Bab 13 Terpaksa

Romance Series 31400

Zety keseorangan kembali ke pejabat. Bosnya Encik Lutfi kebetulan juga baru menapak masuk ke pejabat.

" Ha Zetty! Mana Ereena? Saya nak jumpa dia sekejap."

"Err...Maaf Bos. Ereena ke tandas. Sakit perut sangat katanya. Dia mungkin mengambil masa sikit untuk balik ke sini .

"Bukan jumpa Encik Huzair Qorni ke? Awak tahu tak yang kawan awak tu ada orang nak beli?"

" Nak beli? Apa maksud bos? kes perdagangan manusia ke? Tadi ja saya baru jumpa dia, bila masa dah kena jual. Huzair Qorni ke nak beli.?

" Hah la...kawan sendiri pun tak tahu. Entah apa yang penting sangat Ereena tu sampai Huzair Qorni nak bayar ganti rugi bila dia berhenti kerja nanti. Hemm ...macam - macam."

" Ala...kenapa dia nak berhenti pula? Bukan dia suka ke kerja sini. Baru dia bulan kot bos...tak kan dah nak berhenti? Bos buat cerita ek? Tadi dia tak cakap apa-apa pun"

" Nanti awak tanya dia sendiri. Sekarang ni awak buat surat untuk dia tandatangan , ikut format yang lama tu...sama ja. Baru kerja dua bulan dah nak berhenti. Tapi budak tu bijak, dah tu baik pula. Susah nak cari pekerja macam dia, bijak dan rajin. Tambah lagi cantik pula tu....segar biji mata bila hari -hari saya tengok dia."

" Hai ..bos...lain macam bunyi . Berkenan ka? saya boleh cuba tanya dia untuk bos ."

"Hish....Huzair Qorni suka dia kan ? Macamana mereka boleh kenal hah ? Tiba- tiba saja beritahu supaya berhentikan Ereena dan dia akan bayarkan semua kerugian. Mesti ada apa-apakan ? Awak tak tahu ke, apa cerita dia orang berdua ?"

"Eh ..tak tahu la bos. Ereena cakap Huzair Qorni dah nak kahwin tapi bukan dengan dia. Siapa tu ...ha Zalika nama perempuan tu. Tapi tadi...Sebenarnya Ereena berjumpa dengan Huzair Qorni bukan dia sakit perut "

" Oh...nak tolong kawan lah tu kan? awak nak diberhentikan macam dia juga ke? Kalau nak saya boleh ja uruskan, tapi gantirugi bayar sendiri lah. Nak ke?"

"Tak nak lah bos, jangan macam tu ...saya setia bos ..sumpah". Mengangkat sumpah Zety bila dengar ugutan itu. Seram.
.

" Kalau Huzair Qorni nak kahwin dengan Zalika apa kaitan pula dengan Ereena kena berhenti kerja? Awak cuba la siasat dan beritahu saya dengan segera.". Geram pula Lutfi dengan Huzair Qorni, suka hati saja minta Ereena berhenti kerja. Dia tahu bukan Ereena yang nak berhenti tapi Huzair Qorni punya rancangan yang perlu dia selidiki. PA nya di hubungi. Ada rancangan yang perlu di atur segera .

..............

Majlis akad nikah Huzair Qorni dan Zalika dibuat di rumah Mama dan Papa di Kuala Selangor. Hanya keluarga tersekat sahaja dijemput untuk menghadirinya. Ereena dan Zety juga hadir . Zety hadir setelah Ereena minta izin membawa teman. Datin Saroja sekeluarga pun hadir pada malam ak
.ad nikah itu.

Nama Zalika meniti di bibir semua orang disitu, memuji kecantikan semulajadinya dan di rias pula bak puteri itu sungguh anggun mempersona. Setiap mata tidak berkedip menyaksikan keindahan yang lalu depan mata mereka. Ramai berkata bertuahnya Huzair Qorni dapat memiliki wanita itu.

Sementara itu , Di sudut lain...Huzair Qorni bukan memerhati isterinya yang jelita itu tetapi mencari keberadaannya Ereena. Di pandang wajah pujaannya dengan hati yang luka. Hanya wajah itu mengusik kalbunya. Hanya Ereena yang dia nampak cantik pada malam itu. Dia terpaksa menerima Zalika kerana papanya. Dia kecewa sebenarnya kerana tidak dapat meluahkan perasaannya pada Ereena sebelum dia bernikah dengan Zalika, dia betul-betul kecewa. Sesiapa pun tidak tahu tentang perasaannya pada Ereena kecuali kedua-dua PAnya. Di lihatnya Daiyan di pangkuan Ereena , sungguh dia kasihan dengan anak itu, tidak sanggup dia buat anak itu sedih jika dia berterus- terang tentang keputusan ujian DNA yang dia perolehi sebentar tadi. Daiyan Eusof bin Abdullah bukan anaknya.

Dia juga tidak berterus- terang dengan mama , papanya dan juga dengan Ereena tentang itu. Dia mahu lihat sejauh mana Zalika mahu memperbodohkan mereka semua.

Ereena hanya tumpang gembira kerana Daiyan akan mendapat keluarga sempurna. Ada mama dan papa dan merasai hidup seperti kawan-kawan yang lain. Malam ini Daiyan akan bermalam di rumahnya. Dan mulai hari ini dia akan menjadi penjaga Daiyan semula. Sungguh hatinya girang.

Dari jauh...Cik Qadeeja dan Megat Elham hanya memerhati bos mereka itu dengan rasa simpati. Tidak dapat mereka hendak menolong kerana Huzair Qorni telah pun bersetuju menikahi Zalika. Itu keputusan yang Huzair Qorni ambil supaya tidak mengecewakan kedua orang tuanya. Mereka berdua tahu yang Huzair Qorni benar-benar jatuh cinta pada Ereena dan mereka berdua kecewa bila Huzair Qorni membuat keputusan mengahwini Zalika.

Datin Saroja datang bersama anak bujangnya Tengku Hadry. Dia melirik melihat Ereena yang memeluk Daiyan. Geram juga dia pada Tengku Hadry kerana tidak mengambil kesempatan berbual dengan Ereena.

Datin Saroja masih mahu Ereena menjadi menantunya. Tengku Hadry pun sudah bersetuju tetapi Ereena tidak mahu. Bukan dia memilih tetapi hatinya masih belum terbuka untuk siapa- siapa lagipun dia tahu siapa Tengku Hadry sebenarnya. Perempuan keliling pinggang. Tengok rupa pun Ereena dah tahu, sebab tu dia selalu menjarakkan dirinya dengan Tengku Hadry . Pandangannya sahaja pun boleh tembus ke dalam . Gatal.

Teringat Ereena pada cerita dulu. Tengku Hadry yang cuba menyentuhnya. Dia masih ingat Tengku Hadry masuk ke biliknya semasa dia bermalam di rumah Datin Saroja. Nasib baik dia sempat keluar sebelum Tengku Hadry mengunci pintu. Datin Saroja tidak tahu langsung hal itu. Sejak itu dia tidak lagi mahu bermalam di rumah itu.

Ereena langsung tidak menegur Tengku Hadry ketika lelaki itu Cuba mendekatinya. Rasa meluat pula . Nasib baik Daiyan ada disebelahnya. Dia berpura-pura melayan Daiyan tanpa memperdulikan lelaki itu.

Semalam, soalan yang Daiyan kemukakan betul-betul membuat lidah Ereena kelu.. Daiyan tidak faham kenapa mama dan papanya perlu menikah lagi. Bertubi-tubi dia kemuka soalan sehingga sakit kepala Ereena di buatnya. Ereena tetap melayan anak itu kerana sesungguhnya anak itu tidak memahami apa yang sebenarnya terjadi. Ereena mengharapkan dia memaafkan kesilapan kedua ibu bapanya bila dia dewasa nanti. Ereena sangat berharap Daiyan dapat menerima alasan sementara yang dia berikan buat sementara waktu ini.

" Papa dan mama lama terpisah, mereka terpaksa berkahwin semula. Daiyan mesti seronok kan ada papa?"

" Memang la seronok tetapi papa tu macam sesuatu sangat . Daiyan tak faham kenapa Papa nampak tak suka mama?"

" Kalau tak suka papa tak akan berkahwin dengan mama. Mama kan cantik.... papa mesti sayang mama"

" Mommy lagi cantik dari mama , kenapa papa tak kahwin saja dengan Mommy ? "

Terus tertelan liurnya sendiri bila anak itu bersuara . Lagi- lagi anak itu sedang memujinya. Entah dekat mana yang cantiknya Mommy Daiyan ini. Mahu saja dia tahu di mana cantiknya itu, Ereena tersenyum sendiri dia tahu Daiyan memandangnya dengan Kasih sayang sebab itu dia selalu berkata begitu .

Malam ini Daiyan tidur di rumah Ereena. Itu kemahuan Daiyan sendiri kerana dia benar-benar selesa dengan Ereena. Lagipun malam ini malam pertama mana dan papanya, mana boleh diganggu. Ereena tinggal berdua bersama Zety. Dia sudah meminta izin Zety untuk membawa Daiyan tinggal bersama malam ini. Dia juga akan membawa Daiyan tinggal di sini selepas Daiyan balik sekolah dan bila malam Daiyan akan dijemput Zalika. Esoknya pula Daiyan akan dihantar oleh mama dan papanya ke sekolah. Begitulah perjanjian yang di persetujui.

Asalnya Huzair Qorni mahu Ereena tinggal di rumah Agam mereka . Cadangnya dia dapat melihat Ereena setiap hari. Apakan daya Ereena tidak setuju pula. Zalika pula mahu hantar sendiri Daiyan ke sekolah dan mengambil Daiyan di rumah Ereena . Huzair Qorni tidak berpeluang lagi berjumpa Ereena. Itu yang Zalika mahukan. Bibik Suchi pula masih tinggal di rumah Zalika. Dia masih di perlukan untuk berkhidmat di rumah agam itu.

Ereena sudah menandatangani persetujuan untuk berhenti kerja. Huzair Qorni sudah berjanji untuk membayar ganti rugi Syarikat dan biaya untuk dirinya juga. Huzair Qorni memberi ganjaran tiga bulan gaji untuknya. Gaji bulanannya pula lebih tinggi dari gajinya dulu. Terkejut Zety dengan penawaran itu. Sangat beruntung Ereena. Kalau dia pun dia akan buat keputusan yang sama dengan Ereena. Sungguh menguntungkan.

" Kenapa Huzair Qorni baik sangat dengan kau? Kau tak rasa keistimewaan yang dia beri pada kau tu berlebihan Ereena. Kau tak perasan ke?

" Dia tak mahu Daiyan mengganggu hidup dia kot. Sebelum ni dia mana mengaku yang Daiyan tu anaknya. Aku tak tahu lah lelaki ni ...memang susah untuk bertanggungjawab. Dulu tu confident ja dia cakap Daiyan tu bukan anak dia. Last sekali bila buat ujian DNA, memang sah pun Daiyan tu anak dia . Dia pun kena la kahwin dengan Zalika tu. Nak tunggu lagi? perempuan cantik kot. Kita pun meleleh liur tengok Zalika tadi tu ..tambahlah lelaki kau rasa nak tolak ke malam ni?" Mereka berdua ketawa serentak bila masing- masing memahami maksud tersirat.

Dalam bilik pengantin Zalika sedang membersihkan solekannya di meja solek. Huzair Qorni pula baru melangkah masuk ke bilik setelah di desak mama. Ikutkan hatinya mahu saja dia melepak hingga larut malam dengan kawan- kawannya. Mamanya pula kacau daun. Habis sinis kawan-kawannya bila dia dikatakan anak emak.

Zalika sengaja minta Huzair Qorni menarik zip pakaiannya. Huzair Qorni ikutkan saja. Selamba sahaja dia melepaskan pakaiannya itu di depan Huzair Qorni hingga menampakkan pakaian dalamnya yang melekat di tubuh montoknya. Huzair Qorni memandang tanpa respon, dalam fikirannya masih memikirkan Ereena yang sopan lalu dihadapannya tadi. Sedikitpun dia tidak tergugat dengan tindakan Zalika itu. Dia terus mengambil tuala dan melangkah masuk kebilik mandi.

Zalika melonggo terkejut ....tak ada nafsukah Huzair Qorni? Tidak mungkin begitu kerana dia pernah merasai kehangatan lelaki itu di ranjang . Dia berfikir sebentar....Tak kan tiba- tiba sudah hilang nafsunya atau nafsunya perlu di rangsang? Zalika tersenyum teringatkan kopi putih yang dia hidangkan pada Huzair Qorni suatu ketika dulu.

........Sambung ......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience