- Saya dah balik kuliah dengan Selamat. Sekarang saya dah nak tidur dah. Selamat malam. Butang send di tekan kepada Huzair Qorni , sekadar menepati janjinya pada lelaki itu.
-Tq. Tepati janji. Tapi lewat hantar.
- Janji hantar cuma hantar berita kan? Saya dah tunaikan janji itu" Ereena membalas mesej Huzair Qorni ...terpaksa.
- nak gambar boleh?" Huzair Qorni sengaja sahaja mahu melihat reaksi Ereena sedangkan gambar Ereena sudah banyak dihantar oleh seseorang di sana.
- Sorry ...tak boleh. Maaf saya dah nak tidur .Bye.
Mengeluh Huzair Qorni dengan tindakan Ereena sebagaimana yang telah di duga . Huzair Qorni meraup wajahnya yang sedang merindu. Tidak cukup dengan hanya melihat gambar yang di ambil secara curi-curi. Dia mahu lebih dari itu .
Huzair Qorni masih juga berfikir mengapa Ereena masih begitu. Tak cukup kah harapan yang dia tunjukkan? Sudah Lima bulan matanya tidak menatap berdepan dengan wajah itu, dia perlu berfikir mencari alasan untuk bertemu muka dengan wanita itu. Sayu hatinya memikirkan perasaannya.....tidak terbukakah ruang hati Ereena untuknya. Dia tahu hati Ereena belum di miliki oleh sesiapa buat masa ini, sebab itu dia masih berusaha untuk memenangi hati wanita itu . Dia baring semula tubuhnya yang sudah penat serta otak yang letih berfikir. Tidurnya sering terganggu sebab teringatkan Ereena, mahu terbang ke sana takut di benci pula. Sekarang ni elok-elok Ereena mahu menghantar berita terus senyap pula nanti.
Dia paksa matanya untuk pejam tetapi tidak juga terlena. Dia teringatkan Sofia. Tidak tenteram jiwanya jika Ereena selalu berjumpa dengan wanita itu, banyak cerita yang tidak betul yang akan timbul. Huzair Qorni rasa gelisah jika Sofia menceritakan kisahnya tiga tahun dulu.
Ya...tiga tahun dulu dia menjalinkan hubungan dengan Sufi...kakak sulung Sofia. Dia menganggap perhubungan mereka kawan tapi mesra sahaja . Wanita itu terlalu mengharapkan sesuatu dengannya tetapi dia tidak ada apa-apa perasaan pun pada wanita itu. Malang sekali , Sufi tiba-tiba lumpuh disebabkan oleh satu kemalangan...seluruh keluarganya meletakkan kesalahan itu pada Huzair Qorni. Mengikut cerita pihak sana semuanya terjadi bila Huzair Qorni memutuskan hubungan. Sufi kecewa dan hilang kawalan hingga terjadi kemalangan yang membawa maut.
Huzair Qorni meraup wajah untuk sekian Kali. Mungkin ini karma yang dia perlu dia terima. Menolak cinta yang di ingini Sufi. Mesti Sufi kecewa sebagaimana dia rasa sekarang. Dia sempat berdoa supaya Ereena tidak menerima karma sepertinya kerana menolak cinta sejati yang dia hulurkan. Tidak...
Ereena tidak bersalah dalam Hal ini. Terang-terangan Ereena menolak cintanya tanpa memberi harapan padanya langsung berbanding ceritanya dengan Sufi....Mungkin Sufi terlalu mengharap .... Tapi sekarang dia berada di tempat Sufi mengharapkan sesuatu yang bukan haknya.
Huzair Qorni melangkah Longlai ke bilik air untuk berwudhuk. Tidak tenang perasaannya mengingat karmanya. "Tuhanku Allah....Aku hambamu yang lemah, bimbinglah aku dan kau bukalah pintu hati wanita yang ku cintai dengan sebenar- benarnya. Memikirkan Ereena hatinya tak tenang, Susah benar wanita itu menerima cintanya, bukannya apa dia takut ada lelaki lain yang dapat membuka pintu hati Ereena seluasnya. Dia tahu Ereena perempuan yang sangat baik. Tidak memilih darjat ataupun Wang ringgit dan selalu rendah diri sebab itu senang-senang dirinya di "reject"...fuh malu benar kerana perkataan itu tidak sesuai dengan Huzair Qorni. Hati lelakinya tercabar ." Aku akan dapatkan kau Ereena...Kau bukan Mulukut Ereena!!".
kenapa kau selalu rendah diri??
Uhuk!! Uhuk!! tersembur air yang di minum Ereena tiba-tiba. " Hey!! What wrong with you Ereena? Gelojoh.....siapa yang sebut? " Naeim...rakan sekelas Ereena antara rakan senegara yang boleh di manfaatkan. Mereka sedang minum pagi di cafe kolej. Mereka bukan berjanji temu....Hanya kebetulan Ereena sedang minum keseorangan ketika Naeim sampai. Sempat Naiem mencapai tisu di meja sebelah dan dihulurkan kepada Ereena .
"Apa orang sebut pula... I tersedak lah ". Termalu Ereena dengan kejadian itu sambil mengelap kainnya yang terkena percikan kopi tadi. Nasib baik tidak disemburnya atas makanan Naeim yang betul-betul dekat dengannya.
"Orang tua-tua cakap kalau kejadian macam tu ada orang sebut ...mungkin orang jauh yang sedang merindu kot ". Sekadar membuat jenaka tetapi dalam hati Naeim , dia mahu tahu sesuatu tentang Ereena .
" Ish...I ni mana ada orang rindu. I ni siapa kan? Hanya sekadar mulukut tepi gantang ....ada di situ tiada siapa pun yang akan pandang. .."
" Kenapa you cakap macam tu....you pernah kecewa ke?
" ish...tak ada apa lah...jom..kelas dah dekat tu !".Tidak mahu memanjangkan cerita yang di salah tafsir oleh Naeim tadi . Ereena memang malas untuk ceritakan Hal peribadinya pada sesiapa pun terutamanya lelaki . Ceritanya biar hanya Zety yang tahu.
Ereena mendahului langkah Naeim dengan alasan mahu ke tandas. Sebenarnya dia tidak mahu rasa bersalah pada Huzair Qorni kalau dia dekat dengan lelaki lain. Itu pesan Huzair Qorni berulang-ulang. Walaupun dia tidak terima cinta Huzair Qorni tapi dia akan tetap berpegang pada janji selama tiga tahun ini .
Masuk ke kelas seperti biasa Ereena akan duduk sebaris dengan Sofia tetapi agak jauh kerana Sofia sudah ada kawan-kawan setia yang mengelilinginya. Ereena akan bersama Suzy untuk satu subjek yang sama sahaja. Hari ini dia akan keseorangan, dia lebih selesa begitu.
Selesai kuliah Sofia mengajak Ereena minum . Macam biasa Sofia akan bersama Ereena jika rakannya yang lainnya tidak ada bersama. Kadang-kadang Ereena sedikit pelik dengan Sofia , didalam kelas Sofia seperti tidak mengendalinya langsung. Tidak menegur walaupun berhadapan dengannya....tetapi bila selesai kuliah hanya dia sahaja yang Sofia nampak. Sesekali timbul juga curiga di hatinya, ikhlas keSofia berkawan dengannya.
"Huzair Qorni ada contact you tak Ereena?".
" mmmm....tak ada !! Kenapa?". Ereena menjawab acuh tak acuh sahaja. Dia sudah malas memikirkan tentang Huzair Qorni. Sebenarnya tidak ada satu hari pun dia terlepas dari mengingatkan Huzair Qorni . Kalau balik rumah mesti dia perlu hantar berita kepada lelaki itu. Ya lah dah janji kan....kalau tidak terpacak pula lelaki itu di sini. Jika waktu lain dia rasa bebas sangat tapi.....bila ada orang yang mengingatkan dia tentang Huzair Qorni dia tidak pantas melayannya. Sofia pun tak ada benda lain la nak tanya, asyik Huzair Qorni ....Huzair Qorni ....entah -entah dia pun minat juga dengan lelaki itu.
" I nak ingatkan you, Huzair Qorni bukan lelaki yang baik. You tak perlu berhubungan dengan dia kalau you tak nak menyesal kemudian hari "
" Kenapa ? You cemburu?" Lagi- lagi Huzair Qorni detik hati Ereena.
" Sorry!!! Tak Dak masa I nak cemburu dengan you...terpulang pada you nak anggap apa, tapi I tak kan lupa dengan apa yang dia buat pada kakak I."
"Kakak you?? Kejap....you dah lama kenal dengan Huzair Qorni?"
" Kakak I dah lumpuh....semuanya sebab lelaki itu....Ya..I dah lama kenal Huzair Qorni, dia pernah mengecewakan kakak I. You tak perlu berbuat baik dengan dia...I tahu sekarang ni dia cuba dekati you. You pun tahu kan? Kalaulah you ada sedikit rasa pada Huzair Qorni I nasihatkan you buang saja perasaan itu jauh-jauh sebab Huzair Qorni hanya nak permainkan you"
" Oh... Patutlah dia tak pedulikan bila you panggil dia hari tu. I lupa nak tanya dia tentang tu ...nanti malam I akan tanya dia."
" Tak perlu....you tak perlu contact dia dengan perkara macam tu....atau you memang selalu berhubungan dengan dia ?
" Tak..err...bukan macam tu ..I berhubung dengan dia bincang tentang Hal kerja sahaja ..alang-alang you dah cakap macam tu, I nak la tanya dia tentang you". Ereena sedikit kesal kerana tersilap cakap tentang lelaki itu . Menyesal pula melayan Sofia ni ..kalau dia balik rumah pun dah selamat.
" I sendiri akan contact dia ..you hantar nombor dia dekat I"
" Err...maaf, sebenarnya I tak ada nombor dia, kalau kami berhubung pun dia yang akan contact I...maaf"
.
". You ni macam- macam Hal la...Tadi you cakap dia tak contact you kan, sekarang ni lain pula. Susahlah ...I langsung tak percaya pada you Ereena. I balik dulu lah."
" Eh..merajuk pula...dia yang beriya ajak aku minum kat sini.....dia pula yang pergi macam tu je. Tak patut betul lah. Dasar anak orang kaya....suka suka hati jer nak buang orang...ingat aku tak ada perasaan ke? Ereena terus bangun dan pergi.
Langkahnya terhenti tiba-tiba bila nampak satu figura yang dikenalinya di hujung jalan sana.
"Ehh.... Huzair Qorni? Bila masa datang sini ...aduhai ...aku langgar janji ke? Mana la aku nak menyorok ni? Tit...sudah dia agak mesej dari Huzair Qorni sampai.
- You kat mana Ereena? Jumpa I kat depan cafe Y.
- Saya ada discussion....tak boleh balik lagi. Maaf tuan. Terpaksa berbohong untuk tidak berjumpa lelaki itu . Harap -harap dia tak curiga.
- Jumpa I dalam masa 5 minit. Kalau tak you tak kan belajar lagi kat sini -
- Ish ..ya lah...ya lah..... ada saja Huzair Qorni ni. Sekejap Ok sekejap tidak...."Ereena menggaru kepala yang tidak gatal menandakan tidak faham dengan kenapa lelaki itu datang mencarinya.
Ereena dengan hati geram mematikan niatnya untuk sembunyikan diri. Dari jauh dia sudah nampak Huzair Qorni memang jadi perhatian. "Hebat juga lelaki ini.....tapi ini yang aku tak suka " Ereena nampak susuk tubuh Sofia sedang melangkah menghampiri Huzair Qorni..
"Nasib kau lah Huzair Qorni .....aku nak lari" Ereena offkan telefonnya dan terus pergi dari situ.
......sambung.....
Share this novel