. Dia mahu segera beredar dari situ.

" Hello bos....dah nak pergi? Nantilah dulu...ada cerita menarik ni!!

" mmm....ada apa?"

"Berserinya you...maklumlah aura pengantin baru kan?". Sudah dapat di teka apa berita yang Dara bawa, memang hebat perempuan ini...berita tersembunyi pun dia dapat hidu. Huzair Qorni tahu kedatangan Dara ada tujuannya.

" Ada apa ? Jangan buang masa aku. Hari ni siapa yang hantar kau datang sini ....dasar penyibuk" Huzair Qorni terus bangun , tidak mahu dia berlama-lama tanpa tujuan. Di pandangnya Dara dengan wajah bosan.

" You....jangan marah I...releks dulu. I bawa satu berita gembira dan satu berita duka untuk you. You mahu yang mana dulu, huh?

" Tak perlu cakap apa-apa ...aku tak mahu dengar apa-apau pun. Go!!! Keras suara Huzair Qorni saat itu. Benci dia melihat Dara yang masih tersenyum tak tahu malu. Dia tahu berita yang bakal Dara sampaikan akan menyakitkan hatinya. Pasti. Dia terus melangkah pergi tidak mahu mendengar sepatah apapun dari mulut Dara.

" Tentang your wife.. Nak dengar tak? Dara tersenyum sungging bila melihat langkah Huzair Qorni terhenti.

" Apa yang kau dah buat pada dia?

" Oppps....nak yang suka ke yang duka?

" Tell me Dara!!! wajah Huzair Qorni merah serta merta kerana marah dan sedikit terkejut ..dadanya berdebar kencang, dia takut sesuatu yang telah terjadi pada Ereena. Baharu sahaja penjaga yang di tugaskan menjaga Ereena menyampaikan berita yang Ereena ke kelas macam biasa.

Mahu saja dia mencekik leher Dara sampai putus nyawa kerana buat dia tertunggu -tunggu dan menjadi risau sedangkan keadaan masih terkawal.

"Sekarang ni dia tak apa-apa pun. Releks la bos, berita baik tu bos...hi..hi.. berita tak baiknya
Winda ada plan dengan you..." Huzair Qorni tidak tahu apa sebenarnya tujuan Dara sampaikan maklumat begitu kepadanya. Banyak maklumat yang Dara kutip tentang dirinya. Sejak dulu segala yang berlaku ke atasnya Dara tahu....mungkin ada seseorang yang mengupahnya, Huzair Qorni pun tidak tahu.

"Apa plan dia hah?? Adakah Ereena pun akan terlibat. Susah betul lah berurusan dengan mereka ni"

" Itu I belum dapat maklumat. Dia buat begitu kerana dia nakkan you la...ouh...lagi satu...you ada musuh lain Huzair Qorni. Nasib you lah...semua masalah berkaitan perempuan yang pernah ada hubungan dengan you. Itulah siapa suruh Hensem sangat, dah tu pandang pompuan bukan sebelah mata ...you beri mereka harapan dan biarkan mereka macam tiada apa-apa....Sekarang ni , orang yang paling you sayang yang akan jadi mangsa "pity her".

"Aku tak tahu pula apa yang mereka harapkan dari aku. Aku tak pernah ada hubungan apa-apa pun dengan mereka tu....susahlah perempuan sekarang ni tak faham bahasa...Huh!!

" Dia tahu you dah kahwin Huzair Qorni. Datuk Hambali juga tahu, dia kecewa sangat dengan you hingga dia sakit . Winda pula dah mmm.....tak apalah...Errr Datuk Hambali nak jumpa you malam ni . Itu yang sebenarnya yang nak I sampaikan. Sorry ....sebab buat you tak tenang. Ok la I gerak dulu yer... bye.

Huzair Qorni teringatkan Ereena. Dia juga mahu tahu tentang Ereena. Sudah lima kali dia mendail nombor Ereena tapi tidak di angkat. Dia teringatkan Suzy ...rakan bilik Ereena dan dia terus mendail nombor wanita itu.

" Hello Suzy....Its me? "

" I know! Well....you nak bersama Ereena lagi kan? Tak perlu beritahu I lah, buang masa la Encik Huzair Qorni ...Ereena memang tak tinggal dengan saya dah, seharian tak baik. Lantaklah dia nak tinggal kat mana pun.

" Hey...hey...Suzy...dengar sini. I nak you tolong jawab soalan I. Ereena pergi kelas tak hari ni .

" Aik...you tak hantar dia ke hari ni?

" Suzy..Suzy.. I dah balik Malaysia. Sekarang ni you dengar baik-baik . You jawab soalan I Suzy....Ereena dalam bahaya you faham tak?

"ouh...So far hari ni rasa macam tak nampak dia pun. Kenapa dengan dia?

" Dalam kelas ada tak? tak kan tak tahu pula kan?

"Hari ni kelas kami tak sama. So ...kami tak jumpa pun. I got to go now. Bye." Malas nak ambik tahu Hal mereka , tak dapat untung.

Sebenarnya ada saja Ereena di kolej pagi tadi. Dia nampak jelas kemurungan Ereena di cafe tadi. Malas dia mahu bertegur sapa dengan Ereena. Cemburunya pada Ereena kerana berhubungan dengan Huzair Qorni belum reda. Biarlah wanita itu...dia pun bukan baik sangat dengan Ereena. Entah mengapa Huzair Qorni selalu tanyakan dia tentang Ereena, naik menyampah pula. Ingatkan Huzair Qorni nak ajak dia keluar makan atau makan tapi hampas pun tak ada.

" O..ok...Huzair Qorni semakin resah dengan jawapan Suzy. Ada penjaga pun macam tak ada, hanya satu difikirannya...dia perlu menghantar Zety untuk menemani Ereena di sana.

"Hello Zety....kau siap sekarang aku nak hantar kau bertugas sambil bercuti"

" Hah ? Yahoo...bercuti lagi .....dapat jumpa Ereena kan? Terima kasih Tuan Huzair Qorni. Bila tarikh bertolaknya tuan ?

" Bukan bercuti saja, ada tugasan untuk you. Setuju tak?

" Tugas apa tuan Huzair?

"Aku nak kau pujuk dia balik Malaysia. Buatlah apapun asalkan dia mahu balik ke sini. Aku akan bayar upah kau. Setuju?

"Kerja saya macamana?"

"Aku dah uruskan. Pukul 8 Megat Elham akan jemput kau"

" Hah....malam ni? Ala...tuan banyak lagi barang tak siap tuan. Tunda esok boleh?

" Kalau tak nak aku batalkan saja tiket tu. Nanti aku bagi orang lain"

" Eh.. boss....janganlah ....ok..ok... jadi. saya siap sekarang juga. Tapi kerja saya macamana?

"Aku dah uruskan. Pukul 8 Megat Elham akan jemput kau ke airport.Jangan lewat!!"

.......Sambung......

Maaf kerana ada pembaca tertunggu-tunggu novel BM ni . eFZet betul-betul kesuntukan masa. Kalau nampak komen membina eFzet rasa nak curi masa nak tulis lagi dan tulis lagi. Tolong komen ye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience