" I nak ikut you balik Tuan Huzair Qorni....You dah buat I ingatkan dia. Jiwa I jadi tak tenteram. " Merah mata Ereena memandang Huzair Qorni membuatkan lelaki itu kecut perut. Ereena pun turut ber "I" "you" dengannya.
"Errr....you dah susah payah datang sini sayang. Kalau I bawa you balik I nak kita terus nikah. Nak ke?"
"Tuan!!! saya tak nak....tak nakkk..."
" Kalau you balik pun Daiyan bukan hidup balik. You perlu nekad Ereena ..habiskan study you dan kita kahwin"
"Baiklah tuan...kalau itu yang boleh saya buat. Kalau balik pun kena kahwin. Oklah saya stay saja di sini. Janji jangan ganggu saya dan saya akan sentiasa hantar berita untuk tuan. ". Ereena terpaksa mengiyakan saja. Dia sudah penat melayan Huzair Qorni lagipun hatinya kembali sedih bila teringatkan Daiyan yang telah pergi .
" Ok...take care Ereena. Jangan dekati mana-mana lelaki dekat sini. Ingat I sedang tunggu You " Berat hati Huzair Qorni meninggalkan Ereena sendirian. Dia terpaksa mengupah seseorang untuk membantu Ereena di sini . Biarlah ...Ereena tidak boleh tahu siapa orang itu, jika tidak dia mesti tidak setuju.
"Dengan langkah longlai ...Ereena menuju ke rumah penginapannya. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Suzy teman serumah menyapa dari dapur.
" Who is that guy huh? Boyfriend? Hensem sangat "Suzy membawa cawan kopinya sambil duduk bersantai di ruang tamu.
" Nope! Jangan buat andaian bukan-bukan . My bos la..."
" Your boss?? Tak percaya I....Tak kan bos ? l nampak kat bawah tadi ...bukan macam bos pun. Macam kekasih. Tak nak cerita apa-apa ke?" Suzy masih mahu memancing, dia mahu tahu lebih tentang Huzair Qorni.
" Hem....tak ada benda nak cerita lah....lupakanlah lelaki itu. How about your family, jadi ke datang sini? Baru seminggu dah rindu pasti you ni anak manja kan?"
" Bukan manja la, dia orang tak senang bila I tak ada lagipun sekarang ni dia orang tak boleh tinggal kat Malaysia pada musim tengkujuh ni sebab tak boleh nak jalan kemana-mana. Bosanlah tu"
" Oh...senangkan jadi orang kaya, asal bosan ja pergi luar negara. Musim hujan ja....pergi luar negara. Seronoknya. I datang sini pun ...duit kumpul 5 tahun tau...."
" You guna duit sendiri? Why not you ask your boss...Dia kan kaya ....Ouh !! I ingat dia yang sponser you..Bercakap tentang bos you... dia ke lelaki yang sama ambil you kat kolej tadi"
" The answer is yess...why?"
"Cakap tak ada hubungan apa-apa....kenapa sampai hantar you kat sini. I musykil lah...baik you beritahu apa hubungan you dengan dia?" Serius.... macam langit dengan bumi ja.
"Kebetulan aje la...dah alang-alang lalu kat sini lagipun ada kerja kami yang belum selesai. Sebenarnya kontrak kerja I belum tamat..tapi dah dapat tawaran belajar I terpaksa buat satu perjanjian kerja dengan dia . Sebab tu dia cari I". Ereena terpaksa berbohong kerana Suzy seperti tidak puas hati hubungannya dengan Huzair Qorni , Ereena dapat merasai perasaan Suzy yang berbaur cemburu di situ.
Sebenarnya.... telinga Ereena dah tak sanggup mendengar bila Suzy masih bertanya lagi tentang Huzair Qorni. Macam berminat dan dalam masa yang sama ada berbaur cemburu. Hebat sangat ke lelaki tu? Tak hebat mana pun aih ...sebab apa Huzair Qorni di sukai oleh semua perempuan hah? Ereena langsung tidak faham. Terfikir juga dia .... entah -entah dirinya sendiri yang bermasalah....tak minat pada lelaki ....ish...tak mungkin kot. Belum temui yang berkenan di hati sebenarnya..."
" Tadi ramai yang bercakap tentang dia dengan you ...Cuba cakap terus terang sikit...siapa dia dengan you hah?" Suzy dah mula geram sebab Ereena tidak mahu berterus- terang. Dia nampak lelaki itu menarik Ereena keluar dari perpustakaan tadi. Lelaki yang cukup sempurna kejadiannya...dan memang sikap dia selalu rasa cemburu dengan hubungan orang lain. Dia tidak boleh duduk diam.
" Kan I cakap dia tiada apa-apa hubungan dengan I la....Kami cuma terikat dengan satu perjanjian. Nampaknya you berminat nak tahu tentang dia sangat ni ? You suka dia ke? Kalau you suka dia...you boleh aja cuba dapatkan dia ...I tiada halangan pun...." Geram pula Ereena dengan rakan serumahnya itu. Belum betul-betul kenal lagi dah nak korek rahsia orang. Mana tahan macam ni...tak boleh jadi kawan baik ni. Nasib kaulah Huzair Qorni...kenapa tunjuk hensem depan orang . Hensem ke? Tak hensem sangat lah....tak bergetar pun aku tengok dia. Dia masih memandang negatif terhadap Huzair Qorni.
" Kenapa diam pula minah ni? Dia betul-betul nak kan Huzair Qorni ke?...ambillah....ambil semua....aku tak rasa apa-apa pun..kalau Huzair Qorni berkenan selamatlah aku..macamana la kalau betul Huzair Qorni tu kekasih aku...tak aman la hidup aku bila kekasih menjadi rebutan orang". Ereena cuma berbisik dalam hati. Tiada respon dari Suzy , dia terus berlalu masuk ke biliknya untuk membersihkan diri dan solat. Terpandang cincin di jarinya. Dia tersenyum mengingatkan senyuman Huzair Qorni tadi, ikhlas....tapi dia tak boleh memakai cincin itu kerana dia tiada rasa pada lelaki itu. Lelaki itu bertepuk sebelah tangan. Tidak adil bukan? Dia mencabut cincin itu lalu di letakkan di dalam Laci meja studynya.
Selesai melipat sejadah dan mengantung telekung, Ereena mencapai telefonnya dan melihat gambar di skrin ....dia dan Daiyan sedang menikmati aiskrim dengannya penuh penghayatan . Masih terbayang wajah comel Daiyan comot dimulut . Dia tersenyum lalu melihat gambar kenangan lain yang di simpan. Ereena tidak sanggup memadam gambar kenangannya bersama Daiyan , biarlah kenangan itu tetap berada dengannya. Ereena tidak rela membuang kenangannya bersama anak syurga itu kerana Anak itu pernah membahagiakannya. "Tunggu mommy di sana sayang ....Mommy rindu...."air matanya meleleh untuk sekian kalinya. Dia memejam matanya dan nampak Daiyan berlari-lari dengan gembira di suatu taman indah. Tit...tit....ada mesej masuk ke Telefonnya....dari Huzair Qorni.
- I dah naik flight...jangan lupa janji you. Sweet dream sayang...."
"Sayang? Ish ...masih terlalu awal la mamat ni panggil aku macam tu .. tak rasa apa-apa pun...ish ..tak suka la....". bermonolog Ereena sendiri....betul ke dia memang sukakan aku? Tak apalah aku beri tempoh tiga tahun aja...lelaki ni bukan boleh percaya sangat, pasti berubah....Hati!!..kau dengar kata aku ok, jangan minta aku dengar kata kau...." Rasa bimbang pula Ereena dengan kata hatinya. Kata orang hati perempuan senang di sentuh....beri harapan dan layanan istimewa pasti cair dan melayang. Betul ke? Tak...tak...aku tak kan begitu. Fuh!!! Dia hanya melihat mesej itu tanpa membalasnya.
Bila bersendirian macam ni pula gelisahnya...nak tidur pun tak lena. Mahu berbual dengan Suzy, nanti dia korek cerita Mamat tu lagi. Tak kuasa aku nak layan. Kalau nak dia akan usaha sendiri. Ereena pusing ke kanan ke kiri dan ke kanan semula untuk mencari posisinya untuk belayar melayan kantuknya . Masih tidak mahu Lena walaupun sudah rasa mengantuk , dia memasang pula surah Al-mulk melalui telefon bimbitnya dan mengikut bacaan itu hingga akhirnya dia terlena. Tit...Tit....tiba-tiba mesej masuk lagi. Mesej dari Zety pula Kali ini.
-Dah tidur ke belum? Aku nak beritahu kau sesuatu"
-Belum....ada apa?
- Bagus....Pertama sekali....Huzair Qorni dah balik Malaysia ke belum?"
-Dah bertolak malam tadi.. Huh!!.asyik-asyik lelaki itu yang kau tanya dulu ek... Kalau ya pun Tanya aku dulu sihat ke tidok!!"
- Yalah.. ..kau sihat ke?
- Huh!! ditambah emoji meluat.
- Ha..ha...ni aku nak beritahu Zalika dah keluar dari penjara. Huzair Qorni dah gugurkan tuduhan cubaan membunuh Daiyan."
- Baguslah...
- Baguslah??? Kau suka ke dia keluar. Berbaloi ke?"
- Bincang tajuk lain boleh....aku ....aku tengah sedih ingatkan Daiyan ni...."
- Sorry...Sorry.....Emm...Huzair Qorni bertolak pukul berapa tadi ?
- Ish...lelaki itu lagi....dahlah..esok kita Sambung. Aku nak tidur. Tup....terus di matikan Telefon bimbitnya . Malas mahu melayan kawan baiknya itu ..Esok lah dia betulkan keadaan. Lampu di tutup dan Ereena cuba pejamkan mata. Dia gelisah semula. Kenapa ya? Sejak Huzair Qorni pulang ke Malaysia dia jadi resah...tidak boleh tidur pula....dia teringat cincin yang Huzair Qorni sarungkan di jarinya siang tadi. Dia bangun dan membuka meja studynya lalu di ambil cincin pemberian Huzair Qorni dan menyarungkannya semula. Dia tersenyum. Matanya terus terpejam bila tubuhnya berlabuh di atas katil.
...........
Pagi itu Ereena ke kuliah menaiki bas. Nasib baik dia keluar tepat waktu , tidak terlalu lama untuk menunggu bas. Tempat duduk pun masih banyak mungkin ramai pelajar tiada kelas pagi ini. Suzy pun kelas petang.
Ereena berjalan menuju ke kelas macam biasa tetapi dia rasa diperhatikan. Dia terus menuju ke tandas dan melihat penampilan dirinya. Tiada apa-apa yang pelik....tetapi kenapa banyak mata memandangnya. Dia merapikan tudungnya sekali lagi....tudungnya tidak cantik kah? atau ada apa-apa pada tudungnya. Ramai saja yang pakai tudung di sini, tiada apa yang pelik pun. Kenapa mereka pandang aku pelik.
"Ah! Lantaklah....kalau mereka nampak pelik mesti mereka beritahu aku nanti. Yang geramnya mereka seperti berbisik dan mata mereka memandang ke arahnya. Memang sah la mereka sedang bergosip tentang dirinya.
" Siapa Huzair Qorni dengan you ..Ereena? Belum sempat dia duduk di tempatnya , Sarah sudah terpacak menunggu jawapan. Berdesing telinganya bila nama lelaki itu di sebut lagi. Rasa mahu saja dia jerit beritahu yang dia dah tak larat nak jawab. Kalau dia jerit mesti orang kata dia meroyan.
" Kenapa semua orang nak tahu hubungan I dengan dia? Dia bos dan I pekerja. Dia cari I kat sini sebab satu perjanjian pekerjaan. Puas hati?"
" I don't trust you Ereena.!! Kedatangan dia semalam membuka banyak mata. You jangan tipu hubungan you dengan dia. Ramai yang nampak dia merayu pada you. Bos ke macam tu??"
"Terpulanglah....kalau you tak nak percaya ...". Ereena sudah malas , kalau ada yang bertanya lagi mahu saja dia mengaku yang Huzair Qorni tunangnya. Biarlah....dia dah penat sangat. Tak mengaku pun susah ... mengaku pun susah....kalau tipu lagi susah....penat betul ....sebenarnya apa jawapan yang nak mereka dengar pun dia tidak tahu ? Ereena betul-betul tak faham.
.......Sambung ........
Share this novel