Huzair Qorni dijemput pemandu papanya di lapangan terbang . Dia tidak berniat mahu singgah ke mana-mana walaupun perutnya lapar. Dia mahu sampai cepat untuk melihat keadaan papanya . Dia tahu kedatangan Zalika ke rumahnya mungkin menyebabkan papa terkejut. Dia takut Zalika membuka cerita mereka kepada papa dan mama.
Harapan Huzair hanya satu , Zalika menunggunya pulang dahulu sebelum membuka aib mereka. Jantungnya berdebar-debar takut tidak sempat menghalang Zalika , jika benar Zalika membuka aibnya sebelum dia tiba , dia akan membenci wanita itu selama-lamanya. Jangan cari pasal dengan Huzair Qorni.
Huzair Qorni melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik Papa. Melihat keadaan papa yang terbaring dan di temani mama hatinya gundah. Serius ke sakit papa . Redup wajah mama merisaukan jiwa raganya.
"Papa...Huz dah balik". Lembut suara Huzair Qorni menyapa telinga papa. Dengan sopan dia menyalami dan mencium tangan papanya ikhlas. Di pandang sekilas Zalika yang sedang tersenyum memandangnya. Huzair Qorni sangat risau.
"Huz dah balik? Huzair tolong beritahu papa apa yang Huzair buat pada Zalika? Sebaik membuka mata, suara lemah papa menyapanya dengan soalan sebegitu. Dia agak Zalika dah cerita segalanya. Mata redup papa memandangnya sayu minta penjelasan.
" Huz buat apa papa? Huz tak faham " Huzair Qorni memandang mama. Mama diam . Huzair Qorni memandang Zalika. Masih tersenyum lagi membuatkan hatinya semakin menyampah.
" Huz...jangan tipu , cerita yang sebenarnya. Kenapa Huz balik ke rumah masa papa dan mama pergi Perak Lima tahun lepas?" Terdengar suara mama bergetar, mungkin merasa takut untuk mendengar penjelasan dari mulut Huz.
"Zalika!!! Cuba cerita apa yang kau dah buat pada aku malam tu?"
" Huh!!! Kenapa Ika pula, abang yang buat dituduh kita pula.". Zalika juga meninggikan suara membuatkan suasana menjadi tegang sedikit. Bibik Bainah yang sedang memasang telinga di luar bilik tersenyum sengeh seorang diri . Geram saja kalau ada yang melihatnya.
"Huz!!! papa dah tak lama Huz. Sakit papa semakin parah. Huz nak lihat Papa mati sebab Hal ini Ke? Cuba cerita apa yang sebenarnya terjadi tu Huz" Meraung merayu mama pada Huzair Qorni, ternyata mama sangat terkilan jika Huzair Qorni diam saja.
" Sebenarnya....malam itu Huz memang balik. Huz ingat nak buat kejutan pada papa dan mama, sebab tu Huz balik tak beritahu mama dan papa. Huz kecewa bila mama tak ada, yang ada malam tu ialah Zalika dan bibik Bainah. Huz masuk bilik dan tidur. Tiba- tiba Zalika masuk bawa kopi putih. Huz marah dia malam tu sebab tak ketuk pintu sebelum masuk. Bila dia keluar Huz minum kopi tu. Tiba-tiba kepala Huz pening dan panas . Huz masuk bilik air dan mandi. Huz jadi tak tentu arah seperti perlukan sesuatu. Huz keluar dari bilik air, Huz nampak Zalika tanpa baju menunggu Huz atas katil. Papa rasa apa? Bukan salah Huz kan? Selepas Huz sedar Zalika minta Huz bertanggungjawab sebab dah rosakkan dia. Huz marah dan terus tinggalkan dia."
" Jadi memang betullah Huz yang rosakkan dia ? Kenapa Huz lari dan Zalika menerima akibatnya . Kenapa tak berterus- terang Huz. Papa dah buang dia jauh dari kita sebab dia mengandung dan telah pun melahirkan anak tanpa bapa. Kenapa Huz buat macam tu". Papa menangis sungguh-sungguh.
"Zalika!!! Kau ada anak? Aku tahu kau sudah bersama orang lain sebelum Kau perangkap aku kan? Kau dah mengandung anak orang lain kan, sebab tu buat aku macam tu.. aku tahu la muslihat kau. Masa tu aku fikir kau masih muda dan polos , tak tahu buat benda tu semua tapi aku Salah."
"Huz...Zalika tak pernah bebas keluar rumah, macamana boleh mengandungkan anak orang lain. Huz mesti bertanggungjawab. Kenapa dulu Huz tak berterus- terang saja" Suara Papa semakin kuat dan bergetar. Huzair Qorni tahu papa sangat marah. Penafasan papa sudah tidak teratur.
" Papa ...sabar pa...macamana Huz nak cerita kalau keadaan papa macam ni. Sebenarnya Huz ada balik cari Zalika. Huz rasa bersalah pada dia. Huz mahu bertanggungjawab. Huz cuba percayakan dia sebab dia nampak sangat polos waktu tu...Tetapi baru-baru ini Huz dapat tahu yang Huz telah diperangkap. Jangan percaya sangat dengan dia ni . Jijie yang cerita pada Huz yang Ika pernah masuk kelab untuk berlibur masa dia masih sekolah dulu.
" Apa pun Huz dah telanjur menyentuh dia kan? papa minta Huz kahwinlah dengan Zalika, kita tebus semula kesalahan kita "
"Kasihan dia Huz". Mama pula mencelah . Hati Huzair Qorni sakit bila mama dan papa langsung tidak membelanya seperti dia seorang saja yang salah. Dia benci Zalika.
" Papa!! Huz tak bersalah papa....Cuba papa fikir siapa yang masuk bilik siapa? Papa tak rasa ke yang perempuan ni yang Salah..". Naik seoktaf marah Huzair Qorni bila papa membela Zalika. Senang-senang saja mereka terima perbuatan Zalika yang tenyata memang salah. Papa terus menghukum tanpa bertanya cerita itu benar atau tidak.
Mama terus terdiam mendengar perbalahan dua beranak itu, hanya air mata yang mengalir untuk menenangkan hati mama. Ketegasan papa dan kedegilan Huzair Qorni membuat mama jadi kelu. Terbit pula rasa simpati pada anaknya itu tetapi mama tidak dapat membela. Mama kalah dengan pendirian papa. Mama dapat rasa yang Huzair Qorni telah diperangkap tetapi mama tidak berani dengan papa. Mama takut mengengkari arahan papa . Mama rasa papa pun sama, sebab Kasih dan sayang pada Zalika papa minta Huzair Qorni bertanggungjawab.
"Huzair....Zalika cuma adik angkat kamu. Kamu boleh berkahwin dengan dia. Tolong selamatkan dia. Dia ada anak Huzair. Mungkin itu anak kamu. Papa nak kamu kahwini dia dengan segera ...uhuk..uhuk...." Tahap kesihatan papa semakin menurun. Huzair Qorni bimbang akan menjadi lebih buruk. Papa mengurut-urut dada. Huzair Qorni dan mama menjadi cemas. Zalika hanya menjadi pemerhati.
" Papa!! Sabar papa. Ya...ya... baik papa...Huz akan segera kahwini dia". Huzair menjeling perempuan yang tidak berperasaan itu. Huzair terbayang adiknya Zalika yang dulu dia sayang, beradab, menghormatinya dan sangat polos. Dia mula tidak selesa selepas Zalika ke sekolah menengah. Terang-terang Zalika cuba menggodanya tanpa papa dan mamanya sedar. Hari ini dia nampak seorang Zalika yang sebenarnya, Perempuan yang bermuka-muka dan licik. Huzair Qorni benci semua tu. Dia teringatkan Mommynya Daiyan. Sungguh polos dan sangat berdikari. Cukup pakej di hatinya tetapi sayang sudah jadi milik orang.
Jawapan Huzair Qorni membuatkan Zalika senyum sampai ke telinga. Dia tidak tahu dalam hati Huzair Qorni sedang memaki hamun dirinya. Papa merasa lega bila Huzair Qorni setuju untuk berkahwin dengan Zalika. Mama pula berat hati menerima Zalika kerana dia tahu Huzair Qorni tidak bersalah.
" Papa akan aturkan penikahan kamu secepat mungkin. Papa tidak mahu bertangguh lagi . Selama lima tahun ini , papa tidak tenang kerana tidak tahu siapa budak yang Zalika kandungkan.
" Papa...anak itu bukan anak Huz papa. Huz yakin sangat. Huz sanggup buat ujian DNA untuk buktikannya papa. Kita akan buat ujian DNA dulu sebelum papa kahwinkan Huz dengan Zalika kan?
" Tak...papa takut papa tak sempat nak uruskan perkahwinan Huz, Papa minta sangat Huz kahwinlah dulu dengan Zalika. Nanti kalau terbukti anak itu anak Huz, terpulanglah apa yang Huz akan buat pada Zalika. Papa tak akan halang dah. "
"Baiklah papa, Huz akan ikut kata papa. Papa rehatlah. Huzair nak keluar kejap" Melihat Huzair melangkah keluar Zalika dan Mama juga minta diri untuk keluar dari bilik papa. Biarlah papa berehat dengan tenang di biliknya.
" Kenapa perlu buat perkara yang sia-sia mama? Kan malu kalau terbukti itu bukan anak Huz. Dah nak kena cerai? Huzair Qorni bersuara sebaik sahaja keluar dari bilik papa. Biar Zalika dengar sekali.
" Hey ..abang Huzair!! Abang pasti ke yang tu bukan anak abang . Muka dia sebijik macam abang tau". Zalika mula merancang strateginya. Hatinya sakit bila di pandang hina oleh Huzair Qorni.
"Dimana anak kau tu Zalika? Biar aku tengok sendiri. Aku boleh tahu dia tu anak aku ke tak? Aku rasa kau takutkan bila aku kata nak buat ujian DNA tu ?
" Ish...mana takut. Nanti Ika bawa abang jumpa dia. Sekarang ni dia masih di Seberang"
" Seberang? Dekat mana Seberang tu. Aku memang dari sana . Aku tak pernah jumpa kau pun."
" Ika kan baru habis belajar, bukan Ika yang jaga dia. Dia tinggal dengan pengasuhnya. Aunty Saroja yang uruskan semua. Dia yang biaya Ika belajar sampai dapat Sarjana. Lepas ni Ika akan jaga anak Ika sendiri. Pengasuhnya tak akan tinggal dengan kami lagi . "
" Ah..Lantak kau la...selagi tak terbukti yang itu anak aku aku tak akan hadir dalam hidup kau . Jangan mimpi." Huzair Qorni berlalu begitu sahaja. Dia sempat melihat wajah terkejut Zalika sedangkan mama mengeleng-geleng kepala.
.......Sambung ....
Share this novel