Bab 3 Mama dan Mommy

Romance Series 31400

"Salam anak mama, Daiyan buat apa tu sayang? Rindu mama tak?"

" Rindu..mommy pun rindu mama. Mama cuti ke?

" Mommy lagi ...mommy..mommy ." rungut Zalika dalam hati. "Mama belum cuti sayang. Nanti kalau mama cuti mama balik jumpa Daiyan ya. Daiyan tinggal baik- baik dengan Mommy ok. Bila mama balik .Daiyan tinggal dengan mama tau."

" Ok..mama" Daiyan kembalikan Telefon milik mommynya itu dengan mata berkaca. Tak betah anak itu mahu bercakap lama-lama dengan mamanya itu. Tak selesa mungkin. Seingat Ereena , Daiyan hanya pernah sekali sahaja berjumpa dengan mamanya itu. Selain itu dia hanya berhubung melalui video call sahaja . Daiyan cuma mahu mengambil hati mommy Ereena , kalau tidak dia tidak mahu pun bercakap dengan mamanya itu.

" Semua ok kan? Aku balik sebulan lagi. Nanti bila aku balik aku tak nak tengok muka kau lagi di sisi Daiyan. Aku nak kau pergi jauh dari dia. Aku akan bayar kau lebih dan kau tak perlu tunjuk muka kau lagi. " Berubah terus nada bicara Zalika bila bercakap dengan Ereena. Hubungan mereka berdua sebenarnya tidak berapa baik. Sebenarnya Zalika tidak setuju anaknya itu di serahkan kepada Ereena yang sama umur dengannya . Mereka sama-sama menunggu SPM. Pada awalnya... Zalika lebih suka anaknya itu di asuh oleh perempuan yang lebih tua berpangkat mak Cik mak Cik. Dia tidak mahu kasih anaknya berubah kepada Ereena dan anggap Ereena sebagai ibu kandungnya pula. Tetapi atas desakan ibu dan ayah angkatnya itu juga merangkap kawan mama dan papa yang hantar dia ke sini dia terpaksa ikut sahaja. Ereena dipilih katanya pandai menjaga bayi, penyayang dan juga pandai memasak , lengkap pakej kata orang. Zalika terima sahaja cadangkan itu walaupun berat hati melepaskan Daiyan pada Ereena.

" Baiklah Cik muda" Menitis air mata Ereena teringatkan kata-kata Zalika tadi. Sombong sungguh Cik Mudanya itu. Bertahun dia membelai Daiyan seperti anak sendiri, sedikit pun tidak dihargai. Mentang-mentanglah diberi gaji memang dianggap orang gajilah. Ereena cuba bersangka baik , mungkin Cik Mudanya tidak mahu anaknya terlalu bergantung pada orang lain. Kalau mahu begitu jagalah sendiri, banyak songeh pula. Ereena cuma mampu bercakap dalam hati.

Mulai hari ini dia perlu menjarakkan diri dari Daiyan. Bukan...bukan.... tidak..tidak... bukan itu maksudnya , dia perlu persiapkan dirinya sendiri untuk kehilangan Daiyan. Memang kejam kan mamanya Daiyan? Tidak adil untuk dirinya. Dia tetap juga mahu berada di sisi Daiyan walau apa yang terjadi. Dia tidak akan mensia-siakan masa bersama Daiyan . Dalam sebulan ini dia tidak akan langsung biarkan masa Daiyan terluang begitu sahaja. Dia mesti memaksimakan masa bersama Daiyan selagi mampu. Sepanjang malam dia akan memeluk Daiyan sehingga pagi. Biarlah ....biarlah terpisah sedikit semasa Daiyan ke sekolah, selainnya dia akan sentiasa bersama Daiyan.

" Mommy! Mommy! Kenapa ni mommy ? Mata Mommy basah... Kenapa Mommy sedih? Dah lama Daiyan panggil mommy tau..Mommy diam aja. Mommy rindu Papa ke?"

" No Daiyan...jangan cakap Mommy macam tu". Kenapa anak ini? Tak pernah-pernah dengar pun dia sebut tentang Papa pun sebelum ini. Jangan-jangan....dia sudah tahu tentang hidup berkeluarga. Mesti dia hairan kenapa dia tiada papa. Aduh...harus bagaimana nanti jika dia bertanya tentang papanya. Anak ini Semakin bijak. Semakin banyak bertanya itu dan ini.

"Mommy... Mana papa Daiyan Mommy? Nah...kan? Baru sebut sudah datang masalahnya dong....Berpusing sedikit matanya Ereena Sambil menelan Salivanya yang tiba-tiba terasa pahit.

"Uwekkk....Uwekk....Mommy sakit kepala la Daiyan. Tolong picit kepala Mommy sayang. Terasa mahu muntah pula...". Terus sahaja Ereena berlari ke tandas. Sengaja Ereena mencari jalan begitu untuk mengelak menjawab soalan cepumas Daiyan tadi. Terpinga-pinga anak itu ditinggalkan. Tergaru -garu kepalanya, baru sahaja sebut Papa, Mommy sudah pening kepala. Apa ni Mommy?

Daiyan teringatkan kejadian di sekolah tadi. Rizki dihantar oleh papanya kerana mamanya sakit. Rizki beritahu dia tidur dengan papanya semalam kerana mamanya tidur di hospital. Daiyan terfikir jika mommy sakit, dia tidak tahu mahu tidur dengan siapa. Papanya pun tidak ada. Dari sebab itulah dia terus bertanya tentang papanya. Terusss.....mommy pula yang sakit. Daiyan menangis....terus menangis sehinggalah Ereena keluar dari bilik air.

" Mommy ! Mommy ok tak?" Sambil mengelap air matanya Daiyan meluru memeluk Ereena lama.

" Mommy dah ok la... kenapa ni sayang"

" Mommy jangan la sakit..Daiyan takut tinggal sorang jika mommy mati. Kalau papa ada, boleh papa temankan Daiyan. Hu .hu...mana papa Daiyan, mommy?

" Papa pergi Work sayang. Tempatnya sangat jauh. Nanti bila Daiyan besar baru papa balik. Ha...nanti Papa terus terkejut tengok Daiyan dah besar".

Aduhai anak ini....makin menjadi pula. Sudah naik satu taraf soalannya. Ereena betul-betul sakit kepala. Bohong jika dikatakan dia tidak terfikir langsung untuk mencari peneman hidup. Semuanya ini dia pendamkan demi Daiyan. Dia takut hidupnya terikat dan mungkin Daiyan tidak disayangi oleh pihak sana. Semuanya berkemungkinan ...lalu dia batalkan semua impiannya.

"Kalau mama balik nanti, mommy dah tak boleh tinggal di sini sayang . Daiyan tinggal dengan mama ya, nanti mommy datang tengok-tengokkan Daiyan . "

" Tak nakk....tak nakkk....Daiyan tak suka mama. Daiyan nak Mommy. Mommy lagi cantik pada mama. Daiyan sayang Mommy". Tergelak Ereena mendengar ucapan anak itu, Kata orang budak-budak tidak pandai berbohong , jujurkah Daiyan bila cakap macam tu. Ereena senyum sendiri" Biar betul...aku cantik dari mama dia?"

" Kenapa dengan mama tu , mommy? Elok-elok tinggal dengan Mommy , Kenapa Daiyan mesti tinggal dengan mama pula?" Semakin rumit pula budak Daiyan ni , Semakin bijak betul anak ini. Mahu berasap kepala Ereena memikirkan jawapan yang terbaik.

"Mama itu, wanita yang melahirkan Daiyan. Dia yang mengandungkan Daiyan. Mommy pula menjaga Daiyan dari kecil. Jadi ...dulu Daiyan ada dalam perut mama bukan dari perut mommy. Sekarang mama nak tinggal dengan Daiyan pula"

" Ouh...macam tu. Jadinya papa ada dengan mama lah kan? Selalu kalau ada mama dan papa mesti ada anak kan mommy. Anak tu Daiyan kan mommy? " Mahu menitis air mata Ereena mendengar celoteh yang keluar dari mulut mungil itu. Belum apa apa lagi Ereena dah buntu mahu menjawab apa. Bijak sangat anak ini mengeluarkan kata.

" Bulan depan mama cuti panjang . Dia akan akan balik sini. Daiyan akan tinggal dengan mama pula. Mommy akan datang sini tengok-tengok Daiyan .

" Rumah ini kan ada banyak bilik. Kenapa Mommy tak tinggal dengan Daiyan juga? Nanti Daiyan ada dua orang...Mama dan Mommy" Daiyan mengangkat dua jari comelnya lagi sambil tersenyum hingga nampak giginya yang putih bersih itu " Menitis lagi air mata Ereena yang berhati tisu . Dia tidak dapat mengambarkan bagaimana nanti mereka akan terpisah. Pastinya anak itu tidak dapat menerimanya. Daiyan memang tidak pernah berpisah langsung dengan Ereena. Dia pasti anak itu akan kemurungan. Ereena perlu mencari cara untuk mendekati Daiya nanti , itu tekadnya

" Mommy tak boleh tinggal kat sini sebab Mommy nak pergi belajar supaya pandai macam mama. Daiyan pun kena belajar rajin-rajin supaya pandai macam Mama"

" Kenapa Mommy perlu pergi jauh .Daiyan belajar kat sini tak perlu pergi jauh pun?"

" Tempat orang dewasa belajar tak ada kat sini,mereka perlu pergi jauh dari sini. Nanti Daiyan besar pun Daiyan akan pergi jauh bila nak belajar.". Hanya itu alasan yang terfikir oleh Ereena . Harap-harap Daiyan terima. Tersenyum bila nampak Daiyan mengangguk kepalanya." Fuh!! Akhirnya.

Malam Semakin larut.....Ereena tidak dapat melelapkan mata. Dengkuran halus Daiyan
terdengar syahdu dan mengundang rasa pilu di hatinya. Entah apa nasib anak itu nanti bila berpisah dengannya nanti dan bagaimana pula nanti dengan dirinya sendiri. Ereena melihat wajah anak itu , Comel sungguh......bila Zalika balik ke sini.....dapatkan aku melihat wajah itu lagi nanti." Ereena memaksa matanya yang masih tidak mengantuk itu pejam.

Hampir sahaja mahu terlelap.....Telefon Ereena berbunyi. Tiada dalam senarai kenalannya...malas pula Ereena mahu menyambut panggilan itu. Jika penting orang itu akan mesej padanya. Dia Sambung perhatikan Daiyan. Membelek tangan comel anak itu , mengulas kening seperti di patih itu, hidungnya yang mancung persis anak orang putih budak ini. Subhanallah.... terima Kasih ya Allah kerana hadirkan sifat menyanyangi anak ini walaupun dari bukan darah dagingnya sendiri.

" Hoi...kau tak angkat Telefon aku ni kan. Aku tahu , anak yang kau jaga tu bukan anak kau kan? Jaga-jaga ....kalau kau tak angkat telefon ni lagi kau tunggu ...."
Bergetar seluruh tubuhnya bila membaca mesej dari nombor yang tak di kenal. Ereena cuba buat tidak tahu tetapi hati kecilnya sangat risau. Ereena mula tidak senang duduk . Sejak akhir-akhir ini dia selalu diganggu oleh orang yang tak di kenal. Dia perlu beritahu Datin Saroja tentang perkara ini. Keselamatan Daiyan yang paling penting. Kalau jadi apa-apa pada dia atau Daiyan mungkin ada juga orang yang tahu kerana dia tiada tempat bertaut. Ereena mulai sedar dengan kekurangan itu.

......Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience