Bab 36 Lelaki rebutan

Romance Series 31400

" Macamana perempuan tu boleh terlepas? Hilang terus? Bodoh!!" Amukan Winda benar-benar gila. Bagai orang tidak waras bila mendapat berita Ereena terlepas dri kurungan. Cadangnya mahu menghantar Ereena ke pendalaman supaya Huzair Qorni tak dapat menghidunya lagi.

"Papa!! Papa!! Apa perlu I buat papa. Perempuan itu dah terlepas. I tak sempat hantar dia ke tempat tu. Dia orang ni semua bodoh la papa. Entah-entah Huzair Qorni dah jumpa perempuan tu!!"

" Biarkan. Nanti perlahan -lahan kita tahu. Biar keadaan reda dulu. Hadap saja Huzair Qorni tu macam biasa . You jangan macam-macam Winda , belajar kawal kemarahan you . Jangan biarkan dia syak kita terlibat dengan kehilangan Ereena.

" Ok, papa!

.........

Huzair Qorni mencicip kopi putih kegemarannya di Cafe Ns. Hilang rasa ngantuknya. Bayangan Ereena sentiasa melintas di fikirannya. Betul-betul macam mimpi bila Ereena dapat pulang dengan Selamat. Kalau nak ikut rindunya pada Ereena ,mahu saja dia terus berjumpa dengan wanita itu tetapi dia tidak tahu penerimaan Ereena nanti, masih marah ataupun rindu. Dia sendiri yang mengajak Megat Elham berhenti di sini untuk mengambil nafas. Risau juga kalau-kalau putus pula nafasnya kalau Ereena terus naik angin bila nampak wajahnya nanti.

"Macamana aku tak sedar yang handfon aku kena hack...tu pun nasib baik aku terlintas nak check dengan Edy hari tu. Kalau tak.. sampai ke sudahnya aku tak tahu. Dia orang buat kerja macamana hah...."

"Mesti Ereena tu marah sangat sebab disangka kau tak contact dia, kalau aku pun marah, habis madu sepah dibuang"

" Cuih...madu? Mana madu kau? Madu bini kau ada lah....cubalah kalau nak rasa benjol kepala"

" Kalau bini aku ok lagi, jangan Cik Ereena sudah, kalau marah....aku pun takut bos....Nasib kau lah bos....dia tak sama kan dengan perempuan lain?

" Memang la tak sama. Kalau tidak tak la aku jatuh cinta walaupun dia dah ada anak masa tu. Sampai aku tuduh dia bela saka. Dulu tu aku tak rasa macam ni, aku tak tahu pun dia kategori orang cantik-cantik juga...apa yang ada pada dia dulu tu aku nampak semua buruk tapi sekarang ni dah lain. Aku jadi marah pula kalau orang lain pandang dia termasuk kau lah!!"

" Tu dia bos....tak kan dengan aku pun nak jeles ...biar betul? Baru sekarang ni dia cantik ka bos? Zalika lagi cantik kot bos?

"Haih....jauh beza....jauh sangat. Ereena ni lain dari yang lain. Dia sangat istimewa dalam hati aku."

" Huih!.baru nak mengaku ek? Dulu bukan main tak nak ngaku. Kahwin pun buat paksa-paksa. Rupanya cinta bertepuk sebelah tangan.

" Hah...yang tu kau salah.... aku tak bertepuk sebelah tangan...kau bukan tahu yang Ereena tak boleh hidup tanpa aku. Aku tahu dia suka bila kahwin dengan aku tapi dia saja tak nak mengaku..."

" Yakin sangat kau ni bos ...

......

"Aku mahu keluar dari sini. Selagi aku tak pergi jiwa aku tak tenteram. Aku ...aku...tak boleh hidup dengan dia Zety. Aku tak mahu dibebani masalah. Sepanjang aku kenal dia macam-macam yang aku alami. Dari Zalika, Sufi, Sofia , Winda Dan kau juga Zety. Aku tak larat la nak hadap semua ni . Aku dah tak kuat sekarang ni , dahan untuk aku berpaut semuanya dah tak ada....

"Aik ....aku pun ada dalam senarai tu?

" Ya lah....kau pun pernah ada hati dengan Huzair Qorni kan?

"Ish...kau ni...aku gurau ja dengan kau. Tak kan itu pun nak kisah. Aku sedar diri la Ereena...."

" Aku sebenarnya tak gemar sangat nak rebut lelaki yang ramai orang suka ...tapi ...tu lah jadi suami aku dah pun, nak buat macam mana kan..."

" Eh...kau tak suka ek? Tak bersyukur langsung ...kau nak macam mana lagi?"

" Aku dah terima sebenarnya jodoh aku tu ...tapi bila aku teringat video yang di hantar tu...aku jadi tawar hati pula...menyesal pun ada sebab hidup aku tak tenteram la lepas tu.."

" Kau kena sedar satu perkara Ereena. Suami kau tu jadi rebutan. Cuba kau pertahankan selagi dia mahukan kau. ".

" So...aku boleh lah undur diri sebab ramai yang dok tunggu dia kan? Penculikan aku hari tu pun , aku rasa sebab aku dekat dengan Huzair Qorni juga..kau perasan tak?

" Kau jangan tipu diri sendiri Ereena. Tengok mata engkau pun aku dah tahu hati kau. Kau memang cintakan dia kan?"

"Betullah tu....aku memang cintakan dia. Tapi cinta aku tak kan ke mana jika ramai yang cuba dekati dia. Aku tak suka lelaki yang jadi rebutan. Aku tak mampu menghadapinya. Kau faham kan?"

"Aku tahu kau dari dulu cuba elak dari jatuh cinta kan? Nak buat macamana cinta bukan boleh di paksa. Dia boleh datang dan dia boleh pergi sesuka hati kecuali cinta sejati. Sejati ke cinta kau pada Huzair Qorni tu?'

"Aku rasa tak berapa sejati kot sebab kahwin paksa ...lagi pun ...ahh....lupakanlah....dah ...sekarang ni aku nak pergi jauh dari lelaki yang suka mengatur hidup aku tanpa bertanya dulu."

"Kau sedar tak yang kau sebatang kara. Kau nak pergi mana sebenarnya ? Kau kena ingat Huzair Qorni tu suami kau. Berdosa kau tinggalkan dia. Dia dah pun selamatkan kau. Tak ada perasaan la kau ni. Orang lain terkejar-kejar suami kau, kau pula nak tinggalkan dia. Tak perlu buat macam tu la ..kalau kau dah tak suka , minta berpisah baik-baik. Kalau kau lari pun kau tak boleh ke mana- mana kerana kau masih terikat dengan dia"

" Ok..ok...aku tunggu dia datang. Aku akan cakap sendiri, aku harap dia faham perasaan aku."

" Hah...gitu. Selesaikan cara baik kan elok. Hah tu...dah sampai kot....kau jangan macam-macam Ereena. Cakap elok-elok , kau bagi peluang dia cakap dulu. Jangan marah-marah yer...aku chow dulu." Zety cepat -cepat pergi bila terdengar bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah , mungkin Huzair Qorni sudah berpesan untuk berbuat begitu.

Ereena masih di sofa ruang tamu. Wajahnya sedikit memuncung geram. Ya ..dia geram kerana Huzair Qorni membuat pengajiannya tertangguh. Lagi-lagi sakit hatinya bila teringatkan adengan itu....ish...tak nak ingat...tak nak ingat.....

"Assalamualaikum.....sayang. Marah abang? " Huzair Qorni dengan jantung berdebar mendekati Ereena yang berwajah cuka. Liur di telan kesat. Takut juga kalau-kalau Ereena menyerangnya.

Mulutnya dikunci rapat-rapat. Rasanya dia tiada mood untuk berbual dengan lelaki itu. Dalam hatinya cuma ada rasa benci. Benci kerana lelaki itu tidak tulus.

" Huzair Qorni duduk rapat di sebelah Ereena. Mahu saja dia memeluk wanita itu ..rindu sangat. Mahu tapi takut ..apatah lagi rupa heroin di sebelah macam singa...kecut benar.

"Sayang, maaf sebab tinggalkan sayang malam tu. Abang takut sayang fikir abang ambik kesempatan. Jangan bencikan abang...abang cuma jalankan tanggungjawab untuk kenyangkan isteri...abang mmm....." Sebelum sempat menghabiskan ayat itu mulutnya telah ditekup oleh tangan mulus Ereena.

" mmm...mmmm..." Dia tidak terus berbicara sebaliknya tangan Ereena terus di gigit manja. Di tariknya Ereena naik di ribanya. Ereena sedikit tersentak lalu reflek terus berdiri dan melangkah untuk pergi. Huzair Qorni sudah melampau katanya dalam hati

"Kenapa tuan buat saya macam ni?

" Buat macam mana tu? Abang tak faham.

"Hentikan study saya tanpa berbincang dulu dengan saya....kejam. "

" Sayang tak Selamat kat sana. Abang risau...nanti ada rezeki abang akan cari tempat sesuai untuk sayang Sambung study.....Sekarang ni tak perlu fikir tentang itu... sayang cuma fikir untuk jadi Isteri betul abang ya"

"Isteri betul? Kenapa? Sekarang ni isteri tak betul ke? Oh ...boleh saya tahu tuan orang yang malam tu kan?" Detak jantung Ereena tidak tentu arah...takut bukan Huzair Qorni punya angkara, habislah dia.... Kalau betul la Huzair Qorni orangnya , Ereena boleh tarik nafas lega.

"Malam tu ? Apa maksud sayang? "

"Deng!! Kan dah agak . Bukan dia.?" Pucat wajah Ereena ....tak tahu apa mahu cakap lagi....air matanya merembes laju...."

" Errr....kenapa Sayang? Masa tu abang kalah, abang tak dapat menahan yang satu itu sebab sayang betul-betul mahu kan abang.. ..lagipun sayang dah halal untuk Abang kan?"

" Hah!! betul lah abang yang buat. Dah...dah....tak nak cakap tentang tu lagi ..saya cuma mahu kepastian. Terima Kasih .....lagi laju air matanya jatuh. Syukur Alhamdulillah.....

....Sambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience