" You...Papa nak jumpa jam 10." Winda menahan Huzair Qorni di pintu utama bangunan pejabatnya. Terkejut juga bila Winda sudah menunggunya pagi-pagi sebegini.
" Hemmmm...kau tak tahu malu ek? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dengan bapak kau buat di belakang aku? Aku ni sikit lagi je nak meletup...nasib baik aku boleh bersabar sikit lagi. Kalau tidak anak bapak masuk penjara"
" Eh you ...kenapa marah-marah. I tak faham la...."
" Kau tak dapat mesej aku ke? Aku dah tamatkan semua kontrak yang ada kaitan dengan Datuk Hambali. Jangan senang-senang nak pujuk aku balik. Aku akan umumkan dalam mesyuarat akhir nanti" Benci sebenarnya pada wanita di hadapannya itu. Kalau di ikutkan hati mahu saja dia mengheret wanita itu ke penjara dengan segera. Cuma mahu tunggu sedikit bukti sahaja lagi untuk mengheret dia dengan bapak-bapaknya sekali. Selagi dia mampu bersabar dia akan bersabar. Jangan buat Hal lagi sudah.
"You ...papa cakap you kena jumpa dia sekarang!! Semakin tinggi suara Winda.
Meluat dengan Datuk Hambali dengan anak bodohnya ini....banyak cantik.. .dia yang ada kerja dengan kita nak minta kita pergi mengadap dia pula....macam lah orang tak tahu rancangan bodoh dia tu ..hati Huzair Qorni mengumam geram.
" I dah tak ada kena mengena dah dengan dia kenapa I perlu jumpa dia lagi. I kan dah tarik diri dari projek tu...I tak nak ambik tahu. Sekarang ni you pergi balik jumpa papa you tu dan beritahu dia I dah tak minat dengan projek tu. Biar saja I rugi , tak menjejaskan apa apa pun .
Hidup I tetap sama juga macam dulu, jangan sesekali ganggu I and....my wife."
" Kenapa you ni sombong sangat."
"Sombong tak sombong cerita lain...kalau nak terus masuk lokap cubalah bertindak bodoh lagi. Hatinya puas biar sahaja Winda laporkan pada Datuk Hambali. Malas dia mahu ambil tahu. Dia terus berjalan masuk ke pejabatnya. Winda tidak berputus asa, terus saja mahu terus membuntuti Huzair Qorni yang melangkah terus masuk ke pejabatnya .
Sedang dia terkocoh-kocoh mengikut Huzair Qorni, Langkah Winda terhenti tiba-tiba. Terkejut benar dia bila ternampak di hujung ruang legar sana terpacak Dara yang memandang tajam ke arahnya . Srup!! Menyirap darahnya bila terpandang wajah itu. Takut sebenarnya jika rahsia yang tersimpan terbongkar gara-gara Dara yang tahu serba serbi. Dia tidak jadi mengikut Huzair Qorni hingga ke tingkat atas. Cadangnya mahu menggoda Huzair Qorni dan merakamnya adegan itu untuk di hantar kepada Ereena, biar meroyan wanita itu menolak Huzair Qorni.
"You buat apa kat sini? "Winda cuba mengawal getaran suaranya. Dia tahu Dara mahu menyerangnya kerana tidak tunaikan janji.
"Sudah gaharu cendana pula.... I memang nak jumpa you....ada perkara yang belum selesai. You lupa?"
" Errr....itu kerja bapa I. I langsung tak terlibat."
" Hotak you!! Tak terlibat konon..terang-terang you pergunakan Huzair Qorni....Ha..ha ...dia tak bodoh la. Yang bodoh you dengan papa you. Buat kerja tak guna otak!".
"Hey....sedap mulut ek...you pun sama juga kan ...lapar perhatian Huzair kan? Kalau tak you tak kan sanggup bersusah untuk dapatkan isteri dia balik kan, dasar sundal!!...
" Jaga mulut you Winda, nanti sebab I sakit hati I bongkarkan segala perbuatan you dan papa you selama ni berserta dengan buktinya sekali. Nak ke?? Mahu ke mereput dalam penjara?
Winda terdiam. Jika Huzair Qorni dapat bukti tu, papanya akan hilang semuanya...kuasa, harta dan pangkat. Dia mesti buat sesuatu pada Dara, bahaya betul perempuan ni kalau di biarkan hidup!!
Huzair Qorni melangkah laju. Lega rasanya bila Winda tidak lagi mengikutnya lagi. Sebaik sahaja masuk ke pejabat ada tetamu sedang menunggunya.
" Selamat pagi tuan Huzair, tuan ada tetamu pagi ni." Huzair Qorni disambut mesra oleh penyambut tetamunya.
"Siapa?"
" Tengku Hadry tuan, sekarang ni dia di bilik menunggu bersama Cik Qadeeja tuan."
."Ok..." Berligar otak Huzair Qorni bila nama itu di sebut. Macam-macam andaian timbul. Tidak pernah pernah pun dia datang mengejut seperti ini . Urusan kerja atau peribadi?
"Hey Had....apa cerita tiba-tiba ni? Huluran tangan disambut mesra oleh si penunggu....
" Hai... Bro... aku ada urusan sekitar sini so aku saja singgah sini jumpa kau. Kenapa? Aku nampak kau terkejut tadi..."
"Aku tak sangka jer....selalunya kalau tak ada hal penting kau tak kan datang mengejut macam ni."
"Sebenarnya ada berita yang kau perlu tahu. Tapi releks lah dulu ..ha..ha.." Tengku Hadry menayangkan gigi putih tersusun rapi...Manis sekali. ( Ini versi Cik Qadeeja) sedangkan di dalam hati Huzair Qorni menyimpan seribu persoalan.
"Hah!! Kan betul tekaan aku. Berita apa yang penting sangat tu?
" Kau dah tahu ke yang aku dah kahwin dengan Zalika?"
" Tahu. Kenapa ?"
" Hah...macam ni ...aku sekarang ni cari Ereena ..kau ada maklumat tentang dia?
" Eh! Cerita Zalika tetapi cari Ereena pula, Kau dah kenapa cari dia pulak?" Gundah juga Huzair Qorni bila nama Ereena di petik. Apa hubungan Tengku Hadry dengan Ereena ni? berbagai persoalan timbul di fikiran Huzair Qorni, dipicitnya pelipis bila kepalanya terasa sakit.
" Kenapa kau pucat bro ....kau tahu kan Ereena dimana? Dah lama aku cari dia."
"Aku Tanya kenapa kau cari dia?" Huzair Qorni kuatkan genggaman. Terasa pula angin cemburu datang tiba-tiba. Nampak bercahaya mata Tengku Hadry bila menyebut nama Ereena . Ada apa -apa kah?
". Sebenarnya....Zalika dah nazak.... Dia nak jumpa Ereena. Kalau kau tahu kat mana dia sekarang, tolong aku ...aku nak sempurnakan harapan Zalika . Dia betul-betul nak jumpa Ereena sebelum dia pergi."
"Zalika sakit apa?
" Kanser rahim....dah tahap 4. Doktor beritahu jangka hayat dia mungkin dah tak lama. Kau tak nak melawat dia ke? Dia selalu juga sebut nama kau tahu tak? that why aku jumpa kau hari ni...maknanya nak jumpa kau juga"
"Parent aku dah tahu ke Hal ni?"
" Dah...aku dah beritahu mereka. Mungkin mereka sudah ke sana. Mereka minta aku beritahu kau tentang Zalika. Aunty cakap kau tahu di mana Ereena berada. Betul ke?
"Nanti aku bawa dia jumpa Zalika"
"Biar betul...aku harap sangat dapat jumpa Ereena ....dah lama aku tak jumpa dia sejak....err.... kau boleh beritahu dia kat mana? Aku...memang sedang cari dia.
Dah lama sangat kami tak jumpa"
" Zalika ada di mana sekarang?" Tanpa menghiraukan soalan Tengku Hadry ,Huzair Qorni terus ubah topik lain.
" Dia ada kat rumah parent aku. Kami dah bawa balik ke rumah. Dia betul-betul nazak. Aku harap kau boleh datang cepat sebab Zalika memang nak jumpa kau orang . Aku balik dulu, aku harap sangat kau datang bersama Ereena."
" Hem...." Hanya deheman yang mengiringi langkah Tengku Hadry. Dia pun tidak yakin untuk membawa Ereena berjumpa Zalika kerana hubungannya dengan Ereena belum pulih sepenuhnya.
Dengan detak jantung yang tidak sempurna, Huzair Qorni kembali ke rumah. Pintu bilik di tuju untuk mencari susuk Ereena. Dia rindu sangat....Dengan perlahan dan berhati-hati dia membuka pintu bilik lalu masuk ke dalam. Mata melilau mencari susuk tubuh itu dengan harapan Ereena masih di situ.
Sebaik sahaja dia masuk, Ereena baru sahaja melangkah keluar dari bilik air. Satu tuala kecil atas kepala dan satu lagi separas dada hingga ke lutut menampakkan betis yang putih mulus, Ereena dengan bersahaja merungkai tuala di kepala sambil mengelap rambutnya yang basah . Sebaik sahaja mahu membuka tuala yang membalut tubuhnya barulah dia menyedari ada sesusuk tubuh yang sedang kaku membisu di situ.
"Ahh!!!...abang!!! Kenapa macam tu? terperanjat saya. Fuh!!..." Hampir terlorot tuala yang di pakai, nasib baik tak terlepas. Kalau tidak jadi mangsa dia.
" Abang punyalah sado macam ni sayang boleh tak nampak? Bahaya ni kalau tinggal seorang ni. Lepas ni tak boleh tinggal sendiri...masih tak boleh di harap lagi. Tengok tu meh abang bantu lapkan ....." Huzair Qorni mendekatkan diri dengan isterinya. Cadangnya mahu mengelap tubuh Ereena Semakin dekat semakin wangi la pula. Huzair Qorni sudah tidak tahan lalu terus memeluk isterinya itu.
"Abang!..jangan la macam ni. Saya belum bersedia."
" Belum bersedia? Hari tu kan terlebih sedia. Sayang rayu-rayu pada abang. Sayang cakap sayang nak...mmmm" Mulutnya di tekup lagi. Melihat wajah Ereena yang memerah Huzair Qorni tidak lagi meneruskan kata. Melepaskan tangan Ereena dari mulutnya, Huzair Qorni menarik tangan itu lalu mengucupnya lembut.
"Abang minta maaf dengan apa yang abang buat pada sayang malam tu , kerana masa tu abang dalam keadaan sedar walaupun abang tahu itu bukan kehendak sebenar sayang . Maafkan abang ya..." Ereena menunduk , dia sebenarnya sangat malu dengan Huzair Qorni...tidak dapat dia gambarkan keadaannya waktu itu...aduhhh....malunya. Jauh di sudut hati sebenarnya dia rela di perlakukan begitu kerana dia benar-benar sudah jatuh cinta pada Huzair Qorni . Ereena belum bersedia meluahkan rasa itu kerana curiganya pada status hubungan Huzair Qorni dengan Winda belum terjawab.
........Sambung.....
Share this novel