Bab 9 Papa?

Romance Series 31400

Huzair Qorni menghampiri kedua wanita yang berbalah itu.. " Siapa ibunya?" Huzair Qorni terus bertanya tanpa memberi salam terlebih dahulu. Tujuannya hanya mahu hentikan perang mulut mereka berdua yang membingitkan telinganya.

"Saya!!! kedua mereka menjawab serentak. "Saya mamanya". Zalika bersuara. " Saya Mommynya" Ereena tidak mahu kalah.

"Abang!! anak ini anak kita!!" Zalika merenung wajah Huzair Qorni yang langsung tidak terkejut. Yang terkejut hanyalah Ereena yang terus ternganga dengan mata membutang tidak terkedip. Nasib baik Daiyan masih antara sedar dan tidak. Kalau di dengar anak itu mesti banyak soalan yang keluar dari bibir munggil itu.

" Anak kau ....bukan anak aku, Sorry!! Suara Huzair Qorni sedikit meninggi. Geram pula kepada Zalika yang tiba-tiba mengumumkan status anak itu dihadapan Ereena pula. Pandangan Huzair Qorni terfokus kepada Ereena yang mungkin kebingungan itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Ereena terus menunduk bila matanya bertentang dengan Huzair Qorni. " Benarkah itu ayah kandung Daiyan? Hatinya yang masih tertanya-tanya itu membuatkan detak jantungnya hampir tidak dapat dikawal. Fikiran hanya fokus kepada Daiyan sahaja. Dia dapat rasa dia akan kehilangan Daiyan selamanya bila keluarga kecil itu saling melengkapi. Kepalanya tiba-tiba pusing, tidak dapat buat apa-apa lagi tubuhnya terasa longlai dan kakinya tidak dapat menahan tubuhnya dari rebah, terasa seperti sepasang tangan menyambutnya dari tersembam ke lantai dan pandangannya terus saja kelam.

Zalika pura-pura cemas, sebenarnya hatinya terasa panas kerana Huzair Qorni sempat menyelamatkan Ereena dari tersembam ke lantai. Dia dapat merasakan Huzair Qorni ada perasaan pada Ereena. Pandangan Huzair Qorni pada Ereena adalah luar biasa. Dia tidak pernah melihat Huzair Qorni begitu.

Huzair Qorni mencempung Ereena terus ke bilik rawatan dan memanggil doktor dengan segera. Keperihatinan lelaki itu membuatkan jiwa Zalika tidak tenang. "Jangan-jangan abang Huzair sudah jatuh cinta pada perempuan itu, baru kenal terus ambil berat macam ni. Aku tak boleh biarkan" bisik Zalika dalam hati.

" Kenapa doktor? Kenapa dengan dia?" Huzair Qorni segera bertanya tentang Ereena.

Dia tidak apa-apa. Tekanan darahnya sedikit rendah. Mungkin dia letih. Encik jangan risau sekejap lagi dia sedar. Biarkan dia berehat di sini dulu"

" Alhamdulillah... Tenang hati Huzair Qorni bila jawapan itu keluar dari mulut doktor muda itu. Dia memandang Ereena dengan pandangan Kasih. Debaran cinta bagai terasa bila berhadapan dengan Ereena. Dia tidak tahu sampai bila mahu pendamkan perasaan ini kerana setiap kali bertemu Ereena membuatkan jiwanya menjadi tidak tenteram.

..........

Ereena membuka mata sebaik terasa cahaya matahari petang menyapa wajahnya. Rupanya tirai di bilik dia dirawat itu diselak oleh Huzair Qorni.

"Awak? Kenapa awak kat sini? Merah muka Ereena kerana malu di perhatikan Huzair Qorni. Dia gelisah dan tidak selesa bila berdua dengan lelaki itu. Lelaki yang tidak mengaku papanya Daiyan. Dalam hati Ereena memikirkan sesuatu tentang lelaki ini, anak sendiri tidak mengaku kenapa baik sangat dengan aku? Ereena tidak suka lelaki mulut jahat itu. Dia tidak langsung merasai apa yang dirasai oleh Huzair Qorni. Memang dulu dia ada terfikir untuk dapatkan papanya Daiyan supaya hubungannya dengan Daiyan tidak terputus. Sekarang ini dia rasa benci pula untuk merapatkan hubungan mereka.

" Awak pengsan semalam. Darah awak rendah sangat. Doktor cakap awak tak cukup rehat, awak buat apa sampai tak rehat?"

". Saya tak buat apa-apa. Tak apalah Encik ...saya nak balik" Ereena cepat -cepat turun dari katil. Mahu saja dia beredar secepat mungkin. Naik meluat pula bila lelaki itu seperti mahu mendekatinya . Hari tu dah marah-marah orang, hari ni nak berbaik pula.

"Tunggu dulu, doktor belum check awak lagi pagi ini. Awak tak boleh keluar macam tu saja. Awak tu sakit tahu tak?

" Saya tak sakit apa-apa pun. Selalu je saya macam ni jangan risau. Saya nak balik."

" Hi...degil betul la perempuan ni. Tuh ! anak awak selalu sebut Mommynya . Awak tak nak tengok dia ke? " Huzair Qorni memandang wajah suci Ereena. Hatinya berbunga.

" Daiyan? Oh...mana boleh lupa tapi ..Mama dia ada kat Sana lagi ke? Siapa yang tunggu dia sekarang ni? Kesihan Daiyan" Ereena rindukan Daiyan. Manakan tidak, sudah dua bulan dia berpisah dengan Daiyan. Setiap malamnya hanya ditemani air mata sepi. Hanya baju Daiyan menjadi pengubat rindu selama dua bulan ini. Berat badannya susut sedikit kerana selera makannya berkurang dan tidurnya tidak berkualiti.

" Emm....awak! Mama Daiyan masih kat sini ke?
awak! o... awak! kenapa diam? Ereena masih menunggu jawapan bila Huzair Qorni masih mengelamun.

" Ya...nama awak siapa ek?

" Lain ditanya lain pulak jawabnya" Ereena muncung mulutnya . Dia segera melangkah keluar dari bilik itu mencari bilik Daiyan di tingkat satu tanpa menghiraukan pandangan Huzair Qorni. Naik meluat pula pada lelaki yang asyik memandangnya itu. Huzair Qorni masih tersengeh dan mengikut langkah perempuan degil itu.

" Mommy...Mommy...Jangan pergi lagi tau. Daiyan nak makan ais krim lagi Mommy. Daiyan nak tinggal dengan Mommy. Please Mommy ...Daiyan tak nak tinggal dengan mama lagi. Mama asyik kerja, kerja dan kerja lagi. Mama biarkan Daiyan dengan Bibik Suchi setiap hari macam sekarang ni"

" Ala ...kesiannya anak Mommy. Nanti mommy minta izin mama bawa Daiyan tinggal dengan Mommy ok."

"Eh Mommy... itu kan Uncle mulut..mmm....uncle tu ada sini ? Kenapa dia ada sini? Dia bercakap dengan mama" Daiyan tidak sempat habiskan gelaran itu bila teringatkan Mommynya tidak suka dia sebut mulut jahat pada lelaki itu. Dia hairan kenapa lelaki itu sedang bercakap dengan mamanya . Serba salah Ereena mahu menjawab pertanyaan Daiyan kerana dia takut tersalah cakap. Mahu saja dia beritahu anak itu bahawa lelaki itu papanya. Dia pun belum sahih lagi tentang cerita sebenar. Lagipun lelaki itu mati-mati tidak mengaku yang Daiyan adalah anaknya.

" Sebenarnya dia kawan mama kot, Mommy tak kenal dia. Daiyan tidur ya, rehat banyak-banyak . Nanti nurse bagi ubat Daiyan makan tau...nanti cepat baik boleh makan aiskrim lagi dengan Mommy.". Ereena membaringkan Daiyan dan menggosok kepala anak itu hingga dia memejamkan semula matanya.

" Paru- paru anak Puan dijangkiti Kuman. Suhu badannya masih panas. Kami terpaksa beri dia antibiotic selama tiga hari lagi. Insyaallah...anak Puan kuat , dia dapat melawan sakitnya. Kalau ok , dia boleh balik selepas tiga hari " Kata-kata doktor itu membuatkan hati Ereena sedikit tenang. Dia tersenyum kerana dapat bersama Daiyan selama tiga hari ini. Untuk melawat Daiyan di rumah Zalika tidak benarkan. Kalau di sini ramai mata yang memantau, Zalika tidak akan memarahinya jika dia mendekati Daiyan.

Zalika masuk ke bilik Daiyan dengan muka yang masam mencuka. Tidak tahu apa yang dibincangkan dengan Huzair Qorni tadi membuatkan dia nampak sebal . " Boleh tak lepas ni kau tak perlu tunjuk muka kau depan aku..aku tak suka". Zalika memang tidak suka Ereena sibuk-sibuk mengambil berat tentang anaknya itu.

" Mama ni mulut jahat macam uncle tu. Asyik-asyik marah Mommy saja. Kasihan Mommy" Kata-kata Daiyan menambahkan sakit hati Zalika. Mahu saja dia marah anak itu, tetapi melihatkan keadaan anak itu dengan mulut merah kerana demam itu, dia rasa simpati pula. Tidak sanggup rasanya nak marahkan anak itu lagi tetapi anak itu sangat betah bercakap , sakit hati pula bila Daiyan beritahu dia semalam yang Mommynya lebih cantik dari mama.

" Tengok...apa yang dah kau ajar pada anak aku. Tak tahu menghormati orang yang lebih tua. Lebih -lebih lagi dihadapan papanya. Yakin benar dia menegakkan kebohongannya itu.

" Daiyan...kan Mommy dah cakap jangan cakap macam tu. Tak baik kan? Jangan cakap macam tu lagi ya. Nanti Daiyan besar Daiyan nak jadi budak baik kan? Daiyan dengar kata Mommy dan mama tau". Ereena Cuba memujuk Daiyan yang masih demam itu agar lupa apa yang di dengarnya.

Huzair Qorni masuk ke bilik Daiyan. Dia menghampiri anak itu , dia Cuba berbaik dengan anak itu. "Hai...Daiyan kan? Uncle nak kawan dengan Daiyan boleh?

" Daiyan dah nak tidur la uncle....." Dia terus pejam matanya . Dia tidak boleh biarkan lelaki itu dekat dengannya.

"Daiyan..sebenarnya ni lah papa Daiyan." Tiba-tiba Zalika terus perkenalkan Huzair Qorni kepada Daiyan. Huzair Qorni sudah merah muka .

" Papa Daiyan? jelas terpancar di wajah anak itu dengan aura tidak percaya. Matanya yang terpejam tadi terus terbuka luas lantas melihat wajah Huzair Qorni yang juga terkejut dengan perkhabaran dari Zalika tiba-tiba.

" Zalika!!! Huzair Qorni sudah meradang. Belum sahih betul lagi hubungan itu Zalika sudah pun membuat pengakuan. Menggigil badannya menahan geram. Dia mahu melangkah ke arah Zalika dan mengheret perempuan itu keluar. Tiba-tiba pergelangan tangannya di tarik lembut, dia menoleh. Melihat tangan Ereena yang menariknya dengan wajah polos membuat hatinya melembut. Ereena memandang matanya penuh pengharapan . Dia tahu apa perempuan itu nak.

" Daiyan. Ini papa. Jangan panggil uncle lagi. Papa minta maaf". Huzair Qorni dalam keterpaksaan mengaku Daiyan sebagai anaknya. Tidak sempat menyusun ayat ...terus sahaja lidahnya melafazkan pengakuan yang tidak dirancang olehnya. Senyum Zalika melebar, dalam hatinya begitu gembira kerana Huzair Qorni mengaku juga itu anaknya.

Ternganga mulut Daiyan memikirkan antara betul atau tidak . Dia memandang Ereena dengan mata berkaca. Anggukkan Ereena membuatkan empangan air matanya pecah. Dia tidak langsung rupanya papanya sudah berada di depan mata.

" Papa! " Daiyan membuka depa untuk menyambut Huzair Qorni . Lelaki itu terus memeluk anak itu. Dalam hatinya berbisik". Kasihannya kau wahai anak...."

......Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience