Akhirnya tamat juga pengajian Zalika selama empat tahun itu. Bermakna dia akan menjadi penjaga yang sepenuhnya buat Daiyan....Biarlah dia akan hentikan perkhidmatan Ereena serta merta dan perempuan itu juga tidak perlu muncul lagi di depan Daiyan. Selesai sudah satu perkara dan ada satu lagi perkara yang masih bermain di fikirannya. Angan yang tak pernah padam.....Ya.. Huzair Qorni akan menjadi suaminya... tidak yang lain.
Hidupnya hilang arah bila dia di hantar ke Negara Seberang dan dijaga di pusat jagaan orang terbiar. Sampai hati mama papa melemparkannya semula ke sini, tempat asalnya. Ya! tempat mereka mengutip dirinya yang yatim piatu dulu dan hidup sebatang kara . Nasibnya berubah total bila dia dianggap sebagai anak sendiri. Dia jadi lupa diri bila jatuh cinta pada Huzair Qorni. Dia mahu jebakkan anak pasangan itu supaya dia tetap kekal menjadi keluarga mereka yang sebenar-benarnya.
Kembali semula ke sini walaupun tidak di undang akan merubah keadaan bila dia menjadi menantu keluarga ini. Daiyan Hadif akan menjadi alasan untuk menjebakkan Huzair Qorni...Zalika tersenyum senget bila mengingatkan kejadian itu.
Daiyan memanglah sah ada papa. Ya lah ...Zalika sedar yang dia bukan Siti Maryam yang melahirkan Nabi Isa tanpa bapa, itu kuasa Allah...dia tahu semua itu. Kejadian Daiyan memang berbapa dan dia tahu siapa bapanya . Malam itu adalah malam durjana yang terjadi atas kesilapannya sendiri.
Mengimbau kisah lalu.......
Selepas kelas tambahan petang itu dia mengikut Jijie, rakan sekelasnya berlibur di sebuah kelab. Cadangnya hanya mahu pergi minum-minum sambil berhibur santai sahaja....tiada niat apa-apa cuma mahu memenuhi permintaan rakannya. Entah mengapa dia jadi lupa diri pula, berkenalan dengan seorang lelaki yang sangkanya sangat sempurna. Ingatkan lelaki itu baik tetapi sebenarnya tidak. Kesuciannya telah di ragut pada malam itu. Dia menyesal dan cuba untuk lupakan kejadian itu tetapi tidak boleh bila disahkan mengandung. Jiwanya tertekan dan dia menjadi seorang pedendam kerana harga dirinya sudah tiada. Cadangnya dia mahu sahaja bunuh lelaki itu kerana kesucian yang dia jaga untuk seseorang yang sudah lama berada dalam hatinya telah pun diragut. Ya....lelaki yang ada dalam hatinya hanya Huzair Qorni abang angkatnya sendiri.
Sejak tahu dia mengandung , Zalika mahu berterima kasih pula kepada lelaki itu kerana membantu cubaannya untuk memikat Huzair Qorni. Sebelum itu dia tidak berani menyatakan cintanya itu kepada Huzair Qorni kerana dia tahu Huzair. Qorni tidak pernah memandangnya dengan cinta kecuali Kasih sayang seorang adik. Dia tahu Huzair Qorni cuba mengelak bila dia cuba mendekati abangnya itu. Mungkin Huzair Qorni tidak selesa dan tahu niat hatinya. Hati Huzair Qorni juga macam ketul batu , keras dan beku .
Dia masih ingat malam itu, dia masuk ke bilik Huzair Qorni dengan membawa kopi putih untuknya. Huzair Qorni sedikit melenting kerana dia tidak suka biliknya di cerobohi tanpa kebenaran. Walaupun dalam keadaan marah Huzair Qorni mengambil juga minuman itu kerana kopi putih adalah kegemarannya. Zalika tahu Huzair Qorni tidak akan menolak jika ternampak minuman itu. Sebenarnya dia telah pun meletakkan pil perangsang dalam kopi putih itu. Dia tersenyum semasa keluar dari bilik Huzair Qorni kerana tahu apa yang bakal terjadi sebentar lagi.
Selepas setengah jam, dia masuk semula ke dalam bilik Huzair Qorni. Waktu itu Huzair Qorni di dalam bilik air sedang mandi sambil mengamuk seperti orang gila lagaknya. Sebaik sahaja keluar dari bilik air Huzair Qorni tidak dapat menahan nafsu yang membuak lalu terus mengerjakan Zalika yang memang sudah bersedia.
Zalika merayu Huzair Qorni hingga bengkak mata supaya bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi, tetapi di tolak mentah-mentah. Huzair Qorni terus meninggalkannya hari itu juga dan tak pernah balik-balik lagi. Dari sakit hati menjadi dendam kerana lelaki itu memalukannya. Dendam yang sepatutnya pada bapa bayi yang di kandungnya itu telah bertukar lebih kepada Huzair Qorni. Dia akan membalasnya.
Zalika menggenggam jemarinya geram. Sejarah lama membuatkan darahnya meruap pula. Teringat ketika dia ditinggalkan seperti perempuan yang tidak bermaruah dan tidak punya harga diri. Memang dia tidak bermaruah dan bersalah tetapi sekurang-kurangnya Huzair Qorni patut bertanggungjawab sebab menjadikannya tempat lempiaskan nafsunya .
Dia mahu menjadi wanita berkerjaya . Dia berharap pakej yang dimilikinya nanti akan menjadi umpan memikat Huzair Qorni. Dulu mungkin dia masih muda dan tiada harta membuatkan Huzair Qorni tidak terpikat. Dia yakin dengan kejelitaan dan kematangannya kini, dia dapat memikat semua lelaki yang ada termasuklah Huzair Qorni.
Ramai lelaki cuba untuk mendekatinya . Dia tahu kelebihan yang ada padanya itu , ya....rupa paras yang menawan tetapi seorang pun dia dapat melawan cintanya pada Huzair Qorni. Dia masih mahu mengejar Huzair Qorni meskipun lelaki itu telah punya kekasih atau isteri nanti. Dia akan rosakkan semuanya. Biarlah dia dikatakan gila, dia tetap akan dapatkan Huzair Qorni.
Daiyan adalah umpan yang paling berharga buat masa sekarang. Dia perlu merapatkan dirinya dengan Daiyan untuk menjalankan rancangannya memikat Huzair Qorni. Tiba-tiba ingatan terus pada Daiyan. Dia hubungi anak itu melalui telefon Ereena.
"Hai Daiyan. Ingat mama tak?
" Ingat la mama. Mommy pun ingat mama. Selalu Mommy cerita tentang mama."
"Huh! asyik asyik mommy , mommy..kau tu. Menyampah pula mendengarnya . Mama dah nak balik ni". Hati Zalika sedikit panas membuatkan suaranya jadi kasar dan keras bila mendengar Daiyan menyebut tentang mommynya itu. Dalam hatinya dia berterima kasih juga pada Ereena kerana selalu menceritakan tentang dia kepada Daiyan. Anak itu sedar juga yang dia ada mama.
" Kenapa mama nak balik ? Tak nak lah mama balik ,nanti Daiyan dah tak dapat jumpa mommy lagi."
" Ya lah....Biarlah Mommy pergi jauh pula..mama kan ada dekat dengan Daiyan"
" Tak nakkk.....Daiyan tak nak mama, Daiyan nak mommy. Hu..hu..hu..." Terus sahaja anak itu mematikan talian. Zalika betul-betul sakit hati dengan tindakan Daiyan. Apa pula yang perempuan tu dah buat pada anak aku ni? Susahlah macam ni. Dia mendail semula nombor Ereena sekali lagi.
"Hey! perempuan ! kau racun fikiran anak aku tu dah kenapa?. Sah- sah kau buat supaya dia tak terima aku kan ? Minggu depan aku balik, aku tak nak ada masalah lagi, Faham?
" Faham Cik Muda. Daiyan Salah faham tu. Saya berkata yang benar dan cuma memujuknya supaya tinggal dengan Cik . Nanti saya akan pujuk lagi.
.........
Ereena menjemput Daiyan dari sekolah seperti biasa. Pulangnya mahu membeli aiskrim lagi. Guru Daiyan sudah dah tak bergosip di depan mereka lagi. Semua sudah tahu Daiyan bukan anaknya. Dia sendiri memberitahu mereka kerana mengelak mereka dari mendapat dosa kering lagi.
" Hari ni Daiyan nak aiskrim Milo lah Mommy. Jom kita makan aiskrin yang dekat kedai aiskerim hari tu. Kedai yang uncle mulut jahat tu, yang marah Mommy tu....Daiyan yang kotorkan baju dia , dia marah Mommy pula...."
"Sayang.....tak baik cakap uncle tu jahat. Kita kan buat salah. Kita perlu minta maaf."
"Hari tu Mommy yang minta maaf , kenapa Mommy tak cakap Daiyan mesti minta maaf sebab Daiyan yang buat."
" Ouh... Daiyan kan budak kecil. Mommy tolonglah Daiyan minta maaf pada uncle tu."
" Kasihan Mommy, Kalau kita jumpa uncle tu lagi biar Daiyan saja minta maaf nanti."
" Bijak anak Mommy. Macam tu lah anak yang baik. Nanti kita pulangkan baju uncle tu sama-sama tau..."
" Ok...Mommy. Eh Mommy!!! Daiyan nampak macam uncle mulut jahat tu la ... tu kat restoran sana Mommy dengan isteri dia. Mommy ada bawa baju uncle tu? Daiyan memuncungkan mulutnya itu sambil menunjuk arah uncle yang di maksudkan itu. Comel.
" Ada dalam kereta la...Jom kita ambil nanti boleh pulangkan pada dia" Ereena kembali ke kereta untuk mengambil pakaian Huzair Qorni yang dia sudah basuh . Sebaik sahaja mengambil baju itu dan kembali kelibat Huzair Qorni sudah tidak kelihatan lagi.
" Uncle tu dah tak ada Mommy"
"Uncle mana? Tiba- tiba muncul Huzair Qorni dari belakang mereka."
" Errr....uncle mulut ja..mmmm...mmmm" Ereena cepat-cepat menutup mulut Daiyan dengan telapak tangannya. Anak ini, baru saja mereka bincang Hal ini, ayat itu juga yang hampir keluar
untuk menjawab.
" Maafkan anak saya Encik"
"Uncle! " Sontak Huzair Qorni memandang Daiyan . Mata mereka bertemu.
" Daiyan nak minta maaf sebab kotorkan baju uncle ". Terkebil anak itu antara takut dan berani. Dalam hatinya mengharapkan lelaki itu tidak akan marah lagi.
" Hmmm....Lain Kali hati-hati. Mana baju aku?". Huzair Qorni menentang mata dengan Ereena , jantungnya berdetak laju tiba-tiba
" Ini tuan, kebetulan saya bawa ke mana-mana baju tuan dengan harapan jumpa tuan lagi. Alhamdulillah ....selesai kerja saya". Ereena berasa lega bila baju itu kembali kepada tuannya. Sebenarnya dia merasa malas mengusung baju itu ke hulu ke hilir mencari lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dia tidak tahu maklumat lelaki itu langsung.
" Kau mesti tak dapat lupakan aku kan? Mesti kau tercari- cari aku setiap masa kan ?Entah-entah kau peluk baju aku malam-malam kan?"
" Eh!...Hello....Sorry... tak dak masa saya nak cari Encik...Saya dah ada la orang nak peluk. Ni pun kebetulan ja jumpa Encik. Kalau jumpa...jumpa lah...kalau tak saya nak lelong jerr baju busuk ni" Kot itu berpindah tangan. Ereena pun pening...sekejap tuan sekejap Encik ..lantak lah dia belasah saja... Geram sebenarnya atas tuduhan tak berasas lelaki itu .
" Mommy ..cepat la Daiyan nak aiskrim."
" Ok..ok...Sayang...Jom.".
" Kami pergi dulu Encik..." Setiap langkah Ereena dipandang dengan ekor matanya . Tuduhan itu tiba-tiba saja keluar dari mulutnya. Mungkin dia sangka perasaan perempuan itu sama dengannya. Ternyata dia salah. Perempuan itu tiada apa-apa perasaan pun padanya . Sekali keluar perkataan dari mulut perempuan terus terkunci mulut Huzair Qorni.
Huzair Qorni masih tidak dapat menerima yang jantungnya akan berdegup laju bila berjumpa dengan perempuan itu. Adakah dia sudah jatuh cinta? Dia menepuk dadanya dengan telapak tangan kanannya menafikan perasaan yang hadir itu. Betul-betul kena pergi berubat ni. Perempuan itu sudah berpunya. Dia pasti sangat perempuan itu isteri orang. Huzair Qorni melangkah longlai ke keretanya. Perkhabaran tentang Siti Zalika yang disampaikan oleh Dara sebentar tadi perlahan-lahan hilang . Dia masih melayan jiwanya yang tiba-tiba seperti orang putus cinta.
......Sambung........
Share this novel