"Good morning Mommy" Ceria sungguh Daiyan pagi ini sebab dapat tidur dengan Mommynya semalam lagi. Macam-macam cerita yang dia bawa sampai Mommy tertawa terbahak-bahak. Dalam suka ada dukanya. Daiyan selalu mengadu mama tidak suka melayannya. Masa banyak di habiskan dengan Bibik Suchi. Nasib baik bibik Suchi baik macam Mommy katanya .
Pagi ini Daiyan masih cuti. Jadi dia tidak bersekolah. Mungkin mamanya akan mengambilnya malam nanti . Teringatkan Zalika , Ereena jadi sakit hati. Arahannya selalu berlawanan dengan arahan Huzair Qorni. Jika Huzair Qorni minta Ereena buat A, nanti Zalika akan ubah menjadi B. Kalau Huzair Qorni kata B , Zalika pula kata A. Kadang-kadang pening juga kepala mahu melayan keduanya. Kalau tidak sebab Daiyan dah lama dia pergi. Dia telahpun mendapat tawaran menyambung belajar ke luar Negara. Masih ada sebulan lagi untuk dia membuat keputusan. Jika keadaan makin serabut , dia terpaksa melepaskan Daiyan. Daiyan sudah pun ada keluarga sendiri, pandai-pandailah dia menyesuaikan diri.
Walaupun gaji yang Huzair Qorni berikan padanya cukup menampung hidupnya , tapi dia tidak berasa aman. Cemburu Zalika padanya sangat jelas. Dia tidak dibenarkan bertemu Huzair Qorni walau dalam keadaan apa pun. Dia sudah di beri amaran untuk itu, Huzair Qorni pun tidak tahu Hal itu. Dia tidak faham dengan Huzair Qorni. Apa rancangan dia sebenarnya? Ereena rasa Huzair Qorni mahukan perhatian. Kadang-kadang pula rasa dia mahu mengambil berat tentang Ereena. Tak jelas sangat ....tapi Ereena terperasan sesuatu, rasanya Huzair Qorni mahu mendekatinya.
Ereena tidak mahu melayan sangat Huzair Qorni tu. Dia terpaksa buat tak endah dan buang perasaan itu jauh-jauh kerana Huzair Qorni bukan orang yang dia mahu. Jauh sekali ....dia tidak akan mengapai cinta dengan cara mudah begitu. Baginya cinta perlu hadir bila dia sudah bersedia dengan orang yang tepat. Selagi ada halangan dia tidak akan jatuh cinta . Cemburu Zalika adalah penyebab dia mahu menjaga jarak dengan Huzair Qorni.
Huzair Qorni selalu datang menemui Ereena di rumah tanpa pengetahuan Zalika . Bukan ada apa pun, alasan menghantar makanan makan petang untuk Daiyan. Konon-kononnya mahu bertanggungjawab pada Daiyan dan tidak mahu Ereena terasa terbeban . Ereena tidak selesa begitu.
" Tuan.... Selepas ni tak perlu lah hantar makanan lagi setiap petang. Saya boleh ja masak untuk Daiyan. Saya suka dia makan makanan di rumah , dia dah biasa dengan air tangan saya".
"O... ok...Lepas ni aku nak makan kat sini lah sebab aku suka makan air tangan orang ."
" Loh! saya cakap untuk Daiyan. Tuan tak boleh makan sini. Saya masak simple-simple saja. Ni rumah perempuan kot ..tak Manis la Tuan."
" Kalau macam tu kau masak untuk aku sekali. Aku tambah gaji kau . Kau tapaukan untuk aku bila aku datang sini."
" Tuan dah bincang dengan Cik Puan Zalika ke? Saya tak mahu jadi masalah nanti , saya yang kena. Saya bukan apa, malu jiran dengar nanti. Setiap Kali Tuan datang sini terhendap- hendap mereka dari dalam rumah. Macam ni lah Tuan, tak payah datang terus lah ke sini. Saya grabkan makanan tu, ok tak?
" Sombong benar kau ni kan....lepas ni aku akan ambil Daiyan dan kau tapaukan untuk aku juga."
"Yey....Papa ambil Daiyan.". Tiba-tiba sahaja Daiyan datang dari belakang. Adakah dia dengar semuanya? nanti dia beritahu mama dia pula...Aduhai anak.....
.....
Sudah sebulan penikahan Zalika dengan Huzair Qorni. Zalika sakit hati bila Huzair Qorni tidak sekali pun menyentuhnya. Dia dah cuba banyak cara untuk menggoda tetapi boleh pula Huzair Qorni menepisnya.
Setiap malam Huzair Qorni akan tidur di bilik pejabatnya. Daiyan pula tidur di biliknya sendiri. Huzair Qorni akan pastikan Daiyan tidur dahulu baru dia akan masuk ke biliknya. Dia tahu Daiyan kurang Kasih sayang mamanya, nasib baik ada Ereena, dapat juga dia Kasih seorang ibu . Hati Huzair Qorni semakin sayang dengan Ereena. Dia tidak akan melepaskan Ereena begitu sahaja kerana wanita itu sangat sempurna dimatanya. Mahu saja dia segera mengahwini Ereena tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Ereena langsung tidak menunjuk minat kepadanya, asyik mahu mengelak saja bila berjumpa dengannya. Dia mengaku telah jatuh cinta pada Ereena. Getaran jantungnya membuktikan rasa itu. Sebelum ini dia tidak tahu, tetapi hari ini dia telah mendapat jawapannya. Dia janji pada dirinya sendiri, dia tak akan melepaskannya Ereena pergi begitu sahaja. Rasa ini juga yang membuatkan pintu hatinya tertutup untuk wanita lain termasuklah Zalika.
Zalika pula setiap malamnya resah diranjang. Manakan tidak sudah sampai tahap ketagihan. Sudah sebulan dia tidak dapat merasai kehangatan tubuh lelaki . Berbagai cara dia cuba untuk menawan hati Huzair Qorni. Tetap dingin juga lelaki itu. Sesekali Lelaki itu perlu diajar. Tersenyum sungging dia melihat sepapan pil perangsang yang diambil dari Jojie semalam. Dalam fikirannya " aku akan tawan kau malam ini lelaki sombong...ha..ha.." Dia tersenyum lagi......
Huzair Qorni melangkah keletihan masuk ke dalam rumah. Siang tadi dia mangambil Daiyan dari rumah Ereena. Kemudian dia keluar semula untuk bertemu sahabat lama yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa. Lewat malam juga dia balik . Tiba-tiba dia menghidu aroma kopi putih dari dapur.
"Tuan ...ni ha kopi putih kesukaan tuan. Cik Puan mintakan saya buat bila tuan pulang " Bibik menghantar kopi putih untuknya. Kebetulan memang dia perlukan kopi itu untuk segarkan tubuhnya yang lesu. Dia mencicip kopi itu sedikit-sedikit sambil menikmati aroma kesukaannya itu.
Selepas minum kopi itu dia terus masuk ke pejabat aka biliknya itu. Dia terkejut melihat Zalika sedang berbaring di katil bujangnya dengan lingerie merah menjolok matanya. Meluat sungguh dia dengan wanita itu. Meluap rasa marahnya bila wanita itu beraninya masuk ke pejabatnya aka bilik tidurnya itu Mahu apanya perempuan ini, dia langsung tidak berminat untuk melayan kehendak perempuan itu
" Kenapa kau masuk ke sini, kan aku dah pesan jangan masuk sini. Pergi sana...jangan sampai Daiyan terbangun nanti."
"Abang....Zalika ni isteri abang. Abang tak rasa ke abang nak bertanggungjawab sikit. Berdosa tau"
" Aku tak boleh la...aku tak boleh berbaik dengan perempuan hipokrit macam kau adik..huh! ". Huzair Qorni membuka butang baju paling atas untuk melonggarkan sedikit jerutan di lehernya. Terasa panas pula tubuhnya tiba-tiba. Zalika dengan beraninya cuba membuka lagi butang baju seterusnya. Di tepisnya tangan Zalika sambil berlari keluar dari bilik itu. Dia terus. masuk dalam kereta tanpa menghiraukan laungan Zalika yang memanggilnya .
Huzair Qorni tahu apa akan jadi jika dia terus berada di situ. Dia teringatkan peristiwa Lima tahun lalu, ya...selepas minum kopi putih itulah tubuhnya menjadi panas dan seperti memerlukan sesuatu. Nombor Megat Elham didail tapi tiada jawapan. Dia mahu hubungi Cik Qadeeja tetapi dia takut pula sesuatu terjadi kerana Cik Qadeeja seorang wanita. Dia menghantar mesej kepada Megat Elham . Dia perlu mandi dan berkurung . Dia tidak tahu mana tempat yang Selamat. Kebetulan dia lalu di kawasan rumah Ereena...Dia hanya mahu melepaskan niatnya . Panas badannya menjadi-jadi. Dia berhentikan kereta lalu terus mengetuk pintu rumah Ereena itu bertalu- talu.
Ereena yang baru saja terlelap matanya terjaga semula bila mendengar suara bising di luar. Dia terus buka pintu bila tahu lelaki itu adalah Huzair Qorni.
" Ish... tuan. Cepat masuk malu jiran dengar apa jerit- jerit- tengah malam ni"
" Belum sempat dia sambung leterannya, Huzair Qorni terus berlari ke tandas seperti ada sesuatu yang tak kena."
" Huh...tak menyempat betul dia ni Sakit perut ke tu?
" Ereena! Ereena! kunci pintu ni cepat. Jangan bagi aku keluar. Cepatttt!!!
" Kenapa pula nak kunci pintu. Mana ada kunci kat luar niii? Ereena menutup mulutnya mahu tergelak dengan tingkah Huzair Qorni. Ereena terdengar bunyi percikan air .
" Hah....mandi pula...kenapa pulak ni. Nasib baik Zety tak ada. Nanti di tuduhnya aku bukan-bukan pula. Kenapa pula dengan Huzair Qorni ni? Macam marah seseorang ja mengumam apa entah ,sorang-sorang pula tu macam mabuk ja.....Jangan-jangan dia mabuk tak? Alamak... Apa aku nak buat ni????.....Aku keluar ajalah....kalau aku di dalam , kena tangkap khalwat Naya aku. Aku tunggu luar ajalah. kalau apa-apa boleh jerit kuat-kuat.
Semasa dia berlari keluar....sebuah kereta sudah terparkir di situ. Megat Elham dan seorang lelaki membawa peti kecemasan terkocoh-kocoh berlari bertemu Ereena . "Mana dia?
" Dalam bilik air dalam sana" Ereena pun terkedek-kedek masuk semula ke dalam.
Ereena nampak Huzair Qorni mericau memanggil namanya. Dia tidak tahu pucuk pangkal cerita kenapa Huzair Qorni begitu. Huzair Qorni telah di suntik. Ereena tidak tahu pula kenapa dia disuntik. Macam serius sangat keduanya. Huzair Qorni berhenti meronta, pengsan pula. Mereka mengangkatnya ke sofa.
" Fuh !!! Nasib baik sempat. Kalau tidak Cik yang jadi mangsa , dia terminum ubat perangsang"
"Hah? Ubat perancang bahaya ke untuk lelaki ? tak boleh tersalah makan ke?" Polosnya Ereena bertanya mahukan kepastian.
"Ubat perangsang seks tahu tak? Kalau perempuan kena makan tak habis Cik Oii" Lelaki yang menyuntik Huzair Qorni bersuara. Mahu tergelak lelaki itu dengan pertanyaan Ereena .
Ereena tersenyap. Malu pula. Dia tersalah dengar tadi . Kalau dia dengar perangsang tu dia faham la....tak perlu dia tanya lagi, malu betul . Ereena menampar perlahan mulutnya.
Kaku sebentar Ereena di tempat itu tak bergerak. Tertutup mulutnya bila baru sedar risiko yang bakal berlaku tadi. Tindakan bijaknya tadi menjadi penyelamat. Jika tidak mungkin dia sudah menjadi mangsa Huzair Qorni tadi. Nasib baik dia teringat nak duduk di luar, seram pula bila membayangkan jika Huzair Qorni menariknya ke dalam tadi....Fuh!!!simpang malaikat empat puluh empat.
........Sambung.......
.
Share this novel
Anak jadi mangsa