Bab 11 Tidak percaya

Romance Series 31400

Zalika pergi bekerja seperti biasa walaupun Daiyan masih lagi di rawat di hospital. Semalam dia terpaksa bermalam di hospital kerana dia membuat temujanji dengan Dr Khudri , doktor yang membuat ujian DNA ke atas Daiyan. Dia tahu ujian itu akan mengesahkan anak itu bukan anak Huzair Qorni. Apa boleh buat , dia terpaksa bekerja keras supaya doktor yang bermata galak itu memberi kerjasama dengannya. Dia tidak risau kerana dia ada kelebihan memukau siapa yang memandangnya. Dari Universiti lagi, bila di petiknya jari ,tidak kira mereka itu suami orang ke.. tunang orang ke atau kekasih orang akan datang memujuk rayu untuk bersama dengannya. Zalika hairan kenapa Huzair Qorni seorang sahaja yang tidak terpukau dengan kelebihannya itu walaupun dia mencuba berbagai cara untuk memikat lelaki itu.

Teringat cerita semalam....dari makan malam hinggalah ke tempat tidur, layanan paling istimewa yang dia berikan kepada Dr Khudri mungkin mendatangkan hasil. Esok keputusan ujian DNA akan mengejutkan Huzair Qorni . Padan muka lelaki itu, yakin benar Daiyan bukan anaknya.

Zalika masuk ke pejabat bersahaja, Senyumannya selalu di tunggu oleh buaya-buaya pejabatnya. Dia melayan semua orang dengan senyumannya. Ada yang terus cair bila Zalika menegur mereka termasuklah Hairi .

."Hai...Cik Zalika, Selamat pagi. makan di mana kita hari ini ?

" Selamat pagi Hairi...Ouh ..hari ini sudah penuh, dah sudah ada orang booking. Sorry tau." Zalika sentiasa melemparkan senyumnya. Helmi hanya mencuba nasib hari ini. Semua orang tahu Zalika akan melayan sahaja semua orang yang menegurnya sebab itu ramai sahaja staff sentiasa menunggunya datang. Bagi staff perempuan pula, kutukan selalu ada untuknya. Ramai yang tidak puas hati sebab Zalika suka melayan semua lelaki tanpa segan silu.

Helmi ...seorang pekerja disitu ,dalam diam -diam menaruh hati pada Zalika. Manakan tidak, Zalika sangat cantik bukan di matanya sahaja tetapi di mata semua orang. Helmi punya rasa ingin mendapatkan Zalika dengan caranya sendiri.

Helmi seorang eksekutif pemasaran Syarikat itu. Sudah punya isteri tetapi masih berusaha mahu dapatkan Zalika untung-untung dapat berkahwin dua. Isterinya pula sekarang ni selalu sakit-sakit , naik bosan pula bila hajatnya selalu tidak kesampaian. Dia lelaki biasa yang selalu tidak sabar menanti malam.

Zalika tidak boleh jatuh cinta pada orang lain. Dia mahukan Huzair Qorni. Nampaknya sebelah tangannya sudah dapat mencapai impian itu , cuma menunggu sebelah lagi sahaja untuk memiliki lelaki itu. Cinta pertamanya adalah Huzair Qorni tetapi dia tersilap langkah bila mengandungkan anak orang lain. Dia ingat lelaki itu lebih baik dari Huzair Qorni, tetapi tidak. Dia hampir jatuh cinta kepada lelaki itu dan mahu lupakan Huzair Qorni tetapi lelaki itu mengambil kesempatan menghisap madunya. Dia berasa menyesal kerana madunya hilang dan kembali mengejar Huzair Qorni yang juga tidak mahu bertanggungjawab selepas mengerjakan walaupun tanpa sedar. Akibat sakit hati itulah , membuatkan dia mahu dapatkan lelaki itu walau dalam apa keadaan sekali pun.

Ereena....ya..perempuan itu perlu dia jauhkan dari Huzair Qorni. Perempuan itu telah menarik perhatian Huzair Qorni. Dia tahu itu. Tatapan mata Huzair Qorni pada Ereena sangat berbeza sepertinya ada sinar cinta. Dia takut sangat Ereena juga ada perasaan yang sama dengan Huzair Qorni. Zalika benar-benar cemburu.


Zalika merancang langkah pertama dengan menjauhkan Daiyan dengan Ereena. Itupun tidak berjaya. Bibik Suchi pandai-pandai menghubungi Ereena bercerita tentang Daiyan yang sakit. Sakit betul hatinya bila perempuan itu betul-betul ambil berat tentang Daiyan. Bila di fikirkan memang patut Ereena bertindak begitu kerana salah dirinya sendiri mengabaikan Daiyan. Zalika bernekad dalam hati dia perlu mengeratkan hubungannya dengan Daiyan supaya dapat menghilangkan rasa rindu dan Kasih Daiyan pada Ereena.

Datin Rose selalu menghubungi Zalika , berpesan pada anak itu supaya tidak mementingkan kerja. Perhatian pada Daiyan jangan di abaikan . Datin Saroja pula melihat kehidupan Zalika dari jauh. Dia lebih mengambil berat pada Ereena yang di pisahkan dari Daiyan. Dia simpati pada Ereena yang tidak langsung di beri muka oleh Zalika sedangkan mereka boleh berbaik sahaja untuk kebaikan Daiyan. Datin Saroja tidak langsung di hiraukan sedangkan Datin Saroja banyak membantu Zalika menghadapi kehidupan seperti sekarang ni selepas dia di buang oleh keluarga Huzair Qorni. Dia semakin melupakan jasa Datin Saroja yang membantu kehidupannya . Zalika berubah total selepas tamat belajar . Terasa juga di hati kecil Datin Saroja dengan perubahan drastik Zalika yang dianggapnya seperti anak sendiri.

Datin Saroja mengharapkan Tengku Hadry anak tunggalnya untuk memikat Ereena. Ereena ni serba boleh dan sesuai untuk dijadikan isteri. Sudah lama Datin Saroja menyimpan hasrat untuk bermenantukan Ereena. Tetapi jenisnya Ereena dia tidak suka di perhatikan. Dia terlalu merendah diri . Nenek Ereena juga wanita yang sangat baik seperti juga ibu dan ayahnya yang meninggal dalam kemalangan yang meragut nyawa keduanya. Sekarang ni Ereena tiada siapa-siapa lagi. Datin Saroja menawarkan bantuan tetapi Ereena tidak menerima kerana dia tidak mahu berhutang budi. Apa yang dia perlukan dia akan bekerja bukan duduk sahaja untuk mendapatkan upah.

..........

Huzair Qorni merenung beberapa helai rambut Daiyan yang berada dalam plastik di tangannya. Dia mengambil beberapa helai rambut Daiyan yang ada di atas katil tanpa sesiapa sedari . Sengaja dia buat begitu semasa memeluk Daiyan tempoh hari. Dia ada agendanya sendiri, dia memanggil Che Qadeeja di minta masuk ke biliknya .

" Saya nak awak hantar ke makmal untuk buat ujian DNA untuk Daiyan dan pastikan tiada seorang pun yang tahu tentang ni" Pesanan Huzair ada sebabnya. Dia tidak percayakan Zalika yang licik. Zalika boleh buat apa sahaja untuk mencapai hajatnya.

" Baik boss, jangan risau saya tahu apa yang perlu saya buat Boss. Saya pergi sekarang boss "

Huzair Qorni memang tidak percayakan Zalika. Dia berasa was-was bila Zalika serius bertanyakan tarikh ujian DNA yang dibuat di hospital yang merawat Daiyan hari tu. Tidak berhenti di situ dia terdengar Zalika pernah bertanya nama doktor yang incharge ujian itu. Yang lebih memeranjat bila PA keduanya, Ilham menghantar gambar Zalika sedang makan malam dengan doktor itu. Dia tahu Zalika memang mahu mengikatnya, wanita licik itu akan berbuat apa saja. Atas ketidak kepercayaan itu, Huzair Qorni membuat sekali lagi ujian DNA itu tanpa di ketahui oleh orang lain. Dia buat semua ni untuk melihat penipuan Zalika. Dia sedikit pun tidak takut tentang keputusan ujian itu sebab dia memang yakin sangat Daiyan itu bukan anaknya.

Hari yang di nanti Zalika sudah tiba. Keputusan Ujian DNA akan di ketahui. Tidak langsung dia merasa takut untuk mendengar keputusan itu . Huzair Qorni pula berlagak biasa . Dia tidak akan terkejut jika keputusan itu nanti tidak memihak padanya. Dia ada sebab tertentu untuk tidak percaya keputusan itu . Zalika memberitahu mama dan papanya tarikh keputusan itu keluar. Dia mahu mereka lihat atau dengar sendiri keputusan itu. Nampak sangat Zalika begitu yakin sekali . Huzair Qorni hanya tersenyum melihat gelagat perempuan yang tidak tahu malu itu. Cantik tetapi otak kosong, sangat Kasihan.

Keputusan ujian DNA sudah ada di tangan Huzair Qorni. Dia terus membuka keputusan itu dan....ternyata DNA Daiyan Eusof Abdullah sepadan dengan Huzair Qorni Datuk Marzuki. Wajah Huzair berubah riak bila membaca laporan yang di tandatangan oleh doktor Khudri itu.

" Ouh! Dr. Khudri? Aku nak jumpa Dr. Khudri ni" Huzair Qorni terus melangkah pergi tanpa berkata apa-apa lagi membiarkan Zalika tertanya-tanya kenapa dia mahu berjumpa Dr. Khudri.

"Abang dah kenapa? Keputusan dah jelas kenapa perlu jumpa doktor Khudri lagi"

"Apa yang jelas?"

" Daiyan anak abang! Kan dah jelas dalam dokumen tu?"

" Kau belum baca mana kau tahu keputusan yang ada di tangan aku ni. Memang aku dah agak kau memang nak perangkap aku. Kau ada hubungan dengan doktor tu kan? "

" Mana ada. Ika tak kenal pun doktor tu pun. Abang jangan buat cerita"

"Aku ada bukti lah... kau jangan nak tunjuk pandai sangat.....aku tahu apa yang kau buat di belakang mama dan papa."

" Huz! Se...rahkan ke...putusan ujian itu ke Papa! " Tiba-tiba terdengar suara papa yang sedikit tersekat dari arah belakang .

Datin Rose sudah takut melihat suaminya sudah tersemput-semput memegang dada. Sudah tiada suara papa yang keluar. Terhenti langkah Huzair Qorni bila melihat papanya yang mahu rebah itu. Dengan gagahnya Datuk Marzuki mengumpul tenaga dan suara supaya si anaknya faham.

." Huz...please....Papa tak minta banyak Huz. Kalau betullah keputusan tu, Kahwinlah dengan Zalika. Papa tak sanggup lagi melihat dia menderita . Huz bimbinglah dia kembali ke pangkal jalan."

" Huh! kenapa nak bimbing Ika kepangkal jalan? Teruk sangat ke Ika ni pa. Papa dari dulu tak percayakan Ika. Bukan Ika yang salah pa... Abang yang perlu jalankan tanggungjawabnya" Geram sangat Zalika dengan papanya ...terlalu berlembut dengan Huzair Qorni tetapi menuduh dia sudah sesat jalan pula.

Huzair Qorni terus melangkah lagi...Kali ini suara Datin Rose pula "Huzair!!!..panggil Datin Rose. Papa pengsan ni cepat panggil doktor.

"Huz...tolong mama Huz. Jangan buat papa bertambah sakit. Papa nak sangat Huz kahwin dengan Zalika . Kan dah Sah Daiyan anak Huz. Kenapa nak mengelak, rasa tak puas hati? Terimalah kenyataan tu.

" Mama tak faham ...Huz tahu apa yang Huz buat mama. Tolonglah....Huz tak nak kahwin dengan manusia hipokrit tu. Mama percayakan Huz kan?

" Mama percayakan anak mama ni. Papa pun percaya. Tapi papa nak Huz bimbing Zalika kembali...dia dah sesat jauh tu . Kami sudah tahu kebenarannya . Bibik Bainah dah pun ceritakan segalanya pada papa kejadian malam tu, tetapi Huz dah pun bersama dengan dia, mungkin anak itu anak Huz . Tolonglah Huz...papa sakit tu..dia mungkin dah tak lama . Dia nak lihat anaknya bahagia. Papa dah buat persiapan untuk malam esok, Huz mesti berkahwin dengan Zalika. Kasihan papa Huz.

" Baiklah....kalau macam tu. Huz terima dengan satu syarat. Kalau Zalika terima , Huz akan kahwin dengan dia.

" Syarat apa Huz. Ceritakan papa mama"

" Selepas Huz Kahwin , Huz nak Ereena yang jaga Daiyan di rumah kami. Kalau tak Huz tak akan kahwin dengan Zalika.

........Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience