"Aku ada kat bawah, boleh turun sekejap teman aku makan. Flight aku malam ni. Ini last aku kacau kau , lepas ni aku tak akan ganggu kau lagi"
"Ok tuan. Tunggu sekejap saya tukar baju ". Sabar Ereena sabar.....layan dia sebentar Ereena.. sikit masa lagi dia akan pergi. Kesian dia...." bercakap sendiri memujuk diri.
Ereena melangkah turun dengan mengenakan dress labuh dan bertudung hijau muda. Dengan sedikit calitan di bibir membuatkan dia yakin dengan penampilannya. Bukan nak menggoda atau apa cuma memberi kepuasan untuk dirinya sendiri. Entah mengapa hari ini terasa gementar pula mahu berjumpa Huzair Qorni . Mungkin ajakan Huzair Qorni minta temankan dia makan terasa sangat jujur.
Dari jauh Huzair Qorni memerhati langkah Ereena dengan gaya tersendiri. Makin hari ke hari dia nampak Ereena semakin cantik. Rasa semakin berat pula mahu meninggalkan wanita itu di sini. Belum pulang dah rindu . Berdebar rasa jantung bila Ereena semakin menghampirinya dengan senyuman yang sangat manis. Baru hari ini dia melihat senyuman Ereena ikhlas terhadapnya. Jantungnya bagai mahu terkeluar dari sarangnya kerana terlalu gembira.
" Kau jangan buat hal jantung....malu kalau aku rebah di sini, dah la terasa jasad aku mahu melayang ni....sabar Huzair....sabar....". Huzair Qorni mengurut dada memujuk detak jantungnya kembali normal.
" Tuan...ok tak ni?". Terguran Ereena menyedarkannya yang hampir hilang nafas.
" Ouh ..I'm Ok...come in" Dia membuka pintu kereta dan mempelawa Ereena masuk. Serba salah pula Ereena dengan layanan Huzair Qorni terhadapnya. " Husky pula suaranya hari ini" bisik Ereena dalam hati.
Huzair Qorni membawa Ereena makan di sebuah restoran tepi sungai yang mempamerkan permandangan yang cukup indah....Kedengaran bunyi aliran air sungai yang mengalir sungguh mendamaikan jiwa. Sungguh kena dengan dengan jiwa Ereena suasana itu. Moodnya menjadi sangat baik hari ini . Asyik sungguh di sini sampai dia tak rasa nak makan. Kenyang terus.
" I nak you cuba makanan ni...pasti lepas ni you tak boleh lupa I...ouh I mean you tak boleh lupakan tempat ni" Terkejut Ereena dengan sebutan ganti diri yang Huzair Qorni gunakan. Tiada lagi aku engkau. Pelik.
" Sorry....Tuan . Saya tak faham"
" Look...I dah nak balik malam ni Ereena. Tolonglah....jangan buat I macam ni....Tolong buka ruang hati you sikit untuk I. Mula hari ni tak perlu panggil I tuan. Just call me abang....or whatever you like asalkan tiada jurang antara kita...please" Huzair Qorni terpaksa merayu Kali ini. Dia sudah tidak dapat melepaskan Ereena lagi . Apapun dia akan buat asalkan Ereena mahukan dia.
Ereena tidak menyangka Huzair Qorni betul-betul serius kali ini. Sungguh sopan ucapannya bila tidak ber "aku" "engkau" lagi membuatkan hati Ereena melembut dengan lelaki ini. Sungguh...walaupun Huzair Qorni sebelum ni agak kasar dan sering tidak sependapat tetapi hari ini ....begitu sopan sekali. Sedikit ada getar perasaannya bila dia sedar Huzair Qorni tidak pernah pun mengambil kesempatan ke atasnya. Dia seorang lelaki yang baik.
"Rasalah...." Huzair Qorni menghulurkan lobster , ketam dan berbagai makanan laut yang telah di kopek kulitnya kepada Ereena. Semakin pelik Ereena dengan kelakuan Huzair Qorni ."..tak kan buang tabiat kot...dah nak matikah ? " Ereena menepuk mulutnya walaupun dia hanya berkata dalam hati.
" Kenapa? You tak suka lobster tu ke? Kenapa you tutup mulut ? You suka makanan laut macam ni kan?
" Eh....suka ...memang saya suka makanan laut. Mana tuan tahu saya suka makanan macam ni? Saya kalau dapat makan macam ni....tak balik pun tak apa tuan....favourite saya ni...mmmm...berbaloi la teman tuan makan eh...tuan tak makan ke? Saya cuma temankan aja. Kenapa kopekan saya lobster ni....tuan makan lah...." Teruja Ereena melihat hidangkan makanan kegemarannya itu hingga dia lupa dia hanya di minta untuk menemani sahaja.
" Memang I order hidangan ni untuk you . Makanlah..."
" Ouh...terima Kasih tuan...Saya......terharu sangat". Bergetar suara Ereena menyebut kata. Dia pun tidak sedar air matanya bergenang. Sungguh istimewa dirasa dengan layanan Huzair Qorni walaupun hanya mengopek kulit udang . Sebelum ni tak ada pun orang yang melayannya special begini.
" Untuk hari ni dan seterusnya....tolong jangan panggil I tuan lagi.Please...." Sayu mata Huzair Qorni memandang wanitanya mengharapkan sesuatu yang boleh memberi ketenangan padanya.
" Baiklah....abang". Ish....geli pula nak panggil macam tu...maaf tuan ...boleh simpan dulu tak? Nanti saya fikir apa yang nak panggil nanti. Hari ini saya panggil " tuan" dulu ya ..." Entah apa yang bermain di fikirannya, malu pula Ereena bila tersebut panggilan itu.
"Dah...makan dulu, nanti tak sempat pula I hantar you balik. Nanti kena balik sendiri pula. I akan rasa bersalah. I tak kan biarkan you balik sendiri. Satu lagi....I dah bayar semua yuran pengajian you untuk tahun ni "
" Kenapa tuan? Saya bukan siapa-siapa dengan tuan . Perlu ke tuan buat macam tu? Saya rasa tak perlu kot. Saya rasa saya boleh hidup kat sini dengan duit simpanan saya. Ada juga wang peninggalan arwah nenek. Terima kasih tuan, sebenarnya saya tak mahu termakan budi. Maaf lah Tuan . I akan bayar balik ....".
"Ereena! Sedar tak you dah janji nak kahwin dengan I tiga tahun lagi . You dah jadi tanggungjawab I.... I nak you pegang janji tu Ereena!!". Naik seoktaf nada suara Huzair Qorni . Geram benar dengan putar belit Ereena. Jangan cakap tak ingat pula. Sengaja...huh!
" Janji kahwin? Itu kalau tuan tak ganggu saya lagi selama tiga tahun itu"
" Ya....I tak akan ganggu you jika itu yang you mahu tapi ...I berharap sangat you sentiasa hantar berita untuk I dan sekali you tak hantar I akan sampai sini serta merta. Faham!!!
"Baiklah tuan. Apa-apa aja. Saya yang menurut perintah."
Lengan Ereena yang berlapik cardigan di tarik lembut. Tersentap Ereena dengan kelakuan Huzair Qorni. Mahu saja dia meronta minta di lepaskan tetapi melihat panahan mata sayu Huzair Qorni melemahkan jiwanya. Huzair Qorni mengeluarkan sebentuk cincin berbatu putih dan menyarungkan ke jari manisnya. Membulat matanya memandang Huzair Qorni yang sedang tersenyum merenungnya. Wajahnya memerah dan menarik tangannya perlahan.
"Tuan...saya...
"Shhh....tak perlu kata apa-apa. Ini tanda cinta I untuk you. Harapan I , you tak akan mendekati mana-mana lelaki bila I jauh dari you. Selepas tiga tahun I harap you akan jadi milik I selamanya"
"Sebenarnya... tuan ...saya tidak cintakan tuan. Tuan tahu kan saya tak pernah pun terfikir untuk terima tuan. Saya bukan orang yang layak untuk tuan , tuan sedar tak ? ramai lagi wanita yang boleh tuan pilih. Tolonglah...jangan buat saya serba salah macam ni "
" You sedar tak yang you dah janji akan kahwin dengan I jika tak ganggu you kan? I turut saja kemahuan you. Ok...I tak akan ganggu you lagi. Selepas habis you belajar I akan datang semula Ereena. Tolong jaga cincin tu untuk I. Jom I hantar you balik. Lepas ni I tak akan ganggu you lagi. Sekarang ni ...Terpulang pada you nak hantar berita kepada I atau tidak tetapi selepas you tamat belajar tunaikan janji you tu.."
" Bunyi macam merajuk je...Buruk benar bila orang hensem merajuk.". Mengumam Ereena sendiri bila terasa lucu pula melihat wajah kecewa Huzair Qorni . Dia mempercepatkan langkah membuntuti langkah Huzair Qorni yang semakin laju menuju ke kereta.
Dia sedar beberapa mata sedang memerhati tingkah mereka.
Huzair Qorni terus memandu tanpa riaksi apa-apa. Sunyi.... Kedua-duanya diam. Ereena gelisah dan rasa bersalah pula dengan tuturnya tadi. "Aduh!! macamana nak minta maaf ni ...
" Tuan...ehem....saya minta maaf. Bukan saya sengaja tak nak terima tuan. Saya malu dan saya sedar diri... sebenarnya saya tak yakin saya boleh bahagiakan tuan. Tuan Huzair Qorni....dalam masa tiga tahun ni tuan cuba lah cari wanita lain dahulu... ya...wanita yang sempurna di mata semua orang. Saya harap tuan jumpa seseorang yang sesuai dengan Tuan. Saya ni bukan siapa-siapa pun ..dah la anak Yatim. Saya tak kisah pun kalau tuan tak cari saya lagi lepas tuan jumpa orang tu....saya faham".
"Ereena!!..you jangan cakap macam tu lagi. You dah cukup sempurna di mata I . Kali pertama I nampak you I dah suka walaupun masa tu I ingat you dah kahwin. I Cuba buang perasaan itu hingga I tuduh you bawa saka tapi bila I tahu you cuma pengasuh Daiyan I bersyukur sangat sebab I boleh dekati you. Oh...bercakap pasal Daiyan...dia dah ubah diri , dia dah buka hati I untuk menjiwai rasa menjadi bapa..."
"Daiyan?...Hu..hu ..lama mommy tidak mendengar nama Daiyan di sebut orang. Mommy rindu Daiyan. Saya nak balik Tuan Huzair....saya nak ikut tuan balik....saya rindu dia . Hu .hu..." Meroyan Ereena datang semula. Dia cuba lari dari mengingati Daiyan tetapi malam ini hatinya tersentuh semula.
" Ereena...you perlu capai impian you dulu di sini. Daiyan sudah pergi dan tak akan kembali. You mesti kuat . You kena ingat tujuan you ke sini untuk lupakan kisah dia kan? Nak lupakan kesedihan awak kan? I minta maaf sebab mengingatkan you pada dia. I'm so sorry".
" I nak ikut you balik Tuan Huzair Qorni....You dah buat I ingatkan dia. Jiwa I jadi tak tenteram. " Merah mata Ereena memandang Huzair Qorni membuatkan lelaki itu kecut perut. Ereena pun turut ber "I" "you" dengannya.
"Errr....you dah susah payah datang sini sayang. Kalau I bawa you balik , I nak kita terus nikah. Nak ke?"
"Tuan!!!
......Sambung.....
Share this novel