Bab 34. Sudah jumpa

Romance Series 31400

" Hello Zety...kau di mana hah? Ada apa-apa berita tentang Ereena tak?"

Err....tuan. Saya ada kat rumah saja tuan. Tiada apa berita pun dari Ereena. Saya cuba call Eric tuan...Lenyap terus tapi dia tak ada la tuan. Saya rasa dia pun terlibat dengan kehilangan Ereena tuan".

"Kenapa kau cakap macam tu?"

" Ya lah...Ereena tak ada , dia pun lesap macam tu ja tuan. Saya tak nampak pun usaha dia untuk mencari Ereena. Sejak Ereena hilang...bayang dia tuan nampak ke? Tak kan tuan tak call dia bertanyakan tentang Ereena. Kata hebat sangat...."

"Ish...hari tu dia selalu hantar berita pada aku tentang pencarian Ereena. Kau mana tahu..tak kan dia nak hantar berita pada kau pulak..."

" Eh...betul juga...tapi....tapi....hem tak apalah tuan....Nanti apa-apa berita saya maklum pada tuan" Serba salah Ereena mahu menyatakan curiganya pada Eric, orang upahan Huzair Qorni yang menjaga Ereena. Eric tu nampak biasa saja semasa Ereena hilang..Zety dengan sikapnya akan terus menyimpan syak wasangkanya pada Eric.

" Nak maklum apa....aku dah ada kat sini. Yang aku masih di rumah buat apa? Dok senang lenang dan tengok
cerita Korea hah?"

" Ish!!! tuan ni. Tak kan nak senang lenang pula bila kawan saya hilang? Saya nak buat macamana? Mana saya kenal semua orang kat sini? Saya dah Tanya kawan-kawan Ereena yang lain....last sekali memang mereka nampak dia dengan Sufi. Yang tu maklumat terakhir saya dapat. Saya nak balik Malaysia lah macam ni" terasa pula hatinya bila Huzair Qorni cakap macam tu. Sebenarnya dah dua hari dia tidur tidak lena. Dia takut bila terbayangkan Ereena sedang di seksa atau dibunuh. Mulut Huzair Qorni boleh tahan juga pedasnya. Dia bertekad untuk pulang sahaja malam ini.

..........

"Ish....macamana aku boleh percaya pada Eric tu....bukan kau ke yang rekemen aku pada dia" Huzair Qorni merenung tajam pada Megat Elham lalu diletakkan kesalahan itu pada Megat Elham.

" Eh ..aku pula Salah. Bukan bos ke yang terus setuju dengan cadangan aku. Aku bagi cadangan saja. Belum apa-apa dah terima tanpa usul periksa. Kenapa dengan Eric tu?"

"Aku call dia tak pernah angkat. Patut budak Zety tu syak dia ada kaitan dengan kehilangan Ereena"

"Ish...." Huzair Qorni meraup wajah. Risau dia memikirkan Ereena yang hilang. Sudah letih dia menanggung rindu. Apa yang terjadi pada isterinya itu. Dia mahu cepat sampai ke sana dan mencari sendiri keberadaan Ereena.

Sebaik sampai, tidak berlengah lagi...Huzair Qorni pergi ke pejabat polis untuk mendapatkan maklum balas penyiasatan tentang kehilangan Ereena. Keberadaan Ereena masih samar-samar kerana tidak ada sebarang jejak pun yang di tinggalkan seolah-olah Ereena sengaja menyembunyikan diri.

Huzair Qorni hampir naik angin bila pegawai polis tidak percaya Ereena di culik. Kata mereka dia sengaja menghilangkan diri selepas menyiasat di tempat belajar Ereena. Tiada langsung bukti atau kesan dia di culik. Ada saksi melihat Ereena sering termenung seperti orang yang bermasalah . Dia mungkin hilang dalam persembunyian.

Terdetik di hati Huzair Qorni adalah kemungkinan Ereena malu atau masih marah padanya dengan kejadian yang berlaku antara mereka berdua dulu. Lagi pula dia terus pergi selepas puaskan diri. Huzair Qorni meraup wajah untuk sekian kalinya. "Kasihan kau Ereena....maafkan abang."

Huzair Qorni terus menalifon seseorang yang boleh membantunya. Ya ..dia seorang perempuan yang tahu serba serbi tentang diri Huzair Qorni. Apa sahaja benda yang dia lalui semua perempuan itu tahu termasuk perkahwinan ya dengan Ereena juga dapat di hidup oleh perempuan itu. Dia hanya mencuba nasib....ya..perempuan itu setuju akan membantunya asalkan ada upah lumayan. Itulah kerja perempuan itu. Semuanya berbayar"

......

Ereena ...bergerak perlahan meninggalkan tempat itu. Suara wanita memanggilnya tidak di hiraukan. Dia rasa seperti dia tahu siapa perempuan itu. Ereena pasrah , dia terus meredah pekat malam dan sesekali menyembunyikan diri jika ternampak bayangan orang yang lalu di kawasan itu. Sekarang ni dia tidak perlu percaya pada sesiapa pun, keselamatan dirinya perlu di jaga

Ereena buntu, dia tidak tahu di mana dia berada. Suasana sangat dingin membuatkan tubuhnya sedikit mengeletar. Perutnya ditekan bila terasa menyengat di situ. Angin sudah masuk ke perutnya membuatkan dia berasa sangat tidak selesa , manakan tidak sudah hampir dua puluh empat jam dia tidak makan. Namun begitu dia terus gagah berjalan mencari cahaya yang samar-samar di hujung sana .

Sungguh dia tidak tahu , siapa yang punya angkara membawa dia ke sini. Sengaja mahu menyembunyi ataupun mahu membunuhnya ,dia pun tidak tahu. Yang nyata dia sangat percaya kejadian ini ada kaitan dengan Huzair Qorni . Kalau tidak masakan mereka tunjukkan video Huzair Qorni itu kepadanya. Hatinya kembali sakit bila teringatkan lelaki itu. "Aku senang untuk menjadi mulukut sampai bila-bila, senang ....tiada sapa dengki dan tiada siapa yang peduli"

Airmata Ereena terus meleleh....bencinya masih pada lelaki itu lagi. "Aku baru nak feeling ....feeling....dah Lenyap. Entah cari aku ataupun tak...ah...lantaklah....yang penting aku mesti selamatkan diri terlebih dahulu"

Dengan tiba-tiba dalam kelam malam itu terasa mulutnya di cekup. Baru terfikir mahu menjerit tetapi pandangannya sudah pun kelam, dia dah tak sedar apa-apa, pengsan sudah.

" I dah dapat budak tu, sekarang I mahu you tunaikan janji you....Mr. Huzair...."

"Hantar dia balik Malaysia dengan Selamat...pastikan kawan dia si Zety tu ikut sekali. Biarkan dia dalam keadaan tidak sedar semasa dalam perjalanan pulang itu nanti, aku akan tunaikan janji aku bila dia sampai di alamat tu dengan Selamat. Pastikan Zety ada dengan dia di sana nanti" Nada bercakapnya tegas tanpa riak apa-apa pun tetapi dalam hati penuh dengan rasa kesyukuran tak terhingga kerana Ereena sudah di jumpai dengan selamat.

"Baiklah...Mr..Huzair....Ouh! Bayarannya... boleh temankan I dinner malam ni? Kalau tidak I akan bawa dia pergi jauh dari you lagi"

"Ok. aku datang, . Setkan tempatnya"

" Kau nak dinner dengan dia ke bos? Biar betul? Nanti digodanya kau Naya bos. Merajuk lagi Ereena tu nanti. Jangan menyesal sudah!" Megat Elham sudah tidak dapat buat apa-apa lagi sebab bosnya sudah pun berjanji dengan Dara. Ya...Dara, perempuan yang mengesan keberadaan Ereena dan menyelamatkan wanita itu dengan bantuan orang upahannya.

"Aku betul-betul tak sangka ini kerja Sufi. Macamana dia boleh bersetongkol dengan Winda hah? Adik beradik tiri ka mereka itu?... Aku boleh aja report polis biar tertangkap semuanya. Tapi ...aku cuba biarkan . Aku nak tengok sejauh mana usaha mereka nak pisahkan aku dengan Ereena."

" Hummm....apa tunggu lagi bos, biarkan aja mereka tu di tangkap. Biar susah nak lepas sikit dengan undang-udang di sini. Lagipun mereka tu akan buat macam-macam lagi bos."

" Aku cuma fikirkan Datuk Hambali sahaja, kalau bukan sebab dia, aku dah humban anak dia tu ke penjara. Biarlah.. aku akan simpan bukti ini, bila di perlukan aku akan bongkarkan "

"Iyalah bos ..sekarang ni kau nak buat apa dengan Ereena tu?"

"Apa lagi...proses memujuk lah...biarlah dia balik Malaysia dulu. Aku tak boleh terus jumpa dia. Dia mungkin masih marah kat aku
lagipun kalau dia sedar mesti lagi gila-gila dia marah aku sebab aku dah tak benarkan dia belajar lagi . Aku nak dia belajar jadi Isteri sejati yang solehah pula lepas ni"

" Tingginya angan kau...nak pujuk pun tak pandai. Tak kan kau tak ingat Ereena tu kan tetap pendirian. Punya susah kau nak ajak dia kahwin dulu..tak ingatkah?"

"Kau mana tahu, kalau ada cinta mesti dia akan lembut juga nanti...kau tengoklah... aku rasa tak sampai seminggu pun dia akan berada bawah ketiak aku ni"

" Perasan hebat sangat...kau cubalah.......kalau lebih seminggu kau pujuk dia tak dapat, kau tanggung hidup aku seumur hidup.Boleh?"

"Hah! Kau tak rasa aku hebat ke?
Sebelum ni pun sekali aku petik ja...berduyun Mari..."

" Yakin sangat , aku tahu lah Ereena tu lain dari yang lain...aku memang dapat rasa kau tak kan berjaya dalam masa seminggu...setahun mungkin iya...."

" Eh...kau cabar aku ek? Baiklah kita tunggu dan lihat...kalau aku berjaya kau nak buat apa?

"Kalau kau berjaya...memang aku jadikan kau bos aku seumur hidup. ..kalau tak ...hidup aku kau tanggung sampai mati...ok?"

" Baik...deal..."


............Sambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience