Bab 8 Rindu

Romance Series 31400

Zalika kembali ke Seberang menemui anaknya Daiyan . Ereena di halau keluar secara berhemah. Sakit hati Ereena bila Zalika dengan lemah lembut menyuruhnya keluar dengan segera. Dengar macam tiada apa tapi orang yang mengalaminya terasa sehingga ke ulu hati. Datin Suraya pun tak menyuruhnya keluar tergesa-gesa begitu. Datin Suraya minta dia keluar bila Daiyan bersedia dan selesa dengan mamanya. Ereena terpaksa keluar juga kerana tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui. Ereena tiada hak untuk tinggal di situ lagi bila Zalika pulang menuntut Daiyan.

Daiyan yang betah mulutnya menjadi kelu , hanya matanya yang buntang itu mengiringi pemergian Ereena yang selama ini memenuhi ruang hatinya. Dia tidak tahu lagi mahu katakan apa lagi untuk memujuk Ereena. Air matanya tidak berhenti mengalir sejak Ereena melangkah pergi. Sudah habis kata pujuknya untuk menghalang Ereena pergi, tetapi Ereena tetap pergi juga . Pelukkan erat dari Ereena tadi benar-benar memilukannya.

Sudah sebulan Ereena pergi. Zalika juga telah pun di terima bekerja di Syarikat N & N sebagai pengurus sebuah syarikat barangan jenama Jarry. Dia selalu juga pulang lewat malam dan sentiasa sibuk . Daiyan di tinggalkan bersama Bibik Suchi . Sedikit murung dan tidak ceria anak itu. Makan pun sekadar memenuhi keperluan sahaja. Banyak masa di habiskan dengan tidur kerana dengan tidur dia dapat hentikan ingatannya pada Ereena. Bibik Suchi inilah selalu bersama- sama Ereena membesarkan Daiyan.

Perkahwinan Zalika dengan Huzair Qorni telah pun di atur oleh papanya Datuk Hidzir Dan Datin Rose. Perkahwinan yang Zalika nantikan selama ini dengan cinta pertamanya. Walaupun Huzair Qorni nampaknya kurang setuju, Zalika benar-benar puas kerana dapat membalas dendam untuk cintanya telah di tolak dulu .

Perkahwinan mereka akan berlangsung bila Daiyan bersedia menerima Huzair Qorni dan Zalika sepenuhnya. Datuk Hidzir Dan Datin Rose telah pun melawat cucunya itu sebaik Zalika mengaku orang yang bertanggungjawab terhadapnya sejak Lima tahu dulu. Mereka menjadi teruja pula bila tahu yang anak itu mungkin anak Huzair Qorni.

" Daiyan tak faham kenapa sekarang Daiyan ada ramai Atuk dan nenek? Daiyan dah ada nenek Rose. Dulu Atuk pergi mana? Daiyan tak pernah nampàk pun"

" Ouh...Atuk tinggal jauh dari sini, nanti Daiyan boleh ikut Atuk balik rumah atuk. ? Atuk gembira bila dapat jumpa cucu Atuk yang comel ni. Daiyan dan jumpa papa? Membulat sempurna mata anak kecil itu bila mendengar perkataan papa. Ternganga sedikit mulut merah itu.

" Papa? Daiyan ada papa? Mana papa Daiyan? Betullah kata Mommy ....nanti Daiyan akan jumpa dengan papa jika Daiyan tinggal dengan mama. Terima Kasih Mommy.

"Siapa Mommy? Daiyan ada Mommy kah? Nampaknya Datuk dan Datin belum kenal dengan Mommy.

"Mama dah minta Mommy pergi. Daiyan tak suka mama" Itu perasaan anak kecil itu sejak Mommynya meninggalkan tempat itu. Air matanya merembes lagi untuk sekian kalinya.

.............

Mommy...mommy....I want mommy..hik..hik..." Daiyan terus merintih meskipun tanpa sedar. Badannya sangat panas hingga menggetarkan tubuh montelnya. Bibirnya menjadi kering dan sedikit merekah akibat suhu badan yang tinggi. Bibik Suchi menjadi cemas dan segera menalifon Cik Mudanya .

" Cik muda! badan Ryan sangat panas . Saya sudah letak ais di kepala tetapi masih panas. Saya takut Cik Muda. Suhu badannya terlalu panas . Badannya dah mula gigil gigil gitu. Cepat pulang ya Cik."

" Ya lah ...Ya lah...." Zalika cepat-cepat letak Telefon . Dia meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi. Sedikit pun dia tidak ada rasa simpati atau bimbang pada Daiyan. Yang dia tahu kerjanya perlu di habiskan cepat. Dia jadi perhatian bos besarnya untuk kenaikan pangkat. Dia perlu tunjukkan komitmen yang tinggi supaya selari dengan saingan lainnya. Hal Daiyan di letak ke tepi dulu. Anak itu menyusahkannya. Dia hanya gunakan Daiyan hanya untuk membalas dendam pada bapa Daiyan nanti.

Sementara di rumah , Bibik semakin takut. Dijelumnya ubun-ubun Daiyan hingga basah seluruh kepala. Bibik lihat mata Daiyan memandang ke atas dan badannya sedikit kejung. Bibik mencapai telefon dan terus mendail nombor Datin Sri Saroja tetapi tidak diangkat. Dia terpaksa mendail nombor Ereena walaupun telah diberi amaran oleh Zalika.

"Cik Ereena, tolong saya. Daiyan demam dan dia sepertinya kejang...tolong saya Cik Ereena saya takut."

"Ok...ok bibik saya datang. Bibik terus jelum kepala Daiyan ya. Bibik jangan pergi jauh dari dia ya..tunggu saya datang"

Ya Allah...selamatkan Daiyan Ya Allah". Cepat-cepat Ereena keluar dari rumah memandu keretanya mengharungi hujan lebat diluar sana.

Sampai di rumah Zalika, Ereena cepat-cepat masuk tanpa mengetuk lagi. Dia terus ke bilik Daiyan dan mendukung anak itu dengan kudratnya yang ada lalu dimasukkan ke dalam kereta. Bibik mengikutnya dari belakang. Ereena terus ke hospital tanpa bercakap apa-apa lagi. Melihat keadaan Daiyan yang kejung itu dengan mata hitam hampir hilang itu dia sepertinya hilang arah . Kereta dipandu laju , dia tidak nampak apa-apa di sekelilingnya kecuali hospital.

Sampai di hospital dia terus memarkir keretanya bila tertera tulisan kecemasan. Dia cepat-cepat mendukung Daiyan masuk ke situ dan di sambut oleh beberapa pekerja hospital . Daiyan terus di tolak ke wad kecemasan Zon merah. Keadaan Daiyan kritikal, Ereena berdoa supaya Daiyan dapat diselamatkan.

Dia menangis disamping bibik Suchi semahu-mahunya. Menyesal dia tinggalkan Daiyan kepada Zalika walaupun Daiyan meronta-ronta mahu mengikutnya. Sedih sangat bila memandang muka Zalika yang masam mencuka itu dia terpaksa tinggalkan Daiyan. Dia tidak mahu mungkir janji , menyerahkan Daiyan pada Zalika bila dia pulang nanti.

"Puan Ereena! Anak Puan sudah stabil. Kami masukkan ubat melalui punggungnya. Nasib baik suhu badannya cepat turun. Kalau Puan terlambat mungkin sesuatu yang serius akan terjadi. Sekarang ni dia masih berada di Zon kuning dan masih di pantau.

" Alhamdulillah . Terima Kasih doktor.". Reena baru rasa dapat bernafas. Sejak tadi dia dadanya seperti tertahan sesuatu. Jantung pula terasa mahu keluar. Perkhabaran doktor menenangkan emosinya. Barulah Ereena teringat keretanya yang di parkir tengah jalan tadi. Dia terkocoh-kocoh berlari mendapatkan keretanya yang mungkin menghalang kenderaan lain yang keluar masuk.

Sebaik sahaja dia perlahan-lahan mengundur keretanya bila pasti tiada sesiapa pun di situ. Dalam berjaga-jaga itulah . Bedebuk !!! Sepertinya dia terlanggar sesuatu. " Alamak ada manusia...." Encik...Sorry Encik. Saya tak nampak pun Encik lalu tadi maafkan saya" Terkejut Ereena bila dia terlanggar seorang lelaki. Lebih terkejut lagi lelaki itu adalah lelaki mulut jahat . Ereena teringatkan gelaran yang Daiyan berikan pada lelaki itu. Nasib baik tak teruk sangat.
.

" Buta ? Ada mata tapi buta! ". Menjeling lelaki itu dengan muka marah" Lelaki itu terus menjerit kepadanya membuatkan Ereena sedikit terkejut. Sebenarnya Huzair Qorni sudah nampak Ereena terkocoh-kocoh berlari mahu ubahkan keretanya yang di tengah jalan itu. Dia sengaja berada dekat dengan kereta Ereena dengan niat mahu mengusik.

" Encik baju Kot....saya minta maaf sangat-sangat. Saya memang tak nampak Encik tadi . Ya..ya...saya buta tadi sebab tak nampak Encik. Sori Ek" Reena mengaku terus dia buta supaya tak berlaku pertengkaran yang panjang.

" Buta dan gila. Sakit badan aku. Nasib baik tak patah. kalau tak...merana kau seumur hidup."

" Encik ...saya kan minta maaf baik-baik. Saya cakap saya tak sengaja"

"Sebab tu aku kata kau buta. Mata letak dekat lutut mana nampak orang."

" Encik ni memang betul la mulut jahat, anak saya pun kata Encik ni mulut jahat"

"Ya lah tu.. Mulut aku memang jahat tapi ,ni hah badan aku yang sakit ni kau nak urut?"

"Herk!! Huk..huk.." Tercekik sudah....Ereena tertekan liur sebab terkejut dengan kata-kata lelaki itu." Kena sikit pun minta di urut, aku urut betul- betul Kang....angau terus..hi. hi ..". Ereena tergelak dengan alasan tak masuk akal Huzair Qorni itu.

" Kalau kau tak nak urut aku nak bayar duit ubat aku."

" Nak ubat ke? bukan luka pun. Langgar sikit aja. Bukan saya langgar ...Saya rasa Encik yang langgar kereta saya. Saya ada bukti. melalui dash Cam ni. Nak tengok? Belum sempat dai membalas telefonnya berbunyi.

Trutt...Trutt ...Ya ..bik ada apa? ok-ok saya datang". Bibik Suchi memberitahu yang Daiyan memanggil mommynya. Dengan segera dia terus memarkir keretanya di tempat parkir. Sebaik dia keluar dari kereta aia terus berlari ke bilik rawatan Daiyan. Sempat juga dia memohon maaf sekali lagi atas kesalahan yang tidak di sengajakan pada Huzair Qorni.

Daiyan sudah sedar dan dimasukkan ke Wad biasa. Dari jauh Ereena sudah mendengar bebelan Zalika. Mesti bibik sudah kena marah kerana melibatkan dirinya dalam hal Daiyan.

" Hey...kan aku dah cakap kau tak perlu ambik tahu lagi pasal Daiyan lagi kan? Zalika memandang tepat ke wajah Ereena membuatkan Ereena kecut perut. Bukan apa dia takut Zalika membawa Daiyan pergi jauh darinya.

" Daiyan kan sakit...bibik Telefon saya kerana Daiyan dah kejang. Nasib baik kita sampai awal , kalau tidak tak tahulah apa akan jadi pada Daiyan Cik Puan. Maaflah kalau saya mungkir janji. Izinkan saya menjenguk Daiyan sekejap."

" Mommy...I want Mommy. Mommy....jangan pergi Mommy . Daiyan rindu Mommy ...jangan pergi Mommy.Please.....

Ereena berlari memeluk Daiyan yang sudah mendepa tangannya itu. Di peluknya anak itu semahunya. Sebulan sudah Ereena berpisah dengan anak itu. Dia Cuba memujuk Datin Sri Saroja untuk mendapatkan Daiyan . Dia tahu Daiyan mesti mahu tinggal bersamanya. Sampai hari ini Datin Sri Saroja diam sahaja. Tiada maklum balas apa-apa.

" Kan dah cakap tak perlu susah-susah pasal dia. Aku mamanya , aku tahu jaga dia." Lantang sungguh Zalika marahkan Ereena.

" Minta maaf Puan, ini hospital. Pesakit perlu rehat. Tak perlu buat bising di sini ". Seorang pengawal keselamatan menegur Zalika yang dari tadi tak berhenti mulutnya.

Ereena sudah pun masuk ke dalam bilik Daiyan. Zalika masih tidak puas hati. Sedikit pun tidak ucapkan terima Kasih pada Ereena yang terang-terang menjadi penyelamat Daiyan.
Dia pun turut masuk ke dalam . Dia tahu Daiyan sangat rindukan Reena. Air mata Daiyan masih mengalir laju bila Reena memeluknya. Terbit juga rasa simpati pada anaknya itu. Sebenarnya dia cemburu pada Reena kerana dapat menawan hati anaknya lebih darinya sendiri.

Semua kejadian telah disaksikan oleh Huzair Qorni yang mengikut Ereena dari awal tadi. Dia datang ke hospital bila menerima arahan dari Datin Rose menyatakan anaknya ada di situ. Tujuannya asalnya dia mahu melihat dari jauh anak itu tetapi selepas melihat anak itu dan Mommynya sekali....dia terus berubah fikiran. Dia tak boleh diam dan memandang sahaja kejadian depan matanya, dia perlu masuk campur .

Senyuman Huzair Qorni tidak lekang dari bibirnya . Hatinya berbunga. Wanita pujaannya bukan milik orang dan bukan janda. Dia sangat pasti semua itu bila dapat tahu anak comel itu sebenarnya anak Zalika . Di fikirannya mengatur berbagai strategi untuk memikat "Mommy"nya Daiyan nanti.

.......Sambung .....

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-18 12:59:44 

Jahatnya zalia nk jdkan huz kambing hitam


NovelPlus Premium

The best ads free experience