Huzair Qorni terlentang melayan jiwanya yang kacau di atas katil biliknya. Sekejap pejam sekejap celik memandang keatas. Di pandang pula antara dua jari nya terselit kad pengenalan diri Ereena. " Betul ke apa yang aku buat ni? kejam tak ? Mesti dia resah jika tidak dapat terbang malam ini. Kenapa aku terlalu fikirkan dia...nak teruskan dengan plan aku kasihan pula. Dia mesti bertambah benci kat aku. Tak boleh jadi ni. ..."
Fikirannya sentiasa berlegar gambaran wajah Ereena. Baru sahaja bertemu tetapi dia sudah terasa rindu. Ini belum Ereena terbang ke UK lagi hatinya sudah gundah gulana. Bertepuk sebelah tangan sangat menyakitkan. Jiwanya jadi kacau sangat. Perasaan cintanya hanya untuk wanita itu. Dia tidak pernah rasa begini ketika bersama perempuan lain. Ramai wanita berjanji manis dengannya tetapi tidak langsung mengusik ke hati tetapi.... kata-kata Ereena petang tadi meninggalkan kesan yang sangat mendalam di jiwanya. Dia rasa ada tempat untuknya dalam hati Ereena. Tidak boleh di gambarkan dengan kata-kata perasaan itu.....dia sahaja yang tahu "Saya janji akan simpan tuan di hati saya". Huzair Qorni tersenyum teringatkan janji Ereena padanya.
Jam ditangannya menunjukkan jam 7:50 malam. Tidak berkesudahan, akhirnya dia bangun ke bilik air bersihkan diri. Selesai mandi dia mencapai pakaian santai di wardrobe closetnya . Dia mengenakan T-shirt putih dan jean biru lalu berdiri dihadapan cermin dinding untuk melihat penampilannya. "Macam ni punya hensem seorang lelaki melayu terakhir kena reject, bodoh betul perempuan tu". dia mencapai salah satu koleksi jam tangan jenama rolex lalu dipakainya. Di temani Kawasaki ninja H2Rnya "Vrommm!! dia terus ke lapangan terbang.
Ramai mata mencuri pandang figura yang sedang menapak masuk ke balai pelepasan . Dengan jaket kulit berseluar jean nampak lelaki itu begitu mempersona. Cara berjalan melebihi gaya model iklan minyak rambut di tv Malaysia memukau pandangan tak kira lelaki ataupun perempuan yang ada di situ. Ada juga manusia yan curi-curi mengambil gambar dan merakam video pergerakkannya. Itulah seorang Huzair Qorni yang bukan siapa-siapa bagi Ereena.
Dari jauh Huzair Qorni melihat Ereena seperti hilang arah...mungkin baru menyedari kad pengenalannya tiada. Dia tersenyum melihat keadaan itu. Lalai betul....dah tak tengok betul-betul selepas kes passport petang tadi. Huzair Qorni pun hairan kenapa dia jatuh cinta pada wanita seperti itu...Lalai....huh!!
Dia buat tidak tahu pada mata yang memandang dan terus melangkah ke arah Ereena. Mulut Zety ternganga separuh dengan mata bulatnya memandang terkejut lelaki itu. Tergoda mungkin .
Melihat gelabahnya Ereena , Huzair Qorni menghampiri dan menghulurkan kad pengenalan itu kepada tuannya. Membulat mata Ereena kerana terkejut melihat kad pengenalannya yang berada ditangan Huzair Qorni. Geram sudah tentu.
"Tuan!!! Kenapa ada pada tuan pula?? Tuan curi ? Dah kenapa??.
" Ho..ho...ucap terima Kasih dulu. Kau memang macam ni kan? Lupa diri. Aku tak tahu macamana kau di sana nanti. Lalai sungguh. Aku rasa benda yang sama juga kau akan buat kat sana nanti. Aku ingat kau tak payah pergi lagi malam ni. Tunggu esok aku akan teman kau ke sana.". Huzair Qorni tak nak berselindung lagi. Memang dia risaukan Ereena ke sana seorang diri. Tiba-tiba timbul pula idea menghantar Ereena ke sana. Dia dah tak peduli lagi, Ereena mahu ke... tidak mahu ke...dia sudah nekad , mereka akan terbang bersama . Zety terkejut dengan keputusan itu. Kalaulah dia jadi Ereena, dia akan ikut saja tanpa banyak soal tetapi lain benar dengan orang yang bernama Ereenà ni... sudah pasti tarik muka empat belas sebab tidak setuju dengan cadangan lelaki itu.
" Biar betul tuan Huzair nak ikut dia? Ni betul-betul ke main-main tuan,? Ereena ni memang seorang diri kat sana, saya bimbang juga dia tak biasa di tempat orang, kalau tuan teman dia memang terbaiklah...." Zety memang setuju Ereena di temani. Dia pun serba salah melepaskan Ereena pergi seorang diri.
.
"Tak...tak ...aku kena pergi juga malam ni Zety . Jangan halang saya, tuan. Kenapa perlu susah-susahkan diri, Saya tahu jaga diri sendiri "Menggeleng Huzair Qorni dengan ketegasan Ereena.
"Nasib baik aku bagi kad pengenalan ni, kalau tak mana pun kau tak boleh pergi. Jangan degil, kita bertolak esok malam. Kalau kau degil juga aku akan ambil semula kad pengenalan kau dan pastikan kau tak akan bertolak malam ni. Jangan cabar aku" Suara Huzair Qorni semakin tegas , memang dia tak benarkan Ereena pergi sebab dia rasa tidak sedap hati.
Sudah lama Huzair Qorni merancang untuk pergi berjumpa kenalannya di UK. Alang-alang dia mahu ke sana, lebih baik dia temani saja Ereena. Hari ni dia tidak merancang nak pergi sebab esok satu Mesyuarat penting bersama pemegang saham Syarikat akan di adakan. Apapun dia sudah nekad tidak benarkan Ereena pergi malam ini.
Dengan bibir muncungnya, Ereena terpaksa juga mendengar arahan Huzair Qorni. Rasa gerun pula bila Huzair Qorni menaikkan seoktaf suara seraknya. Memang nampak serius sangat . Mengerunkan juga. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut juga , tambah pula Zety menyokong sangat tindakan Huzair Qorni itu.
" Zety!! Sini Kejap". Sebelum melangkah pergi...Huzair Qorni memanggil Zety. Terkebil Ereena . Ada Hal apa pula dengan Zety.. Hish...macam-macam la mamat kerek ni ....
"Kalau kau nak ikut, ambik saja cuti , aku sponser tiket pergi balik " Huzair Qorni membuat tawaran kepada Zety . Dia tahu, Ereena mesti tidak selesa dengannya nanti . Mungkin Ereena akan membebel dan sentiasa di sumpah oleh perempuan itu. Untuk pulihkan keadaan, timbul idea untuk membawa Zety. Tentang cuti Zety dia boleh uruskan kerana bos tempat Zety bekerja adalah sepupunya.
" Hah !! biar betul tuan? Bila tuan?
" Esok malam....tiket jam 10." Dia baru saja melihat tiket kapal terbang ke sana sebentar tadi. Masih ada tempat untuk mereka bertiga.
" Mana sempat tuan, cuti kot...mana boleh last minute macam ni. Hati saya ni memang la teringin nak ke sana. Tambah lagi kalau free"
" Kau cakap saja...nak ikut ke tak? Cuti kau jangan risau aku akan uruskan. Kalau aku pergi dengan Ereena saja mesti dia tak selesa nak ikut ....kalau bawa kau sekali mesti dia ikut cakap aku. Aku tak nak esok dia berubah fikiran dan buat sesuatu luar jangkaan. Ereena tu kan pelik sikit.
" Tau tak apa....Jadi tuan, saya nak ikut."
............
Semua Syarikat besar pemegang saham hadir untuk mesyuarat Kali kedua untuk tahun ini. Tidak ketinggalan Datuk Hambali Dan anak
tunggalnya Winda . Kehadiran Winda tidak di alu-alukan sangat oleh Huzair Qorni kerana wanita itu terlalu obses dengan Huzair Qorni. Huzair Qorni rasa tidak selesa bila Winda seperti mahu menggodanya. Dia tidak boleh bercakap sebarangan seperti bercakap dengan Ereena kerana dia terlalu menghormati Datuk Hambali.
"Huzair....malam ni you free tak, Datin buat majlis kesyukuran sikit. You boleh datang rumah I tak? Ada sesuatu I nak bincang dengan you" Datuk Hambali mengajak Huzair Qorni ke rumahnya dengan alasan kenduri. Sebenarnya dia mahu merapatkan lagi hubungan anaknya itu dengan Huzair Qorni.
"Malam ni I tak dapat pergi Datuk. I dah ada plan dengan partner I . Sorry Datuk"
"Tak kan sekejap pun tak boleh..." Winda mencelah. Matanya sentiasa memerhati gerak geri Huzair Qorni hingga tidak keruan lelaki itu. Winda memang nampak cantik dan sangat elegan tetapi hati Huzair Qorni sedikit pun tidak terpikat. Baginya Winda tidak mempunyai kecantikan asli seperti Ereena. Semuanya wayang depan mata sahaja, tengok rupa Datuk Hambali pun dia dapat agak rupa sebenar keturunannya tanpa make up. Dia cuma mengagaknya sahaja. Dia tidak pernah pun melihat rupa sebenar Winda tetapi dia boleh bayangkan wajah wanita itu selepas bangun tidur. Dalam fikirannya sekarang cuma ada Ereena. Ereena buat apapun semua cantik. Dia tahu wajah Ereena adalah cantik asli, sebab itu bila Kali pertama dia jumpa Ereena, wajahnya nampak suci. Tanpa tahu status Ereena masa tu, dia sudah terpikat tetapi tidak mahu mengakuinya. Ada sesuatu di wajah itu membuatkan dia tidak puas dan mahu melihat lagi dan lagi.
"Tak boleh!! Saya perlu jumpa klien kat UK. Dalam dua tiga hari juga la I pergi.." Huzair Qorni sengaja mencari alasan. Biar la...kalau dia cakap ke tempat lain nanti terkantoi pula. Jadi dua Kali bohong pula..
"Emm...Kalau macam tu , sekarang lah Kita minum?"
" Boleh Datuk , kat mana ya?
" Kafe 7 -Top….boleh?
" Boleh Datuk."
Megat Elham segera menghantar Huzair Qorni ke kafe yang di sebutkan . "Hal apa yang nak di bincang sangat tu. Penting ke? " Sentiasa berlegar di kepala Huzair Qorni soalan itu. Sebenarnya di malas nak cari alasan lagi. Sebenarnya banyak hal yang lebih penting di pejabat yang perlu dia selesaikan sebelum terbang malam ni. Memandangkan Datuk Hambali ada perkara yang nak dibincangkan , di layankan sahaja.
Sebaik sahaja sampai di cafe itu , Winda sudah menunggu. " Mana Datuk?" Sebaik bertanya Telefon Huzair Qorni berbunyi. Nama yang tertera di skrin telefonnya membuatkan darah Huzair Qorni meluap. Dia sudah tahu apa agenda Datuk Hambali. Dia jadi sangat geram dan sakit hati.
" Hello..Huzair. I ada hal kecemasan. I hantar Winda untuk bincang dengan you. I'm so sorry" Datuk Hambali terpaksa buat begitu supaya Huzair Qorni ada masa untuk anaknya. Dia sangat berharap Huzair Qorni menjadi sebahagian dari keluarganya. Lagipun dia tahu anak kesayangannya sudah jatuh cinta dengan Huzair Qorni.
Huzair Qorni sempat menghantar mesej kepada Megat Elham. " Dalam dua minit lagi....Telefon aku!!
" Ya ... Winda. Daddy you cakap ada perkara penting yang nak di bincang kan . Dia Serah semuanya pada you. Nak bincang apa ya?"
" Oh...minum dulu. Kita bincang slow slow boleh?"
" Tentang apa ya ,saya tak faham?
" Tentang kita la....Winda sambil tersenyum malu-malu. Huzair Qorni sudah dapat agak apa yang Winda mahu katakan tetapi dia sengaja buat tidak faham.
" Saya suka awak Huzair. Mungkin sudah tahap cinta. Boleh tak awak terima saya?". Gila ...Winda sendiri tidak percaya dengan mulutnya. Dia terlalu sukakan Huzair Qorni , dia dah tak sabar memberitahu Huzair perasaannya itu. Dia terkebil-kebil menunggu jawapan dari Huzair Qorni. Harap -harap Huzair Qorni pun ada perasaan begitu padanya.
" Hemm.. Nak cakap macamana ya . Macam ni kita boleh berkawan dulu. Tentang perasaan kita, ouh... ya...perasaan tu akan datang juga perlahan-lahan kan?. Huzair Qorni melayan sahaja. Dalam hatinya tuhan yang tahu...sangat menyampah. Nasib baik telefonnya berbunyi pada waktu yang tepat.
" Hello....kenapa? Astaqfirullahaazim. Teruk ke? Ok..ok... I pergi sekarang" Menggeleng Megat Elham dengan jawapan bosnya. Dia sudah maklum ...bosnya tentu bosan melayan wanita itu .
"Cik Winda, I need to go....kawan I eksiden. I terpaksa pergi dulu. I'm sorry" Huzair Qorni melangkah pergi, nampak sangat kekecewaan di wajah Winda kerana jawapan dari Huzair Qorni belum dapat.
" Ya lah....bila kita boleh jumpa lagi?
" Anytime you need". Jawapannya membuatkan wajah Winda kembali ceria dan menaruh seribu harapan...
............
Huzair Qorni sangat gembira melihat wajah ceria Ereena di cermin pandang belakang. Ereena berada di belakang tempat duduk bersama Zety . Kereta di pandu Megat Elham, terus bergerak menuju ke lapangan terbang. Huzair Qorni puas hati , Ereena tidak memberontak lagi. Wajahnya ceria dan terselah kecantikan aslinya. " Memang dia cantik. Dulu aku tak nampak macam tu pun, tiba-tiba saja terasa suka. Aku dah pun suka dia sebelum aku nampak dia cantik sangat. Lucu kan???" Huzair Qorni tersenyum. Jiwanya tenang memandang senyuman Ereena walaupun bukan untuk dia. Dia nekad untuk dapatkan senyuman itu untuk dirinya suatu hari nanti.
Huzair Qorni mengharapkan ada sinar dalam hubungannya dengan Ereena. Dia akan jadikan wanita itu suri hidupnya satu hari nanti . Ini adalah satu permulaan pengorbanannya demi wanita itu. Dia akan berbuat apa sahaja untuk membuatkan wanita itu jatuh cinta padanya.
......Sambung .......
Share this novel