"Kahwin dengan aku Ereena!" Huzair Qorni tiba-tiba mengeluarkan kata membuatkan Ereena yang sedang tenang menyuap nasi lemak tersentap. Datin Rose yang sedang minum coffee Latte terus tesedak sementara Datuk Hidzir menggaru telinga tidak percaya mendengar ucapan anak tunggalnya pagi itu. Zety yang turut serta menemani Ereena menutup mulut menahan tawa. Lucu benar cara Huzair Qorni.
" Eh..Kenapa pulak nak Kahwin dengan tuan? Saya tak nak lah... Saya tidak bekerja di bawah tuan lagi. Lusa saya akan bertolak ke UK. Saya tak mahu berfikir lagi tentang semua tu. Daiyan dah tak ada, sekarang ni saya nak fikir tentang masa depan saya." Ereena terus menyuap suapan seterusnya. Malas mahu melayan kehendak orang lain lagi. Sudahlah semalam dia di paksa tidur di rumah itu. Nasib baik juga Zety menemani. Zety yang sampai lewat terkilan kerana tidak sempat sama-sama melihat Daiyan untuk Kali terakhir bersetuju untuk bermalam di rumah Huzair Qorni.
" Siapa nak biaya kau kat Sana? Kau tak ada kerja kan? Kalau kau kahwin dengan aku , aku akan biaya pengajian kau sampai tamat, kan untung "
" Minta Maaf tuan, saya tak nak. Saya tak nak terhutang budi. Saya boleh ja cari duit sendiri. I'm so sorry. Kami dah nak balik lepas ni .
"Tidur lagi la sini semalam lagi. Awak tu nampak tak sihat sangat. Mesti tak dapat tidur lena semalam kan" Datin Rose mempelawa Ereena untuk bersamanya lagi. Hanya Ereena yang boleh menyejukkan hati tuanya. Dia rasa bahagia bila Ereena dekat dengannya .
"Tak boleh Datin. Esok Zety kerja. Dia tak nak tidur sini. Terkebil Zety memandang Ereena . Pandai benar buat cerita, sebenarnya esok dia telah pun dapat kelulusan cuti. Dia tahu Ereena tidak selesa tinggal di sini. Mungkin desakan Huzair Qorni tadi melemaskan rakannya itu.
Huzair Qorni sepertinya tidak putus asa, Entah Kali ke berapa dia melamar Ereena. Dia percaya suatu hari Ereena akan tunduk juga padanya. Dia harus buat sesuatu. Dia dah tak boleh nak fikir perempuan lain lagi. Sejak hatinya terpikat pada Ereena dia sudah jarang keluar dengan mana-mana perempuan lagi, kalau ada pun hanya atas urusan kerja.
" Huh! Degil! Kalau jadi apa-apa ,salahkan diri sendiri. Ikut ja lah apa orang kata. Rupa tu dah macam mak lampir tak cukup tidur ." Huzair Qorni mendengus geram. Mahu saja dia kuatkan lagi suaranya itu jika tiada kedua ibu bapanya . Dia sendiri tidak tahu kenapa dia suka memaksa Ereena sedangkan wanita itu tiada apa-apa hubungan dengannya. Sungguh luar biasa aura wanita ini.
" Huzair!! Cukup lah tu ..Ereena takut kat awak tu. Jangan usik dia lagi" Datin Rose menegur Huzair Qorni yang baginya sudah melampau menyakat Ereena.
Ereena dan Zety minta diri untuk pulang . Huzair Qorni tidak melepaskan pandangan matanya yang galak itu untuk merenung Ereena tajam. Memang nampak sangat dia tidak benarkan Ereena balik . Ereena pula kecut perut juga bila dipandang begitu. Nak nikah macamana lah kalau beginilah peelnya. Garang macam apa lagi gumamnya dalam hati.
Tergelak Datin Rose dan Datuk Huzair dengan tingkah anak mereka itu. " Huz suka ke dengan Ereena tu? Betul ke Huz nak kahwin dengan dia?
"Mama dengar macam main-main ke? Serius lah mama, Huz suka dia"
"Huz...Huz... Kalau betul pun bukan begitu caranya Huz. Huz kena berlembut sikit dengan dia . Tak kan itu pun mama nak kena ajar." Datin Rose tergelak mendengar ayat Huzair Qorni melamar Ereena tadi. Selamba badak saja anak bujangnya itu melamar Ereena. Bukan Ereena saja , perempuan mana pun kalau mendengar ayat tu mesti berfikir sepuluh kali untuk terima. Entah betul entah tidak lamarannya itu. Lawak betul .
" Dia tu degil la mama. Dia bukan pandang Huz pun. Sengaja Huz paksa-paksa dia . Hensem macam ni pun dia tak nak, memang rugilah. Sakit juga hati Huz ni mama."
" Kau tu perlu menuntut dengan papa dulu macam mana nak pikat perempuan macam Ereena tu. Dah tak kena dengan gaya tak berjayalah. Cuba kau tanya mama macam mana papa pikat dia dulu. Last sekali mama yang lebih-lebih gilakan papa." Tiba-tiba Datuk Hidzir mencelah dengan senyuman .
"Ish...papa ni. Malu lah....Kita lain, Huz ni lain sangat la papa. Nak nikah pun main paksa-paksa. Mana boleh macam tu. Setakat ni mama tengok Ereena tu tak berkenan pun dengan Huz. Huz yakin ke nak dia juga? Kan banyak perempuan yang Huz bawa keluar, ambil lah satu.
" Semua tu tak macam Ereena. Mama percaya tak Huz terkena guna-guna"
" Hish...kamu ni. Tak baik la buruk sangka dengan orang. Ereena tu bukan Huz saja berkenan. Mama pun berkenan dengan dia. Datin Saroja pun sama. Dia dah lama nak kenenkan anak bujang dia yang kerja kat Singapore tu. Tak kan semua kena orang kena Saka dia pula?
" Huz pun tak tahu lah, sejak jumpa Ereena, Huz dah tak boleh lupa dia. Agak-agak mama lah kenapa Macam tu? Macam kena ilmu pengasih pula.
" Tu rasanya jatuh cinta. Sakit kan kalau orang tak layan kita? Sebab tu jangan bagi harapan pada orang. Ramai sangat yang mengharapkan Huz. Mama ni terima macam-macam aduan dari bekas kekasih Huz tu. Huz dapat rasa tak macamana sakitnya tu?
" Semua Perempuan tu tak sama macam Ereena. Mereka nak harta tetapi Ereena tak macam tu. Huz yakin suatu hari Huz akan dapatkan dia. Berani kerat jari la ma, kalau dia menolak lagi Kali ni. Mama tengok lah nanti kalau cara kasar dia tolak , kita buat cara lembut pula."
"Ni... kes Zalika macamana. Huz ? Huz nak biarkan dia merengkok dalam penjara tu lama-lama ke? Kasihan dia Huz...silap- silap boleh duduk dalam penjara seumur hidup tau. Huz gugur ja la tuduhan tu. Anaknya pun dah tak ada"
"Huh...mama tak ingat ke ugutan dia. Kalau dia keluar nanti dia nak balas dendam pada Huz dan Ereena juga. Huz tak kan biarkan dia sakiti Ereena. Itu janji Huz. Kalau apa-apa terjadi pada Ereena, Huz tak kan sekali -kali biarkan. Lagipun geram Huz ni tak hilang lagi, macam Daiyan tu bukan anak dia. Huz pun terasa kehilangan anak tu, ini pula ibu kandung dia, sungguh buruk perangainya tu"
"Huz kena ingat, dulu Zalika tak macam tu. Dia anak yang sangat baik dan mendengar kata. Hidup mama rasa lengkap semasa besarkan dia. Semua orang sayangkan dia termasuk Huz kan? Tetapi ....selepas Huz tak membalas cinta dia...hik! hik! hidup dia kacau bilau..hik..hik..."
"Tak berbaloi la mama menangis kerana dia. Jangan kenangkan dia mama, dia pun anak tak mengenang budi. Huz dah jadi benci lah pada dia"
"Huz...papa harap Huz jangan terus membenci dia. Kita Cuba bantu dia untuk berubah. Dulu papa dah hilang sabar bila dia tutup mulut tentang lelaki yang rosakkan dia tu. Papa ingat keputusan hantar dia jauh ke seberang tu akan membuatkan dia berubah tetapi jadi sebaliknya pula. Dia benci pula pada kita. Papa cuba buka pintu hati papa memaafkan dia, tapi sekarang dah jadi macam ni pula. Ada cara ke nak selamatkan dia?
" Kalau dia keluar nanti, Huz takut dia betul-betul nak membalas dendam pada Ereena. Huz nampak kebencian dia pada Ereena. Boleh ke dia berubah sedangkan dalam dirinya penuh dendam."
"Berilah dia peluang. Kita cuba buat yang terbaik untuk dia bila dia keluar nanti. Huz gugurkan tuduhan tu dulu. Kalau di tuduh membunuh ...berat tu. Kasihan dia Huz."
" Mmmm...tengok lah dulu. Kalau ada keperluan Huz akan fikirkan. " Huzair Qorni berlalu pergi naik ke bilik. Sakit hati pada Ereena pun belum reda, kena fikirkan Hal Zalika pula.
"Hemmm ....Ereena....Cantik ke? Macam tak ja...tapi Comel sangat....apa yang dia pakai hah?" Huzair Qorni tidak pernah ada perasaan sebegitu sebelum ini . Dia tidak tahu waktu bila dia sudah jatuh cinta pada Ereena. Sedar-sedar perempuan itu sudah ada dalam hatinya. Di fikirannya juga penuh dengan Ereena. Dia pernah menidakkan kehadiran Ereena dalam hatinya ...tetapi dia kalah bila malamnya tidak dapat Lena. Dia memang tidur tetapi tidak Lena? Dia juga menuduh Ereena ada saka. Ya.. mungkin Saka cantik. Dia tidak pernah pun pergi berubat kerana dia tidak percaya langsung sebelum ni. Sekarang ni macam nak percaya saja.
Huzair Qorni mendail nombor Cik Qadeeja. "Ya bos! Perlu bantuan ke? Apa dia bos?"
" Dah cari ke orang yang boleh buang Saka tu?
" Dah...dia sekarang ni ada dekat Ipoh. Elok sangat kalau bos nak minta khidmat dia. Boleh saya buat temujanji. Bos pilih tarikhnya" Lucu benar dengan bosnya itu. Sudah jatuh cinta masih dikatakan ada saka. Tak percaya...ni mesti cinta pandang pertama. Cik Khadeeja tergelak sendiri gara-gara bosnya baru tahu sakitnya cinta .
........Sambung......
Share this novel