Huzair Qorni gelisah . Ereena tidak mengangkat telefon langsung. Sudah lenguh tangannya menekan butang call itu. Sejak tadi fikirannya runsing lagi ..Zety belum lagi sampai untuk berinya khabar tentang Ereena . Terlalu sangat memikirkan Ereena dia tidak fokus pada kerja. Huzair Qorni bimbang Ereena akan menjauh kerana kejadian tempoh hari, walaupun yang bersalah itu bukan dia. Dia pun rasa terkilan kerana meninggalkan Ereena pada malam itu kerana tugasnya.
Pada waktu yang sama, Ereena juga gelisah memikirkan kenapa Huzair Qorni tidak menghubunginya langsung. Sebelum bergelar isteri setiap hari telefonnya tidak sunyi dari mesej-mesej dari Huzair Qorni. Tetapi sejak kejadian hari itu, dia tidak lagi menerima panggilan dari lelaki itu. Ini membuat dia ragu siapa lelaki yang telah bersamanya ketika itu. Sungguh dia tidak tahu langsung ... hanya suara memanggilnya sayang dan mohon maaf tergiang di telinganya sekarang ini. Mungkin juga lelaki itu adalah Huzair Qorni sebab kejadian tu berlaku di penthouse yang Huzair sediakan untuknya selepas mereka nikah. Ereena hanya mahu ketenangan jika sahih lelaki itu suaminya. Jika sebaliknya , dia terpaksa pergi meninggalkan Huzair Qorni dan menguburkan impiannya.
Ereena merasa tidak lelah untuk mendail lagi nombor Huzair Qorni. Mulutnya sekali sekala menyumpah lelaki itu kerana tidak datang langsung berjumpa dengannya.
Setiap hari , dia akan mendail dengan harapan Huzair Qorni menyambut panggilannya tapi hampa. Keadaan yang sama juga dia terima walaupun sudah seminggu dia mencari lelaki itu. Tiba-tiba bunyi mesej , ada sebuah video dihantar kepadanya dari nombor yang tidak dikenali. Ereena terus membuka mesej video itu, dia mengharapkan mesej itu dari Huzair Qorni tetapi tidak. Video itu telah membuat tubuhnya terus melorot dan dadanya ketat.
Terlihat dengan jelas dirinya sendiri yang sedang merayu-rayu beberapa orang lelaki kulit putih dalam video itu , keadaan seperti Gersang sangat ...sungguh memalukan. Tiada langsung susuk tubuh Huzair Qorni pun di situ. Adakah....? Oh ..tidak.... Ereena memejam mata, semakin di lihat video itu semakin gementar dirinya...dadanya merasa semakin ketat, airmata merembes keluar tanpa berhenti. Dia terus meraung...Dia takut....amat takut...jika lelaki lain yang mengambil kesempatan pada dirinya.
" Tit..tit...mesej masuk lagi. " Kau perempuan kotor, suami kau jijik dan tinggalkan kau. Jangan rasa serba salah untuk pergi...." Tubuh Ereena terasa lagi melemah. Dia malu pada dirinya sendiri. Terasa kotor dan hina. Baru dia terfikir kenapa Huzair Qorni meninggalkannya pada malam itu dan tidak menghubunginya langsung. Mungkin Huzair Qorni jijik ....Ereena bangun dan mahu pergi. Meninggalkan segalanya yang ada di sini. Dia mahu pulang ke Malaysia. Dia tidak mahu menetap di sini lagi. Harapannya musnah. Cita-citanya sudah hilang. Dia mahu tenang. Dia mula merindui Daiyan. Sedang dia berfikir-fikir itu mahu pergi , pintu di ketuk...
" Zety!!! Tubuh Zety di peluk seperti tidak mahu di lepaskan. Dia terus sambung meraung sebaik sahaja nampak batang tubuh Zety dihadapannya dengan keadaan masih terpinga-pinga...
" Hey...Ereena ...kenapa dengan kau ni....teruk benar..patut Huzair Qorni hantar aku ke sini teman kau "
" Dia hantar kau kenapa? Dia jijik dengan aku kan? Dia dah tak nak jumpa aku....hu...hu....Aku mahu Daiyan "
" Apahal jijik-jijik pula ni...ingat tahi ke? Dah kenapa kau ni pelik sangat hah? Tak faham aku, cuba kau cerita betul-betul...supaya aku faham" Tinggi sedikit suara Zety, kejutan apa yang Ereena buat ini.
"Aku malu diri aku, aku malu pada Huzair Qorni, aku malu pada kau...aku bukan isteri yang baik, aku tak jaga kehormatan aku, aku...aku..." Ereena tidak berhenti luahkan perasaannya. Penat... sehinggalah Zety menghentikannya .
" Ereena!! Hey ..Hey....sedar!! sedar!! ni aku , Zety ...aku baru saja sampai....sabar!! Sabar!!. kau dengar tak apa aku cakap...biar aku cakap dulu.....benda kau cakap tu belum sure lagi kan? Huzair Qorni tak cakap apa-apa yang pelik pun tentang kau...jangan nak meroyan sangat... tentang hal ni...ni kisah rumahtangga kau orang.... baik kau dengar dulu apa yang dia nak cakap nanti"
"Mana dia? Dia tak datang dengan kau kan? Macamana aku nak dengar dia cakap dulu? Aku yang silap...aku tak layan dia sebagai suami tapi aku dah serahkan diri aku pada orang lain...tapi aku tak tahu siapa orang tu , aku tak sedar"
" Apa yang kau merepek ni? Kau cakap kau tak tahu siapa kan...kau pun ada sebut Huzair Qorni kan? Aku rasa kau perlu jumpa dia dulu..."
"Cuba kau tengok video ni...tak nampak pun Huzair Qorni masa aku masuk dalam kereta tu. Aku takut ...ada orang hantar mesej ni pada aku...." Ereena tunjuk mesej yang dihantar itu.
"Huzair Qorni ok ja....Dia risaukan kau tahu tak? Sebab tu dia hantar aku ke sini untuk tengok-tengok kan kau kat sini. Mungkin dia tahu kau sedang meroyan...kenapa dengan Telefon kau? Dia call tak dapat-dapat. Yang kau pun satu benda macam ni buat diam....kenapa tak call dia? Dia tunggu kau call siang malam tahu tak?"
" Dia call aku??? Tipu...aku call dia sampai sakit jari aku ni ...tak dapat-dapat , entah -entah dia dah block aku ..."
" Dia yang uruskan semua untuk aku ke sini. Dia risau bila kau tak angkat call dia. Dia cakap kau sekarang ni perlukan penjaga sebab kau isteri dia , tanggungjawab dia sekarang ni. Aku akan jadi penjaga kau sekarang ni.....ha .ha...Mai sini kau...aku nak mandikan kau...
" Ish...kau ni. Aku ni bukan baby la... Sapa cakap aku perlukan penjaga. Sekarang ni aku perlukan dia.....aku perlu berdepan dengan dia. Kenapa dia tak datang sini, call aku pun dia tak angkat."
" Kan dia cakap kau tak angkat call dia .Sekarang ni dia makin sibuk dengan projek Datuk Hambali tu. Tak tahu apa lagi yang tak lengkap. Aku tahu dia akan datang juga jenguk kau kat sini. Dah jadi Isteri dia kan? Tunggu la dia datang"
"Aku ...aku tak tahu nak cakap apa pada kau. Aku bersalah pada dia....aku malu..... "
"Dah..dah...bertenang ..."
.............
Huzair Qorni telah selesai menandatangi dokumen yang di perlukan untuk meluluskan suatu projek mega Puncak Hilir di antara dia, Datuk Hambali yang di wakili oleh anaknya Winda dan Datuk Sri Dzulkarnain.
" Kami akan bawa Datuk Sri makan di restoran utama kami. Datuk boleh Cuba berbagai makanan di Jula Juli....silakan Datuk Sri" Cik Qadeeja menjemput sebagai tanda terima Kasih kerana menjalinkan hubungan kerjasama dengan HQ holding berkaitan pengeluaran produk baru besar-besaran jenama D-HQ. Huzair Qorni melihat sekilas jam di tangan. Resah...tidak sabar nak terbang jumpa isteri.
Huzair Qorni beriringan dengan Winda menemani Datuk Sri Dzulkarnain ke restoran Jula Juli. "
Nanti you jangan balik Iagi, I ada sesuatu nak beritahu You selepas Datuk Sri balik nanti . " Winda berbisik.
" I perlu bergerak segera lepas Datuk Sri balik nanti, lain kali you beritahu I"
" I tak benarkan you pergi....
" terserah...tapi I terpaksa pergi dengan segera. Sorry."
Selepas mereka selesai makan , Datuk Sri Dzulkarnain minta diri dan beransur pergi. Huzair Qorni pula cepat-cepat mengatur langkah untuk ke lapangan terbang . Tidak sabar untuk bertemu Ereena. Kalau Ereena marah dia akan pujuk sehingga Ereena memaafkannya.
" Nanti...you tak boleh pergi macam tu saja Huzair Qorni." Winda cepat-cepat menghalang .
"Kenapa? Bukan I dah cakap ke..I akan pergi sebaik sahaja Datuk Sri pergi...ada apa lagi ni Winda?
" You tak berasa rugi ke mengabaikan I?
" Rugi? kenapa? Apa maksud you? "
" I anak Datuk Hambali lah...belum ada orang tolak tau."
". So...I dah tolak ..I harap you
faham" Huzair Qorni berterus
terang . Harapannya Ereena tidak membuang masanya.
"You dah lupa yang you pernah janji dengan papa I you akan jaga I?
" Bila ? Tak pernah pun I cakap dengan dia about you Winda, sumpah. " Huzair Qorni mengangkat kedua -dua belah tangan menunjukkan dia yakin dengan jawapan itu .
" You akan menyesal Huzair Qorni!! Winda terlalu marah. Hatinya sakit . Tidak sabar mahu berjumpa papanya . Dia perlu tahu benarkah papanya yang selalu memberinya harapan tentang Huzair Qorni. Nombor seseorang di dail.
.......Sambung .....
Share this novel