Prolog

Romance Series 31400

"Siapa? Cakap!! siapa dia?" Suara papa membelah kesunyian malam. Sudah kering tekak papa menjerit tak henti-henti . Namun dia masih membisu. Hanya air mata yang mengalir laju melewati pipi pauh dilayangnya.. Kencing yang ditahan hampir merembes keluar di kepit dengan kedua-dua belah pahanya ketat. Setiap jeritan papa membuat perutnya kecut. Dia takut tetapi dia tetap membisu.

"Kalau kau tak cakap juga siapa yang buat kau mengandung aku bunuh kau Zalika. Buat malu keluarga sahaja. Lima bulan kau sembunyikan benda ni. Anak tak guna . Hishhhhh.....". Nampak kecil sahaja Zalika di mata papa. Mahu di hempuk kerusi di sebelah ke atas kepala Zalika, nasib baik mama menghalang.

"Sudahlah tu pa....Papa kan sakit. Jaga kesihatan diri. Tenang- tenang saja. Kita pujuk dia baik-baik barulah dia cakap nanti ". Mama Cuba memujuk paling Lembut. Papa kalau marah begitulah kejadiannya. Macam singa jadian.

"Hi.. geram betullah aku. Kenapa dia tak nak beritahu kita siapa yang mengandungkan dia tu hah? Kita cuma nak tahu siapa dia? kenapa berat sangat mulutnya tu. Rasanya macam nak bunuh saja. Kalau tahu bolehlah kita minta orang tu bertanggungjawab. Ini diam...diam...diam....hi...geram aku". Papa mengurut dada. Sudah hilang sabar rasanya.

" Papa!! Kalau kita terus memaksa dia sampai ke sudahnya kita tak tahu nanti siapa punya angkara. Papa harus sabar dulu, nanti kita tanya lagi perlahan-lahan. Dia takut dengan papa tu, sebab tu dia diam saja.

" Kalau dia tak buka mulut juga malam ni aku nak hantar dia ke tempat asal dia. Biar dia mereput di sana dengan anaknya tu. Nak gugurkan pun dah tak boleh dah. Macamana kita jaga anak kita ni mama? Baru 16 tahun umurnya .... kasihan kau Zalika..hu..hu .hu..." Papa tiba-tiba menangis. Tak pernah sekali pun mama melihat papa menangis begitu sepanjang hidupnya dengan lelaki itu. Melihat papa menangis dan tidak lagi menyoal , Zalika cepat- cepat bangun ke bilik air. Kencing yang di tahannya sejak tadi tidak dapat di tahan lagi.

"Papa nak bawa dia ke mana? Biarlah dia lahirkan anaknya di sini. Mama boleh jaga sampai anak tu lahir pa, kesian dia papa. Biarlah dia Selamat dengan kita.". Mama teruskan memujuk papa. Nampaknya papa berkeras dengan keputusannya.

" Mama tak malu ke kalau orang tahu yang Zalika tu ... errrr.....anak kita mengandungkan anak tanpa bapa? Kalau tahu siapa pelakunya boleh kita kahwinkan dia dengan segera , baru lah orang tidak mengata kalau dia ada bapa"

Zalika keluar dari bilik air dengan wajah sugul. Sudah lama dia berhenti menangis. Rasanya dia tidak mahu lagi menangis kerana kejadian itu. Sudah terlambat untuk dia menyesali perbuatannya sendiri. Dia sudah pun mengandung benih lelaki yang dia tak cinta . Biarlah dia simpan sejarah hitam ini untuk dirinya sahaja. Jika papa mahu bunuh dia pun bunuhlah dia akan tetap diam buat masa ini. Yang penting dia akan gunakan alasan anak ini untuk buat seseorang itu bertanggungjawab. Dia sudah menjalankan separuh rancangannya dan dia pasti lelaki itu muncul semula.

Zalika tidak langsung rasa bersalah walau sedang mengandung anak orang lain , dia tetap masih mahu memerangkap lelaki itu untuk bertanggungjawab kerana dia sangat mencintai Lelaki itu. Lelaki lain yang dia cinta lelaki lain pula yang menabur benih . Sayangnya rancangannya tidak berjaya kerana lelaki itu menghilangkan diri . Zalika kecewa dengan dirinya sendiri bila papa dan mamanya dapat tahu tentang kandungannya sebelum dia dapat memerangkap lelaki itu. Dia terpaksa sembunyikan bapa kepada bayinya itu kerana dia tidak akan sesekali kahwin dengan lelaki yang dia tidak cinta.

Zalika hanya berharap supaya papa dan mama tidak membuangnya dan menerima sahaja keadaan dia sehinggalah bayi itu lahir . Walaupun dia masih muda, dia tidaklah bodoh. Tidak pula terlintas di hatinya untuk membenci anugerah yang tak ternilai itu. Dia tidak akan buang benih yang sedang membesar dalam perutnya. Dia terpaksa membisu sehinggalah sampai waktunya. Sampai masa dia sendiri akan gunakan anak itu untuk mencapai hasratnya. Biarlah hingga dia mereput , mereka tetap tidak akan tahu apa-apa pun tentang lelaki yang mengandungkannya.

Sudah kering air mata mama memujuk Zalika tetapi dia masih tidak membuka mulut tentang itu. Mama terpaksa relakan perpisahan dengan Zalika. Anak yang dia besarkan sendiri dari tapak kaki sebesar dua jari hingga berusia begini, kerana itu yang terbaik untuk semua. Kasih sayangnya pada Zalika tidak pernah pudar walau apa pun yang terjadi. Cuma harapannya Zalika akan beritahu semua cerita itu suatu hari nanti. Walaupun Zalika sebenarnya bukan darah daging mama, mama sangat menyanyanginya seperti anak sendiri. Kehadiran Zalika menyerikan lagi hidup mereka disamping anak lelaki tunggalnya Huzair Qorni.

Papa minta bantuan kenalannya dari Negara Seberang untuk menyelesaikan masalah Zalika. Papa mahu menghantar Zalika jauh ke sana supaya malu mama dan papa tidak terhidu oleh sesiapapun. Zalika ? Nampaknya pasrah...terima sahaja keputusan papa.

Seorang Zalika sebelum ini tidak pernah membuat onar ataupun melawan kehendak mama dan papa. Tetapi hari ini...perkara yang terjadi benar-benar mengejutkan mama Dan papa. Zalika mengalami tumpah darah. Nasib baik keadaan baby baik-baik aja selepas rawatan. Terkejut mama dan papa bila tahu Zalika telah mengandung. Dan...yang menghilangkan kesabaran papa bila Zalika menutup mulutnya untuk menceritakan apa yang telah terjadi pada dirinya dan siapa manusia yang durjana itu.

Zalika pula tidak pernah rasa bersalah mahu memerangkap Huzair Qorni....ya..Huzair Qorni anak kedua -dua pasangan itu. Dia akan setuju jika Huzair Qorni menjadi bapa pada anak yang dikandungnya itu. Biarlah rancangannya gagal kerana Huzair Qorni melarikan diri pada malam itu, ya malam di mana Huzair Qorni mengaulinya dengan rakus kesan ubat perangsang yang di letakkan dalam minuman abang angkatnya itu. Dia sudah lama menyukai Huzair Qorni sebelum dia tahu dia anak angkat lagi. Mencintai abang sendiri.... hatinya gembira bila dia tahu dia anak angkat. Sesiapa pun akan sedih bila tahu cerita sebenar tetapi tidak bagi Zalika.

Dia tidak pasti bila dia jatuh cinta pada lelaki itu. Sedar-sedar sahaja jiwa remajanya bergelora bila melihat Huzair Qorni. Walaupun ketika itu usianya baru berganjak enam belas tahun tetapi keinginannya untuk bersama Huzair Qorni tidak dapat di elakkan. Nasib baik Huzair Qorni Sambung belajar ke luar negara , jika tidak mungkin dah lama Huzair Qorni menjadi suaminya. Sejak awal lagi dia merancang sesuatu, dia mahu memerangkap lelaki itu menjadi suaminya. Dia terpaksa berbuat begitu kerana dia tahu Huzair Qorni tidak pernah jatuh cinta padanya dan menganggapnya seperti seorang adik sahaja. Dia kecewa bila Huzair Qorni menjauhi dan mengelak bertemu dengannya . Hatinya sakit bertambah sakit bila tahu ada orang lain dalam hati Huzair Qorni.

Sejak dia mengandung dia selalu teringatkan Huzair Qorni. Dia ingat dia tidak dapat bertemu dengan Huzair Qorni lagi.... tetapi malam itu tiba-tiba lelaki itu pulang ketika mama dan papanya tiada dirumah. Dia terus ambik kesempatan memerangkap lelaki itu dengan niat yang lama tertangguh...

.......Sambung......

Assalamualaikum semua....Maaf ya ..Prolog ni telah di baiki sikit jalan ceritanya supaya lebih menarik. Harap semua pembaca ikuti bab seterusnya ya. Jangan lupa beri komen supaya author lebih bersemangat nak menulis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience